Have an account?

Wednesday, September 2, 2009

Oh Adikku Sayang

Salam. Em…baru balik pasar malam. Sedihnya dengan apa yang mata ni pandangan. Sedih sungguh tengok pemandangan di pasar malam.
Apa yang sedihnya??
Em…tengok adik2 kita zaman sekarang ni..sedihnya….kenapa la puteri-puteriku sayang tu….kenapa pakai baju yang kecik2?? Sedihnya…..maaf la, bukan niat ana nak jatuhkan airmuka kaum ana sendiri….tapi memang sedih. Sedih..sebab adik2 ni seolah dalam ketidaktahuan bahawa apa yang mereka pakai tu x betul….xbetul dari sudut agama. Kenapa adik xtahu?? Sedihnya kak…
Beberapa kerat jer yang boleh dikatakan mengikut piawaian Islam. Argh…kenapa susah sangat nak ikut apa yang digariskan?? Kenapa susah? Hish..betapa halus jarum si Yahudi tu, diorang cipta baju yang kecik2, then membuatkan pemakaian langsung xrasa bersalah bila pakai tu..arghh geram!!!!
Lagi sedih…tumpang bersedih pada kaum Adam...sebab xpasal2 mereka dapat dosa free. Maklumlah, pandang ke mana2 pun..semuanya aurat terbuka. Tadi, masa beli nasi kerabu, adik tu dari sekolah Arab kot (pakai kopiah)..sian kat dia, (nak beli nasik tuk berbuka bekalih) sebab adik yang menjual nasik tu pun x tutup aurat...aii....maaf ye dik(adik lelaki), akak mohon maaf bagi kesalahan kaum akak ni (Hawa).
Bagi yang seronok tengok aurat pula...em...lelaki zaman sekarang ni tak perlu nak hendap/ skodeng tengah2 malam dah...sebab sekarang ni tepi jalan pun dah boleh lihat macam2 pemandangan dah. Aii...malu la adik ppuanku sayang....
Kalu ikutkan hati...nak je letak gambar fanomena pemakaian sekarang ni...tp seganlah..sebab tu satu kaum ngan ana...lagipun...aurat ni sama jer....kalau tengok..dapat dosa..ana xmau pembaca llaki blog ni (koya...kalau ada lah...=)) tiba2 dapat dosa pula bila menziarah kat sini.
Em...tadi duk cite pasal adik ppuan jer..sekarang nk cite perihal adik lelaki plop. Em...agak terkejut gak kat pasar malam di rumahku ni...ada seorang adik lelaki..yang rambutnya ala-ala TROJAN n bewarna kuning. Ditelinganya ada subang la pulak...argh..terkejutnya..di kawasan umahku ada orang macam ni..di bumi bertuah Kelantan??? Sedihnya!!!! =(
Em...sekarang..masuk bab paling penting........
Sekadar ingin membicarakan...apa pula PERANAN diri sendiri ni yang SEDAR tentnag masalah sosial yang berlaku ni. Apa yang patut kita buat? Hanya berdiam diri je ke? Hanya melihat dengan pandangan sinis...dan akhirnya marah2 dalam blog, bahawa x suka fanomena ni? Gtu je?
Em....kita biasa dengan hadis Rasulullah SAW bahawa apabila kita melihat kemungkaran, ada 3 tahap IMAN seseorang itu untuk mencegahnya.
1. Melalui tangannya, yakni kuasanya
2. Melalui lidahnya, yakni kata2
3. Melalui hatinya, yakni tidak suka/membenci perlakuannya.
Dalam ketiga2 method tu, sesungguhnya yang ke tiga itu adalah selemah2 iman. Aduss...sampai bila kita ingin berada dalam takuk SERENDAH-RENDAH IMAN?
ALANGKAH RUGINYA, jika kita telah dikurniakan oleh ALLAH dengan sedikit KELEBIHAN DALAM ISLAM, tetapi kita TIDAK BOLEH KONGSIKAN dengan oarang awam yang lain....alahai.............
Apa bezanya kita ada dan tiada? Jika kedua-dua nya (ada dan tiada) pun mendatangkan hasil yang sama, iaitu ORANG AWAM TIDAK MENDAPAT FAEDAH dengan KEHADIRAN/KEWUJUDAN kita? Em............fikirkan sejenak. Adakah kita berfungsi untuk masyarakat kita? Kalau kita tiada, adakah itu akan menjejas kan sesiapa?
Em...kalau jawapannya TIDAK...em...nampaknya, kita x wujud pun xpe lah..kan??
em...sebenarnya sedih gak nak membincnagkan hal ni..sebab ana sendiri pun dah cuba tanya soalan tu buat diri ana...dan jawapannya..(ana rasalah) ialah TIDAK. Ketiadaan atau kewujudan ana mungkin tidak disedari @ diperlukan oleh sesiapa..............sedihnya dengar jawapan macam t...........ARGHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Em... sampai bila nak menjerit jer..kalau xde sebarang tindakan, takde guna la Neo oiii............
Em.........betul3...tp apa yang mampu ana lakukan??
Fikir....fikir....fikir....
Daya imaginasi yang ALLAH kurniakan untuk ana, alhamdulillah, agak unik. Ana boleh imaginasikan/khayalkan/ bahasa klate kita panggil KOYA, pelbagai benda.
DAN...ana juga ada KOYA kan penyelesaian masalah ni...Cuma xtau..samada dapat di realisasikan atau x.............
1. Buat flyers n edarkan pada pembeli kat pasar malam tuh.

- Bukan mustahil, tapi agak sukar nak buat..apa halangannya...PERASAAN MALU. Ishhhhhhhhhhhhhh...................=(
2. Buat program kat surau kat umah...contohnya KEM SOLAT ker........

-pun xmustahil...Cuma...xtau nk rujuk sapo.....hohoho
3. Kuliah Mingguan tuk semua penduduk sini
-ajaklah mana2 ustaz tuk bagi kuliah sikit, sebelum tu..boleh buat soalt sunat dlu, (cthnya soalt sunat dhuha ke)
Em....semua yang disenaraikan...............TIDAK mustahil tuk dilakukan kan???
Em...........halangan terbesar tuk buat, adalah DIRI sendiri....
Sama2 usahakan tuk laksanakannya ye??
Oh Neo....be brave. Nothing to be scared. I know u can. Please.....................insyaALLAH

2 Respon:

Anonymous said...

salam. Duk singgah2 blog sahabat2 sahabat, then jumpa sini http://musliminsejati.blogspot.com/ . pun komen perkara yang sama..tapi dengan ayat yang lebih daring...kari kaca mata lelaki =0 (bukan dia la...lelaki2 lain...takut222222222
-neopentene-

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam 18ramadhan.
ana tak nak komen pasal apa yg nti jumpe kat pasar2 tu. dah bnyk entry ana tulis pasal perkara ni, dalam tidak disedari sblm ini. cumanya berkenaan dengan usaha yg boleh kita lakukan.

tiap orang post masing2 cuma darisegi kuat atau tak berada dalam post tersebut. menulis berkenaan perkara ini juga merupakan satu usaha. antara perkara yg dirasakan tak kuat utk dilakukan, mintaklah bantuan pada org yg ada kekuatan. sbg contoh, bleh tulis sepucuk surat kepada pegawai agama@wakil rakyat utk mengambil tindakan berkenaan perkara ini. mge usaha kita dipihak masing2 memberi kefahaman Islam kepada masyarakat umum yg masih kurang penghayatannya.