Have an account?

Tuesday, September 9, 2008

Bingung

Assalamualaikum wbt.
Lama tul tak menulis...pasal orang lain hehe... kebelakangan ni duk ‘jiwa’ sorang jer =)
Em..sebenarnya ana ade satu isu nak dikongsikan dan difikirkan bersama. Em...minggu lepas, ana pulang ke Kelantan. Masa dalam bas, ana ade ternampak satu pasangan yang duduk bersebelahan dalam bas tu....=(
(.... busy body ana ni ek ) =(
Tapi, memang ikhlas ana cakap, ana sedih sangat dengan benda ni...arghh....
Banyak persoalan yang berlegar dalam otak ana masa lihat benda tu...
1. Kenapa benda ni boleh berlaku??
2. Perempuan tu x malu ke duduk sebelah lelaki?
3. Kenapa perempuan tu sanggup duduk sebelah lelaki tu??
4. Kenapa perempuan tu duduk rapat/bersandar dengan lelaki tu??
5. Perempuan tu xkisah ke duduk sebelah lelaki tu??
6. Perempuan tu suka ek duduk sebelah lelaki tu??
7. Perempuan tu xkisah ke ade orang tengok apa yang dia buat tu??
Em...banyak macam kenapa la yang berlegar dalam kepala otak ana...=(

(kolot tul budak ni)

Now 8 september 2008 (23.12 pm, baru balik dr lab ganti)...sambungan....
Em...sambung dengan kes bingung ni.
Perempuan... perempuan
Kehidupan ana kat UPSI ni, memang dikelilingi ramai perempuan. Kat mana-mana, perempuan akan
concur keadaan tu.
Nak naik bus, kami ramai
Nak beli makanan/barang, kami yang ramai
Nak berebut beli tiket bus uk raya, kami yang ramai
...
Banyak lagilah. Alhamdulillah, ana selesa dengan keadaan ni (maaf yer wahai lelaki sekalian =). Tapi....
Tapi, bila dah berlebihan ni, lain pula jadinya. Perasaan malu tu dah makin kurang la plop. Ana bingung dengan masalah malu ni. Sekarang ni, kes,
Perempuan pula yang tegur lelaki.
Perempuan pula nak buat cakap dengan lelaki.
Perempuan pula yang nak tarik perhatian lelaki.
Itulah keadaan yang ana dapat lihat sekarang dengan penglihatan yang ALLAH kurniakan untuk ana ni. Aiii...duhai kaum perempuan yang aku sayangi....
Nape boleh jadi macam ni??? Sedih sungguh.
Kekadang tu, nampak sangat, perempuan tu yang nak tarik perhatian. Cakap kuat2, gelak kuat2, apa ni... xmalu ke???? Huhuhu
Ana nak cakap banyak pun, ana sendiri pun macam tu jugak. Sekadar renungan untuk kita bersama. Sama-samalah kita jaga diri kita. Sampai bila hidup i nak tarik perhatian manusia? Sampai bila?
Apalah sangat yang manusia dapat beri kalau kita dapat tarik perhatian dia? Apa?

Xde apa pun sangat. Paling koman pun, kita dapat buat dia lihat kita jer. Selebihnya??? Kome pikirlah sendiri (ibarat kata Nabil)

Yang negative (dan agak teruk juga) yang dapat ana lihat kesan dari perlakuan perempuan sekarang ni, bahaya gak. Bila lelaki dah mula pandang perempuan tu...agak2 nya, lelaki tu sekadar lihat je ke? Xde pikir pe2? Wallah hu alam.

Kalau lelaki yang kuat imannya, mungkin dia akan pikir

“ish pompuan ni, xmalu langsung, cakap kuat2”

Kalau lelaki yang agak kurang sikit imannya, mungkin ini plop yang dia pikir

“ fuh, pompuan ni...cakap...suara manja habis, boleh jadi geng nih”

Wallah hu alam. Ana pun xtau pemikiran lelaki ni. Sebab ana xkenal diorang. Tapi, rasanya tak mustahil mereka pikir macam tu.
Sebenarnya, ade masih ade perkata lain yang ana bingung tentang perempaun ni. Tentang pemakaian mereka, ana pun bingung dengan pemakaian mereka.

Ana bingung, apa sebenarnya motif kita berpakaian?

Untuk apa?
Untuk bergaya?
Untuk kelihatan cantik dimata umum?
Untuk menarik perhatian?
Untuk tunjuk fesyen terbaru?
Untuk riak? (nauzubillah min zalik)
@ untuk memenuhi kehendak agama,yakni untuk emnutup aurat??
Xtau..xtau apa yang difikirkan oleh mereka2 ni.
Kekadanag, kesian kat kaum Adam. Mereka xboleh nak lihat eseorang perempuan tu untuk pandangan yang kedua, sebab itu adalah panahan syaitan. Tapi, kekadang, pakain perempuan tu sendiri (yang agak pelik dan menarik perhatain), menyebabkan, tanpa sedar, mata sang lelaki tu untuk menjeling untuk kali yang kedua tanpa ada tempoh expirednya (sehingga hilang di mata si perempuan tu) ish...ish....ish

Sapa yang patut dipersalahkan dalam hal ni? Siapa?
Em... xtahu. Korang pikirlah sendiri.
Bingung...bingung dengan perempuan.

  • Mereka xnak diganggu, tetapi mereka menggangu.
  • Mereka tidak mahu dipandang dengan pandangan syaitan, tapi pakaian mereka tu ibarat tempat yang panah tu nak ditujukan (ala....bulatan yang orang nak tembak tu...tumpuan tuk panah itu ditujukan)
  • Kekadang bingung gak, perempuan marah bila lelaki menghimpit perempuan semasa nak berebut naik bus, tapi, ade perempuan yang sanggup ‘dihimpit’ oleh lelaki, asalkan dia dapat naik bus..ish..ish..ish..kononya guna istilah “lady first
  • Em...bingung sangat gak, bila ade perempuan yangs sanggup MENEPUK bahu lelaki, kononnya untuk tunjuk yang dia tu geng kamceng. Alasannya,
“ala, kan ke ni berlapik”

Em... dah xtau nak tulis apa lagi yang bingung tu, sangat banyak sangat.
Maafkan ana wahai perempuan sekalian. Antunna semua dah besar2, ranya dah boleh fikir, mana baik, mana buruk. ALLAH dah bagi kurniaan kecerdasan akal yang besar untuk antunna semua, sebab tu antunna semua boleh masuk UPSI.
Alangkah sayangnya jika antunna xdapat nak jaga diri antunna. Sebenarnya, diri antunna sangat bernilai. Jangan murahkan diri antunna semua dengan perkara2 yang membuatkan ana bingung tu. Antunna semua adalah berlian yang sangat mahal. ALLAH telah meletakkan antunna semua di tempat yang sungguh tinggi, tapi, antunna pula nak rendahkan diri antunna. Sayanglah macam tu...berlian yang sangat berharga, tidak dipamerkan dengan sewenang-wenangnya. Ia disimpan, bukan sahaja dalam kotak kaca, bahkan, kalau boleh, dalam kotak yang tertutup sepenuhnya..barulah orang ade inquri (sifat ingin tahu) yang amat tinggi untuk memiliki berlian yang tersembunyi itu. subhanALLAH....

Em...kalau boleh, janji ek...sesiapa yang baca ni...cuba ubah pelan2. bukannya ana nak suruh anti jadi zuhud sangat, cuma, cukuplah sekadar jaga diri anti. Arghh...sayangla kalu anti yang sungguh cantik dan ayu ni, berperangai dengan perangai seperti yang ana bingungkan tu...sayang sungguh..rugi la =) rugi suami anti...=) gurau je

Em...maaf sangat2 jika perkataan ana salah. astaghfirALLAH hal azim. Ana ni banyak lagi kekurangan dalam diri, sekadar satu makhluk ALLAH yang serba kekurangan. Maafkan ana atas segalanya.

Wasalam.

23.55pm

0 Respon: