Have an account?

Monday, April 28, 2008

Jodoh...








Assalamualaikum wbt. ALhamdulillah, dah lepas satu paper minor td. Alhamdulillah YA ALLAH, kerana telah membantu hambaMU yg lemah ini.
Em...Semenjak dua menjak ni, asyik duk cite pasal jodoh jer. Em, rasa cam nk kongsi sikit pandangan tentang jodoh ni, yang bermain-main dalam kepala ni. Semoga ade insan yang akan TERbaca blog ni and dapat jadikan sebagai panduan (bukannya bagus sangat, cuma sekadar berkongsi pandangan yang dhoif ni)
Kekadang datang bermain-main difikiran, kenapa sekarang ni banyak sangat maksiat yang berlaku???Arghh...sakit mata memandang. (AstaghfirALLAH hal azim, maafkan diriku wahai mataku) Kekadang bukan sengaja nak pandang, tapi sebab banyak sangat, sampaikan berpaling ke mana-mana pun akan ade org bercouple.
Em...ade gak kawan yang berkapel, dan memang bagus la, sbb merancang berkapel tuk kawin. Alhamdulillah. Bagus la, mereka bercadang nk bina masjid di hujung perkenalan mereka. Alahamdulillah, tu satu niat murni.
Cuma, kekadang terdetik dihati, adakah mereka kapel ni, buat istiqarah dlu ker?Em...wallah hu alam. Maaf yer klu kata-kata ana ni xtepat.Tapi, kebanyakkan kapel2 yang biasa ni, ana rasa kapel2 yang kategori2 biasa2 ni, macam xbuat istiqarah jer. Bila berkenan, kira terus nak ‘ejas’. Em...boleh ke camtu???
Em..mana kita letak Qada’ dan Qadar ALLAH jika kita sendiri yang cari pasangan kita?? (masyaALLAH, astaghfriALLAH hal azim klu pandngan ini salah, sila betulkan). Em, setahu ana yang amat kurang ilmu ni, ALLAH dah tetapkan 4 perkara semasa seseorang anak Adam tu hendak dilahirkan. 1. Tarikh lahir. 2. Tarikh meninggal. 3. Rezeki, dan terakhir, 4. Jodoh.
Em...jadi, dari situ kita dah tahu, bahawa ALLAH dah tetapkan siapa jodoh kita. So, nape perlu susah nk ade adegan ‘takel menekel’ lelaki kepada ppuan (sekarang, ppuan takel llaki pun ade gak, masyaALLAH). Em...ni sedikit steps yang ana TERfikir ketika tengah-tengah syok khayal sorang diri hikhikhik =P

Step 1

ALLAH

camne ye??Em...gini, bukan ke ALLAH dah tetapkan, siapa jodoh kita tu. Jadi, hanya ALLAH yg tahu siapa yang akan jadi milik kita. Oleh itu, jika anda mula minat/suka kepada seseorang, jangan terus pergi kepada ppuan/llaki tu, tapi, buatlah istiqarah dlu. insyaALLAH, jika kita betul2 ikhlas, ALLAH akan bantu kita-by showing the ‘petunjuk’. Jika buat sekali, dah keluar dia tu memang tuk kita, buat lagi tuk kali kedua, sbb mungkin jugak tu adalah mainan dari syaitan. Jika xdapat2 gak petunjuk, maka....dia tu bukan utk anda la. Nampaknya, ALLAH sediakan orang yang lebih baik daripada ppaun/llaki tu. Percayalah. Yakin pada ALLAH. Husno dzon kpd ALLAH. “ Aku adalah seperti apa yang hambaKU fikirkan”

Lagipun, ALLAH dah janjikan dalam Al Quran, ‘perempuan-perempaun yang baik untuk lelaki yang baik’. Jadi, apa perlu dirisaukan lagi??? Hoho...ALLAH yang menjadikan kita, semestinya ALLAH MAHA Mengetahui tentang kita. ALLAH mengenali hambaNYA lebig dr kita kenal diri kita sendiri, oleh tu, dont worry...

Step 2

Ibu bapa

Em...ditakdirkan, istiqarah anda beroleh petunjuk positif (alhamdulillah), so, what is the next step?? MEET HER PARENTS!!!
“Wah...drastiknye!!! sy nak kawan ngan dia jer, bukan nak kawin dengan dia”
Em...abih tu, ‘nak kawan saje’, xde maksud nak kawin ke??? Huhu... tu dah nampak, awk tu tak serious. Jangan takut, bila perhubungan tu direstui ibu bapa, insyaALLAH, perhubungan itu akan kekal, sampai ke SYURGA. Tambahan pula, anda dah dapat green light dr ALLAH. SubhanALLAH. Alangkah indahnya perhubungan yang bakal terjalin (insyaALAH).


Step 3.

The gurl

Huhu...ni part paling syok bg seseorg llaki. Ni yang paling mencabar. Nak takel si dia (cam x sape dlm gamba ni?? Ni heroin Autum In My Heart, di edit jadi pakai tudung, ana jumpa dia kat internet huhu) Em...tapi, kalau anda ikut dua step sebelum ni, insyaALLAH, xde la susah sangat step 3 ni. ALLAH dah bagi green light, ibu bapa ppuan tu pun dah bagi green light, so, apa yang ppuan tu ada utk menolak anda?? Em...jika ppuan tu betul2 taat pada agamanya, insyaALLAH, kompom dia xkan tolak anda. Xkan tolak anda tuk apa??? Tuk kapel??? Oh no, bukan tuk kapel, tapi tuk menjadi suri di hati anda. Wah...sungguh indah apa yang Islam dah aturkan. subhanaALLAH, bertuah sungguh kita dilahirkan dalam Islam, kan??
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Em...Berdasarkan pemerhatian ana (dua biji mata yang kecik ni), rasanya banyak maksiat yang berlaku sekarang ni sebab ramai yang xikut step-step tu. Ramai yang teruja nak buat no 3 dlu, yang 2 step pertama tu, ramai yang terlepas pandang. Em...semoga kita semua terlindung dari keindahan dan keasyikan duniawi. YA ALLAH, bantulah kami untuk membina istana idaman yang berkesinambungan sampai ke SYURGA, bantulah kami utk membina keluarga sakinah. insyaALLAH. aminn.


Psst: ni sekadar pandangan peribadi sy yg masih xbyk ilmu, jika ade nak komen, tegur, xsetuju, xbagus tentang idea sy, dialu-alukan tuk kongsikan pandangan anda. Sya amat hargai. Siapalah diriku ini tanpa kalian, saudara-saudara seISLAMku. Sykran jazilan n wasalam.

1 Respon:

Anonymous said...

klu semua manusia ikut step anda aman dunia...