Have an account?

Monday, November 10, 2008

Sila Baca

Assalamualaikum wbt.

Salam...maaf deh..jutaan kemaafan sy mohon. Rasa banyak sangat salah ngan awk.

Em...kolotnye Neopentene ni...nape la awk xleh jedi cam perempuan lain?? Buat macam biasa jer la..kawan ngan lelaki..bukan salah pun...lagipun, bukannya awak keluar jumpa dengan dia...mana ade maksiat la Neo oiii...

=)

Maaf...itulah saya...seorang yang sangat kolot...seolah-olah xleh nak bagi peluang kepada kaum Adam untuk mengetuk hatinya.. kolot..kolot..kolot.

Kenapa boleh jadi macam tu Neo??

Xtahu..kenapa boleh jadi macam ni... masa hati ni boleh diketuk...xdop sape nak ketuk hehe (zaman2 jahiliah dlu la..masa masih xpaham lagi pasal Islam ni). Tapi sekarang...dah paham sikit (Alhamdulillah), ALLAH nak uji plop sikit.

Em..tentu awak marah kan..nape la saya ni macam ni....xleh nak bagi jawapan yang tetap. Em...xsukanya...xsuka bila ade orang duk fikir tentang kita. (salah ke perasaan xsuka ni?)

Jangan la nak fikir sangat tentang saya...i was nothing for u. ALLAH tu yang utama. Saya tahu, awak tahu tu...dan saya xnak nak nafikan, bahawa manusia ni ada fitrahnya...dan memang awak xsalah. Tapi...adakah salah jika fitrah saya macam ni (xsuka ada orang suka saya...)bukan xsuka pun..Cuma, kau nak suka, buat betul2, be seriuos, meet my parents..jangan nak ganggu saya. Saya xsuka nak cakap benda yang remeh2 ngan awak. Ia menggangu hidup saya..seolah-olah saya ni mudah jer nak layan lelaki..hakikatnya..xpun. Saya tahu, awak pun mesti mcm tu...awak cakap awak xkawan dengan siswi kat tempat awk belajar..so, nape dlm chat ni...awak berani??? Be ur self...be ur self yang PEMALU tu...yang takutkan ALLAH!! Itulah diri awak yang sebenarnya. Xperlu berubah, kerana itulah kelebihan awak. Saya cuma nak ajak awak fikir balik..betul x apa yang saya cakap ni?? Adakah awak sedang mengalami tranformasi (perubahan) dalam keadaan awak xsedar? Awak buang sifat PEMALU awak tu (sifat yang bagus), kerana saya..betul x apa yang saya cakap ni? (sy teka jer)..Cuma nak ajak awak fikir tentang diri awak. U know ur self better than i know u. Awak tahu, macam mana DIRI awak sebenarnya...apa jiwanya terhadap ALLAH..apa perasaannya terhadap perempuan yang dia suka...apa harapan dia pada perempuan yang dia suka tu...

‘Apa khabar...’ ’Buat apa tu...’...soalan-soalan macam ni memang bagus (show that u concern about ur friend), tapi, kalu dah kerap sangat..boleh buat saya fikir lain. “aaa dia ni ambil berat pasal aku la...apa hubungan aku ngan dia??” Saing?? Saing jer?? Dia tanya SEMUA saing dia macam ni ke?? Ataupun kat aku jer?? Kompius la... dia ni nak tarik perhatian aku la tu.. nak suruh aku sedar, dia tu amik berat.

No need la..xperlu...saya xkan fikir semua tu (fikir yang awak tu amik berat). Kalau saya nak fikir pun...saya akan lupuskan dari fikiran saya..sebab awak tu xde hubungan dengan saya. Saya xperlu nak fikir tentang awak. Xde pahala kalu saya fikir tentang seorang lelaki yang xde hubungan dengan saya... (betul ke ni??)

Sepasang suami isteri yang saling menyanyangi kerana ALLAH, mereka akan dikurniakan pahala..bagaimana jika sepasang lelaki dan perempuan saling menyayangi (xdop hubungan yang sah)..apa yang dikurniakan?? Pahala atau dosa??

Saya pun xtahu jawapannya...

Maaf deh, memang ayat saya kasar skit...sebab xtahu nak guna bahasa yang baik2. Saya rasa, saya xleh nak cakap dengan detail sangat...sebab (kot-kot la) pandangan saya ni macam baik jer (Neo KOYA..Neo KOYA...Neo KOYA...maaf =p) nati awak makin kagum plop, then, awk pun makin ‘kene’... naya la saya n awak....

Teruk kan bahasa?? Maaf sangat..sebab xpandai nak susun ayat. Saya memang lemah bab2 nak luahkan perasaan.. saya tahu..awak marah kat saya..kenapa perlu marah?? Adakah salah jika saya xnak berbual kosong dengan lelaki?? Salah ke?

Sy yang baru ni xmacam ni...saya xcakap saje2 ngan laki... saya, sebolehnya nak jaga hubungan saya dengan ALLAH.. tu je yang saya minta dari awak..saya ni lemah sangat..awak tahu tu...dah berkali2 saya bagitau awak...saya sangat lemah..iman saya ni nipis sangat...sangat mudah nak terkoyak...kalu saya xjaga betul2...mana saya nak cari ganti iman yang dah rosak tu?? Saya sayang ALLAH, dan saya sayang makhluk ciptaan ALLAH. Saya juga ade fitrah, sama seperti makhluk ALLAH yang lain. Cuma, sebolehnya..salurkan fitrah itu ke jalan yang sebetulnya.... selagimana akal ini masih takut pada azab ALLAH, selama itulah kita cuba untuk menjauhi NERAKA itu..masa sedar ni lah. Kalu dah xsedar..xleh nak buat apa la. Maksiat akan jadi seronok, ibadat akan jadi leceh...

Maafkan saya..saya cuma nak jaga diri kita jer...jangan diperbodohkan oleh syaitan laknatullah. Saya xsalahkan awak. Saya kagum dengan ilmu awak. Awak boleh bagi banyak pengetahuan kat saya. Saya suka baca emel awak kat frendster tu. Tapi, xleh saya nak baca kerap sangat (nati KOYA lagi..Neo suko KOYA)...cukup untuk mengetahui perasaan awak tu. Emel awak sungguh indah..sebab banyak guna rujukan Al Quran dan Hadis...very touching..tapi..sayanglah..jika kita x jaga hubungan ni.

Cukuplah sekadar saya tahu perasaan awak. Kita xperlu nak sebut banyak2 kali (maaf, kekadang..saya sendiri yang cuba nak ulang..kekadang syaitan buat kita syok-saya dah kena umpan syaitan la masa tu) AstaghfirALLAH hal azim. Maaf deh

Maaf sangat2... apa yang saya tulis ni....bukan nak marah kat awak...matlamat awak dah betul..Cuma mungkin... sedikt yang bleh saya tegur...tentang ni la...perjalanan nak merealisasikan matlamat awak.

Saya ade seorang kawan. Dia berpacaran dengan seorang lelaki dr sekolah agama. Pada awal mereka jalin hubungan, memang saling nasihat menasihati..supaya dekat dengan ALLAH. Bagus la..memang saya pun boleh nampak perkembangan positif perempuan tu. Dia berubah, sampaikan boleh pakai tudung labuh. SubhnaALLAH. Hebat sungguh kuasa cinta ni. Sekarang dah hampir beberapa tahun la dia berkawan dengan lelaki tu...Alhamdulillah, ALLAH wakilkan lelaki tu untuk mengubah dia (hakikatnya, semua dari ALLAH, lelaki tu cuma asbab jer..Alhamdulillah la, benda positif)..saya pun xleh nak komen hubungan yang macam ni...sebab bawa kesan yang positif.

Tapi, agak malang, sebab pada satu hari, ditakdirkan ALLAH, saya TERnampak henset yang dia pegang tu..masa dia msj2 ngan lelaki tu... dan saya ternampaklah tulisan kat skirn phone tu....memang agak terkejut la, apabila seorang pelajar sekolah agama boleh guna perkataan tu...

Ditakdirkan ALLAH, ALLAH bagi sedikit kekuatan untuk saya berbincang dengan perempuan tu....dan dia pun beri sikit pjelasan

‘Neo..kami dulu bukan macam ni. Dulu kami jaga...semua jaga..dia pun..dlu, nak main mesej lama2, dia akan suruh berhenti...dia bagus..dia jaga aku... dia ni sekolah Agama...memang bagus la...Cuma sekarang jer jadi macam ni...dia pun sedar..aku pun sedar...aku pernah cakap kat dia “dulu kita xmacam ni, kan?”

Em...laki tu pun sedar...tapi..kalu dah sampai tahap macam ni, nampak sangat, mereka xsedar msa mereka duk main mesej tu....tu budak yang sekolah agama (lelaki tu) nak cakap kuatnya agama dia, sampaikan boleh nasihat, bagi perempuan tu pakai tudung labuh. Kuatnya ilmu dia. Tapi, dalam xsedar, syaitan duk uji laleki tu....sampaikan xsedar apa perkataan yang dia duk guna dalam mesej tu...asyik rasa syok jer...seronok dengan perkataan-perkataan yang tak sesuai tu (macam suami isteri la pulak). DIA XSEDAR!!

Benda2 macam ni mbuatkan saya teringat tentang kisah Bapa kita, Nabi Adam. Elok2 Nabi Adam duk dalam SYURGA..penuh dengan segala nikmat..tapi dia masih rasa kosong...rupanya Adam hendakkan seorang teman (ini bukti bahawa perlukan pasangan adalah fitrah). Lalu ALLAH jadikan Siti Hawa daripada tulang rusuk Adam, sebagai peneman hidup Adam di syurga. ALLAH hu Akbar.

Syaitan yang xhabis2 dengki dengan Adam, cuba pelbagai umpan untuk keluarkan Adam dari Syurga. Namun, kerana kuatnya IMAN Adam terhadap ALLAH, usaha syaitan laknatullah tu sia-sia jer. Lalu syaitan tukar plan...cuba nak musnahkan Adam dengan menggunakan pasangannya, Siti Hawa. Dengan sedikit pujuk rayu dari Hawa, Adam boleh lupa janji dia pada ALLAH -supaya jangan hampiri satu pokok tu- Adam telah makan buah dari pokok itu kerana pujukan Hawa. Maka, selepas itu, terlucutlah segalanya dari Adam dan Hawa, dan mereka diturunkan ke Dunia (al-Baqarah 30-37)

(kita semua manusia ni hina-barang buangan huhu..selalulah minta ampun pada ALLAH –sampingan je ni)

Em...tulah bukti, bahawa betapa besarnya peranan seorang wanita sebagai sayap kiri pasangannya. Jika elok sayap tu...maka eloklah gaya terbangan tu...jika sayap pun xbrapa elok...macamana nak terbang ke tempat yang INDAH? =)

=)

Xtau nak cakap pe dah...dah banyak rupanya saya taip...kalu buat assignment lambat jer hehe. Em..sikit lagi lah..jangan rasa rugi jika xdapat saya. (kat atas tu bukti, nape awak perlu xrasa rugi..bahasa yang xelok saya guna). Sekali lagi..maafkan saya.....really2 sorry...sedih sero..sebab memang betul2 nak minta maaf....

Wasalam.

But please give some response...

Seronok xbaca? Ni sekadar hasil KOYA Neopentene =) (ade sikit2 jer pengalaman)...sesapa yang rasa berkaitan dengan perkara di atas, boleh la jadikan sebagai panduan, macamana nak elakkan diri daripada terjerumus dengan maksiat.

Wahai wanita kesayanganku...kalian mungkin lemah dari sudut fizikal...namun ingatlah, dengan kelemahan sdan sopan santun kalian, kalian mampu untuk menggoncangkan dunia ni.

“Tangan yang lembut menghayunkan buai, mampu untuk menggoncangkan dunia”

Jadi, jika mampu untuk menggoncangkan dunia, setakat iman lelaki tu...lagi la senang untuk kalian rebahkan. Jangan jadikan kelebihan kalian ini untuk memusnahkan kaum Adam. Please ek sayangku wanita...

Mungkin ramai yang xsedar...tapi..please, masa sedar ni...do something...jangan jadikan diri kita sebagai magnet yang MENARIK orang ke dalam NERAKA (nauzubillah minzalik), tapi jadilah seperti lebah...kita yang HENDAK PERGI ke bunga yang INDAH dan WANGI..(berkait ke ni??? =) ade la kot sikit2...xjumpa analogi yang canggih la huhu)

=) ok dulu..wasalam

3 Respon:

kokse kokde said...

salam pembaca...
best...
kisah pengalaman neo sendiri ke ni...
hehhehe..
erm..
elok lah tu...
beringat sebelum kena..
dan kepada pembaca yang lain..
ambik lah ikhtibar dari kisah sahabat kita ni..
berFIKIR dulu sebelum bertindak...
setiap ape yang kita buat pasti ada hasilnya...
yang paling penting untuk di ingati..
akan ada pembalasannya...
wassalam..

Anonymous said...

salam ziarah...
cik neo...
suke baca kisah ni...
even bahasanye agak rojak...
tapi still lagi ley terpahat dihati...
tapi tu la...
kdg2, kite tewas ngan mainan hati dan perasaan.
bagus la cik neo ni..
tetap dgn pendirian...

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Syukran atas perkongsian ni. Akhir zaman yg penuh mencabar.Mohon dijauhkan Allah daripada Ujian yg tak mampu kita tanggung..