Have an account?

Monday, November 3, 2008

Nikmat ALLAH swt



3 Nov 2008 1830 pm

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, lama sungguh jari jemari ana tidak menulis untuk My Blog – manaip tuk asignment ade la, sampai sekarang pun xsiap lagi ni...tapi, takpe la...ana luangkan sedikit masa untuk muasabahkan diri ana. Keje...keje..banyak sangat sampaikan xde masa nak luangkan masa untuk bercakap secara personal dengan Si Hitam ni.

Alhamdulillah, ALLAH bagi ana pinjam sedikit masa untuk merenung kembali apa yang telah ana lakukan sepanjang bulan ni.

Dalam sedar tak sedar, cepat betul masa berlalu... sedar sedar, dah habis pun Syawal. Sekarang kita dah menjengah ke Bulan Haji, yakni bulan Zulkaedah. Cepatnya....

“Dan antara tanda-tanda kiamat itu adalah, masa dirasakan berlalu dengan begitu pantas...”

Cepat sungguh masa berlalu, sampaikan ana pun dah xleh nak ingat apa yang ana dah buat huhu....

Terlalu banyak perkara dah berlaku...SubhanALLAH..itulah kuasa ALLAH. Sungguh indah apa yang ALLAH dah aturkan untuk hambaNYA. Kita makhluk yang bergelar manusia, terdapat kira-kira berbillion2 manusia di atas muka bumi ni, tapi, dengan kuasa ALLAH, setiap kita mengalami peristiwa yang berbeza antara satu sama lain. SubhnaALLAH.
Dengan kuasa ALLAH yang Maha Besar ini juga, dia mampu memberikan seluruh makhluk ciptaanNya dengan pelbagai nikmat. Nikmat bukan sahaja perkara2 yang
positif, malah, perkara yang negatif pun dikira sebagi nikmat.
Alangkah beruntungnya menjadi orang Islam..apabila dia diberi nikmat, dia bersyukur, dan apabila ditimpakan bala, dia mengucapkan tabih kepada ALLAH. Kedua-dua nikmat ini, ALLAH kurniakan ganjaran.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

-Ar Rahman

SubhanALLAH. Xde perkataan dah yang dapat ana nukilkan untuk menceritakan bahawa kita ini amat bertuah menjadi hamba kepada ALLAH. SubhanaALLAH, Alhamdulillah. ALLAH hu akbar.

Xtahu nak cakap apa dah sebenarnya...selalu sangat hilang point ditengah jalan hehe.. assifin. Hari ni cuma nak ajak antum semua berasa bersyukur dengan nikmat yang ALLAH dah berikan. Jangan berasa gusar apabila ada ujian datang melanda, sebenarnya ujian itu adalah ‘short cut’ untuk kita lebih merasai kewujudan ALLAH.

ANAS bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Telah berkata Jibril: “Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah maksud dan hajat hamba-Mu si polan… Maka, Allah menjawab: “Biarkan hamba-Ku itu, kerana Aku mencintai suaranya (yang selalu bermohon dan meratap kepada-Ku).”

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?=)
Takde kan?? SubhanaALLAH. SubhanALLAH. SubhanaALLAH. Apalagi nak difikirkan dengan masalah yang tidak seberapa tu...apa lagi yang kita hendak..selain untuk mendapat CINTA ALLAH?? SubhanaALLAH. SubhanALLAH. SubhanaALLAH
Ujian itu akan menjadi positif jika kita melihatnya dengan ‘spek positif’ dan akan jadi negatif jika
kita lihat dengan ‘spek negatif’.
Camne boleh wujud dua jenis spek lak ni?? Spek positif tu adalah keadaan fitrah kita. Asalnya kita ni bersih sebersih2nya...bersikap positif dalam segala hal...tapi, makin lama hidup atas bumu, banyak la debu2 yang berterbangan, dan melekat pada spek tu. Sebab tu la, pada sesiapa yang tak bersihkan spek dia, dia akan melihat dengan pandangan yang ditutupi oleh debu tu...so..nampak la negatif jer.

Camne nak bersihkan debu kat spek tu?? Guna la sapu tangan. Bersihkan spek tu. Kalu nak bagi kilat betul2, bersihkan pada jam tiga pagi, masa tu...debu yang berterbangan xbanyak, nak melekat balik. Lagipun, masa tu sunyi, xde sape nak ganggu, so kita boleh buat kerja tu (bersihkan spek) dengan bersungguh-sungguh dan khusuk..wah...=)

Em..nak bersihkan spek ni sama jer dengan nak bersihkan ‘enjin’ (hati) kita...=)

Em..Cam dah lari tajuk jer... ana ni xde bakat langsung dalam penulisan =) koya nak menulis gak. Xpe la ek, arap kalian xmarahkan ana =p
Rasa-rasa sampai xmaksud yang ingin ana sampaikan?? Kalau bahasa ana ni hingh level sangat (hehe koya lagi) maaf banyak2 la deh. Kita boleh sambung/perjelaskan nati. (ym: neopentene@yahoo.com)
Assif sanagt2 kalu tulisan kali ni, antum xpaham =(
Sebab ana pun xbrapa nak teratur masa tulis ni..xdraf dulu nak taip apa, ikut yang telintas jer. Sekian dulu la..yang ni ni dah xde isi. Ni ana selitkan sedikit kata2 yang best bangat untuk dibaca...dan semestinya, ana Cuma copy paste jer...bukan karang sendiri =)
Ok, wasalam. Assiffin.

Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah. #(Lukman Al-Hakim)

Alangkah susahnya mendidik hati,
sedangkan ia adalah pandangan Tuhan,
menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan.
Alangkah susahnya mendidik hati,
bila dipuji sombong menghiasi diri,
bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati,
bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai..
Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..."

“Marilah kita hidup..
Seperti org yang menanti mati
Kerana ingat mati itu
Akan mengecilkan segala derita
Akan mencairkan segala alpa
Kiranya inilah detik terakhir
Marilah kita mulakan semula
Walau yg masih tersisa
Hanya sedetik Cuma..
Itu lebih bermakna..”

"ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"- IBNUL QAYYIM
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. : “Artinya : Allah membentangkan tanganNya pada malam hari agar pelaku dosa pada siang hari bertaubat, dan membentangkan tanganNya di siang hari agar pelaku dosa malam hari bertubat hingga matahari terbit dari tempat tenggelamnya” [Hadits Riwayat Muslim dalam At-Tubah, No. 2759]

0 Respon: