Have an account?
Showing posts with label Emosional. Show all posts
Showing posts with label Emosional. Show all posts

Friday, July 23, 2010

Mana Nak Mengadu?

Em...td saya telefon awak..awak angkat phone-gembira sekejap saya- dapat dengar suara awak pun buat saya gembira. Niat saya telepon awak, sebab saya nak berkongsi masalah saya...SAYA RASA XSEDAP HATI...
Em...tapi, mungkin waktu saya telepon awak tu..masa yang agak tidak tepat, sebab pada masa tu, TOK IMAM pun sedang panggil awak...jadi...mana yang lebih aula?
Berkat kebijaksanaan awak, maka awak memilih untuk ke surau (hebat awak, sebab tu saya suka awak), tapi, dalam hati kecil saya, ada sedikit RASA SEDIH, sebab saya xsempat nak berkongsi masalah saya – kenapa saya rasa xsedap hati tu-sempat bagitahu mukaddimah saja.... apa pun, saya KAGUM pada awak =) Terima kasih ALLAH....
=) =(
Dalam gembira pun ada sedikit duka (Ish...syaitan lah yang cucuk ni....)
Em.... dalam SEDIKIT kesedihan, terlintas sesuatu yang BESAR di kepala.. Terlintas di fikiran, rupanya....
Aku TERLUPA untuk berkongsi masalah dengan KEKASIH UTAMA ku....
Em... jahat betul saya ni... boleh terlupa pada KEKASIH SEGALA KEKASIH. ALLAH hu akbar...em... mungkin dengan peristiwa ‘sedih sikit’ tadi, barulah tersingkap satu ke’LUPA’an kita kepada KEKASIH SEJATI kita. Em....
Em....cinta kita kepada kekasih dunia, kekadang telah mengambil sedikit CINTA kita kepada kekasih SEBENAR.
Adanya kekasih dunia...
- menjadi tempat untuk kita BERKONGSI MASALAH
- tempat untuk kita mencurahkan RASA CINTA
- tempat kita MINTA PERTOLONGAN
-tempat kita MELUANGKAN MASA BERSAMA
Banyak lagi lah, segalanya seronok, buatlah apa saja, asalkan dengan ORANG YANG KITA CINTAI, akan SERONOK dan MEMBAHAGIAKAN.
Dan, ditakdirkan ALLAH, pada suatu hari, kita ‘kehilangan’nya sekejap. Em.....terus rasa tak best. Tapi, hakikatnya, itulah peluang untuk bersama KEKASIH yang lebih AGUNG.
Awak,
Walaupun tadi saya xdapat bercakap panjang dengan awak, tetapi, ALHAMDULILLAH pada ALLAH, sebab bagi saya peluang untuk SEDAR, saya ada TEMPAT LAIN UNTUK MENGADU. Terima kasih juga pada awak, sebab bagi saya peluang itu. (Hakikatnya, ALLAH yang atur, kan?? Hebat ALLAH kan?? SubhanaALLAH, i LOVE ALLAH)
Awak, gembiranya saya dengan awak. Walaupun kalau ikutkan hati saya, saya ingin SENTIASA DENGAN AWAK, tp kita xdapat sentiasa bersama. Memang kadang-kadang rasa sedih, tapi, rupanya, ALLAH ada hadiah juga untuk perpisahan jauh kita ni. Rupanya, ALLAH nak bagi kita ruang..supaya, walaupaun saya ni sayang bangat pada awak, tapi, ALLAH masih mahu sedarkan kita, bahawa, ALLAH itu LEBIH LAYAK dan BUTUH untuk DISAYANGI, DICINTAI, DIKASIHI, lebih dari hambaNYA. Hebat tarbiah ALLAH ni kan, awak?
Em.. awak, rupanya, ini hikmah kita tinggal jauh2. Supayanya, kita dapat DUA CINTA. Arghh....seronoknya saya dengan CINTA ini, sungguh terharu dengan 2 KASIH SAYANG yang saya terima dari orang yang menyayangi saya (awak) dan juga dari Yang MAHA PENYAYANG ( ALLAH). subhanALLAH.
Awak, rupanya, TIADAnya ruang untuk saya /awak mengadu pada awak/saya, itu sebenarnya adalah ‘PELUANG’ untuk saya/awak untuk mengadu pada ALLAH. Cantiknya peraturan ALLAH kan??
Ya ALLAH, aku sangat MENYAYANGI MU, dan sanagt SYUKUR ya ALLAH, sebab aku juga MENYAYANGI nya (dengan izinmu). Semoga aku dapat menyambung kasih sayang dan cinta ini sehingga ke SYURGA Mu ya ALLAH. Ingin sekali aku bertemu denganMu ya ALLAH, ketika aku bersama-sama dengannya di dalam SYURGA MU. Amiin...
( rendah dirinya untuk berdoa sebegini, malu kerana rasa xlayak, tetapi AKU MAHU ya ALLAH.....)


Hamba kepingin Syurga dari ‘Tuan’nya
Bumi Sandakan, Sabah.
23072010
2028

Wednesday, July 21, 2010

Waiting For Ramadhan

Assalamualaikum wbt sahabat sekalian. Lama benar x bersua kan? Malu nya...bila lama kita x buat@jumpa dengan “sesuatu”, maka kita akan jadi KAKU sikit untuk emmulakannay kembali.
Em..apa khabar semua? Harap2nya semuanya sihat2 ja. Lama sungguh ana x mencoret. Dalam tempoh tidak mencoret itu, banyak juga perkara telah berlaku. Sekadar pemberitahuan, ana terlah BERKAHWIN dalam tempoh ‘herbenasi’ ana. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan. ALHAMDULILLAH, sayang ALLAH...
Nak cerita tentang apa? Terlalu banyak yang hendak dikongsikan, sampaikan TAK TERcerita...(sedihnya bunyi....)
Em..... sekarang kita dah di bulan SYAABAN, cepat sungguh masa berlalu...lepas SYAABAN, RAMADHAN. ALLAH hu akbar...cepatnya... SUDAH HABIS GANTI PUASA? Cepat2 ganti.
Esok sudah 10 Syaaban, ada lebih kurang 20 hari lagi...ya ALLAH, izinkan aku ketemu dengan RAMADHAN pada kali ini......


Hamba Menunggu Ramadhan
9 Syaaban 1430
1809

Friday, April 23, 2010

Anak ku sayang

Baca blog sahabat2 yang di postingkan ke Sabah. Rata2 mengalami masalah yang sama – masalah dari sudut kefahaman pelajar terhadap ISLAM. Sayangnya…. =(
ALLAH HU AKBAR…
Wahai pelajarku sayang,
Cikgu nak sangat tolong kamu, cikgu sayang bangat sama kamu, cikgu nk tolong kamu. Tapi, maaf banyak2, cikgu x tahu bagaimana nak tolong kamu. (kami kena atasi ni wahai cikgu…ALLAH x kan tolong kamu jika kamu x berusaha, jangan mudah putus asa)
Maafkan cikgu sebab xpandai nak marah kamu dalam kelas, hasilnya…maka kamu pun main2 dalam kelas. Cikgu bagi nasihat pun, kamu x brapa nak dengar. Cikgu memang sedih dengan apa yang kamu buat tu. Cikgu sayang kamu.
Anak2 ku sayang
Cikgu tahu, kamu ada masalah dalam agama. Kamu x buat pun apa yang agama suruh, contohnya macam solat. Cikgu pun xtahu, kamu salah ke tidak, sebabnya…kamu x solah tu, sebab KAMU XTAHU.
KAMU X TAHU
Sayang anakku….
Macamana nak bagi kamu TAHU? Sampai bila kamu akan XTAHU? Sampai bila mahu hidup dalam kejahilan tu? Sampai bila sayang?


ALLAH HU AKBAR
Terasa…semua tu tergantung di bahu cikgu. Cikgu mahu sangat tolong kamu……
ALLAH HU AKBAR, tolonglah hamba MU yang amat hina ini untuk membantu anak2 ku.
Ya ALLAH,
bukanlah pintu hati anak2 ku…aku sayagn mereka ya ALLAH.
Engkau dah kurniakan hidayah buatku, sebarkan jugalah pada anak2 jua ya ALLAH. Sayangi mereka.
Ya ALLAH,
Kuatkanlah semangat ku…..

Thursday, May 8, 2008

Maafkanku

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, dah lama ana xmenulis blog, and alhamdulillah sebab ALLAH izinkan kali ni jari-jemari ni tuk menekan keyboard pd Si Hitam. Alhamdulillah ya ALLAH.

Em...ana menulis, tentu ade sesuatu yang telah menimpa diri ana. Biasalah, manusia, hanya ingat pada yang setia jika mengalami peristiwa sedih jer. MasyaALLAH, maafkan daku wahai Si Hitam. Bukan ku sengaja melupakanmu, tapi...ana sendiri pun xde alasan tuk itu. Ya ALLAH, teruknya diri ini. Nampaknya, betullah apa yang difikirkan oleh Si Hitam. AstaghfirrALLAH hal azim.
InsyaALLAH, malam esok ana akan bertolak balik ke kampung. Semoga ALLAH melindungi perjalanan ana dan seluruh pemunpang bas dan pengguna jalan raya pada masa tu (dan sekarang),amin. Ya ALLAH, pulang ke kampung kali ni, membawa bersama penyakit hati dalam diri ana ni. ALLAH hu akbar.
ALLAH hu akbar. Sukarnya nak merawat penyakit hati ni. Ahhh...sedih sangat, sebab penyakit macam ni, bukan sekadar menyusahkan diri kita, tapi bertambah sedih sebab ia menyusahkan orang lain. Kesian pada teman2 sekeliling jika ade makhluk yang berpenyakit hati di dalam dirinya. Ana xkata kat sesiapa, tapi kepada diri ana sendiri. Ya ALLAH, sungguh sedih dengan diri ini. Ya ALLAH, ini bukan bermakna aku tidak bersyukur dengan pemberianMU ya ALLAH. Aku bersyukur dengan jasad yang telah Engkau pinjamkan kepadaku. Aku amat bersyukur Llangsung tiada nikmat yang Engkau kurniakan, yang tidak menyebabkan aku tidak bersyukur. Aku amat bersyukur ya ALLAH. Engkau telah memberikan yang terbaik untuk hambaMu, namun, yang menjadikan diri ini sedih kerana akal (yang juga telah dipinjamkan) tidak mampu untuk membawa jasad ini mengikut apa yang Engkau kehendaki. Engkau berkehendakkan manusia yang bergelar khalifah, namun, layakkah diriku untuk memegang amanah itu??
Ya ALLAH, ampunkanlah daku.

Ya ALLAH, teruk sangat rs diri ni. Sukar bangat nak mengawal perasaan. Jika ade je insan yang tidak buat apa yang kita kehendaki, terus akal ni tidak mampu untuk mengawal tindakan. Mulalah syaitan mainkan peranan. ALLAH hu akbar. Ampunkan daku ya ALLAH, d atas keterlanjurannku.


Duhai sahabat,
Maafkanlah diriku yang amat hina ini, kerana telah melukakan hatimu.
ALLAH hu akbar

Kumohon
Jangan jadikan kejahilan hamba sebagai penyebab ukhwah ini terputus
Hamba tidak mempunyai apa-apa
Selain hanya ALLAH sebagai pelindung diri

Namun, apakan daya
Segala kesilapan itu
Tidak mampu akal kecil ini untuk mengawalnya
Ya ALLAH
Engkau Maha Pengatur
kami hanya merancang

Engkau juga merancang
Namun, kutahu ya ALLAH, bahawa rancanganMu Maha sempurna
Diriku yang hanya insan kerdil

Hanya menurut apa yang telah Engkau rancangkan
Sekalipun pahit tuk dilalui,
Namun, kuyakin dengan rancanganMu ya ALLAH
YA ALLAH
Lapangkanlah hati ini

Untuk menerima segala rancanganMu dengan redha
Rahmatilah kami ya ALLAH


Apa salah ana??
ALLAH hu akbar. Usah ditanya, sebabnya ia terlalu banyak, sampaikan tidak terhitung. Malu pada mulut, yang telah dipinjamkan kerana telah digunakan di tempat yang tidak sepatutnya
Malu pada akal, kerana tidak mampu untuk digunaka
n dengan sepenuhnya, dan berlandaskan Al Quran dan As-sunnah
Malu pada mata, kerana digunakan untuk melihat bukan yang haq
ALLAH hu akbar

Masihkah ada keampunan untukku??
Em...rasa diri ni teruk sangat. Langsung xpandai nak berdakwah. Arghhh...ya Rasulullah, sungguh indah pekertimu yang ALLAH telah aturkan. Engkau begitu sabar ya Rasulullah. Allah hu akbar, aku merinduimu.

ALLAH hu akbar, kalaulah Rasulullah itu bersifat seperti ana, agaknya, brape kerat je yang sanggup terima Islam? Aduss...langsung xpandai nak berdakwah.
Cara dakwah yang tegas dan tidak pandai menyusun kata, langsung tidak memikat hati orang tuk mendengar. Takutnya, jika disebabkan ana, orang m
akin xnak dekat dengan Islam. masyaALLAH!!
Habis, apa yang patut ana buat?? Diamkan diri je ke?
Tinggalkan tanggungjawab sebagai daie kepada orang lain???

Adusss, risaunya hati ni. Jika ditanya apa sumbangan ana pada agama ana, apa yang ana dapat jawab??
ALLAH HU AKBAR.
Ya ALLAH, aku sedar siapa diri ini. Ilmu langsung xbanyak, tapi dah perasan nak ajak orang buat kebaikan. Langsung xsedar diri, ana ni. MasyaALLAH. Ya ALLAH, salahkah apa yang sedang aku lakukan?? Buntunya diriku ya ALLAH
.
Xtahu nak tulis apa. Banyak sangat mengarut. Sedih ko diri yang
amat hina ni. Semoga ALLAH tidak menghina diri ini di akhirat YA ALLAH. astagfirALLAH hal azim....

Em...sebab xpandai nak menegur, maka kuwakilkan si comel2 ni tuk berdakwah.Semoga kita semua menanamkan keinginan yang sama dengan si comel ini =)Segala pesanan ni juga buat diri ana.
Semoga ALLAH membantu kita dalam menjaga maruah diriPray in masjid?? InsyaALLAH..we can do itTundukkan pandangan.
ALLAH hu akbar. Ni berat sikit nak buat. Tapi, tiada yang mustahil dengan keinginan yang kuat dan bantuan ALLAH swt

huhu...nak kawal perasaan marah...arghh!!
Ingat, syaitan suka bila kita marah (pesanan buat neo)

Maafkan ku sahabat.