Have an account?

Thursday, May 8, 2008

Maafkanku

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, dah lama ana xmenulis blog, and alhamdulillah sebab ALLAH izinkan kali ni jari-jemari ni tuk menekan keyboard pd Si Hitam. Alhamdulillah ya ALLAH.

Em...ana menulis, tentu ade sesuatu yang telah menimpa diri ana. Biasalah, manusia, hanya ingat pada yang setia jika mengalami peristiwa sedih jer. MasyaALLAH, maafkan daku wahai Si Hitam. Bukan ku sengaja melupakanmu, tapi...ana sendiri pun xde alasan tuk itu. Ya ALLAH, teruknya diri ini. Nampaknya, betullah apa yang difikirkan oleh Si Hitam. AstaghfirrALLAH hal azim.
InsyaALLAH, malam esok ana akan bertolak balik ke kampung. Semoga ALLAH melindungi perjalanan ana dan seluruh pemunpang bas dan pengguna jalan raya pada masa tu (dan sekarang),amin. Ya ALLAH, pulang ke kampung kali ni, membawa bersama penyakit hati dalam diri ana ni. ALLAH hu akbar.
ALLAH hu akbar. Sukarnya nak merawat penyakit hati ni. Ahhh...sedih sangat, sebab penyakit macam ni, bukan sekadar menyusahkan diri kita, tapi bertambah sedih sebab ia menyusahkan orang lain. Kesian pada teman2 sekeliling jika ade makhluk yang berpenyakit hati di dalam dirinya. Ana xkata kat sesiapa, tapi kepada diri ana sendiri. Ya ALLAH, sungguh sedih dengan diri ini. Ya ALLAH, ini bukan bermakna aku tidak bersyukur dengan pemberianMU ya ALLAH. Aku bersyukur dengan jasad yang telah Engkau pinjamkan kepadaku. Aku amat bersyukur Llangsung tiada nikmat yang Engkau kurniakan, yang tidak menyebabkan aku tidak bersyukur. Aku amat bersyukur ya ALLAH. Engkau telah memberikan yang terbaik untuk hambaMu, namun, yang menjadikan diri ini sedih kerana akal (yang juga telah dipinjamkan) tidak mampu untuk membawa jasad ini mengikut apa yang Engkau kehendaki. Engkau berkehendakkan manusia yang bergelar khalifah, namun, layakkah diriku untuk memegang amanah itu??
Ya ALLAH, ampunkanlah daku.

Ya ALLAH, teruk sangat rs diri ni. Sukar bangat nak mengawal perasaan. Jika ade je insan yang tidak buat apa yang kita kehendaki, terus akal ni tidak mampu untuk mengawal tindakan. Mulalah syaitan mainkan peranan. ALLAH hu akbar. Ampunkan daku ya ALLAH, d atas keterlanjurannku.


Duhai sahabat,
Maafkanlah diriku yang amat hina ini, kerana telah melukakan hatimu.
ALLAH hu akbar

Kumohon
Jangan jadikan kejahilan hamba sebagai penyebab ukhwah ini terputus
Hamba tidak mempunyai apa-apa
Selain hanya ALLAH sebagai pelindung diri

Namun, apakan daya
Segala kesilapan itu
Tidak mampu akal kecil ini untuk mengawalnya
Ya ALLAH
Engkau Maha Pengatur
kami hanya merancang

Engkau juga merancang
Namun, kutahu ya ALLAH, bahawa rancanganMu Maha sempurna
Diriku yang hanya insan kerdil

Hanya menurut apa yang telah Engkau rancangkan
Sekalipun pahit tuk dilalui,
Namun, kuyakin dengan rancanganMu ya ALLAH
YA ALLAH
Lapangkanlah hati ini

Untuk menerima segala rancanganMu dengan redha
Rahmatilah kami ya ALLAH


Apa salah ana??
ALLAH hu akbar. Usah ditanya, sebabnya ia terlalu banyak, sampaikan tidak terhitung. Malu pada mulut, yang telah dipinjamkan kerana telah digunakan di tempat yang tidak sepatutnya
Malu pada akal, kerana tidak mampu untuk digunaka
n dengan sepenuhnya, dan berlandaskan Al Quran dan As-sunnah
Malu pada mata, kerana digunakan untuk melihat bukan yang haq
ALLAH hu akbar

Masihkah ada keampunan untukku??
Em...rasa diri ni teruk sangat. Langsung xpandai nak berdakwah. Arghhh...ya Rasulullah, sungguh indah pekertimu yang ALLAH telah aturkan. Engkau begitu sabar ya Rasulullah. Allah hu akbar, aku merinduimu.

ALLAH hu akbar, kalaulah Rasulullah itu bersifat seperti ana, agaknya, brape kerat je yang sanggup terima Islam? Aduss...langsung xpandai nak berdakwah.
Cara dakwah yang tegas dan tidak pandai menyusun kata, langsung tidak memikat hati orang tuk mendengar. Takutnya, jika disebabkan ana, orang m
akin xnak dekat dengan Islam. masyaALLAH!!
Habis, apa yang patut ana buat?? Diamkan diri je ke?
Tinggalkan tanggungjawab sebagai daie kepada orang lain???

Adusss, risaunya hati ni. Jika ditanya apa sumbangan ana pada agama ana, apa yang ana dapat jawab??
ALLAH HU AKBAR.
Ya ALLAH, aku sedar siapa diri ini. Ilmu langsung xbanyak, tapi dah perasan nak ajak orang buat kebaikan. Langsung xsedar diri, ana ni. MasyaALLAH. Ya ALLAH, salahkah apa yang sedang aku lakukan?? Buntunya diriku ya ALLAH
.
Xtahu nak tulis apa. Banyak sangat mengarut. Sedih ko diri yang
amat hina ni. Semoga ALLAH tidak menghina diri ini di akhirat YA ALLAH. astagfirALLAH hal azim....

Em...sebab xpandai nak menegur, maka kuwakilkan si comel2 ni tuk berdakwah.Semoga kita semua menanamkan keinginan yang sama dengan si comel ini =)Segala pesanan ni juga buat diri ana.
Semoga ALLAH membantu kita dalam menjaga maruah diriPray in masjid?? InsyaALLAH..we can do itTundukkan pandangan.
ALLAH hu akbar. Ni berat sikit nak buat. Tapi, tiada yang mustahil dengan keinginan yang kuat dan bantuan ALLAH swt

huhu...nak kawal perasaan marah...arghh!!
Ingat, syaitan suka bila kita marah (pesanan buat neo)

Maafkan ku sahabat.

Thursday, May 1, 2008

22 tahun???

Assalamualaikum wbt.

ALLAH HU AKBAR
ALLAH punya kuasa yang menghidup dan mematikan hambaNYA.

ALLAH HU AKBAR
YA ALLAH, alhamdulillah kerana masih mengizinkan satu makhluk ini utk hidup selama 22 tahun.

Alhamdulillah YA ALLAH.
Em..dah 22 tahun hidup didunia, apakah sumbanganku kepada agamaku?? MasyaALLAH. YA ALLAH, ampunkan daku atas kejahilanku dalam kehidupanku. Alhamdulillah YA ALLAH kerana masih mengizinkan diri ini untuk terus berada dalam agamaMU. Alhamdulillah YA ALLAH. YA ALLAH, beikanlah peluang untukku terus bersama dalam agamaku, izinkan diriku yang amat hina ini untuk terus berjihad utn agamaku. Izinkanlah ya ALLAH.

Em...segannya, sebab, sepanjang 22 tahun hidup di atas muka bumi ALLAH, ni first time ade org bg hadiah n wish on the spot (malu....). xtahu nak cakap e sbb malu hehe. Ya ALLAH, alhamdulillah kerana mengirimkan sahabat2 di sekeliling ku. Alhamdulillah ya ALLAH. Malu nk cakap hehe....they give me some present. Alhamdulillah...malu...............

Dear friends,

syukran jazilan khotiron. masyaALLAH, im so shy. Never have this experience. masyaALLAH. Syukran because give me this experience. I never thought to get present, it is enough if u just pray for my happiness dunia and akhirat. ALLAH HU AKBAR, alhdmulillah bcoz give me opportunity to know them. Alhamdulilah, alhamdulillah, alhamdulillah…..

Semoga, jika ditakdirkan jasad ini tamat riwayatnya, ada juga insan yang sanggup mendoakan untuk jasad ini. Ya ALLAH, utuskanlah insan yang sanggup mendoakan diriku yang hina ini dan seluruh muslimin. Golongkanlah aku dalam doa-doa mereka YA ALLAH.

MasyaALLAH. Malu dengan diri ini. Selama 22 tahun berpijak pada bumi ALLAH, apa sumbanganku untuk MU ya ALLAH?? ALLAH HU AKBAR....malu sungguh.

Nothing to say. Now is 1.07am. Mata xngantuk sebab minum neslo...hoho...xstudy pun. Aii...makin bertambah usia, janganlah jd malas Cik Neo oii...aii

Tanamkan azam baru -sementara ALLAH masih bagi peluang (alhamdulillah)- Em...Azam baru...sempena 22 tahun. Semoga dapat kurangkan sikap negatif dalam diri (banyak lagi, minta tolong sahabat2 tegurkan diri ana yang dhaif ni, (be my mirror).

Lagi...semoga semakin berani nak tegakkan apa yang Islam dah gariskan-samada tuk diri sendiri mahupun persekitaran.


Lagi...em, semoga ALLAH izinkan terus menjadi tetamu 'Rumahnya'



Ni lagii penting, semoga ALLAH meneguhkan hati hamba utk terus dalam agamaNYA

Em...banyak sangat harapan, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui (sebab harapan ini pun ilham dari ALLAH) semoga ALLAH permudahkan penghijrahan ini.

Sampai sini dlu, now is 1.46 am. Assalamualaikum. Syukran jazilan YA ALLAH. Alhamdulillah.

Tudung

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=1274&pid=24683

Tuesday, April 29, 2008

Rasulullah SAW

Assalamualaikum wbt.
Sekarang pukul 7.50 am. Wah, awal2 pagi dah mngadap ‘Si Hitam’ (nama buah hatiku, laptopku hehe). Em…exam tinggal satu paper lg. insyaALLAH, 6hb ni. Ya ALLAH, semoga segalanya lancar. Amin. (lancar camne??maksudnya, insyaALLAH, semoga ALLAH terus istiqamahkan hati ana tuk study huhu).
Em…pagi-pagi ni, nak komen pasal apa ek?? Em…pagi tadi hujan lebat. Wah…sekarang ni mmg musim hujan kat Proton City ni. Em, alhamdulillah gak, walaupun hujan, still ALLAH bukakan jalan utk berjemaah ke surau. (alhamdulillah). Em…cita asal ni, bukan nak perasan ana g surau, Cuma nak cakap, bahawa ALALH dah aturkan segala ni dengan indah sekali. Alhamdulillah. Di sebabkan hujan, maka, ana pun xterus balik dr surau huhu. Alhamdulillah, ALLAH takdirkan ana tuk dengar bacaan sirah pagi ni. (biasanya bacaan hadis2, alhamdulillah, turn pagi ni pasal sirah,Alhamdulillah).
Em…pasal apa ek Sirah pagi ni?? Em, arini menceritakan tentang kecintaan para sahabat-sahabat terhadap Nabi junjungan kita, Muhammad SAW. SubhanaALLAH, sungguh tinggi kecintaan mereka kpd RAsulullah. Em..kisah2 yang dibacakan kebanyakkan tentang sahabat2 yang kena siksa sebab xsanggup keluar dari Islam/ sebab xmahu menukarkan diri mereka dengan RAsulullah. Si kafir ade cakap

“Jika engkau sanggup serahkan Muhammad kepada kami, kami akan serahkan 50 ekor unta kepada kamu.”

Wah…sahabatku, 50 ekor unta pada masa tu, sama ngan 50 buah kete marcedes!! (ustaz ade gtau). Wah wah wah. Em…kalaulah iman sahabat2 ni xkuat, tentu mudah-mudah jer mereka akan terima tawaran ni. MasyaALLAH.

Tapi, tulah bezanya sahabat dlu ngan kita sekarang ni. Mereka semua sungguh hebat, sebab tu dengan mentah-mentah jer mereka menolak tawaran itu. MasyaALLAH, sungguh hebat para sahabat Rasulullah (ALLAH HU AKBAR, Rasulullah tentu lebih hebat, sebab baginda berjaya menanamkan keimanan yang begitu tebal dlm diri sahabat2nya. Jom selawat jap..) ALLAH HU AKBAR.
Em...sambung. kalian tahu apa yang sahabat tu jawab bila terima tawaran tu??
“ Janganlah engkau mbuat tawaran sebegitu kerana aku tidak akan sanggup mnyerahkan Rasulullah. Jangankan utk menyiksa Rasulullah, malah, sebatang DURI pun aku tidak sanggup ia melukakan Rasulullah.”
(maaf sangat2 sbb ana xingat dengan sepenuhnya ayat dia, masyaALLAH, tapi, maksudnya lebih kurang camtu la)
ALLAH HU AKBAR, mmang tinggi kecintaan sahabat kepada Rasulullah. Em...mai terfikir dalam diri, macam mana pula ana sendiri. Em...sampai ke tahap macam sahabat2?
ALLAH HU AKBAR. MasyaALLAH, malu sungguh menjadi umat Rasulullah...

Oh...aku ingin menjadi Muslim all the time....

wake up!!

wake Up!!

wake up!!

Em...(otak jahat ni nampak kesalahan orang lain huhu) em...sekadar renungan sikit. Ana terpikir tentang keadaan umat akhir zaman ni. Tahap mana cinta kita kpd Rasulullah?? Sampaikan dlu, pernah ade kontroversi, secara langsung ade rancangan TV tu, mnyiarkan ore org Islam yang terang2 melukakan hati Rasulullah. masyaALLAH. Sedihnya hati ni, sampai hati dia boleh mnghina isteri Rasulullah Siti Khadijah. Em...Rasulullah sangat mnyayangi Khadijah, sampaikan bila Saidatina Aisyah jeles ngan Khadijah, Rasulullah boleh balas balik dgan bsabda (sekali lagi minta hamba minta maaf sebab hamba x jumpa ayat penuh..astaghfirALLAH hal azim. insyaALLAH, jika ana jumpa, ana akan edit balik.)

“Jangan sekali-kali engkau dengki kepada Khadijah. Dia bersamaku disaat seluruh orang memulauku, dia menyerahkan seluruh hartanya untuk Islam disaat Islam mula berkembang. Hanya dengannya aku mempunyai zuriat”

Em...terdiam terus Aisyah bila Rasulullah cakap macam tu. ALLAH HU AKBAR. Rasulullah sangat sayangkan Siti Khadijah, sampaikan semasa kewafatan Siti Khadijah, tahun tu digelar tahun kesedihan buat Rasulullah. Rasulullah sedih sampaikan hanya ALLAH yang mampu nk pujuk Rasulullah (by peristiwa isra’ mikraj). ALLAH HU AKBAR. Em...kita di akhir zaman ni, senang2 jer nak hina insan yang Rasulullah sayangi. ALLAH HU AKBAR, betapa sedih Rasulullah jika dia masih ada. MasyaALLAH. Malunya ana, bukan bermakna ana nak lihat keburukan orang je, tapi pada diri ana sendiri. Sedih ngan diri sendiri.

Em..ustaz ade bagitau, keadaan sekarang ni -banyak berlaku perkara-perkara yang mlibatkan Rasulullah (penghinaan)- sebenarnya, ALLAH dah aturkan, supaya, kita umat akhir zaman ni, kembali mengingati Rasulullah. Kembali mngingati, sirah-sirah Rasulullah. Em...ALLAH nk kembalikan ingatan itu dengan mengilhamkan kaum kafir untuk menghina Rasulullah. Dlu kecoh dengan karikatur Rasulullah. Dan sekarang tentang filem Fitna yang mnghina Islam plop. Adusss, sedihnya hati ni. YA ALLAH, kenapa Engkau ingin kembalikan ingatan kami kepada Rasulullah dengan cara ini? Dengan cara yang negatif?? Hanya Engkau yang Maha Mengetahui YA Robbi.

Sedih, sebab teruknya manusia zaman sekarang (ana la), sampaikan ALLAH kena ‘buat sesuatu’ supaya kita xlupa kepada Rasulullah (means, kita ni dalam golongan yang hampir lupa kpd Rasulullah la) masyaALLAH. Maafkan ana jika ade perkataan yang salah ana gunakan. Sesungguhnya, segala yang berlaku, ALLAH Maha Mengetahui, Dia Maha Merancang. ALLAH HU AKBAR.

Sebut pasal Filem Fitna, UPSI pun buat demo gak, nak tunjuk bantahan. Selingan je la ni, ana selitkan gak masa peristiwa tu. Em, ni sikit gambo yang sempat ana kandid kan. Alhamdulillah ramai gak cikgu-cikgu yang berani meluahkan kemarahan dan bantahan terhadap kaum kafir ni. Alhamdulillah..






Em...lps sorang-sorang keluar bagi pandangan terhadap Fitna. Alhamdulillah. Tahniah saudar2 seIslamku.






Em...tandatangan tanda boikot barangan Belanda, Sakit hati pada Belanda. YA ALLAH, bantulah kami dalam menegakkan Islam.

ALLAH hu akbar.
ALLAH HU AKBAR
ALLAH HU AKBAR

em..dah kering idea. Smbil2 menulis blog, sambil layan chatting. Alhamdulillah, kenal org baru pg ni. Huhu, hantu chat sungguh. InsyaALLAH, guna tuk kebaikan. Sekarang 9.55am. Lama sungguh mngadap Si Hitam. Ok dlu, sampai sini jer. Maaf semua salah silap. Semoga ALLAH mengampuni diri hamba yang amat hina ini. Wasalam.

Monday, April 28, 2008

Jodoh...








Assalamualaikum wbt. ALhamdulillah, dah lepas satu paper minor td. Alhamdulillah YA ALLAH, kerana telah membantu hambaMU yg lemah ini.
Em...Semenjak dua menjak ni, asyik duk cite pasal jodoh jer. Em, rasa cam nk kongsi sikit pandangan tentang jodoh ni, yang bermain-main dalam kepala ni. Semoga ade insan yang akan TERbaca blog ni and dapat jadikan sebagai panduan (bukannya bagus sangat, cuma sekadar berkongsi pandangan yang dhoif ni)
Kekadang datang bermain-main difikiran, kenapa sekarang ni banyak sangat maksiat yang berlaku???Arghh...sakit mata memandang. (AstaghfirALLAH hal azim, maafkan diriku wahai mataku) Kekadang bukan sengaja nak pandang, tapi sebab banyak sangat, sampaikan berpaling ke mana-mana pun akan ade org bercouple.
Em...ade gak kawan yang berkapel, dan memang bagus la, sbb merancang berkapel tuk kawin. Alhamdulillah. Bagus la, mereka bercadang nk bina masjid di hujung perkenalan mereka. Alahamdulillah, tu satu niat murni.
Cuma, kekadang terdetik dihati, adakah mereka kapel ni, buat istiqarah dlu ker?Em...wallah hu alam. Maaf yer klu kata-kata ana ni xtepat.Tapi, kebanyakkan kapel2 yang biasa ni, ana rasa kapel2 yang kategori2 biasa2 ni, macam xbuat istiqarah jer. Bila berkenan, kira terus nak ‘ejas’. Em...boleh ke camtu???
Em..mana kita letak Qada’ dan Qadar ALLAH jika kita sendiri yang cari pasangan kita?? (masyaALLAH, astaghfriALLAH hal azim klu pandngan ini salah, sila betulkan). Em, setahu ana yang amat kurang ilmu ni, ALLAH dah tetapkan 4 perkara semasa seseorang anak Adam tu hendak dilahirkan. 1. Tarikh lahir. 2. Tarikh meninggal. 3. Rezeki, dan terakhir, 4. Jodoh.
Em...jadi, dari situ kita dah tahu, bahawa ALLAH dah tetapkan siapa jodoh kita. So, nape perlu susah nk ade adegan ‘takel menekel’ lelaki kepada ppuan (sekarang, ppuan takel llaki pun ade gak, masyaALLAH). Em...ni sedikit steps yang ana TERfikir ketika tengah-tengah syok khayal sorang diri hikhikhik =P

Step 1

ALLAH

camne ye??Em...gini, bukan ke ALLAH dah tetapkan, siapa jodoh kita tu. Jadi, hanya ALLAH yg tahu siapa yang akan jadi milik kita. Oleh itu, jika anda mula minat/suka kepada seseorang, jangan terus pergi kepada ppuan/llaki tu, tapi, buatlah istiqarah dlu. insyaALLAH, jika kita betul2 ikhlas, ALLAH akan bantu kita-by showing the ‘petunjuk’. Jika buat sekali, dah keluar dia tu memang tuk kita, buat lagi tuk kali kedua, sbb mungkin jugak tu adalah mainan dari syaitan. Jika xdapat2 gak petunjuk, maka....dia tu bukan utk anda la. Nampaknya, ALLAH sediakan orang yang lebih baik daripada ppaun/llaki tu. Percayalah. Yakin pada ALLAH. Husno dzon kpd ALLAH. “ Aku adalah seperti apa yang hambaKU fikirkan”

Lagipun, ALLAH dah janjikan dalam Al Quran, ‘perempuan-perempaun yang baik untuk lelaki yang baik’. Jadi, apa perlu dirisaukan lagi??? Hoho...ALLAH yang menjadikan kita, semestinya ALLAH MAHA Mengetahui tentang kita. ALLAH mengenali hambaNYA lebig dr kita kenal diri kita sendiri, oleh tu, dont worry...

Step 2

Ibu bapa

Em...ditakdirkan, istiqarah anda beroleh petunjuk positif (alhamdulillah), so, what is the next step?? MEET HER PARENTS!!!
“Wah...drastiknye!!! sy nak kawan ngan dia jer, bukan nak kawin dengan dia”
Em...abih tu, ‘nak kawan saje’, xde maksud nak kawin ke??? Huhu... tu dah nampak, awk tu tak serious. Jangan takut, bila perhubungan tu direstui ibu bapa, insyaALLAH, perhubungan itu akan kekal, sampai ke SYURGA. Tambahan pula, anda dah dapat green light dr ALLAH. SubhanALLAH. Alangkah indahnya perhubungan yang bakal terjalin (insyaALAH).


Step 3.

The gurl

Huhu...ni part paling syok bg seseorg llaki. Ni yang paling mencabar. Nak takel si dia (cam x sape dlm gamba ni?? Ni heroin Autum In My Heart, di edit jadi pakai tudung, ana jumpa dia kat internet huhu) Em...tapi, kalau anda ikut dua step sebelum ni, insyaALLAH, xde la susah sangat step 3 ni. ALLAH dah bagi green light, ibu bapa ppuan tu pun dah bagi green light, so, apa yang ppuan tu ada utk menolak anda?? Em...jika ppuan tu betul2 taat pada agamanya, insyaALLAH, kompom dia xkan tolak anda. Xkan tolak anda tuk apa??? Tuk kapel??? Oh no, bukan tuk kapel, tapi tuk menjadi suri di hati anda. Wah...sungguh indah apa yang Islam dah aturkan. subhanaALLAH, bertuah sungguh kita dilahirkan dalam Islam, kan??
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Em...Berdasarkan pemerhatian ana (dua biji mata yang kecik ni), rasanya banyak maksiat yang berlaku sekarang ni sebab ramai yang xikut step-step tu. Ramai yang teruja nak buat no 3 dlu, yang 2 step pertama tu, ramai yang terlepas pandang. Em...semoga kita semua terlindung dari keindahan dan keasyikan duniawi. YA ALLAH, bantulah kami untuk membina istana idaman yang berkesinambungan sampai ke SYURGA, bantulah kami utk membina keluarga sakinah. insyaALLAH. aminn.


Psst: ni sekadar pandangan peribadi sy yg masih xbyk ilmu, jika ade nak komen, tegur, xsetuju, xbagus tentang idea sy, dialu-alukan tuk kongsikan pandangan anda. Sya amat hargai. Siapalah diriku ini tanpa kalian, saudara-saudara seISLAMku. Sykran jazilan n wasalam.

Tuesday, April 22, 2008

Dah ABih Paper Major

Assalamualaikum wbt. Alhamdulilah dah setel semua paper major arini. 28 April ni mula paper minor plak. Em…sama-sama susah jer.Em…sedihnya td, paper td byk yang xjawab dengan betul. MasyaALLAH, takutnya…camne result nanti. Ya ALLAH, risaunya…
Em…masa paper first pun ade yang xleh nk jawab, tapi xde la fust macam ari ni. Ya ALLAH, berdebarnya nak tunggu result.Macam xde mood sangat arini. Sedihnya…

Ya ALLAH
Semoga kesedihanku ini sekadar kesedihan di dunia
Janganlah Engkau menjadikan kesedihan ini berterusan Ya ALLAH
Ya ALLAH
Engkau Tuhan segala Tuhan
Tiada Tuhan yang disembah selainMU ya ALLAH
Hanya padaMU kesedihanku aku salurkan
Hanya padaMU
Segala isi hati dicurahkan
Kerana sesungguhnya Engkau Maha mengetahui isi hati
Ya ALLAH
Jangan jadikan kesedihan ini
Alas an untuk ku berhenti dari berusaha
Bantulah hambaMU ini ya ALLAH
Kembalikanlah semangatku
Kembalikanlah semanagt sahabat-sahabatku
Untuk meneruskan perjuangan ini
Perjuangan kami belum selesai
Bantulah kami Ya ALLAH
ALLAH HU SOMAD
padaMU lah seluruh makhluk bergantung.
Amin ya Robbal alamin

Monday, April 21, 2008

Mula Exam




Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, dah lepas satu paper td. Dari kul 2.30 sampai la 4.00 petang. Aduss, cam biasa la, lps exam, tentu perasaan macam ni.
Ingatkan sorang jer rs cam xleh nk jawab, kengkawan pun sama gak…
Mmmmmmmmm
Dari pagi mulakan hari ni dengan berkampung di library. Alhamdulillah, sempat gak bincang n jeling sikit2 nota ringkas yang telah buat. Then, after that, g surau An-nur, nk tunggu solat Zohor. Alhamdulillah, ALLAH izinkan solat Zohor berjemaah.
Em….=p
Sejak ade kamera, suko beno amik gamba…hehe..
Juz tuk kongsikan panorama di UPSI dikala nak tunggu masuk dewan peperiksaan.

Mula sekali tunjuk gambar-gambar banner yang dibuat oleh JMK dan MPP UPSI, dalam usaha nak naikkan semangat kitorang. Syukran jazilan khotiron. InsyaALLAH, semoga impian kita semua umtuk mencapai kejayaan tercapai. Amin…

Ni masa nak tunggu masuk dewan peperiksaan. Masa ni la saat2

akhir nk buka buku. Kekadang, masa ni la ALLAH nk tolong, (by giving ‘ilham’ for us to read that page!! subhanaALLAH). Memang debaran nak masuk exam dah ade la. Tambah2 bial kawan2 semua dah khatam berkali22222 buku tu...hehe. Takpe, xkisah pun, sebab ALLAH ade bersama ku. InsyaALLAH. ALLAH dah tetapkan rezeki setiap hambaNYA. Redha dengan setiap pemberian dariNYA. YA ALLAH, semoga Engkau bantu kami semua dalam mencapai najjah dalam imtihan, bukan sahaja di dunia, malah juga di akhirat. Amiin.

Em..duk cakap pasal ujian dunia, tetiba terfikir plop tentang ujian akhirat. ALLAH HU AKBAR, sudah bersediakah kita? Mmg soalan dalam kubur tu bukan lagi rahsia, means, kita dah pun dapat soalan bocor, and dah pun cari jawapannya. Dan, mungkin dah ada yang hafal =p, tp...
agak menakutkan sebab, nanti, yang jawab soalan dari malaikat mungkar nankir tu, bukannya lisan kita, tapi amalan kita. YA ALLAH, bantulah kami semua, denagn RahmatMU ya ALLAH. Ampunkanlah kami dan bantulah kami ketika di alam barzakh. Aminn...

Ni sekadar renungan buat bersama. Dalam keseronokkan membuat persediaan untuk dunia, bagaimana pula persediaan kita untuk ke 'dunia' yang satu lagi tu???
Fikir-fikirkan.
Wasalam.