Have an account?

Wednesday, February 11, 2009

CIkgu….Nikmat Negatif

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, semua nikmat ALLAH masih kita rasai. SubhanALLAH, betapa ALLAH Maha Pemurah, walaupun kita terus menerus melakukan dosa kepadaNYA (nauzubillah, astaghfirALLAH hal azim), namun ALLAH tidak pernah menarik nikmat yang dikurniakan untuk kita. Jadi...kita sebagai makhluk yang langsung takde apa2 ni.....masih layakkah untuk berlagak sombong dengan segala ‘benda’ yang kononnya kita rasa, ‘benda’ itu adalah kita punya (lupa bahawa itu adalah dari ALLAH)? Fikirlah sendiri.
Nikmat....nikmat bukan sahaja dalam bentuk yang positif, benda2 yang negatif yang berlaku pada kita juga adalah nikmat yang ALLAH kurniakan. subhnaALLAH, sungguh hebat ALLAH mentarbiah hambaNYA.
Ana masih terfikir2..tertanya2..... kenapa ALLAH takdirkan ana untuk berada di sekolah ini... (sekadar untuk memujuk diri tentang kenapa praktikal kat sekolah ramai Cina..susah nak mengajar)... akhirnya, hanya daripada muasabah kita memperolehi jawapan (dengan bantuan ilham daripada ALLAH SWT.)
ALLAH HU AKBAR..ALLAH HU AKBAR...ALLAH HU AKBAR...
Perkara2 negatif (otak kita tafsirkan itu sebagai negatif) sebenarnya terkandung banyak hikmah. Ana terfikir2, kenapalah susah sangat nak mengajar kat sekolah ni. Tanya cikgu2 senior, camne nak mengajar kat sekolah ni...rata2 cikgu bagi respon, suruh jadi garang skit!!
Susahnya..camne nak garangkan diri ni....dan, guru pembimbing ana juga komen, bahawa ana ni nampak xberkeyakinan masa mengajar. Argh...banyak lagi xmantap ana ni... =(
Em....jadi, dengan sedikit akal yang ALLAH hadiahkan, ana buat muasabah...sebenarnya, hikmah kenapa ALLAH takdirkan ana berada di sekolah ni..adalah kerana...untuk ana mantapkan lagi diri ana..tambah keyakinan diri...biar nampak yakin skit.
Wah...banyak betul kelemahan yang dapat ana detect daripada sedikit situasi ana ni (mengajar kat skul cina) SubhanaALLAH...Engkau Maha Hebat. Dengan hanya sedikit pengalaman praktikal selama 3 minggu, ALLAH dah bantu ana untuk mencari kelemahan diri. Dan, setelah kita dah tahu kelemahan diri, of course kita akan cuba untuk membaikinya...insyaALLAH (biiznillah).
Tengok, betapa ALLAH ni Maha Baik (betul ke perkataan yang ana guna? astaghfirALLAH hal azim jika salah)..bantu kita tuk kenalpasti mana kekurangan kita. Dan DIA kurniakan akal pula untuk kita, untuk fikir macamana nak atasi masalah kita tu.
Ok kalian semua, syukran jazilan sebab sudi luangkan masa. Minta diri dlu. Harap dapat sesuatu dari MyBlog ini (segalanya dari ALLAH yang MAHA SEMPURNA) sebab itu sahajalah niat ana menulis ni..untuk sama2 MENYEMAI CINTA UNTUK CINTAI ALLAH.
1705pm, 7 Februari 2009.

0 Respon: