Have an account?

Saturday, May 2, 2009

Ujian

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersua lagi kita. Lama sungguh ana tak luangkan masa tuk bersama ‘My Blog’. Assif jika ada yang tertunggu-tunggu (ada ke =p, xpe la, syok sendiri hehe...).
Em...SubhanALLAH, Maha Suci ALLAH, ALLAH hu akbar, ALLAH Maha Besar, syukur kepada ALLAH, kerana dengan sifat Rahman RahimNya, ana berjaya tamatkan pengajian ana. Alhamdulillah. Alhamdulillah, Alhamdulillah =)
Maka, tamatlah hidup ana bergelar murid, pelajar, mahasiswa, dll. Tamatlah sudah segala ujian berbentuk peperiksaan ‘pen dan kertas’. Selamat tinggal semua kenangan itu =)
Sungguh, ana dah tamat ujian yang dikendalikan oleh manusia, tapi, macamana pula dengan ujian yang dikendalikan oleh ‘Tuan Manusia’? em... kalau ujian itu, sampai mati pun kita takkan tamat daripada menghadapi ujian itu, sehinggalah ‘si Pencabut Nyawa’ datang bertamu.
Em...ujian...ujian terbesar buat masa ni...ujian terpisah dengan sahabat2. Selama lebih 3 bulan ni (bulan 8 insyaALLAH konvo-boleh jumpa kawan jap masa tu), semuanya bergantung pada kekuatan iman dalam dada. Pada masa ini, segala yang kita tahu tentang agama, akan diuji oleh ALLAH, untuk dinilai samada kita ni benar2 beramal atau tak dengan ilmu yang kita perolehi. ALLAH hu akbar, jika berjaya diatasi, alhamdulillah =), jika kandas, nauzubillah =(
Ujian pertama, macam yang ana dah tulis sebelum ni. (tajuk Rumah Vs Kolej) – ujian dari sudut amalan, contohnya tahajjud, solat sunat, puasa sunat, pemakaian, dan pelbagai lagi. Em...ujian agak berat juga untuk dihadapi seorang diri, sebab budaya di rumah x sama dengan budaya di kolej. Masa praktikum pun dah kantoi,jarang puasa sunat (sekali @ dua jer....astaghfirALLAH hal azim) =/
Ujian kedua dari segi pengetahuan ilmu agama. Bila ada masalah berkait dengan ilmu @ hukum hakam, macamana nak hadapi. Tapi, kalau ujian macam ni, insyaALLAH, xde la berat sangat, sebabnya, alhamdulillah, zaman sekarang ada telepon. Jadi, jika ada masalah, boleh ‘helo’ dengan kawan, tanya dia. insyaALLAH...dipermudahkan ALLAH untuk mendapat jawapannya.
Ujian ketiga dari sudut hati. Huhuhu....yang ni palingggggg sukar. Sebab kita tak nampak. Orang lain pun takleh nak nampak. ALLAH hu akbar. Orang lain xnampak bahawa hati kita ni dah berubah. Klu ujian pertama tadi, mungkin kita boleh tengok dari luar, tapi, kalu ujian hati ni, tak de siapa pun sedar, bahkan, kadang-kadang empunya badan pun xtahu. ALLAH hu akbar, berat sungguh. Contoh ujian hati....perkara biasa la, yang dialami golongan manusia seusia ana –masalah cinta, pasangan dan sewaktu dengannya. Em...bila dah sorang2, terlupa nak bezakan cinta dan CINTA. Em....semoga ALLAH izinkan hati ni dan semua hati2 manusia lain untuk menjaga kesuciannya hanya pada YANG BERHAK!!! (alhamdulillah, setakat ni xdop suka kat sesapa lagi..XMAU....XMAU..XMAU)
Em....nk kupas ujian ketiga skit. Panduan jer la tuk sesiapa yang nk baca (sebenarnay tuk peringatan diri sendiri-bagi peringatan masa masih ingat, kalu dah lupa, boleh baca balik kat sini). Hati....hati...kena hati-hati dengan hati ni.....=) sebenarnyarnya, ana nk coret kat sini, lebih kepada WARNING kepada sesiapa yang nak mulakannya...
‘ KEPADA SESIAPA YANG BELUM CUKUP DUIT UNTUK KAWIN, JANGAN BAGITAU LAGI KAT PASANGAN ANDA. ITU AMAT MENGGANGGU FIKIRAN SI DIA. SANGGUPKAH ANDA MENGANGGUNG DOSA, KERANA MENGGANGGU FIKIRAN DIA DARIPADA HANYA MENGINGATI ALLAH KEPADA MENGINGATI ALLAH DAN ANDA? SANGGUP? KALAU SANGGUP, SILAKAN.
HEBAT SANGATKAH ANDA, UNTUK MENCALAR CINTA SI DIA PADA ALLAH YANG 100% ITU, MENJADI KURANG –HANYA KERANA KEHADIRAN ANDA? HEBAT SANGATKAH ANDA?? MOHON AMBIL PERHATIAN.
DIA BUKANNYA MALAIKAT YANG TIDAK BERNAFSU, TAPI DIA ADALAH MANUSIA. SE ALIM, SE WARAK MANA PUN DIA, DIA TETAP MANUSIA YANG BERNAFSU, BERNAFSU DAN BERAKAL UNTUK MEMIKIRKAN ANDA. KASIHANILAH DIA. MOHON PADA ANDA SEMUA. TOLONG HORMATI DIA UNTUK JALANKAN TUGASNYA SEBAGAI HAMBA ALLAH, diulangi, HAMBA KEPADA ALLAH, HANYA KEPADA ALLAH!!! HANYA PADA ALLAH, BUKAN ALLAH DAN ANDA!!!
MOHON KERJASA SEMUA “
SAYANGI DIRI, SAYANGI DIA, DAN PALING PENTING, SAYANGI ALLAH, TAKUTI NERAKA-NYA

1 mei 2009, 18.16pm
(tgh malam ni, 23 tahun lepas, ibuku dalam bilik bersalin bersamaku =))

0 Respon: