Have an account?

Monday, June 23, 2008

Balik Kampung

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, tanggal 9 Mei 2008, bsamaan dgn hari jumaat, ana dan kawan bertolak pulang ke kampong-Kelantan-Bandaraya Islamik-kebanggaanku. Alhamdulillah, semoga bertolak pada ari jumaat ni, ALLAH lindungi perjalanan kami.

Tepat jam 9 malam, bas dah ade. Alhamdulillah, kali ni bas tepat gak la. Biasanya, bas cata ni selalu lewat-huhu-hamba penumpang setia bas cata-senang, terus ke kolej.

Em...tapi, biasa la, bas ni g amik dlu penumpang2 lain kat kampus, kolej2 lain. Dan, dalam kul 10 mlm gak la baru bas ni bergerak keluar dari Tanjung Malim. Alhamdulillah, perjalanan lancar.

Em...tapi agak lewat la sampai, sebab banyak kali tukar driver.kejap2 brenti, huhu. Paling sedih....

Jam 5.30 pagi, ana sedar, baru duk Jeli (maaf klu silap, xigt flow Klate nis =p). Adus, lambat lagi la nak sampai KB, dalam 2 jam lagi. Em...bas sambung gerak, and ana sambung tido....

Sedar2, dah jam 6.30 pagi, masyaALLAH, xsolat subuh lagi. Camne ni??? Argh... kawan sebelah pun dah mula cemas. Alhamdulillah, ana teringat ceramah yang ana dengar masa Kuliah Muslimat aritu, ustazah tu kata, kalau bas tak berhenti, solat lah dalam bas tu. Sebagai tanda kita hormati waktu solat. Bila dah sampai destinasi kita, qada balik. Em...jadi ana pun solat la dalam bas. Selebihnya, ana tawakkal pada ALLAh. Emmang rasa bersalah sangat. masyaALLAH.

Em...kawan sebelah ana xsolat lagi. Dia pun beranikan diri, suruh pakcik bas tu brenti. Tahu apa jawapan pakcik tu???

‘Ala, tadi xbagitau awal-awal’

Macam marah lak. Kesian kat kawan ana tu. YA ALLAH pakcik, pakcik sendiri pun xsolat ker??

Ana dah tahu jawapan pakcik tu, sebab tu ana xgtau dia, tapi, alhamdulillah, sahabat ana ni berani. At least she try. Ana ni xkuat sangat, sebab memng dah byk pengalaman macam ni. Aiii...pakcik..pakcik...pakcik xsolat ker????

Kesian kat kawan ana tu, seolah2 pakcik tu marahkan dia jer, padahal dalam bas tu, bukan dia sorang yang nak solat (ana dah solat dalm bas tadi). Last2, ana suruh dia solah dalam bus jugak. Sekurang2 nya dia dah cuba gtau pakcik tu. Tahniah Wan.

Em...kul wape sampai KB??

Pukul 7.30 pagi!!

Ai...camne la sahabat2 lain? Camne diorang solat? ALLAH hu akbar, maafkan ana....

Em...tamat pasal bas, sambung peristiwa dengan abangku lak.

Tunggu punya tunggu, dalam kul 8.15 pagi baru dia datang. Huhu. Salah ana, sebab ana x gtau tempat ana tunggu dia dengan jelas (oh, KB, aku belum mengenalimu hehe). Sori my bro...

My first view in Kelantan, my beloved state.


Dengan barangku yang banyak bangat ni-ibarat balik terus-ye la, cuti 2 bulan beb, 1 beg besar, 1 beg kecil, 1 beg Si Hitam, 1 beg kecil, hoho camne nak muat dengan sebuah MOTOSIKAL??? Aiiya...

Hasil kreativiti kami, berjaya gak motor tu digerakkan-walaupun lebihan muatan, alhamdulillah pagi lagi, kalu dah tengah hari, mungkin kena tahan polis, sebab lebih muatan haha. Aduss, kurasa ibarat telur di hujung tanduk, almaklumlah, xpegang pe pe pun. Both of my hand holding by beg huhuh...

Tapi, alhamdulillah, sebab ALLAH swt memang jaga kami. Alhamdulillah.

Wah...cabaran bermula, sebab my bro xikut laluan biasa. Rupanya dia nk g beli nasik berlauk. Aduss. My superb mum ni memang terbaik. Nak suruh anak dia makan dlu. ALLAH hu akbar. Alhamdulillah. So, kami pun lalu la jalan yang jauh....

Gerai nasik berlauk yang menjadi tumpuan ramai...kat Baung. My bro doesnt appear in the picture.

Bila dah siap beli nasik blauk, tetiba....

Argh...tayar pancit sih!!! ALLAH HU AKBAR =) sabar-sabar....

Then, what my bro decide to do???

Oh tidak!!! My bro decide to...tolak the moto haha... oh my bro....

Wah my bro...memang tabik sama u la. ALLAH hu akbar..

Memang xsangka abangku sanggup tolak motor. ALLAH hu akbar. Maafkanku abangku sebab menyusahkan kamu.

Tapi, memang tabik sama abangku, sebab, langsung xmembebel huhu... Memang tanpa was-was my bro nak tolak moto tu...langsung xmerungut!!!

Memang berbeza antara llaki and ppuan. Wah...kurasa, kalau ana dengan ppuan sekarang ni, tentu banyak sangat merungut-ana la tu- ALLAH hu akbar.

Em...walaupun penat dr naik bas pun xilang lagi, tapi, alhamdulillah, ana bersyukur sangat, sebab bagi ana peluang ni. Alhamdulillah. Alhamdulillah YA ALLAH, kerana memberi peluang untukku belajar erti sabar. Alhamdulillah. Thank you my bro.

ALLAH hu akbar. ALLAH Maha Besar. Maha Besar dalam mengatur segalaNYA. Letih itu milikNYA. Walaupuan ana letih, tapi, jalan kaki selama 45 minit langsung tidak memenatkan ana. Alhamdulillah YA ALLAH.

Alhamdulillah juga, sebab, melalui pengalaman ni, ana dapat lihat jenis2 manusia. Alhamdulillah, sebab ade juga orang yang nak menghulurkan bantuan, tapi...huhuhu, diorang nak tolong hantar ana!! Hohoho, terima kasih, ana amat hargai, tapi, xpelah, takkanlah ana nak tinggalkan my bro sorang2 tolak moto??-walaupun ana xtolak motor tu, tapi, at least my bro ade teman- xde la malu sesorang. Huhu..lagipun..takkanlah ana nak naik motor ngan LELAKI?? Oh no.... tapi, memang jutaan terima kasih ana hulurkan kerana sudi menghulurkan bantuan. Yang xhulur bantuan?? Ade gak, takpe, mungkin depa sibuk =)


Alhamdulillah, sampai gak kat stesen minyak. Cuba la isi angin sikit2. Walaupun dah tahu, xde la bagi harapan sangat, tapi...cuba gak.

Em,,,lepa isi angin, xsampai lima minit dah pancit balik. Xpo la bro, dah memang takdir, nak suruh kita excersice lebih pagi ni huhu

Akhirnya....

Kelihatan dari jauh, sayup2 melambai daun ‘pauh’ hehe...argh... Rumahku... Syurgaku... Akhirnya, alhamdulillah, tiba juga ana ke rumah. Alhamdulillah. Alhamdulillah YA ALLAH. Alhamdulillah.

SubhanaALLAH, memang langsung xsangka, ana berjaya juga jalan kaki+bawa barangku yang amat banyak bangat ku. subhanALLAH ya ALLAH.

Em..banyak bangat pengalaman/pengajaran yang diperolehi pagi ni.

Bermula dengan xbrenti solat subuh –solat dalam bus- my bro xjumpa cari ana masa nak mai amik- beli nasik blauk-tayar pancit-orang tolong-orang xtolong-

Wah..memang banyak pengalaman first day sampai Kelantan. ALLAH hu akbar.

Em..seterusnya, cabaran ana tuk tinggl di rumah selama 2 bulan, macamana agaknya??

Ya ALLAh, semoga percutianku ini semakin mendekatkan ku kepadaMU. InsyaALLAH. Aku mendambakanMU ya ALLAH.

Amik Lesen

Assalamualaikum wbt. Hari ni 18 Mei 2008, bersamaan hari Ahad. Alhamdulillah, ALLAH masih pinjamkan nyawa. Em...dah seminggu kat umah ni. Alhamdulillah, ade gak beberapa perubahan yang dah ana buat.

Alhamdulillah, ari Rabu lepas ( 14 mei 2008), ana daftar tuk amik lesen. Tapi sedih gak, sebab kena g sendiri. Sabtu, 17 mei, dengar Kuliah KPP, then ari selasa amik test komputer. Alhamdulillah, sebab semau berjalan lancar. Lepas amik amali 3 jam, dapat L huhu yahooo

Alamak!!! Lupa la plop pasal motosikal, camne ni... ajat nak amik both lesen, senang kalu nk g memana ngan moto..huhu...ruginya masa. Jeling-jeling gak kat orang blaja moto, adus, terdedahnyee =P malu la nanti, semua pakat kelih, dah la kita ni lain dari yang lain hohoho

Tapi...kli x amik sekarang, eln kali pun macam ni gak. Argh, biaq pi la diorang nak kelih pun, aku peduli apa. Yeh, ikut moto hidup –Malu biar bertempat- hoho, kalu nak diiktkan rasa malu, sampai bila aku nak amik lesen. Tempat belaja ni, sampai bebila pun akan macam ni jer-dia xkan ubah jadi tempat tertutup nyer la, ataupun asingkan antara lelaki n pompuan-takkan punyer lah. So, tak nak tak, kena amik gak. Tapi.... arghhhhh malu sih...=(

Nak wat camne??? Arghhh dah la kita ni lain sikit ngan orang lain, nanti semua pakat nak kelih kat kita hoho.

Poyo la ko ni, takdenye orang nak kelih ko. Orang lain lagi cun la huhu....

Bukan masalah cun tak cun la, tapi...masalahnya, seorang ppuan, terdedah kepada lelaki hahahah

Abih tu? Ko nak wat camne??

Emm..cam yang gtau tadi la, abaikan sekeliling. Malu pun, dalam sebluan ni jer (YA ALLAH, semoga segalanya berjalan lancar.)

Aku korban sedikit perasaan malu ni hohoho, arapnya berbaloi la

Mengarut la ko ni neo. Memangla malu tu bagus, tapi, biarlah bertempat. Bukan ko sorang jer yang blaja kat situ, tehn yang lain lelaki. Ade gak la puan lain. Relek la bro...

Hohoho...baiklah boss

Semoga ALLAH melindungi aku dari mata2 syaitan huhu...semoga aku tidak dilihat oleh pandangan nafsu ;p (nak jadi wanita solehah- tidak memandang lelaki, and lelaki tidak memandangnya- wahhhh besaq tul cita-cita) koya + poyo tul hehe

Pepe lah, ni sekadar cakap2 kosong antara aku and diri sendiri. One of my way to get motivation. Dont be shy to do this to ur self. Spend some time to ur self. Bercakaplah dengan diri sendiri, nak arapkan kawan, bukannya dia selalu nagn kita, lagipun, takkanlah memnajang nak ganggu dia, sia dia beb. Klu kita pun-taknak di ganggu memanjang kan?-

Em...saje je ni, guna bahasa pun sempoi jer. Maaf ek klu ade kasar bahasa. Thakns for reading, jangan lupa, bercakaplah dengan diri anda-sebab anda adalah kaunselor terHEBAT diri anda =) peace.

Wasalam.

25 mei 2008

23.12 pm