Have an account?
Showing posts with label SMK Merpati. Show all posts
Showing posts with label SMK Merpati. Show all posts

Monday, May 17, 2010

Salam Peperiksaan

Assalamualaikum wbt.
Teristewa buat semua anak2 di SMK Merpati, selamat menjalani peperiksaan Pertengahan Tahun. Buat yang terbaik ya. NI satu rumus math yag cikgu nak kongsi:
Belajar (Usaha)+ Doa - Malas = BERJAYA
=)
InsyaALLAH. CIkgu doakan kamu semua berjaya...amin..... =)




Cikgu yang mengharapkan kejayaan 'anak2nya'
1735pm
17 mei 2010
Meja study
-bertemankan ikan yang baru beli 3 ekor yang di beli di bandar kelmarin
(seekor dah mati...sadisnya...)

Friday, April 23, 2010

Anak ku sayang

Baca blog sahabat2 yang di postingkan ke Sabah. Rata2 mengalami masalah yang sama – masalah dari sudut kefahaman pelajar terhadap ISLAM. Sayangnya…. =(
ALLAH HU AKBAR…
Wahai pelajarku sayang,
Cikgu nak sangat tolong kamu, cikgu sayang bangat sama kamu, cikgu nk tolong kamu. Tapi, maaf banyak2, cikgu x tahu bagaimana nak tolong kamu. (kami kena atasi ni wahai cikgu…ALLAH x kan tolong kamu jika kamu x berusaha, jangan mudah putus asa)
Maafkan cikgu sebab xpandai nak marah kamu dalam kelas, hasilnya…maka kamu pun main2 dalam kelas. Cikgu bagi nasihat pun, kamu x brapa nak dengar. Cikgu memang sedih dengan apa yang kamu buat tu. Cikgu sayang kamu.
Anak2 ku sayang
Cikgu tahu, kamu ada masalah dalam agama. Kamu x buat pun apa yang agama suruh, contohnya macam solat. Cikgu pun xtahu, kamu salah ke tidak, sebabnya…kamu x solah tu, sebab KAMU XTAHU.
KAMU X TAHU
Sayang anakku….
Macamana nak bagi kamu TAHU? Sampai bila kamu akan XTAHU? Sampai bila mahu hidup dalam kejahilan tu? Sampai bila sayang?


ALLAH HU AKBAR
Terasa…semua tu tergantung di bahu cikgu. Cikgu mahu sangat tolong kamu……
ALLAH HU AKBAR, tolonglah hamba MU yang amat hina ini untuk membantu anak2 ku.
Ya ALLAH,
bukanlah pintu hati anak2 ku…aku sayagn mereka ya ALLAH.
Engkau dah kurniakan hidayah buatku, sebarkan jugalah pada anak2 jua ya ALLAH. Sayangi mereka.
Ya ALLAH,
Kuatkanlah semangat ku…..

Monday, April 5, 2010

Meraikan Kedatangan 100% Bulan Januari

Assalamualaikum wbt. Tanggal 28 Mac 2010, cikgu2 4.5 telah meraikan anak2nya yang telah hadir 100% dalam kelas. CIkgu Nor n Ust SHimah belanja mereka semua di KFC Batu 4. Semua mereka seramai 12 orang, (sorang x hadir).
-Azliana - Saria
-Aniza - HAzim
-Norabia - Suhaili
-HAzim - Termizi
-Tahir - Rudy
-Syahrin (tertinggi agama)
Sorang x hadir (Faiz)
Selebihnya, tengok la kegembiraan mereka makan =)






Habis Semuanya =)

Tuesday, March 30, 2010

Nak Marah Ke Tidak Ni???

Semangat cikgu mengajar...ini hasilnya...

MELUKIS KETIKA MENGAJAR HOHO....
Kesian juga pada dia, mesti dia x paham apa yang ikgu ajar kan??? Maafkan cikgu ya. tapi, rasanya, cikgu dah mengajar sepenuh perasaan, mungkin, kamu je yang tak minat math kan? Kamu suka melukis ek? Nanti cikgu bagi buku lukisan untuk kamu....

Yang ni buat cikgu terharu, =)

CIkgu yang cuba nak memahami pelajar
Rumah Sewa, Taman Merpati,
Sandakan, Sabah.
30032010
1727pm

Sunday, March 14, 2010

Amanah Terpikul.

Assalamualaikum wbt.
Selesai sudah Kursus Kepimpinan Pelajar SMK Merpati bagi pengawas, ketua kelas, dan penolong ketua kelas. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.
Kepada semua yang telah di pilih ALLAH dengan berwakilkan guru SMK Merpati, cikgu doakan semoga kita semua dapat sama2 menggerakkan sekolah kebanggaan kita semua ke arah yang lebih cemerlang, baik dari segi Duniawinya, malah juga Akhiratnya...aminnn....

Tahniah semua..selamat menjalankan amanah yang diberi.

Happy Ending =)

Monday, March 1, 2010

TABLIGH

‘cam ne sekarang? Ok?’
‘Ok cikgu’
‘exam ok?’
‘Ok’
‘Di rumah? Ok sudah?’
‘ok, beliau sudah trust sama aku.’
‘Teras? Apa tu?’
‘trust cikgu, percaya..’
‘ooo cakap orang putih ka..hehe… bagus lah. Kenapa mereka boleh percaya kamu?’
‘Sebab sekarang aku dah sembahyang cikgu’
(Gembira nya dalam hati cikgu)
‘berapa kali sembahyang dalam sehari?’
‘4 kali cikgu...subuh aku tidak’
‘alahai...kenapa tidak?’
‘ndak sempat cikgu’
.......
‘ tahu cara sembahyang?’
Tau cikgu, ada budak TABLIGH yang ajar aku’
Wah.....seronok bangat cikgu dengar. Alhamdulillah. Alhamdulillah ya ALLAH.
SubhanaALLAH, betapa kembang hati cikgu mendengarnya.... seronok... seronok..... seronok...

ALHAMDULILLAH YA ALLAH... SYUKUR...ALHAMDULILLAH
Ndak tahu mahu cakap apa, tapi itu lah yang seronoknya jika ada orang yang melakukan gerak kerja ISLAM kan? Semoga ISLAM terus tersemat di hati kita semua...amin....

Cikgu Yang Kembang Hatinya
Ustazah Matematik
1451
Sandakan, Sabah

Monday, February 22, 2010

Keseronokkan MENIPU CIKGU

Salam. Peliknya tajuk kan? Ana yang nak menuisnya lagiiiiii pelik. Ntah kenapa, pelajar di sini semacam seronok betul bila dapat TIPU cikgu!!!
Pelikkan bunyi nya??
Sepanjang hampir 2 bulan di sini, dah beberapa kes yang cikgu (ana) kena tipu. Memang sedih bangat, kenapa pelajarku tegar menipu cikgu. SEDIHNYA!!!!!
Dari sebesar2 kes, hinggalah ke sekecil2 kes, tegar sekali kamu menipu cikgu. Apa yang kamu dapat bila kamu berjaya menipu cikgu?? Boleh perasan ek? Bajet hebat la, sebab dah berjaya kenakan cikgu.
PELIK
Kenapa?? Kenapa???
Bukannya benda besar pun yang nak ditipunya, sehinggakan TARIKH LAHIR untuk di buat birthday corner pun nak tipu cikgu??? Melampau nya......!!!....
Apa bangga nya dapat tipu cikgu??? Cikgu masih x jumpa jawapannya.
Arghhh...adakah cikgu ni terlalu lurus, maka, seronok lah kamu kenakan cikgu......
SEDIHNYA CIKGU......

Sekarang, saat ini, cikgu tengah tunggu pelajar. Dia cakap nak suruh cikgu ajar dia matematik. Cikgu dah cakap, jam 1.15 cikgu nak pulang. Dari jam 12.45 cikgu menunggu di kantin ni. Mana batang hdungnya??????? HAMPEH PUNYA BUDAK!!!!!!!!!
Macamana berkat hidup kalau kerjanya hanya menipu ckgu je...cikgu benar2 terasa hati ni!!!!
Semoga ALLAH bukakan pintu hati pelajar ku.....



Ramai-ramai tolong aminkan.....

Tuesday, February 16, 2010

Warna- Warni Pelajarku.


Yunus Bersama raketnya...

Kelas tambahan 4.3-alahai...ramainya datang....

ni pula pelajar 4.5 (kelas cikgu sendiri la ni) terkejut tengok anak2 ku...macam bukan pelajar bah ...

Azizul Hakim n Adrian-rupanya dah tubuhkan gruop shuffle sendiri dengan kawan2 sekolah. Ajatnya nk letak video shuffle diorang..tapi berat la pulop. Xpe la.
ok, itu je warna warni SMK Merpati. Semoga ketemu lg. Wasalam


For More Photoes of Sabah, visit my friendster =)