Have an account?

Thursday, September 18, 2008

Perlumbaan


Bismillah hirrohmanirrahim

Kita semua diibaratkan berada dalam satu garisan perlumbaan. Semua dilepaskan pada garisan yang sama (perut ibu) dan akan berakhir pada garisan yang sama juga (tanah perkuburan). Setiap individu telah diberikan tempoh perlumbaan yang dan laluan masing-masing (telah ditentukan Jodoh, Ajal, Mati, Hidup, Rezeki
Alangkah ruginya bagi sesiapa yang tersesat kerana limit masa akan memusnahkannya.
Namun, bagi sesiapa yang tersesat, tapi, tersedar akan dirinya yang telah tersesat itu, cepat-cepatlah berusaha untuk kembali ke pangkal jalan. Jangan tangguh-tangguh lagi, kerana kita semua ni dah kesuntukkan masa. Cepatlah kembali ke pangkal jalan.
Walaupun masa amat singkat, namun, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita berputus asa. Teruskan usaha untuk terus kembali ke jalan yang benar. Jika kamu tidak mampu untuk melaluinya seorang diri, cubalah cari pasangan atau sahabat2 yang mampu tunjukkan jalan yang benar itu.
Dan, jika dalam perjalanan kamu, kamu terserempak dengan seseorang yang juga turut tersesat seperti kamu, ajaklah dia bersama-sama untuk kembali ke pangkal jalan. Jalan yang indah bukan untuk dinikmati seorang, tapi setiap orang berhak untuk merasainya. Semoga kita semua berhenti diperhentian yang sama, sesungguhnya perhentian itu MAHA INDAH. SubhanALLAH.

0 Respon: