Have an account?

Wednesday, February 11, 2009

Guru Oh Guru – Lesson Plan

Assalamualaikum wbt
Lama sungguh ana xmencoret sesuatu tuk My Blog ni. Rindu tak terkata untuk meluahkan sesuatu pada si Hitam and antunna semua. Terlalu banyak perkara yang ana pendamkan-subhanALLAH, sungguh hebat Pencipta kita, DIA dapat menjadikan manusia ni- yang pada asasnya, kita lihat, binaannya sama, yakni dari tulang, isi, dan kulit, tapi, hakikatnya, setiap kita adalah berbeza. Pengalaman-pengalaman yang ALLAH dah aturkan untuk setiap hambaNYA sungguh unik. YA ALLAH, ENGKAU TERLALU ISTIMEWA YA ALLAH.....ALLAH HU AKBAR....SUBHANALLAH....aku insan yang sungguh hina ni teramat ingin untuk bertemu denganMU YA ALLAH...ALLAH HU AKBAR.
Semalam hari pertama persekolahan setelah seminggu bercuti-Tahun Baru Cina-. Em..bermulalah kehidupan sebagai seorang guru...
Kat sini bukan nk cerita tentang guru..tapi tentang lesson plan yang perlu kami- guru-guru praktikal- siapkan sebelum masuk ke kelas. Kami kena fikir tentang rancangan mengajar, macamana nak jadikan sesuatu pembelajaran itu menarik, pelajar tak boring, dan yang paling penting, pelajar dapat faham apa yang kami ajar. Lesson plan ni kena buat sebelum masuk ke kelas.
Bila fikir balik, alangkah bagusnya jika kita pun buat lesson plan tuk diri kita sendiri. Maknanya kita dah rancang, apa yang akan kita lakukan -sekurang-kurangnya untuk esok hari-. Em...tentu hidup kita akan terancang molek, kan? Em...
Lebih molek lagi jika kita dah siap2 merancang untuk setahun kemuadian, 2 tahun lagi, 3 tahun lagi...dan sebagainya....ALLAH HU AKBAR...
Teringat tentang Fahri dalam cerita Ayat-Ayat Cinta. Dia dah siap merancnag hidup dia untuk sepuluh tahun akan datang...siap selitkan semua perkara yang ingin dia capai dalam tempoh masa tu.. dan ana dapat perhatikan, bahawa ALLAH akan tloong kita untuk mencapai semua perkara yang kita impikan –selagimana perkara itu bagus dan boleh menaikkan ISLAM (insyaALLAH).
Ana sekadar hanya tau cakap saja, hakikatnya, ana sendiri xde perancangan tuk hidup ana sendiri....ana xpandai untuk membuat perancangan, dan...xberfikiran jauh... suka sangat bila perkara tu berlaku jer... sebab, bagi ana semua tu ALLAH dah atukran (betul ke fikir macam ni =? ) em...arap sangat ana dapat buat perancangan hidup tuk diri ana, seahun lagi dapat apa, nak kejar apa..target jadi guru macamana..aaa.....tapi xpandai nak buat perancangan...macamana la agaknya nak buat perancangan ni.... aiii.... =) kena belajar la sayang....
Wasalam.

0 Respon: