Have an account?

Thursday, May 8, 2008

Maafkanku

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, dah lama ana xmenulis blog, and alhamdulillah sebab ALLAH izinkan kali ni jari-jemari ni tuk menekan keyboard pd Si Hitam. Alhamdulillah ya ALLAH.

Em...ana menulis, tentu ade sesuatu yang telah menimpa diri ana. Biasalah, manusia, hanya ingat pada yang setia jika mengalami peristiwa sedih jer. MasyaALLAH, maafkan daku wahai Si Hitam. Bukan ku sengaja melupakanmu, tapi...ana sendiri pun xde alasan tuk itu. Ya ALLAH, teruknya diri ini. Nampaknya, betullah apa yang difikirkan oleh Si Hitam. AstaghfirrALLAH hal azim.
InsyaALLAH, malam esok ana akan bertolak balik ke kampung. Semoga ALLAH melindungi perjalanan ana dan seluruh pemunpang bas dan pengguna jalan raya pada masa tu (dan sekarang),amin. Ya ALLAH, pulang ke kampung kali ni, membawa bersama penyakit hati dalam diri ana ni. ALLAH hu akbar.
ALLAH hu akbar. Sukarnya nak merawat penyakit hati ni. Ahhh...sedih sangat, sebab penyakit macam ni, bukan sekadar menyusahkan diri kita, tapi bertambah sedih sebab ia menyusahkan orang lain. Kesian pada teman2 sekeliling jika ade makhluk yang berpenyakit hati di dalam dirinya. Ana xkata kat sesiapa, tapi kepada diri ana sendiri. Ya ALLAH, sungguh sedih dengan diri ini. Ya ALLAH, ini bukan bermakna aku tidak bersyukur dengan pemberianMU ya ALLAH. Aku bersyukur dengan jasad yang telah Engkau pinjamkan kepadaku. Aku amat bersyukur Llangsung tiada nikmat yang Engkau kurniakan, yang tidak menyebabkan aku tidak bersyukur. Aku amat bersyukur ya ALLAH. Engkau telah memberikan yang terbaik untuk hambaMu, namun, yang menjadikan diri ini sedih kerana akal (yang juga telah dipinjamkan) tidak mampu untuk membawa jasad ini mengikut apa yang Engkau kehendaki. Engkau berkehendakkan manusia yang bergelar khalifah, namun, layakkah diriku untuk memegang amanah itu??
Ya ALLAH, ampunkanlah daku.

Ya ALLAH, teruk sangat rs diri ni. Sukar bangat nak mengawal perasaan. Jika ade je insan yang tidak buat apa yang kita kehendaki, terus akal ni tidak mampu untuk mengawal tindakan. Mulalah syaitan mainkan peranan. ALLAH hu akbar. Ampunkan daku ya ALLAH, d atas keterlanjurannku.


Duhai sahabat,
Maafkanlah diriku yang amat hina ini, kerana telah melukakan hatimu.
ALLAH hu akbar

Kumohon
Jangan jadikan kejahilan hamba sebagai penyebab ukhwah ini terputus
Hamba tidak mempunyai apa-apa
Selain hanya ALLAH sebagai pelindung diri

Namun, apakan daya
Segala kesilapan itu
Tidak mampu akal kecil ini untuk mengawalnya
Ya ALLAH
Engkau Maha Pengatur
kami hanya merancang

Engkau juga merancang
Namun, kutahu ya ALLAH, bahawa rancanganMu Maha sempurna
Diriku yang hanya insan kerdil

Hanya menurut apa yang telah Engkau rancangkan
Sekalipun pahit tuk dilalui,
Namun, kuyakin dengan rancanganMu ya ALLAH
YA ALLAH
Lapangkanlah hati ini

Untuk menerima segala rancanganMu dengan redha
Rahmatilah kami ya ALLAH


Apa salah ana??
ALLAH hu akbar. Usah ditanya, sebabnya ia terlalu banyak, sampaikan tidak terhitung. Malu pada mulut, yang telah dipinjamkan kerana telah digunakan di tempat yang tidak sepatutnya
Malu pada akal, kerana tidak mampu untuk digunaka
n dengan sepenuhnya, dan berlandaskan Al Quran dan As-sunnah
Malu pada mata, kerana digunakan untuk melihat bukan yang haq
ALLAH hu akbar

Masihkah ada keampunan untukku??
Em...rasa diri ni teruk sangat. Langsung xpandai nak berdakwah. Arghhh...ya Rasulullah, sungguh indah pekertimu yang ALLAH telah aturkan. Engkau begitu sabar ya Rasulullah. Allah hu akbar, aku merinduimu.

ALLAH hu akbar, kalaulah Rasulullah itu bersifat seperti ana, agaknya, brape kerat je yang sanggup terima Islam? Aduss...langsung xpandai nak berdakwah.
Cara dakwah yang tegas dan tidak pandai menyusun kata, langsung tidak memikat hati orang tuk mendengar. Takutnya, jika disebabkan ana, orang m
akin xnak dekat dengan Islam. masyaALLAH!!
Habis, apa yang patut ana buat?? Diamkan diri je ke?
Tinggalkan tanggungjawab sebagai daie kepada orang lain???

Adusss, risaunya hati ni. Jika ditanya apa sumbangan ana pada agama ana, apa yang ana dapat jawab??
ALLAH HU AKBAR.
Ya ALLAH, aku sedar siapa diri ini. Ilmu langsung xbanyak, tapi dah perasan nak ajak orang buat kebaikan. Langsung xsedar diri, ana ni. MasyaALLAH. Ya ALLAH, salahkah apa yang sedang aku lakukan?? Buntunya diriku ya ALLAH
.
Xtahu nak tulis apa. Banyak sangat mengarut. Sedih ko diri yang
amat hina ni. Semoga ALLAH tidak menghina diri ini di akhirat YA ALLAH. astagfirALLAH hal azim....

Em...sebab xpandai nak menegur, maka kuwakilkan si comel2 ni tuk berdakwah.Semoga kita semua menanamkan keinginan yang sama dengan si comel ini =)Segala pesanan ni juga buat diri ana.
Semoga ALLAH membantu kita dalam menjaga maruah diriPray in masjid?? InsyaALLAH..we can do itTundukkan pandangan.
ALLAH hu akbar. Ni berat sikit nak buat. Tapi, tiada yang mustahil dengan keinginan yang kuat dan bantuan ALLAH swt

huhu...nak kawal perasaan marah...arghh!!
Ingat, syaitan suka bila kita marah (pesanan buat neo)

Maafkan ku sahabat.

0 Respon: