Have an account?

Friday, September 19, 2008

Untuk kesekian kalinya, saya buat lagi….

Assalamualaikum wbt.

Dipermulaan kalam, jutaan kemaafan saya mohon buat semua insan yang mengenali, tak kira lah, samada mengenali jasad ini atau tak , ataupun sekadar tulisan dr jasad ini. Hakikatnya, yang nyata, semuanya adalah berasal dari akal jasad ini, yang diilhamkan oleh ALLAH kepada jasad ini.
AstaghfirALLAH hal azim. Tiada perkataan yang mampu ana ukirkan disini, untuk menunjukkan bahawa ana sangat mengesal, sedih, dan .....no words....atas kelancangan ana dalam menegur kalian. MasyaALLAH. Sudikah kalian memaafkan ana??
Bila kita sendirian, semua benda adalah betul bagi kita. Apa yang kita buat, kita rasa, itulah yang paling betul. Tapi, bila kita dah bercampur dengan masyarakat, mulalah kelihatan kekurangan diri kita. Masa tu, jika akal kita dapat mengakui kesalahan kita, alhamdulillah, tapi, agak malang jika kita masih berkeras dan mengatakan bahawa apa yang kita buat tu betul. Alangkah malangnya.....
Kenapa malang??
Sebabnya....dengan perlakuan kita sebegitu, orang sekeliling kita akan mula meninggalkan kita, sorang demi sorang. Alangkah malangnya....
Apabila dah tinggal keseorang, kita akan mula bermuasabah balik diri kita, mana silap kita. Dan, sekali lagi, beruntunglah sesiapa yang dapat menjumpai kekurangan dia tu (asyik nak betul jer) dan, sekali lagi, alangkah malang jika dia masih berdegil, bahawa apa yang dia buat tu adalah betul....aii
Em...mana agaknya ketegori diri kita?? Susah nak cermin diri ni sebenarnya. Sebab itulah pentingnya wujud persahabatan. Kerana, hanya sahabat yang dapat menjadi cermin bagi diri kita.
Kita xleh nak tengok cermin sorang2. contoh la, katakan kita rasa, cantik betul bila pakai baju warna merah, kain warna hijau, tudung warna kuning. Memang la xsalah pakai macam tu, asalkan tutup aurat, lagipun, tu semua warna kegemaran kita. Bila tengiok cermin pun, rasa cantik jer, sebabnya..tu semua warna kegemaran kita. Tetiba, datang kwan kita, komen tentnag penampilan kita.dia pun bagi la hujah2 yang bernas, dan, akhirnya, kita pun sedar, rupanya, pakaian kita tu xsesuai langsung. Malah, boleh bagi malu jer. Aaaa...tu la analoginya, kawan ni sebagai cermin. (paham? insyaALLAH, paham)
Cuma, sebenarnya, yang penting skali, adakah kita dapat terima komen sahabat kita tu?
Yang tu kena tanya diri sendiri. Tepuk dada, tanya iman.
Rasanya, diri ana ni ketegori yang xleh nak terima...huhuhu.... kenapa agaknya begitu? Sebab, bagi ana, selagimana benda tu xmelanggar syarak, rasanya xsalah untuk ana buat (hohoho ni selain contoh pasal baju tu la, ni pasal prinsip, pegangan etc) Bagi ana, selagi mana xsalah, xsalah rasanya kalau ana nak tegakkan prinsip itu.
Neo...neo...betul ke macam tu? Boleh ke macam tu???

:-?? Xtahu...............................................
Aku yang amat degil ni tetap berfikir bahawa apa yang aku buat tu, xde salahnya. Tapi, kenapa ade rasa sedih??? Tentu ade maknanya tu...ALLAH xkan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, waima perasaan sedih!!!
Salah ke jika ana menegur kesalahan orang lain?

Em...xsalah neo, Cuma pendekatan yang enti gunakan tu yang xsesuai. Enti terlalu tegas.
Tapi, jika kita nak buat amar maaruf nahi mungkar, mana boleh main2, benda ni serius, kalu main2, dia xkan dengar la nasihat kita!!!
Neo...nak buat seseuatu tu, cuba contohi Rasulullah. Baginda tu Qudwah Hasanah, contoh yang terbaik. Enti ingat x satu kisah ni. Ade seorang pengemis buta tepi jalan. Dia dapat makan hanya dengan memburuk-burukan Rasulullah. Selepas dia burukkan Rasulullah, orang akan bagi sedekah kat dia. Ditakdirkan suatu hari, ade arang sedekahkan makanan untuk pengemis tu. Si pemberi sedekah itu sungguh lembut. Dia menyuapkan pengemis buta tu dengan lemah lembut, malah, dia tolong kunyahkan makanan sebelum dia suapkan kepada pengemis buta tu. Pengemis buta tu pun suka dengan layanan Si Pemberi sedekah itu. Dan, pada masa yang sama, si pengemis buta tu terus memburuk-burukkan Rasulullah, kerana, dengan kat-kata itulah dia dapat makan.
Setiap hari, si pemberi sedekah itu datang dan menyuapkan si pengemis buta tu. Setiap hari..dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang, dan, pengemis tu, setiap hari juga...terus memburukkan Rasululah di depan pemberi sedekah tu.
Pada suatu hari, pemberi sedekah itu x datang kepada pengemis buta tu. Pengemis tu mula rasa gusar. Keesokannya, datanglah si pemberi sedekah tu. Tapi, pada kali ni, cara suapannya berbeza dengan sebelumnya. Kali ni lebih kasar!!!
Lalu, si pengemis buta tu pun berkata

“ siapa kamu?? Kamu bukan si pemberi sedekah yang selalu menyuapku. Dia begitu lemah lembut, sedangkan kamu amat kasar. dia mengunyahkan makanan untukku, sedangkan kamu tidak. Siapa kamu????”

Tegas si pengemis buta tu.
Tetiba penegmis buta tu denagr suara teresak-esak. Rupanya orang yang menyuapkannya itu mengangis. Lalu dia berkata

“wahai pengemis buta, masakan sama layanan aku terhadapmu denagn orang yang dulu, kerana, orang yang menyuapkanmu dulu itu adalah Rasulullah. Namun, alangkah sedihnya, kerana sekarang baginda telah wafat...”

Alangkah terkejutnya si pengemis tu. Rupanya, orang yang menyuapkannya selama ini dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut itu, adalah individu yang sellau dikutuknya!!
Lantaran itu, terus pengemis buta itu memeluk Islam.
Dapat x moral of story neo?dengan akhlak yang terbaik je, Rasulullah mampu ajak orang masuk Islam, bukannya hanya dengan kata2. dan, yang paling hebat, penegmis yang buta tu pun boleh rasa ketinggian akhlak Rasulullah!!!

Em....subhanALLAH, dapatkan ana jadi macam tu??? masyaALLAH, malu sungguh ana dengan diri ana. AstaghfirALLAH hal azim, hebat sangatkah ana ni sehinggakan nak berdakwah pun guna cara kasar? Sedangkan Rasulullah, insan pilihan, malah, juga Kekasih ALLAH, tidak memilih untuk menggunakan ketegasan!!! AstaghfirALLAH hal azim.
Otak saya xleh nak pikir dah....sayang tegur dengan kasar sebab saya sayangkan awk. Saya xnak awk buat kesalahan tu...xnak awk terus bergelumang dengan dosa. Saya sayang awk!!

Memanglah neo, tapi, awk kena blaja cara nak berdakwah. Takleh la tegur kasar macam tu...kalau awk buat mcm tu, orang xnak dekat dengan awk. Bila dah xde orang nak dekat dengan awk...macammana awak nak berdakwah lagi??? Pikirlah wahai entiku sayang
Salah ke apa yang saya buat tu??
Saya cuma nak dia buat apa yang tu, selari dengan Islam.

Neo, bagi sedikit masa untuk dia berubah. Sampai bila awak nak bertegas. Sampaikan kawan2 semua lari. Tu pun dah salah. Awak mencetuskan sesuatu yang boleh memutuskan ukhwah. Awak hidup di dunia, kena jaga juag hubungan Hablunminannas awk. Please neo....
Adakah ini bermaksud, saya xleh nak tegur kawan2 saya? Cammana dengan tanggungjawab untuk buat amar maaruf nahi mungkar? Nak serah kat sapa? Takkanlah saya nak lepas tangan jer???
Bukan macam tu neo, memang tugas amar maaruf nahi mungkar tu adalah tanggungjawab setiap muslim yang faham, tapi, nak buat tu...awak kena ada kaedah2nya la. Xleh la nak pakai otak awak jer.
So, apa patut saya buat sekarang? Hanya diamkan diri? Biarkan dia terus melakukan kesalahan? Then, bila kat akhirat, dia boleh nak salahkan saya, sebab tak tegur dia masa kat dunia dlu. Macamtu?
Neo!!! please wake up!! open ur eye..mata hati awak. Saya bukan nak laang awak buat amar maaruf nahi mungkar tu, saya cuma nak awak belajar cara2 nak menegur. Tu je. Tanpa awak sedar neo, kelakuan awak tu, menyebabkan orang xnak dekat dengan Islam. Seolah-olah Islam ini adalah paksaan. Dan, dengan ini, secara tidak langsung, awak jadi contoh yang buruk buat Islam tu sendiri!!!!
masyaALLAH...teruknya!!! Taknak! Taknak! Taknak! Saya taknak roskakkan Imej Islam. Rasulullah susah payah nak sebarkan Islam, mana boleh saya nak rosakkan Islam. MasyaALLAH. Keliru saya. Tapi, alhamdulillah, saya dah sedar sesuatu. Terima kasih banyak wahai jiwa ku. Alhamdulillah kerana ALLAH izinkan kamu untuk berinteraksi dengan saya, bukan si Nafsu. ALLAH hu akbar. Semoga ALLAH mengampuni dosa2 saya.
Yang paling penting, awak kena minta maaf dengan orang yang pernah guris hati dia. Tolong ek....minta maaf dengan mereka...please..
InsyaALLAH. Saya taknak apa2 kat dunia ni, Cuma nak ALLAH jer. Saya xnak lakukan sesuatu yang menjauhkan ALLAh dari saya. insyaALLAH, saya akan buat. Syukran jazilan khotiron wahai jiwa yang menjadi tempat terimanya ilham dari ALLAH

4.19 pm
19/9/2008

0 Respon: