Have an account?

Wednesday, December 17, 2008

Kolej Vs Rumah

Ni salah satu masalah yang melanda seorang hamba ALLAH.

Jam

Kolej

Rumah

5.00 am

· Hari bermula pada jam 5.00 pagi. Solat tahajjud & mengaji sementara nak tunggu Subuh

· Solat Subuh berjemaah di Surau Al Falah

· Masih di alam lain...

6.30 am

· Balik surau, baca Mathurat, mengaji, hafalan

· Jam 6.30 pagi masih tak tau kat mane...dalam selimut lagi...aiiii

· Solat Subuh SOLO

· Mengaji

7.30 am

· Tido jap..dalam 15 minit

· Tido sampai..(malu nak oyap huhu)

8.00 am

· Sedia breakfast..nestum jer

· Persiapan diri

· Di mana aku??? =P

9.00 am

· Ad-Dhuha + mengaji

· Jadi pelajar

· Maybe baru bangun

· Persiapan diri

· Ad-Dhuha + mengaji

· Jadi surirumah haha =)

11.30 am

· G kafe..beli makanan

· Tolong mak masak

1.10 pm

· Solat Zohor berjemaah ngan roomate (if she availabe)

Mengaji

· Solat Zohor SOLO

Mengaji

2.00 pm

Main ngan si Hitam + internet (ade pengisian gak)

Tengok tv (cite Indon straight sampai kul 430pm) juz for fun

4.30 pm

Solat Asar berjemaah (if she availabe)

Mathurat

Solat Asar SOLO

Mathurat

5.00 pm

Relek2 berbual2

Baca buku makanan rohani

Relek + tengok tv

Baca surat habar

6.30 pm

Makan

Tengok tv

G dapur..tuk preapare makan ringan2

7.00 pm

G surau. Solat Maghrib berjemaah

Mengaji (tunggu Isyak kat surau)

Tunggu Isyak berjemaah gak

Solat Sunat Hajat

Preapare Solat Maghrib SOLO

Mengaji

Solat Sunat Hajat

9.00 pm

Jadi pelajar

Tengok tv lagi...

11.00 pm

Tido

Tido

Em...dah namapak kan?? Comparision duk umah n duk kolej...teruk sanagt bila duk kat uamh...xleh nak bayangkan..betapa seronoknya syaitan bila hamba itu berjaya dipermain2 kan oleh syaitan..eeiiii benci kat syaitan...

Sape salah?? Diri hamba itu sendiri la....dia kena la pandai camne nak lawan syaitan..tak selamanya dia akan duk kat Kolej...in future, she have to live in the community. Masa tu..lagilah teruk...masing2 ade hal masing2...xde sape yang nak nasihat...semoga anda ketemu dengan orang yang tidak jemu2 untuk menasihati anda..insyaALLAH.

Tuesday, December 16, 2008

Qiamulail Makin Layu

Asalamulaikum wbt.

Qiamulali…Qiamulail….dah lama xjumpa kan? Em…teruknya, bila cuti jer dah mula lupakan ‘dia’ ek? Ish ish ish…Neo..Neo…Neo…. Apa nak jadi ni...teruknya………….

Dah lama xbuat..lemah sungguh iman manusia akhir zaman ni. Fuh..dah abih usaha buat...kunci jam dah...tidur sebelum zohor dah...tidur awal dah..macam2 dah buat..semata2 untuk bangun di pagi hari. Tapi..akhirnya...em... kantoi....

Dah tau dah apa penyebabnya..sebenarnya..semua ni bergantung pada IMAN kita. Ana konfirm..tentu kita dengar jam kita duk memekik dinihari tu kan?? Em...jadi..apa yang membuatkan kita matikan jam tu?? Huhu...memang dah sedar...pastu akal yang dibelenggu syaitan pun cakap

‘jap la, ko baring2 dlu..dah segar skit..ko bangunlah.’

Dengan keadaan bilik yang masih gelap gulita..dan sekarang plop hujan...aduh..bestnya tarik selimut... fuh..kalu dah macam tu...bunyi jam tadi...dah tewas lah dengan selimut tu.... yang dah bangun tadi...terus lupa niat nak bangun berQiam...dah kena ikat ngan selimut dah....adusss cam ne tu??? Sape menang klu dah macam ni? fikirlah sendiri...

Teruk kan? Betapa lemahnya iman kita ni. Kalu ank tengok..sapa paling gagah perkasa...masa ni la kalu kita ank ukur iman kita...mampu tak kita nak layan syaitan yang direjam tu? Em..sekali lagi...Pikirlah sendiri.

Kalu tong gas kita mampu nak angkat..masa pagi tu...mampu tak nak angkat kelopak mata yang sampai satu gram tu?? Argh aku sungguh lemah...

Help..help...help...give me some tips camne nak lawan syaitan di waktu pagi tuh...argh..benci kat syaitan..

Maka, dengan segala rasa rendah diri, maka ana pun mesej sahabat2iah

‘Salam sahabat sekalian, minta nasihat skit, dah lama ana berqiamulail...’

Alhamdulillah, dengan kuasa ALLAH yang Maha Bijaksana, maka ALLAH mengilham sahabat ana untuk membalas mesej ana..alhmdulillah ya ALLAH.

Zulhijjah: Qiam al lail, sunat yang digalakkan utk dlakukan..kadang2 kalu kita fikir balik, klu kita ade kijo, tengah malam pun kita bangun buat lagi, sebab kita mmandangnya sebagai tugasan untuk kita. Tapi nape kita x letakkan amalan ibadah ni jugak sebagai satu tugasan untuk kita..maknanya stiap mlm sblum subuh, kita ade kijo, dan kito letak sbg satu kijo penting..dan utk memotivasikan diri kita, kita amiklah cth dr ahli sufi dan ulama’ tdahulu spt Rabiatul hadawiyah..macamane dia paksa dirinya solat malam. Dia piyak (pukul) kaki dia kalau kaki dia xlarat bdiri . dia cakap, atah dunio ni bdiri sekejap je, kat padang mahsyar lg lama kena bdiri...

Arfah : perjalanan hidup kita awal direncanakan oleh ALLAH. firmanNya,

“wala tamsyi filardhi maroha” ..dan jangan kamu bjalan d atas bumi dengan sombong.

Siapalah kita utk sombong thadap apa yang kita sendiri rencanakan bbanding perancangan ALLAH. Ingatlah ukhti, tujuan kita dijadikan. Segala perkara didunia ni hanya wasilah (penyambung, penghubung). Tetaplah dalam jalan mujahidah panjang ini kerana tiap detik tingkah jaga kita akan dihisab kelak. Moga ALLAH meredhoi tiap kerjaan kita

Tapi...macam xde kesan jugop..sebab pagi tadi pun kantoi.. arghhh... kenapa ku terlalu lemah..teruk sangat cuti ni... MasyaALLAH..

Help me sahabatku....selamatkan ku dari panasnya api neraka...


Monday, December 15, 2008

IMAM

Assalamualaikum wbt. Tetiba plop rasa nak cakap pasal imam. Ntah nape..rindu nak bersolah berjemaah kot huhuhu...

Imam...Imam..orang yang berada paling depan semasa sesuatu solat tu dikerjakan. Wah...hebatnya..kagum betul dengan orang yang dapat jadi imam ni. Bukan calang2 orang dapat jadi imam...dia semestinyalah ada ilmu agama yang tinggi..dan juga yang paling penting...fasih untuk mengaji...em...

Kagum kan?? Kalu kita tengok kat mana2 organisasi, mesti ade ketua...dan jika ketua tu dapat jalankan tugasnya dengan baik, maka dia akan dihormati oleh anak buahnya. Dan, dia semestinya akan disayangi oleh Bos besar ketua tersebut. Fuh...

Cuba kita lihat kes imam plop....dia ni lebih hebat drp ketua tadi..sebabnya....’Bos Besar’nya adalah ALLAH SWT. ALLAH hu akbar...tu sebab ana cakap, nak jadi imam ni bukan calang2 orang..fuh. tabik betul kat sesiapa yang boleh jadi imam. TAHNIAH!!

IMAM..nape ana kagum sangat? Selain sebab dia adalah berilmu..satu lagi yang menjadi penyebab kenapa ana kagum..adalah sebab segala perbuatan imam ni...anak buahnya ikut. Keadaan ni sama ngan pepatah “kepimpinan Melalui Tauladan”. Semua perbuatan imam diikuti oleh anak buahnya..fuh..kagum... kalu dalam mana2 organisasi, kadanag2 ade juga anak buah yang tak ikut ketua...tapi, kalu imam, anak buah WAJIB ikut ketua (imam) ALLAH hu akbar. =)

Selain itu...ade lagi..semua pergerakkan imam..apa perkataan yang keluar??

‘ALLAH HU AKBAR’

Pandai...so, kat sini kita nampak, satu lagi kehebatan imam tu...segala perbuatannya, didahului dengan menyebut dan memuji ALLAH SWT. ALLAH HU AKBAR...kita ade tak amcam tu?? Em...fikir2kanlah sendiri...

Imam..imam...semoga dalam keluarga kita, samada dari tok nenek moyang mahupun yang’bakal’ muncul nanti..sekurang-kurangnya adelah yang dapat jadi imam. Tak dapat wujudkan imam kat masjid pun, imam untuk keluarga pun jadilah. insyaALLAH.. yang paling penting, sebolehnya si kaum ADAM yang nak berkahwin tu...cuba beranikan diri untuk jadi imam kepada isteri anda ye...insyaALLAH.Bagus ni..tunggu imam...bukan imam tunggu makmum =)

Wednesday, December 3, 2008

Sakit

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, tanpa di sangka- sangka…tiba2 kat dalam umah boleh internet!! Langsung xsangka camne boleh dapat ni...tapi, rsanya wireless sesat ni dari kilang kat depan umah... em.. kita halal la ek guna ni?? Semoga halal....harap2 kilang tu pun x kisah sebab... klau dia kisah..tentu dia buat pasword kan?? Huhu

(AstaghfirALLAH hal azim klu salah)

Em.. sekarang..apa aktiviti kat umah, dah boleh lapor salam My Blog hehe =p

Sakni baru lps g klinik kesihatan..xsihat la... beberapa hari lepas duk muntah2 dan sakit perut. Tapi, alhamdulillah ari ni dah makin baik.

SubhanaALLAH, kita sebagai manusia ni...mudah sangat tewas dengan sedikit ujian. Tetiba ana teringat tentang kisah Nabi Ayub yang di timpa musibah dengan kesakitan. Nabi Ayub sakit, sehinggakan, apabila baginda letakkan tangannya di bawah mentari, matahari tu boleh tembusi badannya, sebabnya, takde daging dah yang melekat kat badan Baginda as. ALLAH hu akbar. Dan, pernah sekali, kekita Baginda as bersujud, ulat jatuh dari kepalanya...lalu baginda letakkan balik ulat tu di atas kepalanya... Nak tunjuk bahawa baginda tu begitu pengasih, masih ambil berat tentang ulat tu..masyaALLAH. Boleh ke kita macam u??? Em....

Then, sambung...ana dapat ni pun dalam buku cerita, betul ke tak, wallah hu alam deh...sekadar perkongsian apa yang ade dalam kepala jer... em.. ana baca, ulat tu nak gigit hati Nabi Ayub pula. Kemudian Nabi Ayub pun berdoa pada ALLAH

“ya ALLAH, jika Engkau benarkan ulat ini menggigit hatiku, maka, tiadalah lagi aku dapat mengingatMu ya ALLAH”

Em... kemudian, ALLAH gugurkan 2 ekor ulat itu ke bumi, lalu jadilah ia – seekor jadi LINTAH, dan seekor lagi jadi GAMAT.
Tu sekadar sedikit pengisian dari akal yang dipinjamkan oleh ALLAH swt. Semoga dapat la sikit pengisian..ana kat umah pun dah lama xde pengisian rohani..jasmani jer...sebab tu sampai sakit tu heheh....Orang negara lain sekait sebab xcukup makan, kita kat Malaysia ni sebab terlebih makan...nauzubillah min zalik..

Sikit gambar ana snap kat klinik sakni..hehe..sempat lagi...hamba kan suka snap photo...

Orang duk tunggu giliran tuk bjumpa dokor. Hebat ALLAH ni...kita manusia, dari spesis yang sama, unsur yang sama. daripada daging, tulang... tapi, dengan kehebatan ALLAH, setiap manusia mempunyai masalah yang pelbagai...xde 2 manusia yang mempunyai masalah yang sama. YA ALLAH, Engkau maha Hebat!!!!

Ni pun ana kagum...tgk seorang lelaki...mungkin anak perempuan tu...begitu ambil berat tentang ibunya...harap2 dapat pasangan macam ni huhuh...ish..melencong lak...Harap2 ana sendiri dapat jadi macam ni untuk ma abah ana. Amin Ya ALLAH, perkenankanlah untuk aku menjadi anak yang solehah untuk kedua ibubapaku.

Hasil doktor cek..maka ni lah hasilnya..ana kurang darah...kena makan vitamin, banyak lagi sebenarnya..xnak cakap la. Semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik untuk kita terus menjadi hamba hanya kepadaNya.

Ok. sekian dlu, wasalam. Now 1325 pm 4 disember 2008

Tuesday, December 2, 2008

hasil Berbudi Pada Tanah


Salam Cuti...
Alhamdulillah, sedar tak sedar, dah hamper seminggu ana kat Klate. Rindu tul. Best la..banyak gak aktiviti yang boleh buat.

Alhamdulillah, dalam hujan lebat sekarang, ALLAH murahkan rezeki kami sekeluarga. Alhamdulillah sebab pokok pauh kami menjadi kali ni. Banyak buah…Alhamdulillah…Alhamdulillah. Di samping tuk makan…kalu ade lebih tu…boleh la jadi sumber pendapatan n sumber pahala gak..insyaALLAH hehe.

Abah duk kait buah pauh...hati2 abah!!

Ma pun sama...kait dengan galah yang panjang bangat...ana xpernah dapat kait...susah la..tolong kutip je...Ni sebahagian hasil bumi ALLAH...Alhamdulillah...

Inilah hasilnya..dapat 3 besen...em..buah salok tu kat kebun. Alhamdulillah, musim hujan pun ae hasil juga. Alhamdulillah YA ALLAH.

Kekadang mai malu gak...betapa banyak nikmat yang ALLAH kurniakan kpd kita...semoga kita semua tidak mendebik dada dengan segala yang kita miliki, kerana sesungguhnya semua itu, dengan nyata dan terangnya, ia adalah milik ALLAH SWT.

Terima kasih YA ALLAH, kami bersyukur dengan nikmat kurniaanMU

Balik Kampung Forever

Assalamualaikum wbt
Balik kampong…ooo….. balik kampong…. Hati riang…Hehe…Alhamdulillah, tanggal 22 Nov 2008 jam 8pagi, selamat juga ana balik kampong dengan the only bus from Tanjung Malim to Kelantan, bus Mahligai. Fuh, hampir 3 bulan x balik kampong huhuh. Alhmdulillah, semua selamat sampai. Bertolak pukul 8 pagi, dan sampai umah pukul 430 petang. Alhamdulillah YA ALLAH.

Barang2 kami..banyak tul barang budak2 sem tujuh ni =p

Mula2 nak bertolak...sempat lagi amik gambar =p.Atas jambatan Sultan yahya..dah nak masuk KB...Balik diiringi dengan hujan renyai2..tengok awan tu...tebal kan mainMula masuk bandar KB. Alamak, ternampak idola la plop hehe Sebelum balik umah, singgah beli putu halba jap. sedap makan masa hujan nih =) luv u mum. Alhamdulillah, semua selamat..sekarang dah ade kat umah, smggu bru dapat peluang tuk luang masa tgk My Blog.

Sekian dulu, insyaALLAH, ade masa jumpa lagi, wasalam.

Hantar Membe Balik...

Assalamualaikum wbt

Hantar membe balik kampong, sedinya… berpisah untuk selamanya.. sekarang dah sem tujuh. sem depan dah praktikal..memang dah x jumpa...insyaALLAH, klu umur panjang..jumpa masa grad plop

Norhazwani selamat, semoga ukhwah kita tidak terputus sampai di sini saja. Sebenarnya, perpisahan ni adalah bermulanya ukhwah, untuk menguji tahap ingatan kita pada sahabat kita. Em..semoga awak success sokmo ye. Doakan saya juga. Nice knowing u. hope we will pray foe each other. Thank u because sanggup jadi sahabat saya yang xde apa2 ni. Maafkan saya atas segala salah dan silap. ALLAH HU AKBAR. Kalau ade apa2 berita, don’t forget to tell me k?

Ok wani, hope u hepi always. Harap kita dapat jumpa lagi, insyaALLAH.

Wasalam

Sunday, November 30, 2008

Al- Falah

22hb jam 7 pagi, kami mula bertolak keluar dari perkarangan Kolej Aminuddin Baki untuk kali yang terakhirnya. Sayu gak hati sebab dah sampai masa untuk meninggalkan apa yang kita sayangi. Paling sedih sebab terpaksa berpisah dengan Surau Al-Falah. Banyak betul kenangan kat surau tu. Di sanalah ana mencari ALLAH. Selama tiga tahun mencari ALLAH, akhirnya, dengan ihsan ALLAH, ALLAH tunjukkan jalan untuk ana menghampiriNYA. ALLAH hu akbar. Tak sangka betul, ALLAH sudi menerima hambaNYA yng amat hina ni. ALLAH hu akbar. Alhamdulillah YA ALLAH. Alhamdulillah..

KAB...KAB...terlalu banyak kenangan ana disini. Ana mula belajar mengenal ALLAH disini. Ana mula mengenal erti persahabatan di sini. Ana mula kenal usrah di sini. Ana mula kenal politik di sini. Ana mula kenal erti gotong royong di sini. Ana mula kenal erti solat berjemaah di sini. Ana kenal tadarus di sini. Ana kenal qiamulali di sini, ana kenal apa itu iftar di sini. Ana kenal hidup susah juga di sini. Ana kenal keindahan azan juga di sini. Mampukah aku untuk melupakanmu?? Hanya ALLAH yang tahu.

ALLAH hu akbar, sungguh hebat ALLAH ni. Dia mampu menerbitkan bibit-bibit cinta dan perasaan sayang walapun bukan antara dua makhluk yang bergelar manusia. subhanALLAH. Paling ana sedih sebab terpaksa tinggalkan Surau Al –Falah, walaupun suraunya tidak terlalu besar, namun ana rasa ia ibarat rumah ana. Terlalu dekat ia dihati ana. Segala pembelajaran sampingan ana berlaku di sini. ALLAH hu abkbar. Engkau meletakkan keindahan ada sesuatu yang terpaksa kami berpisah dengannya, tentu ade hikmah di sebaliknya YA ALLAH.

Waalupun terpaksa berpisah secara zahir dengan Surau Al Falah, namun, ade kesan sesuatu yang telah disematkan oleh ALLAH ke dalam hati hambaNYA ini. Rupanya ALLAH telah memperkenalkan ana dengan apa itu maksud rumah ALLAH. Ana masih ingat masa ana sem satu. Ana mencari ALLAH... ana melangkah masuk ke UPSI dengan membawa bersama2 dosa2. Ana perlu mencari ALLAH untuk membersihkan jiwa ana. Orang kata, masjid atau surau tu ‘rumah ALLAH’. Maka dengan keterbatasan ilmu yang amat sedikit, ana mula mencari ALLAH di ‘rumah’NYA. ALLAH hu akbar. Alhamdulillah la, dengan kejahilan itu,ana terima jer ilmu sedikit ana (cari ALLAH kat ‘rumah’ DIA).

ALLAH HU AKBAR. ALLAH Maha Segalanya. Dia tahu, ade seorang makhluk yang amat hina ingin menghampiriNYA. SubhanALLAH, amat beruntung kita kerana menjadi hamba ALLAH. Ana masa tu langsung xde idea, camne nak dekatkan diri dengan ALLAH. Masa tu langsung xtau tentang adenya ibadat2 sunat, solat2 sunat, adenya kumpulan yang bercakap2 tentang Islam. Langsung xtahu. Jadi, langkah ana untuk mencari ALLAH, hanyalah dengan pergi ke ‘rumahNYA’. Jika Tuan Rumah tu kesian kat kita, sekurnag-kurangnya Dia akan bagi sedikit buah tangan untuk kita bawa pulang, ALLAH HU AKBAR.

Bila pikir balik, kekadang lucu pun ade. Kerana terlalu ingin mencari ALLAH(perasaan ingin mencari ALLAH ni pun atas ihsan ALLAH, kalu tak, mungkin ana masih jahil sampai sekarang), ana pernah pergi ke surau masa solat Zohor dan Asar. Masa tu mana ade jemaah wanita. Malu sangat rasa masa tu. Xleh nak cakap. Solat dalam perasaan malu...

ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang. Mungkin melihatkan hambaNYA terlalu inginkan sesuatu dariNYA, maka ALLAH hadiahkan sesuatu untuk ana. ALLAH temukan ana dengan kakak2 senoir yang ingin membantu untuk ana kenal ALLAH (semua ni asbab, hakikatnya, ALLAH yang aturkan segalanya), subhanALLAH, langsung xsangka, ALLAH sanggup ambil berat tentang ana- seorang hamba yang pernah lalai pada Penciptanya.

ALLAH hu akbar. Maka, masihkah layak untuk ana lupakan ALLAH dalam setiap saat? ALLAH memandang kita disaat kita ingin kepadaNYA, maka, adakah kita sanggup untuk berpaling membelakangiNYA di saat kita gembira? Hebat sangatkah kita ni untuk berkelakuan sebegitu?

Siapa kita tanpa ALLAH?? Ana langsung xmampu nak jawab. Semoga ALLAH terus membenarkan akal ana untuk terus menjadi hamba kepadaNYA. Ana sunggup menjadi hamba yang hina semata-mata kerana ALLAH.


Hamba... apa maksud hamba?? Kalau kita lihat zaman2 Rasulullah saw dlu, nilai hamba ni sangat rendah. Sampaikan tuannnya boleh untuk memukulnya (kisah Bilal Bin Rabah, Sumayyah). Begitu rendahnya nilai hamba ni. Jadi...sapa kita??? Kita ni hamba ALLAH, jadi, jangan nak sombong pada ALLAH. Sebehat mana pun kita, takkan mampu untuk mengubah takdir, bahwa kita ni hamba ALLAH, dan jika diizinkan dengan Rahmat ALLAH. kita inginkan hadiah dari ALLAH, yakni, keizinan untuk pulang ke kampung halaman – SYUGA FIRDAUSI. SubhanALLAH, sungguh besar cita-cita kita kan? Semoga ALLAH mendengar rintihan hati hambaNYA yang amat hina ni. Dan semoga ALLAH kekalkan akal yang sentiasa mengEsakanNYA. Amin ya ALLAH. Kami menyintaiMU ya ALLAH.


Ni beberapa keping gambar yang ana jumpa pasal surau Al Falah. Banyak aktiviti yang kami buat meeting kat surua (salah satu tempat ana belajar berorganisasi. semoga adik2 yang masih kekal di Kolej, mencintai surau ni. ok. wasalam

Monday, November 10, 2008

Sila Baca

Assalamualaikum wbt.

Salam...maaf deh..jutaan kemaafan sy mohon. Rasa banyak sangat salah ngan awk.

Em...kolotnye Neopentene ni...nape la awk xleh jedi cam perempuan lain?? Buat macam biasa jer la..kawan ngan lelaki..bukan salah pun...lagipun, bukannya awak keluar jumpa dengan dia...mana ade maksiat la Neo oiii...

=)

Maaf...itulah saya...seorang yang sangat kolot...seolah-olah xleh nak bagi peluang kepada kaum Adam untuk mengetuk hatinya.. kolot..kolot..kolot.

Kenapa boleh jadi macam tu Neo??

Xtahu..kenapa boleh jadi macam ni... masa hati ni boleh diketuk...xdop sape nak ketuk hehe (zaman2 jahiliah dlu la..masa masih xpaham lagi pasal Islam ni). Tapi sekarang...dah paham sikit (Alhamdulillah), ALLAH nak uji plop sikit.

Em..tentu awak marah kan..nape la saya ni macam ni....xleh nak bagi jawapan yang tetap. Em...xsukanya...xsuka bila ade orang duk fikir tentang kita. (salah ke perasaan xsuka ni?)

Jangan la nak fikir sangat tentang saya...i was nothing for u. ALLAH tu yang utama. Saya tahu, awak tahu tu...dan saya xnak nak nafikan, bahawa manusia ni ada fitrahnya...dan memang awak xsalah. Tapi...adakah salah jika fitrah saya macam ni (xsuka ada orang suka saya...)bukan xsuka pun..Cuma, kau nak suka, buat betul2, be seriuos, meet my parents..jangan nak ganggu saya. Saya xsuka nak cakap benda yang remeh2 ngan awak. Ia menggangu hidup saya..seolah-olah saya ni mudah jer nak layan lelaki..hakikatnya..xpun. Saya tahu, awak pun mesti mcm tu...awak cakap awak xkawan dengan siswi kat tempat awk belajar..so, nape dlm chat ni...awak berani??? Be ur self...be ur self yang PEMALU tu...yang takutkan ALLAH!! Itulah diri awak yang sebenarnya. Xperlu berubah, kerana itulah kelebihan awak. Saya cuma nak ajak awak fikir balik..betul x apa yang saya cakap ni?? Adakah awak sedang mengalami tranformasi (perubahan) dalam keadaan awak xsedar? Awak buang sifat PEMALU awak tu (sifat yang bagus), kerana saya..betul x apa yang saya cakap ni? (sy teka jer)..Cuma nak ajak awak fikir tentang diri awak. U know ur self better than i know u. Awak tahu, macam mana DIRI awak sebenarnya...apa jiwanya terhadap ALLAH..apa perasaannya terhadap perempuan yang dia suka...apa harapan dia pada perempuan yang dia suka tu...

‘Apa khabar...’ ’Buat apa tu...’...soalan-soalan macam ni memang bagus (show that u concern about ur friend), tapi, kalu dah kerap sangat..boleh buat saya fikir lain. “aaa dia ni ambil berat pasal aku la...apa hubungan aku ngan dia??” Saing?? Saing jer?? Dia tanya SEMUA saing dia macam ni ke?? Ataupun kat aku jer?? Kompius la... dia ni nak tarik perhatian aku la tu.. nak suruh aku sedar, dia tu amik berat.

No need la..xperlu...saya xkan fikir semua tu (fikir yang awak tu amik berat). Kalau saya nak fikir pun...saya akan lupuskan dari fikiran saya..sebab awak tu xde hubungan dengan saya. Saya xperlu nak fikir tentang awak. Xde pahala kalu saya fikir tentang seorang lelaki yang xde hubungan dengan saya... (betul ke ni??)

Sepasang suami isteri yang saling menyanyangi kerana ALLAH, mereka akan dikurniakan pahala..bagaimana jika sepasang lelaki dan perempuan saling menyayangi (xdop hubungan yang sah)..apa yang dikurniakan?? Pahala atau dosa??

Saya pun xtahu jawapannya...

Maaf deh, memang ayat saya kasar skit...sebab xtahu nak guna bahasa yang baik2. Saya rasa, saya xleh nak cakap dengan detail sangat...sebab (kot-kot la) pandangan saya ni macam baik jer (Neo KOYA..Neo KOYA...Neo KOYA...maaf =p) nati awak makin kagum plop, then, awk pun makin ‘kene’... naya la saya n awak....

Teruk kan bahasa?? Maaf sangat..sebab xpandai nak susun ayat. Saya memang lemah bab2 nak luahkan perasaan.. saya tahu..awak marah kat saya..kenapa perlu marah?? Adakah salah jika saya xnak berbual kosong dengan lelaki?? Salah ke?

Sy yang baru ni xmacam ni...saya xcakap saje2 ngan laki... saya, sebolehnya nak jaga hubungan saya dengan ALLAH.. tu je yang saya minta dari awak..saya ni lemah sangat..awak tahu tu...dah berkali2 saya bagitau awak...saya sangat lemah..iman saya ni nipis sangat...sangat mudah nak terkoyak...kalu saya xjaga betul2...mana saya nak cari ganti iman yang dah rosak tu?? Saya sayang ALLAH, dan saya sayang makhluk ciptaan ALLAH. Saya juga ade fitrah, sama seperti makhluk ALLAH yang lain. Cuma, sebolehnya..salurkan fitrah itu ke jalan yang sebetulnya.... selagimana akal ini masih takut pada azab ALLAH, selama itulah kita cuba untuk menjauhi NERAKA itu..masa sedar ni lah. Kalu dah xsedar..xleh nak buat apa la. Maksiat akan jadi seronok, ibadat akan jadi leceh...

Maafkan saya..saya cuma nak jaga diri kita jer...jangan diperbodohkan oleh syaitan laknatullah. Saya xsalahkan awak. Saya kagum dengan ilmu awak. Awak boleh bagi banyak pengetahuan kat saya. Saya suka baca emel awak kat frendster tu. Tapi, xleh saya nak baca kerap sangat (nati KOYA lagi..Neo suko KOYA)...cukup untuk mengetahui perasaan awak tu. Emel awak sungguh indah..sebab banyak guna rujukan Al Quran dan Hadis...very touching..tapi..sayanglah..jika kita x jaga hubungan ni.

Cukuplah sekadar saya tahu perasaan awak. Kita xperlu nak sebut banyak2 kali (maaf, kekadang..saya sendiri yang cuba nak ulang..kekadang syaitan buat kita syok-saya dah kena umpan syaitan la masa tu) AstaghfirALLAH hal azim. Maaf deh

Maaf sangat2... apa yang saya tulis ni....bukan nak marah kat awak...matlamat awak dah betul..Cuma mungkin... sedikt yang bleh saya tegur...tentang ni la...perjalanan nak merealisasikan matlamat awak.

Saya ade seorang kawan. Dia berpacaran dengan seorang lelaki dr sekolah agama. Pada awal mereka jalin hubungan, memang saling nasihat menasihati..supaya dekat dengan ALLAH. Bagus la..memang saya pun boleh nampak perkembangan positif perempuan tu. Dia berubah, sampaikan boleh pakai tudung labuh. SubhnaALLAH. Hebat sungguh kuasa cinta ni. Sekarang dah hampir beberapa tahun la dia berkawan dengan lelaki tu...Alhamdulillah, ALLAH wakilkan lelaki tu untuk mengubah dia (hakikatnya, semua dari ALLAH, lelaki tu cuma asbab jer..Alhamdulillah la, benda positif)..saya pun xleh nak komen hubungan yang macam ni...sebab bawa kesan yang positif.

Tapi, agak malang, sebab pada satu hari, ditakdirkan ALLAH, saya TERnampak henset yang dia pegang tu..masa dia msj2 ngan lelaki tu... dan saya ternampaklah tulisan kat skirn phone tu....memang agak terkejut la, apabila seorang pelajar sekolah agama boleh guna perkataan tu...

Ditakdirkan ALLAH, ALLAH bagi sedikit kekuatan untuk saya berbincang dengan perempuan tu....dan dia pun beri sikit pjelasan

‘Neo..kami dulu bukan macam ni. Dulu kami jaga...semua jaga..dia pun..dlu, nak main mesej lama2, dia akan suruh berhenti...dia bagus..dia jaga aku... dia ni sekolah Agama...memang bagus la...Cuma sekarang jer jadi macam ni...dia pun sedar..aku pun sedar...aku pernah cakap kat dia “dulu kita xmacam ni, kan?”

Em...laki tu pun sedar...tapi..kalu dah sampai tahap macam ni, nampak sangat, mereka xsedar msa mereka duk main mesej tu....tu budak yang sekolah agama (lelaki tu) nak cakap kuatnya agama dia, sampaikan boleh nasihat, bagi perempuan tu pakai tudung labuh. Kuatnya ilmu dia. Tapi, dalam xsedar, syaitan duk uji laleki tu....sampaikan xsedar apa perkataan yang dia duk guna dalam mesej tu...asyik rasa syok jer...seronok dengan perkataan-perkataan yang tak sesuai tu (macam suami isteri la pulak). DIA XSEDAR!!

Benda2 macam ni mbuatkan saya teringat tentang kisah Bapa kita, Nabi Adam. Elok2 Nabi Adam duk dalam SYURGA..penuh dengan segala nikmat..tapi dia masih rasa kosong...rupanya Adam hendakkan seorang teman (ini bukti bahawa perlukan pasangan adalah fitrah). Lalu ALLAH jadikan Siti Hawa daripada tulang rusuk Adam, sebagai peneman hidup Adam di syurga. ALLAH hu Akbar.

Syaitan yang xhabis2 dengki dengan Adam, cuba pelbagai umpan untuk keluarkan Adam dari Syurga. Namun, kerana kuatnya IMAN Adam terhadap ALLAH, usaha syaitan laknatullah tu sia-sia jer. Lalu syaitan tukar plan...cuba nak musnahkan Adam dengan menggunakan pasangannya, Siti Hawa. Dengan sedikit pujuk rayu dari Hawa, Adam boleh lupa janji dia pada ALLAH -supaya jangan hampiri satu pokok tu- Adam telah makan buah dari pokok itu kerana pujukan Hawa. Maka, selepas itu, terlucutlah segalanya dari Adam dan Hawa, dan mereka diturunkan ke Dunia (al-Baqarah 30-37)

(kita semua manusia ni hina-barang buangan huhu..selalulah minta ampun pada ALLAH –sampingan je ni)

Em...tulah bukti, bahawa betapa besarnya peranan seorang wanita sebagai sayap kiri pasangannya. Jika elok sayap tu...maka eloklah gaya terbangan tu...jika sayap pun xbrapa elok...macamana nak terbang ke tempat yang INDAH? =)

=)

Xtau nak cakap pe dah...dah banyak rupanya saya taip...kalu buat assignment lambat jer hehe. Em..sikit lagi lah..jangan rasa rugi jika xdapat saya. (kat atas tu bukti, nape awak perlu xrasa rugi..bahasa yang xelok saya guna). Sekali lagi..maafkan saya.....really2 sorry...sedih sero..sebab memang betul2 nak minta maaf....

Wasalam.

But please give some response...

Seronok xbaca? Ni sekadar hasil KOYA Neopentene =) (ade sikit2 jer pengalaman)...sesapa yang rasa berkaitan dengan perkara di atas, boleh la jadikan sebagai panduan, macamana nak elakkan diri daripada terjerumus dengan maksiat.

Wahai wanita kesayanganku...kalian mungkin lemah dari sudut fizikal...namun ingatlah, dengan kelemahan sdan sopan santun kalian, kalian mampu untuk menggoncangkan dunia ni.

“Tangan yang lembut menghayunkan buai, mampu untuk menggoncangkan dunia”

Jadi, jika mampu untuk menggoncangkan dunia, setakat iman lelaki tu...lagi la senang untuk kalian rebahkan. Jangan jadikan kelebihan kalian ini untuk memusnahkan kaum Adam. Please ek sayangku wanita...

Mungkin ramai yang xsedar...tapi..please, masa sedar ni...do something...jangan jadikan diri kita sebagai magnet yang MENARIK orang ke dalam NERAKA (nauzubillah minzalik), tapi jadilah seperti lebah...kita yang HENDAK PERGI ke bunga yang INDAH dan WANGI..(berkait ke ni??? =) ade la kot sikit2...xjumpa analogi yang canggih la huhu)

=) ok dulu..wasalam

Monday, November 3, 2008

Nikmat ALLAH swt



3 Nov 2008 1830 pm

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, lama sungguh jari jemari ana tidak menulis untuk My Blog – manaip tuk asignment ade la, sampai sekarang pun xsiap lagi ni...tapi, takpe la...ana luangkan sedikit masa untuk muasabahkan diri ana. Keje...keje..banyak sangat sampaikan xde masa nak luangkan masa untuk bercakap secara personal dengan Si Hitam ni.

Alhamdulillah, ALLAH bagi ana pinjam sedikit masa untuk merenung kembali apa yang telah ana lakukan sepanjang bulan ni.

Dalam sedar tak sedar, cepat betul masa berlalu... sedar sedar, dah habis pun Syawal. Sekarang kita dah menjengah ke Bulan Haji, yakni bulan Zulkaedah. Cepatnya....

“Dan antara tanda-tanda kiamat itu adalah, masa dirasakan berlalu dengan begitu pantas...”

Cepat sungguh masa berlalu, sampaikan ana pun dah xleh nak ingat apa yang ana dah buat huhu....

Terlalu banyak perkara dah berlaku...SubhanALLAH..itulah kuasa ALLAH. Sungguh indah apa yang ALLAH dah aturkan untuk hambaNYA. Kita makhluk yang bergelar manusia, terdapat kira-kira berbillion2 manusia di atas muka bumi ni, tapi, dengan kuasa ALLAH, setiap kita mengalami peristiwa yang berbeza antara satu sama lain. SubhnaALLAH.
Dengan kuasa ALLAH yang Maha Besar ini juga, dia mampu memberikan seluruh makhluk ciptaanNya dengan pelbagai nikmat. Nikmat bukan sahaja perkara2 yang
positif, malah, perkara yang negatif pun dikira sebagi nikmat.
Alangkah beruntungnya menjadi orang Islam..apabila dia diberi nikmat, dia bersyukur, dan apabila ditimpakan bala, dia mengucapkan tabih kepada ALLAH. Kedua-dua nikmat ini, ALLAH kurniakan ganjaran.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

-Ar Rahman

SubhanALLAH. Xde perkataan dah yang dapat ana nukilkan untuk menceritakan bahawa kita ini amat bertuah menjadi hamba kepada ALLAH. SubhanaALLAH, Alhamdulillah. ALLAH hu akbar.

Xtahu nak cakap apa dah sebenarnya...selalu sangat hilang point ditengah jalan hehe.. assifin. Hari ni cuma nak ajak antum semua berasa bersyukur dengan nikmat yang ALLAH dah berikan. Jangan berasa gusar apabila ada ujian datang melanda, sebenarnya ujian itu adalah ‘short cut’ untuk kita lebih merasai kewujudan ALLAH.

ANAS bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Telah berkata Jibril: “Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah maksud dan hajat hamba-Mu si polan… Maka, Allah menjawab: “Biarkan hamba-Ku itu, kerana Aku mencintai suaranya (yang selalu bermohon dan meratap kepada-Ku).”

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?=)
Takde kan?? SubhanaALLAH. SubhanALLAH. SubhanaALLAH. Apalagi nak difikirkan dengan masalah yang tidak seberapa tu...apa lagi yang kita hendak..selain untuk mendapat CINTA ALLAH?? SubhanaALLAH. SubhanALLAH. SubhanaALLAH
Ujian itu akan menjadi positif jika kita melihatnya dengan ‘spek positif’ dan akan jadi negatif jika
kita lihat dengan ‘spek negatif’.
Camne boleh wujud dua jenis spek lak ni?? Spek positif tu adalah keadaan fitrah kita. Asalnya kita ni bersih sebersih2nya...bersikap positif dalam segala hal...tapi, makin lama hidup atas bumu, banyak la debu2 yang berterbangan, dan melekat pada spek tu. Sebab tu la, pada sesiapa yang tak bersihkan spek dia, dia akan melihat dengan pandangan yang ditutupi oleh debu tu...so..nampak la negatif jer.

Camne nak bersihkan debu kat spek tu?? Guna la sapu tangan. Bersihkan spek tu. Kalu nak bagi kilat betul2, bersihkan pada jam tiga pagi, masa tu...debu yang berterbangan xbanyak, nak melekat balik. Lagipun, masa tu sunyi, xde sape nak ganggu, so kita boleh buat kerja tu (bersihkan spek) dengan bersungguh-sungguh dan khusuk..wah...=)

Em..nak bersihkan spek ni sama jer dengan nak bersihkan ‘enjin’ (hati) kita...=)

Em..Cam dah lari tajuk jer... ana ni xde bakat langsung dalam penulisan =) koya nak menulis gak. Xpe la ek, arap kalian xmarahkan ana =p
Rasa-rasa sampai xmaksud yang ingin ana sampaikan?? Kalau bahasa ana ni hingh level sangat (hehe koya lagi) maaf banyak2 la deh. Kita boleh sambung/perjelaskan nati. (ym: neopentene@yahoo.com)
Assif sanagt2 kalu tulisan kali ni, antum xpaham =(
Sebab ana pun xbrapa nak teratur masa tulis ni..xdraf dulu nak taip apa, ikut yang telintas jer. Sekian dulu la..yang ni ni dah xde isi. Ni ana selitkan sedikit kata2 yang best bangat untuk dibaca...dan semestinya, ana Cuma copy paste jer...bukan karang sendiri =)
Ok, wasalam. Assiffin.

Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah. #(Lukman Al-Hakim)

Alangkah susahnya mendidik hati,
sedangkan ia adalah pandangan Tuhan,
menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan.
Alangkah susahnya mendidik hati,
bila dipuji sombong menghiasi diri,
bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati,
bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai..
Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..."

“Marilah kita hidup..
Seperti org yang menanti mati
Kerana ingat mati itu
Akan mengecilkan segala derita
Akan mencairkan segala alpa
Kiranya inilah detik terakhir
Marilah kita mulakan semula
Walau yg masih tersisa
Hanya sedetik Cuma..
Itu lebih bermakna..”

"ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"- IBNUL QAYYIM
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. : “Artinya : Allah membentangkan tanganNya pada malam hari agar pelaku dosa pada siang hari bertaubat, dan membentangkan tanganNya di siang hari agar pelaku dosa malam hari bertubat hingga matahari terbit dari tempat tenggelamnya” [Hadits Riwayat Muslim dalam At-Tubah, No. 2759]

Sunday, October 19, 2008

Rapat Umum @ KAB n KZ on 19 Okt

MasyaALLAH. Teruknya rapat umum sakni...cikgu2 ibarat dah lupa diri. masyaALLAH. Nape boleh macam tu?

Wahai semua warga UPSI...rasanya anda boleh buat penilain sendiri. Macam itukah bakal-bakal guru yang ingin anda lahirkan di UPSI? Langsung tiada nilai hormat menghormati. Walaupun TNC pun datang, namun, mereka tetap terus terpekik terlolong!! Wahai cikgu UPSI, sedar tak, perbuatan anda membuatkan orang semakin meluat nak undi anda. Siap ade yang menyanyi...langsung xmalu. Cikgu...cikgu...

Mana hilangnya rasa hormat anda apabila orang lain bercakap? MasyaALLAH... geram sungguh sakni...kamera xdop bateri la plop...klu ada...ana dah amik gamba diorang n tilik satu satu muka2 depa, nak tahu gak, sape la agaknya cikgu2 yang kononnya berkualiti yang ingin dilahirkan tu?? Itukah yang dimaksudkan dengan berkualiti?? Ana sebagai orang biasa pun dah boleh nilai, apa yang bakal terhasil dr UPSI jika golongan ini yang diangkat sebagai MPP.

Ish ish ish...nampaknya, ana kena berfikir balik la....ada baiknya jika kita menjaga kebajikan seluruh mashasiswa, terutama tentang kebajikan ‘akhlak’ mereka. Seolah-olah mereka semua ni langsung tak teringat tentang tangki akhlak mereka yang semakin kosong tu.

Ana sangat tertarik dengan seorang calon yang mencadangkan agar subjek Agama Islam dijadikan subjek teras. Melalui ini, barulah cikgu yang benar2 layak akan hasil daripada UPSI. Tahniah buat semua calon2 yang mengambil berat tentang kebajikan mahasiswa. Kalian begitu perihatin tentang semua mahasiswa. Tahniah222. masa berucap sakni pun, penuh dengan budi bahasa

Tahniah. Semoga, semua calon yang benar2 pentingkan kebajikan mahasiswa akan membarisi saf-saf kepimpinan MPP. Hanya itulah harapan daripada seorag senior yang bakal meninggalkan UPSI. Hanya mengharapkan, dapat meninggalkan yang terbaik buat adik2 juniornya.

Wasalam.

2245pm

Thursday, October 9, 2008

Raya


1832
07102008
Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Selamat kembali kepada fitrah kita sebagai manusia...samada nak kembali menjadi kehidupan yang normal (means we can taking our lunch...??...just like that??) atau kembali kepada fitrah sebenar-benarnya manusia, yakni sedar, apa tujuan kita ni dijadikan sebagai manusia, bukan sebagai makhluk ALLAH yang lain, yang masih banyak di dunia ni....
Apa tujuan sebenar kita diciptakan?
Em...rasanya, ramai yang dah tahu, dah banyak kali ustaz2 duk pesan and ingatkan kita, apa tujuan kita di ciptakan, bukan banyak sangat tugasan yang ALLAH berikan untuk kita (x sama macam yang lecturer bagi...yang kadanag2 tu menimbun, sampaikan xsemapt siap satu, terus dapat yang baru huhuhu). ALLAH hanya berikan kita hanya dua tugasan iaitu untuk beribadat kepadaNYA dan menjadi khalifah di muka bumi ni. Alahai...2 jer =p
Tapi, mampu ke kita? Nak buat satu pun belum tentu lepas. Ramai manusia sekarang ni, berlumba-lumba nak pikul tugasan sebagai khalifah tu. Tengoklah, betapa ramai manusia yang berebut untuk menjadi perintah. Em...xpandai nak komen la. Tukar topik la
Nak cite pasal raya lak.
Camne raya? insyaALLAH kita bergembira di hari raya. Alhamdulillah, ALLAH masih beri kita peluang untuk menyambut hari raya Aidil Fitri, iaitu hari kemanangan yang diraih setelah kita semua berjaya mengharungi satu bulan di mana kita semua tidak dibenarkan untuk makan dan minum dan tidak dibenarkan untuk melakukan perbuatan maksiat di sepanjang hari . SubhanaALLAH, hebat juga kita ni ek =) (jangan lupa, Pencipta kita lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hebat =))
Em...saje je, nak suruh kita semua renung kembali, betapa, kita semua ni hebat juga...boleh xmakan untuk satu hari..dan selama sebulan... kagum tak ngan diri sendiri?? =)
Xsalah untuk berasa kagum kat diri sendiri, asalkan ia boleh membawa kebaikan pada diri kita. Em...xsemapt nak celoteh panjang la plop. Sekarang dah pkul 18.58 dah nak maghrib, xsempat nak tulis isi pe2 pun.
Apa2 pun, semoga Sywal kali ni menggembirakan kalian semua. Dan yang paling penting, semoga ALLAH masih emmeri peluang kepada kita untuk bertemu lagi dengan Bulan Karnival Ibadah...Ramadhan Al-Mubarak. Ana sedih sikit Ramdhan lepas, sebab xbanyak yang mampu ana cari gali permata-permata yang ALLAH dah sediakan, lantaran terlalu banyak ujian kesengan yang ALLAH hadiahkan, uyang ana tidak mampu hadapinya. masyaALLAH. Semoga ALLAH mengampunkan dosa2 ana (dan kalian juga) aminn. AstagfirALLAH hal azim.
AstagfirALLAH hal azim.
AstagfirALLAH hal azim.
AstagfirALLAH hal azim.
AstagfirALLAH hal azim.
Sekian dulu, wasalam. Mohon infiniti kemaafan daripada kalian semua. Kalian tidak pernah berbuat dosa dengan ana. Wasalam 1904 pm

Tuesday, September 23, 2008

Kenapa??

Kenapa?
Kenapa la perempuan ni suka sangat menjerit

Sakit telinga la woii

Duk jerit2
Macam orang xsihat jer
Geram tau
Dah la tengah ade masalah jiwa
Makin la sikap jahat (diri sendiri tu nak menjelma)

Aiii...geram tau tak!!!

Lagi satu,
Kenapa la perempuan suka pakai baju adik dia??
Geram sungguh
Xmalu ke??
Dah terbalik sekarang ni
Golongan lelaki plop yang jadi malu bila TERpandang perempuan macam tu

Aduss
Yang lagi teruk, perempuan lain pula yang tumpang malu

Ish ish ish
Xtau nak kata ape dah la
Memang geram tul
Dalam bulan2 puasa ni
Dugaan ana makin kuat
Nampaknya ALLAH nak uji lebih la ni

(uji kesabaran ana) sekarang ni, seems like tewas, tengok la, bahasa yang ana guna, kasar bangat – sebab geram sangat ish ish ish
Buat semua perempuan2 yang amat ana hormati, tolonglah jaga maruah kalian. Kalau kalian
sendiri yang xjaga, agak2..orang lain nak tolong jagakan ke? Entah la, hanya enti yang ada jawapannya. Jangan nak bagi nampak murah sangat, sebab kalian tu bukan murah!! Ana hargai kejadian enti sebagai perempuan, tapi, minta sangat, tolong jaga tingkah laku enti. Malu tau tak!!
Jadilah seperti berlian yang terjaga di satu bungkusan yang tertutup –bukan di meja pameran- ramai sekarang ni, nak jadi berlian di meja pameran –hanya ada perkataan

- JANGAN SENTUH –

Jadi, tengok boleh la, dah tu, berlian tu pulak terdedah ish ish ish
Jadilah seperti berlian yang tersimpan kemas dalam peti yang tertutup, barulah orang TERUJA nak MEMILIKINYA, ko guano? =)
Kalian dah besar2, dah boleh pikir sendiri, dan..dah boleh buat keputusan samada nak jadi berlian yang sangat bernilai yang disimpan rapi dalam bungkusan ataupun hanya belian kelas biasa-biasa, yang dipamerkan di meja pameran, sesiapa pun boleh tengok. Orang yang xnak beli pun dah tahu, macam mana berlian tu.
Fikirlah dengan akal yang sihat, yang mengEsakan ALLAH swt.
Wasalam.