Have an account?

Sunday, November 30, 2008

Al- Falah

22hb jam 7 pagi, kami mula bertolak keluar dari perkarangan Kolej Aminuddin Baki untuk kali yang terakhirnya. Sayu gak hati sebab dah sampai masa untuk meninggalkan apa yang kita sayangi. Paling sedih sebab terpaksa berpisah dengan Surau Al-Falah. Banyak betul kenangan kat surau tu. Di sanalah ana mencari ALLAH. Selama tiga tahun mencari ALLAH, akhirnya, dengan ihsan ALLAH, ALLAH tunjukkan jalan untuk ana menghampiriNYA. ALLAH hu akbar. Tak sangka betul, ALLAH sudi menerima hambaNYA yng amat hina ni. ALLAH hu akbar. Alhamdulillah YA ALLAH. Alhamdulillah..

KAB...KAB...terlalu banyak kenangan ana disini. Ana mula belajar mengenal ALLAH disini. Ana mula mengenal erti persahabatan di sini. Ana mula kenal usrah di sini. Ana mula kenal politik di sini. Ana mula kenal erti gotong royong di sini. Ana mula kenal erti solat berjemaah di sini. Ana kenal tadarus di sini. Ana kenal qiamulali di sini, ana kenal apa itu iftar di sini. Ana kenal hidup susah juga di sini. Ana kenal keindahan azan juga di sini. Mampukah aku untuk melupakanmu?? Hanya ALLAH yang tahu.

ALLAH hu akbar, sungguh hebat ALLAH ni. Dia mampu menerbitkan bibit-bibit cinta dan perasaan sayang walapun bukan antara dua makhluk yang bergelar manusia. subhanALLAH. Paling ana sedih sebab terpaksa tinggalkan Surau Al –Falah, walaupun suraunya tidak terlalu besar, namun ana rasa ia ibarat rumah ana. Terlalu dekat ia dihati ana. Segala pembelajaran sampingan ana berlaku di sini. ALLAH hu abkbar. Engkau meletakkan keindahan ada sesuatu yang terpaksa kami berpisah dengannya, tentu ade hikmah di sebaliknya YA ALLAH.

Waalupun terpaksa berpisah secara zahir dengan Surau Al Falah, namun, ade kesan sesuatu yang telah disematkan oleh ALLAH ke dalam hati hambaNYA ini. Rupanya ALLAH telah memperkenalkan ana dengan apa itu maksud rumah ALLAH. Ana masih ingat masa ana sem satu. Ana mencari ALLAH... ana melangkah masuk ke UPSI dengan membawa bersama2 dosa2. Ana perlu mencari ALLAH untuk membersihkan jiwa ana. Orang kata, masjid atau surau tu ‘rumah ALLAH’. Maka dengan keterbatasan ilmu yang amat sedikit, ana mula mencari ALLAH di ‘rumah’NYA. ALLAH hu akbar. Alhamdulillah la, dengan kejahilan itu,ana terima jer ilmu sedikit ana (cari ALLAH kat ‘rumah’ DIA).

ALLAH HU AKBAR. ALLAH Maha Segalanya. Dia tahu, ade seorang makhluk yang amat hina ingin menghampiriNYA. SubhanALLAH, amat beruntung kita kerana menjadi hamba ALLAH. Ana masa tu langsung xde idea, camne nak dekatkan diri dengan ALLAH. Masa tu langsung xtau tentang adenya ibadat2 sunat, solat2 sunat, adenya kumpulan yang bercakap2 tentang Islam. Langsung xtahu. Jadi, langkah ana untuk mencari ALLAH, hanyalah dengan pergi ke ‘rumahNYA’. Jika Tuan Rumah tu kesian kat kita, sekurnag-kurangnya Dia akan bagi sedikit buah tangan untuk kita bawa pulang, ALLAH HU AKBAR.

Bila pikir balik, kekadang lucu pun ade. Kerana terlalu ingin mencari ALLAH(perasaan ingin mencari ALLAH ni pun atas ihsan ALLAH, kalu tak, mungkin ana masih jahil sampai sekarang), ana pernah pergi ke surau masa solat Zohor dan Asar. Masa tu mana ade jemaah wanita. Malu sangat rasa masa tu. Xleh nak cakap. Solat dalam perasaan malu...

ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang. Mungkin melihatkan hambaNYA terlalu inginkan sesuatu dariNYA, maka ALLAH hadiahkan sesuatu untuk ana. ALLAH temukan ana dengan kakak2 senoir yang ingin membantu untuk ana kenal ALLAH (semua ni asbab, hakikatnya, ALLAH yang aturkan segalanya), subhanALLAH, langsung xsangka, ALLAH sanggup ambil berat tentang ana- seorang hamba yang pernah lalai pada Penciptanya.

ALLAH hu akbar. Maka, masihkah layak untuk ana lupakan ALLAH dalam setiap saat? ALLAH memandang kita disaat kita ingin kepadaNYA, maka, adakah kita sanggup untuk berpaling membelakangiNYA di saat kita gembira? Hebat sangatkah kita ni untuk berkelakuan sebegitu?

Siapa kita tanpa ALLAH?? Ana langsung xmampu nak jawab. Semoga ALLAH terus membenarkan akal ana untuk terus menjadi hamba kepadaNYA. Ana sunggup menjadi hamba yang hina semata-mata kerana ALLAH.


Hamba... apa maksud hamba?? Kalau kita lihat zaman2 Rasulullah saw dlu, nilai hamba ni sangat rendah. Sampaikan tuannnya boleh untuk memukulnya (kisah Bilal Bin Rabah, Sumayyah). Begitu rendahnya nilai hamba ni. Jadi...sapa kita??? Kita ni hamba ALLAH, jadi, jangan nak sombong pada ALLAH. Sebehat mana pun kita, takkan mampu untuk mengubah takdir, bahwa kita ni hamba ALLAH, dan jika diizinkan dengan Rahmat ALLAH. kita inginkan hadiah dari ALLAH, yakni, keizinan untuk pulang ke kampung halaman – SYUGA FIRDAUSI. SubhanALLAH, sungguh besar cita-cita kita kan? Semoga ALLAH mendengar rintihan hati hambaNYA yang amat hina ni. Dan semoga ALLAH kekalkan akal yang sentiasa mengEsakanNYA. Amin ya ALLAH. Kami menyintaiMU ya ALLAH.


Ni beberapa keping gambar yang ana jumpa pasal surau Al Falah. Banyak aktiviti yang kami buat meeting kat surua (salah satu tempat ana belajar berorganisasi. semoga adik2 yang masih kekal di Kolej, mencintai surau ni. ok. wasalam

1 Respon:

iNtAnCtZ said...

salam ziarah neopantene~=]
missed school tyme olready eh?
yeah..i'd missed it to0~just nice being there..
dah dekat sethn tinggalkan 'rumah' yg dah 5tahun duduk~
we never miss the water till the well runs dry..

it's hard to say goodbye to a place we called home..
:]

may allah bless u..
be strong..be taugh~

visit me,sEeKeRz-->http://deonenonly2906.blogspot.com