neopentene@Facebook
Always All The Best
About Me
- neopentene
- Makhluk yang dicipta ALLAH secara sementara untuk mendiami dunia ciptaanNYA any comment, directly to : neopentene@yahoo.com
Trade Mark Neopentene@friendster
Alahai...comelnya. Nama Uwaisy ka?
Trade Mark Neopentene@facebook
Jangan Nangis ya sayang
About This Blog
Labels
- 4.5 (2)
- Abah (2)
- Alone (2)
- Emosional (4)
- Khidmat Masyarakat - PASTI- (1)
- Life (5)
- Perkongsian (10)
- Sendiri (7)
- SMK Merpati (8)
- Study week (1)
- Tokoh Dikagumi (2)
Boikot
Glosari Al Quran
Kiraan Pengunjung
Blog Ustaz2 Famous
Kunjungi Blog Lain
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
IKHLAS12 years ago
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH13 years ago
-
Taat pada pemimpin yang zalim13 years ago
-
-
Badar Kubro : Satu Penentuan14 years ago
-
-
Wahai Tuhan...15 years ago
-
-
-
30 muharram...15 years ago
-
-
-
Salam Kembali..16 years ago
-
Bahagia Hakiki16 years ago
-
-
Mengapa Yahudi Bijak?17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Buat Kad Kawin Online
Cari Tarikh Masihi dalam Tarikh Hijrah
Sentuh Pun Jangan
Batu Jinjit
SubhanaALLAH
nasyidfm
Pesanan/ Nasihat Dari Kalian =)
Tarikh Hari Ini
Blog Politik
-
-
-
My Phone15 years ago
-
Salam dari Kedai Kopi16 years ago
-
-
UPSI'ans
-
-
-
Jangan Pisahkan Trio Kepimpinan ini.13 years ago
-
-
Sekian lama14 years ago
-
Pemimpin Haraki Rabbani...14 years ago
-
HIJRAH...BERUBAH15 years ago
-
-
-
-
-
-
Readers
Nak Amik Apa Saja
Kuliah Online
Baiki Diri
Nak Jadi Anak Soleh
Qudwah Hasanah sepanjang zaman
Yang Maha Esa
Twitter Updates
Friday, February 20, 2009
Jaga 7 Sunnah Rasulullah SAW
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
InsyaALLAH kita boleh lakukannya. Syukran tuk ero82 sbb panjangkan emel ni tuk ana.
Wednesday, February 11, 2009
CIkgu….Nikmat Negatif
Nikmat....nikmat bukan sahaja dalam bentuk yang positif, benda2 yang negatif yang berlaku pada kita juga adalah nikmat yang ALLAH kurniakan. subhnaALLAH, sungguh hebat ALLAH mentarbiah hambaNYA.
Ana masih terfikir2..tertanya2..... kenapa ALLAH takdirkan ana untuk berada di sekolah ini... (sekadar untuk memujuk diri tentang kenapa praktikal kat sekolah ramai Cina..susah nak mengajar)... akhirnya, hanya daripada muasabah kita memperolehi jawapan (dengan bantuan ilham daripada ALLAH SWT.)
ALLAH HU AKBAR..ALLAH HU AKBAR...ALLAH HU AKBAR...
Perkara2 negatif (otak kita tafsirkan itu sebagai negatif) sebenarnya terkandung banyak hikmah. Ana terfikir2, kenapalah susah sangat nak mengajar kat sekolah ni. Tanya cikgu2 senior, camne nak mengajar kat sekolah ni...rata2 cikgu bagi respon, suruh jadi garang skit!!
Susahnya..camne nak garangkan diri ni....dan, guru pembimbing ana juga komen, bahawa ana ni nampak xberkeyakinan masa mengajar. Argh...banyak lagi xmantap ana ni... =(
Em....jadi, dengan sedikit akal yang ALLAH hadiahkan, ana buat muasabah...sebenarnya, hikmah kenapa ALLAH takdirkan ana berada di sekolah ni..adalah kerana...untuk ana mantapkan lagi diri ana..tambah keyakinan diri...biar nampak yakin skit.
Wah...banyak betul kelemahan yang dapat ana detect daripada sedikit situasi ana ni (mengajar kat skul cina) SubhanaALLAH...Engkau Maha Hebat. Dengan hanya sedikit pengalaman praktikal selama 3 minggu, ALLAH dah bantu ana untuk mencari kelemahan diri. Dan, setelah kita dah tahu kelemahan diri, of course kita akan cuba untuk membaikinya...insyaALLAH (biiznillah).
Tengok, betapa ALLAH ni Maha Baik (betul ke perkataan yang ana guna? astaghfirALLAH hal azim jika salah)..bantu kita tuk kenalpasti mana kekurangan kita. Dan DIA kurniakan akal pula untuk kita, untuk fikir macamana nak atasi masalah kita tu.
Ok kalian semua, syukran jazilan sebab sudi luangkan masa. Minta diri dlu. Harap dapat sesuatu dari MyBlog ini (segalanya dari ALLAH yang MAHA SEMPURNA) sebab itu sahajalah niat ana menulis ni..untuk sama2 MENYEMAI CINTA UNTUK CINTAI ALLAH.
1705pm, 7 Februari 2009.
Guru Oh Guru – Lesson Plan
Lama sungguh ana xmencoret sesuatu tuk My Blog ni. Rindu tak terkata untuk meluahkan sesuatu pada si Hitam and antunna semua. Terlalu banyak perkara yang ana pendamkan-subhanALLAH, sungguh hebat Pencipta kita, DIA dapat menjadikan manusia ni- yang pada asasnya, kita lihat, binaannya sama, yakni dari tulang, isi, dan kulit, tapi, hakikatnya, setiap kita adalah berbeza. Pengalaman-pengalaman yang ALLAH dah aturkan untuk setiap hambaNYA sungguh unik. YA ALLAH, ENGKAU TERLALU ISTIMEWA YA ALLAH.....ALLAH HU AKBAR....SUBHANALLAH....aku insan yang sungguh hina ni teramat ingin untuk bertemu denganMU YA ALLAH...ALLAH HU AKBAR.
Semalam hari pertama persekolahan setelah seminggu bercuti-Tahun Baru Cina-. Em..bermulalah kehidupan sebagai seorang guru...
Kat sini bukan nk cerita tentang guru..tapi tentang lesson plan yang perlu kami- guru-guru praktikal- siapkan sebelum masuk ke kelas. Kami kena fikir tentang rancangan mengajar, macamana nak jadikan sesuatu pembelajaran itu menarik, pelajar tak boring, dan yang paling penting, pelajar dapat faham apa yang kami ajar. Lesson plan ni kena buat sebelum masuk ke kelas.
Bila fikir balik, alangkah bagusnya jika kita pun buat lesson plan tuk diri kita sendiri. Maknanya kita dah rancang, apa yang akan kita lakukan -sekurang-kurangnya untuk esok hari-. Em...tentu hidup kita akan terancang molek, kan? Em...
Lebih molek lagi jika kita dah siap2 merancang untuk setahun kemuadian, 2 tahun lagi, 3 tahun lagi...dan sebagainya....ALLAH HU AKBAR...
Teringat tentang Fahri dalam cerita Ayat-Ayat Cinta. Dia dah siap merancnag hidup dia untuk sepuluh tahun akan datang...siap selitkan semua perkara yang ingin dia capai dalam tempoh masa tu.. dan ana dapat perhatikan, bahawa ALLAH akan tloong kita untuk mencapai semua perkara yang kita impikan –selagimana perkara itu bagus dan boleh menaikkan ISLAM (insyaALLAH).
Ana sekadar hanya tau cakap saja, hakikatnya, ana sendiri xde perancangan tuk hidup ana sendiri....ana xpandai untuk membuat perancangan, dan...xberfikiran jauh... suka sangat bila perkara tu berlaku jer... sebab, bagi ana semua tu ALLAH dah atukran (betul ke fikir macam ni =? ) em...arap sangat ana dapat buat perancangan hidup tuk diri ana, seahun lagi dapat apa, nak kejar apa..target jadi guru macamana..aaa.....tapi xpandai nak buat perancangan...macamana la agaknya nak buat perancangan ni.... aiii.... =) kena belajar la sayang....
Wasalam.
Laishei
25 Januari 2009 23.01 pm
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, dah dua minggu rupanya ana bergelar ‘laushei’ kat SMK Jalan Pasir Puteh, Ipoh. Banyak betul perkara yang ana dapa belajar (fikir positif em..) Boleh belajar tentang budaya orang Cina, tahu camne budak2 Cina ni... cara bergaul diorang, cara belajar, cara bergurau... yang penting skali...bahasa diorang... boleh cakap Cina la ana xlama lagi hehe =)
Selama ana duk Kota Bharu...yang ana biasa denagr tentang budak Cian ni...semua positif2... “Best Student”, “pandai Matematik”, “rajin”, “tepati masa”, “ skema” dll...banyak tul perkara positif tentang diorang yang ana dengar. Tapi, sekarang....bila dah mengajar kat sekolah Cina ni...baru tau camne diorang sebenarnya. Ana xberminat nak rendahkan mana2 kaum, @ ceritakan keburukan mereka (sebab kita pun xsuka kalu orang duk cakap keburukan kita, kan?) em...Cuma, nak gtau...padahal kita semua manusia ni sama jer.
Sekarang ana dah ada kekuatan tuk menafikan jika ada pelajar Melayu yg cakap ‘ala...dia tu memang logik la pandai Math, sebab dia tu cina’ xleh terima akal...dia tu pandai sebab dia berusaha...jika tak berusaha..sesiapa pun..hasilnya tetap akan sama juga... langsung xde kaitan dengan genetik Cina pun...kalu ade pun...sikit sangat je peratusannya.
Bergelar cikgu kat sekolah Cina ni memang mencabar. Tapi, alhamdulillah, raka2 banyak membantu..tolong ingatkan...bahawa ALLAH tidak akan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Jadi, maknanya... ana dan rakan2 ana ditempatkan di sekolah ramai cina ni..kerana kami mampu untuk menghadapinya..insyaALLAH. Ya ALLAH, kami yakin dengan la yukallifullah....
Wednesday, January 28, 2009
Wanita Solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
from http://nurjeehan.wordpress.comThursday, January 8, 2009
Be a Teacher???
Alhamdulillah, ALLAH izinkan lagi untuk ana bersama dengan My Blog. Alhamdulillah dan terima kasih kepada sesiapa yang masih sudi tuk baca ana yang ana taip ni.
Em..tahun baru...bermakna mulalah kehidupan yang baru..lembaran lama yang tak elok..kita tinggalkan jauh2...semoga ia dapat menjadi panduan tuk kita tuk tahun baru ni plop, insyaALLAH.
Tahun baru ana..banyak hal kena fikir tahun ni...perihal praktikum...hal diri...keluarga..etc.
Rabu lepas dah g Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh. Terkejut gak, 80% Cina,
10% Melayu, dan 10% India..huhu...nampaknya kena blaja bahasa Cina la hehe...Positif nEo...positif... insyaALLAH. ALLAH akan bantu hambaNYA yang amat daif ni...yang penting...ikhlaskan niat tuk sebarkan ilmu ( ana kena ajar math Form 2 and Sivik/ Moral).
Perihal kehidupan jugop...em..macam nak ade perubahan besar jer...tapi, waALLAH hu alam la...sebab semuanya ALLAH yang aturkan...kita semua sebagai 'pelakon' kena ikut jer apa yang "Pengarah" dah aturkan...ALLAH hu akbar.. Arap2 dapat kesudahan yang baik...insyaALLAH.
Mohon kalian semua pakat doakan tuk saudara kita di Palestine nuh..ana tak brapa tahu sangat pasal ni...sahabat2 jer duk mesej..suruh baca Surah Al Fath (kemenangan)..apa yang mampu
kita berikan..ALLAH hu akbar...kita serba kekurangan
..hanya doa dari jauh mampu kita sampaikan...Ya ALLAH, semoga Engkau selamatkan saudara kami di bumi Palestine
Sekian dlu..insyaALLAH kita jumpa lagi. em..tadi bru dapat berita. sahabat ana kena rompak..ALLAH hu akbar..banyak lak musibah..tapi..semua tu kita kena fikir positif. insyaALLAH, kalian semua positif..
Wednesday, December 17, 2008
Kolej Vs Rumah
Ni salah satu masalah yang melanda seorang hamba ALLAH.
| Jam | Kolej | Rumah |
| 5.00 am | · Hari bermula pada jam 5.00 pagi. Solat tahajjud & mengaji sementara nak tunggu Subuh · Solat Subuh berjemaah di Surau Al Falah | · Masih di alam lain... |
| 6.30 am | · Balik surau, baca Mathurat, mengaji, hafalan | · Jam 6.30 pagi masih tak tau kat mane...dalam selimut lagi...aiiii · Solat Subuh SOLO · Mengaji |
| 7.30 am | · Tido jap..dalam 15 minit | · Tido sampai..(malu nak oyap huhu) |
| 8.00 am | · Sedia breakfast..nestum jer · Persiapan diri | · Di mana aku??? =P |
| 9.00 am | · Ad-Dhuha + mengaji · Jadi pelajar | · Maybe baru bangun · Persiapan diri · Ad-Dhuha + mengaji · Jadi surirumah haha =) |
| 11.30 am | · G kafe..beli makanan | · Tolong mak masak |
| 1.10 pm | · Solat Zohor berjemaah ngan roomate (if she availabe) Mengaji | · Solat Zohor SOLO Mengaji |
| 2.00 pm | Main ngan si Hitam + internet (ade pengisian gak) | Tengok tv (cite Indon straight sampai kul 430pm) juz for fun |
| 4.30 pm | Solat Asar berjemaah (if she availabe) Mathurat | Solat Asar SOLO Mathurat |
| 5.00 pm | Relek2 berbual2 Baca buku makanan rohani | Relek + tengok tv Baca surat habar |
| 6.30 pm | Makan | Tengok tv G dapur..tuk preapare makan ringan2 |
| 7.00 pm | G surau. Solat Maghrib berjemaah Mengaji (tunggu Isyak kat surau) Tunggu Isyak berjemaah gak Solat Sunat Hajat | Preapare Solat Maghrib SOLO Mengaji Solat Sunat Hajat |
| 9.00 pm | Jadi pelajar | Tengok tv lagi... |
| 11.00 pm | Tido | Tido |
Em...dah namapak kan?? Comparision duk umah n duk kolej...teruk sanagt bila duk kat uamh...xleh nak bayangkan..betapa seronoknya syaitan bila hamba itu berjaya dipermain2 kan oleh syaitan..eeiiii benci kat syaitan...
Sape salah?? Diri hamba itu sendiri la....dia kena la pandai camne nak lawan syaitan..tak selamanya dia akan duk kat Kolej...in future, she have to live in the community. Masa tu..lagilah teruk...masing2 ade hal masing2...xde sape yang nak nasihat...semoga anda ketemu dengan orang yang tidak jemu2 untuk menasihati anda..insyaALLAH.













