Have an account?

Monday, September 1, 2008

ALLAH sayang aku

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, ALLAH izinkan kita menikmati kedatangan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Alhamdulillah. Sekarang jam 6.35 ptg, beberapa detik lagi nak berbuka. Alhamdulillah, lps berbuka, means, sehari dah berlalu...hanya tinggal baki 29 hari saja tinggal untuk kita mengisi ruang Ramadhan ni.

Em..sebenarnya, tajuk tu, sekadar satu muasabah buat diri ana dan sesiapa yang membaca ni. Sebenarnya, statement ni, milik semua orang, Cuma, kekadang akibat kejahilan kita, kita xsedar benda ni. ALLAH HU AKBAR.

Ana suka betul lihat balik peristiwa yang berlaku. Cuba kita renung apa yang kita dah rancangkan, dan, adakah semua tu terlaksana? Em...kalau terlaksana, alhamdulillah, tapi, kalau tak terlaksana, janganlah bersedih. Sebenarnya, ALLAH juga mempunyai rancanganNYA yang tersendiri. Kita kena ingat, manusia merancang, ALLAH jua merancang, namun, yang pasti, rancangan ALLAH itu Maha sempurna.

Tadi, ana nyaris terlepas bus nak balik ke kolej. Fuh..klu terlepas bus tu...xsempat la nak berbuka gamaknya. Dalam sedih tu, ana pujuk diri ana, ade hikmah terbesar yang ALLAH cuba sembunyikan dari ana. Dan, ahamdulillah, rupanya bus tu berhenti di tgh jalan. subhanaALLAH. Maka sempatlah ana naik bus tu huhu...

Nampak cerita dia simple je kan??? Tapi, kalau kita tak relatekan dengan ALLAH, tentu kita duk cakap

“nasib baik bus berhenti”.

Tapi, kalau kita related dengan ALLAH, perkataan yang akan keluar dari bibir kita adalah

“SubhanALLAH, Alhamdulillah”

subhanALLAH, peristiwa yang amat2222 simple, tapi boleh mmebuatkan kita terfikir, bahawa ALLAH sangat menyayangi hambaNYA. SubhanaALLAH YA ALLAH. ALHMADULILLAH.

Memang nak ter’suka’ plop bila fikir. ALLAH HU AKBAR, betapa ALLAH MAHA PEMURAH, DIA nak kita sebut namaNYA, so, kita pun akan dapat pahala. Bayangkan jika bus tu ade xgerak jer, and ana pun dapat naik cam biasa, tentu kalimah ALLAH, ana x sebut =)

Saje je ni. Sekadar bacaan ringan, ana tahu, kalian sangat bagus dr ana. Alhamdulillah.

Em... dah hampir berbuka (7.06 pm). Selamat berbuka. Maaf segalanya.

0 Respon: