Have an account?

Thursday, March 19, 2009

BAHANA FRIENDSTER

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, berpijak lagi ana di bumi bertuah KELANTAN. Alhamdulillah, dah hampir seminggu dah rupanya, esok dah kena balik Ipoh balik....em...kejap je rasanya.
Em...betul2 xleh lupa, keluar KB dengan sahabiah2 UPSI, dah lama tak jumpa. Syukran jazilan sebab sudi jemput ana. NASUHA, ROSNAH, KHAIRUL BARIYAH, NURUL EZZAH.
Sekarang ni nak cite satu peristiwa dalam bas masa ana nak balik rumah. Bas penuh masa ana naik, so, terpaksalah pergi sampai ke belakang tuk duduk. Di takdirkan , kawasan tu ada sepasang pasangan budak sekolah. Ai...macam main2 cuit2 n sentuh jer....biaq betul.
Ana tgk ade sorang makhluk ALLAH kawasan tu dah macam xselesa dengan perlakuan dua sejoli tu. Memang ana pun geram tgk, sentuh2 lak..(tapi xtau la kot2 dah kawin ker...muda?) entah la...husno dzon.
‘lembut tangan dia..ore kasar’
Bilang si lelaki pada si perempuan. Si perempuan biar jer si lelaki tu main2 tangan dia..ish
Tiba2 orang sebelah lelaki tu turun dari bas. Maka se lelaki tu pun enjaklah, dan, dia pun ajak ppuan tu sekali, duk rapat dengan dia, jauhi penumpang lain..ish ish ish. Maybe dia rasa xbest kot, ade ornag tengok dia.
Alhamdulillah sebab ppuan yang duk sebelah ppuan (kkasih dia tu) tarik baju ppuan (kkasih dia)tu, so, adik tu pun xjadi la berganjak mhampiri lelaki tu. Selamat...
Em...nampaknya, ppuan sebelah adik tu mula nk tarik perhatian dia, nampak macam baut2 bercakap dengan dia (supaya adik tu xberganjak) Syabas kat ppuan tu.
Ana tumpang2 dengar jer, rupanya adik tu n llaki tu...hari ni FIRST DATE diorng. Diorang kenal dalam FRIENDSTER...si lelaki Form 5 sekolah kat Kuantan, si perempaun Form 5 kat Kelantan.
FIRST DATE?? Em...Dah boleh sentuh!!! Alamak dik..... =( sedih sungguh dengar. Nape boleh dah bagi sentuh dik???
“saya pun tak pernah buat macam ni kak, tak pernah sentuh, dan bagi sentuh”
Adik..adik...dah tu...awatnya hang bagi sekarang?? Aiii...jangan buat mudah sangat....
Tak tau nk koemn apa..memang ana tergamam dan terkejut dengan apa yang ana dengar. Sekarang ni..dah sampai tahap macam ni rupanya adik kita ni...teruknya..belajar kat mana semua ni..ai..apalah yang ana boleh lakukan tuk selamatkan keadaan ni...em..
Dari FRIENDSTER, kenal2 jumpa kat KOTA BHARU, then, sampailah boleh SENTUH2, seterusnya?? Wallah hu alam, semoga ALLAH lindungi semua makhluk ciptaanNYA.
Em....dah jelas kan...macamana golonagn Barat ni nak rosakkan orang ISLAM, hanya dengan FRIENDSTER jer..ana pun sebenarnya ada freindster, tapi, banyak juga kebaikkan, ade jer membe2 yang ISLAMIK...semua ni bergantung pada MESIN PENAPIS kita, kalu kita tapis dengan IMAN, maka, yang baik lah yng kita dapat, tapi, kalu kita tapis dengan NAFSU, maka yang agak bernafsu la yang kita dapat.
Wahai adik2 ku sayang....gunalah akal yang ALLAH kurniakan untuk kalian, hanya MANUSIA yang ada akal, makhluk lain xde...jangan abaikan akal itu...sebab kita berbeza dengan makhluk lain...kita adalah ISTIMEWA!!

Monday, March 9, 2009

Manusia dan Agama


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita untuk menikmati nikmat kurniaanya. Alhamdulillah.
Em...dulu, selalu ade orang cakap, nikmat terbesar yang kita miliki adalah ISLAM. Dulu, ana masih tertanya-tanya, kenapalah ISLAM tu sebagai nikmat yang terbesar, bukannya nyawa, kudrat, harta dll kerana semua benda itu juga kita boleh gunakan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH. Kenapa ISLAM yang menjadi nikmat terbesar...kenapa??? em..tak berani nak tanya masa tu....pendam je la....
Alhamdulillah, rupanya ALLAH SWT nak bagi jawapan kat ana melalui pengalaman. ALLAH ‘hantarkan’ ana praktikal di SMK Jalan Pasir Puteh, (terlalu ramai Cina di sekeliling ana) ada sebabnya. Em... apa kaitannya dengan nikmat terbesar tu?? Sabar2...baca slow-slow.
Em...ana perhatikan, diorang ni macam bebas sikit. Dengan sedikit perasaan ingin tahu yang ALLAH ilhamkan dalam hati ana, maka ana pun mulakanlah investigation. Tak berani nak tanya orang2 dewasa, ana cuma tanya students ana jer.
‘You Win, kamu xkisah ek pompuan sentuh kamu? Takpe ek pompuan sentuh ngan laki?’
Pelik student tu bila ana tanya..hehe..memang laa....mana ade orang pernah tanya dia soalan macam tu...kalu ana jadi budak tu pun pelik gak... Ana boleh jadi nak tanya tu sebab ada sorang pelajar ppuan kelas ana ni...selamber jer dia g main2 pukul si You Win ni. You Win ni budak baik (skema kata orang)
‘apa cikgu kamu tanya??’
Em...maksud cikgu, agama kamu takde larang ke kamu sentuh antara lelaki dan perempuan?’
‘ Agama? Agama? Apa tu cikgu?’
‘agama...agama..kamu agama apa? Buddha? Kristian?’
‘Ooo...tak tahulah cikgu’
‘Ibubapa kamu tak pernah bagitahu kat kamu ke?
‘em... takde lah cikgu’
‘.......’
Tak terkata ana...tak tahu nak cakap apa dah....terkesima!!!
Camtu ek...dah 14 tahun, masih tak tahu tentang agama sendiri... nasib baik la You Wing tu budak baik... sekurang-kurangnya dia takde buat jahat. Em... terfikir sejenak...patutlah budak2 Cina sini ‘nakal2’, rupanya mungkin sebab mereka tak tahu agama mereka. Ana yakin, mana-mana agama mengkehendaki setiap penganutnya untuk melakukan kebaikkan dan menjauhi kejahatan...tapi, kalu dah tak tahu tentang agama sendiri, tentulah takde beza bagi mereka, mana baik, mana buruk. Ai....
ALHAMDULILLAH AKU ISLAM.....
Kisah ke dua pula tentang kenapa ISLAM itu nikmat terbesar bagi kita....
Weekend lepas (semalam la, 8 Mac 2009), ana kuar ke Ipoh Parade dengan kawan2...ajatnya nak ‘kenal’ main bowling (=p) tapi, ditakdirkan haritu ade tournement lak. Ade sekolah dah tempah. So, pukul 1330 baru boleh nak main. Jam baru pukul 1030am, tak larat la nak tunggu jer. So, kami pun pergi makan n jalan2 dalam supermarket tu.
Dalam pada jalan2 tu....rasanya..mata ni dah makin berkarat dengan karat2 dosa... pakaian orang2 sana (mostly Chinese) sangat menjolok mata. AstaghfirALLAH hal azim. Tak tau nak cakap apa..pandang mana2 pun seksi..waima patung pakaian pun!!!....gulp..ana yang ppuan tengok pun rasa tak selesa...kalu lelaki yang tengok...tak tahu la apa yang mereka pikir. Ish ish ish....takutlah.... =(
Terlintas di fikiran ana sejenak (ilham dari ALLAH), bertapa bersyukurnya aku jadi orang ISLAM. ISLAM dah mewajibkan setiap penganutnya untuk menutup aurat. Rupanya, tutup aurat ni bukan sesuatu yang mengongkong wanita, tetapi untuk menaikkan maruahnya. ALLAH HU AKBAR...betapa ALLAH sayang kat kaum WANITA ni. ALLAH tak mahu kaum wanita ISLAM dilihat rendah martabatnya....ALLAH HU AKBAR. Betapa besar nikmat ISLAM itu.
SUBHANALLAH ya ALLAH, sungguh hebat Engkau mentarbiah hambaMU. Engkau memberiku pengajaran melalui pengalaman.
Mungkin, jika ana tidak praktikal di sini, ana masih tak tahu, apa untungnya kita memeluk ISLAM (selain tuk mendiami syurgaNYA)...rupanya, segala peraturan ALLAH, bukan untukNYA, tapi untuk diri kita sendiri...semua peraturan itu sesuai dengan fitrah kita sebagai manusia.
Cuba fikir secara logik jap....kenapa orang yang baik (tak kisahla agama apa pun), mereka tidak akan pakai seksi?? Kenapa?? Nak contoh? Tengok tak cerita Betty, Maritza Perez... mana-mana drama Melayu skali pun...untuk watak yang baik, tentu pengarahnya akan meletakkan si pelakon tu untuk pakai dengan sopan, tapi, jika watak tu watak antogonis (jahat), si pelakon akan bertukar jadi seksi. Em....kat situ dah jelas, bahawa apa yang ISLAM dah tetapkan itu, rupanya untuk membentuk hambaNYA dengan imej baik.
ALLAH HU AKBAR...tak tahu nak cakap apa dah....terlalu bersyukur dengan nikmat ISLAM yang ALLAH kurniakan. Semoga ALLAH kurniakan juga nikmat ini tuk manusia lain. Aminn....