Have an account?

Friday, April 23, 2010

Anak ku sayang

Baca blog sahabat2 yang di postingkan ke Sabah. Rata2 mengalami masalah yang sama – masalah dari sudut kefahaman pelajar terhadap ISLAM. Sayangnya…. =(
ALLAH HU AKBAR…
Wahai pelajarku sayang,
Cikgu nak sangat tolong kamu, cikgu sayang bangat sama kamu, cikgu nk tolong kamu. Tapi, maaf banyak2, cikgu x tahu bagaimana nak tolong kamu. (kami kena atasi ni wahai cikgu…ALLAH x kan tolong kamu jika kamu x berusaha, jangan mudah putus asa)
Maafkan cikgu sebab xpandai nak marah kamu dalam kelas, hasilnya…maka kamu pun main2 dalam kelas. Cikgu bagi nasihat pun, kamu x brapa nak dengar. Cikgu memang sedih dengan apa yang kamu buat tu. Cikgu sayang kamu.
Anak2 ku sayang
Cikgu tahu, kamu ada masalah dalam agama. Kamu x buat pun apa yang agama suruh, contohnya macam solat. Cikgu pun xtahu, kamu salah ke tidak, sebabnya…kamu x solah tu, sebab KAMU XTAHU.
KAMU X TAHU
Sayang anakku….
Macamana nak bagi kamu TAHU? Sampai bila kamu akan XTAHU? Sampai bila mahu hidup dalam kejahilan tu? Sampai bila sayang?


ALLAH HU AKBAR
Terasa…semua tu tergantung di bahu cikgu. Cikgu mahu sangat tolong kamu……
ALLAH HU AKBAR, tolonglah hamba MU yang amat hina ini untuk membantu anak2 ku.
Ya ALLAH,
bukanlah pintu hati anak2 ku…aku sayagn mereka ya ALLAH.
Engkau dah kurniakan hidayah buatku, sebarkan jugalah pada anak2 jua ya ALLAH. Sayangi mereka.
Ya ALLAH,
Kuatkanlah semangat ku…..

Thursday, April 22, 2010

Ikan Oh Ikan



Sunyi betul kan jadi ikan yang tinggal ke’seekor’an di dalam bekas akuarium. Kawannya yang hitam tu dah mati. Kesian pula tengok pada ikan ana ni. Xda kerja lain ida nak buah, selain hanya makan.
Berenang2 keliling bekas kecil tu….kemudian tuan dia letak makanan, kemudian dia makan…kemudian pusing2 lagi dalam bekas kecil tu…. Aduhai….. boringnya….
Kesian ikan tu kan?
‘Ikan, ko boring x? nak aku buat apa dengan ko? Lepaskan? (xnak la, nanti mati ko dalam longkang kotor tu nanti….)
Jadi, biarkan saja ko dalam tu kan? Sekurangnya tuan ko boleh tengok kau. Dan, paling penting, ko boleh tengok tuan ko hehe….
Em…cuba teka, ikan boleh TIDUR x?
Jawapannya…TIDAK, sebabnya, dia x da kelopak mata =)
(tapi, xtahu la, kot2 dia tido sambil buka mata)
Syok juga kan, itu maknanya, ikan tu selalu ‘boleh’ perhatikan tuannya. Tuannya sihat ke x? makan ke x? buat apa? Sembahyang ke x? ke main game je… dengar lagu mengarut ke…. Haaa…. Semua tu ikan akan tahu heheh…..
Em…PENGAJARAN : tuan punya ikan tu sedar, ikannya selalu perhatikannya, maka dia akan jaga perbuatannya. Dengar pun lagu2 zikir dan nasyid je, sebab risau kalau ikan ni pening dengar lagu2 ROCK hehe
Tapi, pengajaran terpenting, kalau tuan ikan tu boleh rasa sentiasa diperhatikan oleh ikannya, maka, xda msalah batu tuan ikan tu untuk fikir, bahawa dia juga SENTIASA DIPERHATIKAN!
(Apa tu?) CCTV ALLAH la =)
Em…hajatnya nak cari pasangan buat ikan ni…tapi, nanti,mesti lepas ni ikan tu dah x tengok kat tuan dia dah hehe…sebab dah ada pacar hehe….
Gurua saja..tengok lah, jika ada kelapangan untuk keluar ke Bandar, cari ‘pasangan’ (pasangan ikan lah)
Ok, selamat membela ikan.
=)

Monday, April 5, 2010

Sukaneka PASTI Seluruh Sandakan, 4 April 2010, Kompleks Sukan Sandakan.


Hari tu juga hujan, semua lari...then, bila hujan berhenti, sambung lagi....tahniah atas semangat membara tu =)

Tarik Tali

Seronoknya bapa2 dan AJK bila dah menang

Ada yang menangis

Mewarna

Khusuk Melukis

Yang paling seronok tentang PASTI, pada pakaian anak2 kecil di sana, pakai KOPIAH dan TUDUNG dari kecil lagi. Alhamdulillah.

Seronok bila menang

Acara menganyam buat kaum ibu

Guru-guru PASTI yang banyak berjasa =)

Meraikan Kedatangan 100% Bulan Januari

Assalamualaikum wbt. Tanggal 28 Mac 2010, cikgu2 4.5 telah meraikan anak2nya yang telah hadir 100% dalam kelas. CIkgu Nor n Ust SHimah belanja mereka semua di KFC Batu 4. Semua mereka seramai 12 orang, (sorang x hadir).
-Azliana - Saria
-Aniza - HAzim
-Norabia - Suhaili
-HAzim - Termizi
-Tahir - Rudy
-Syahrin (tertinggi agama)
Sorang x hadir (Faiz)
Selebihnya, tengok la kegembiraan mereka makan =)






Habis Semuanya =)

Tuesday, March 30, 2010

Nak Marah Ke Tidak Ni???

Semangat cikgu mengajar...ini hasilnya...

MELUKIS KETIKA MENGAJAR HOHO....
Kesian juga pada dia, mesti dia x paham apa yang ikgu ajar kan??? Maafkan cikgu ya. tapi, rasanya, cikgu dah mengajar sepenuh perasaan, mungkin, kamu je yang tak minat math kan? Kamu suka melukis ek? Nanti cikgu bagi buku lukisan untuk kamu....

Yang ni buat cikgu terharu, =)

CIkgu yang cuba nak memahami pelajar
Rumah Sewa, Taman Merpati,
Sandakan, Sabah.
30032010
1727pm

Saturday, March 27, 2010

TERIMA KASIH

Assalamualaikum wbt.
Lama betul x menulis sesuatu…sebelum ni copy paste ja. Rindunya mahu menulis sesuatu…tapi xda idea hehe…. Nak cakap pasal anak2 ku di 4.5. Alhamdulillah, mereka amik alamat blog cikgu ni…x sangka pula. Tapi, baguslah, dapatlah cikgu nak bagitahu sesuatu pada mereka, tanpa perlu bercakap secara lisan, sebab, mungkin sesetengah perkara tu x sesuai untuk dibincangkan secara lisan.
Terkejut juga kelmarin, sebab, masa jalan2 pulang dari sekolah, Faizal Jasni mahu tulis sesuatu di belakang buku tulisnya. Bila dia buka, maka cikgu pun nampaklah alamat bog cikgu ni =) hehe...seronok...haha..cikgu ni..... macam budak cikgu ni....( memanglah )
Hari tu pun, cikgu ada call sahabat cikgu yang sama-sama praktikal dulu. Dia kata, dia selalu juga ikut tulisan cikgu dalam blog ni. Alhamdulillah. Dia kata, boleh bayangkan perasaan cikgu masa cikgu menulis ni (sebab dia tahu macamana cikgu di luar, kami serumah masa praktikal dlu). Seronok rupanya bila da orang baca blog kita ya. TERIMA KASIH SEMUA =)
Biarlah kamu nak kata cikgu koya pun hehehe....
Sahabat cikgu tu kata, dia dapat sesuatu dari blog cikgu. Dia kata, dia dapat semangat sikit (huhuhu..malunya...) bila baca ( sebab dia tahu, cikgu ni seorang yang lemah, jadi, bila dia baca, cikgu tulis cikgu gembira walaupun budak2 bermsalah, maka, dapatlah jadikan sebabgi motovasi)
TERIMA KASIH MAIMUN =)
TERIMA KASIH
TERIMA KASIH
TERIMA KASIH YA ALLAH
Terima Kasih kepada ALLAH kerana berikan masa, idea, kudrat untuk menekan keyboard, otak,perasaan yang waras untuk terus mencintai NYA lalu, boleh lah tuliskan sesuatu di sini.
I LOVE ALLAH
ALHAMDULILLAH

Thursday, March 25, 2010

Kisah di sebalik Facebook yang perlu anda tahu


1. Kes Penceraian dan keretakan Rumahtangga.

Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut Facebook sebagai satu daripada punca.

Pengarah Urusan, Divorce-Online http://www.divorce-online.co.uk/ Mark Keenan berkata: “Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.

“Saya mengambil keputusan untuk mencari bagaimana serius keadaan itu.

“Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan cerai merujuk kepada Facebook.

“Alasan paling lumrah ialah pengguna laman itu bersembang mengenai seks dengan orang yang tidak berkenaan.” http://www.telegraph.co.uk/technology/facebook/6857918/Facebook-fuelling-divorce-research-claims.html

--------------------------------------
Setelah 6 tahun berkahwin, Emma Brady dan Neil Brady berpisah. Emma yang terkejut dengan berita itu diberitahu oleh kawannya di Denmark yang suaminya telah membuat pengumuman di Facebook bahawa mereka telah bercerai melalui status, "Neil Brady has ended his marriage to Emma Brady" 'Neil Brady telah mengakhiri pernikahannya dengan Emma Brady'.
Emma sangat kecewa karena perpisahan yang dilakukan dengan mendadak tanpa berbincang terlebih dahulu.

http://www.dailymail.co.uk/news/article-1136503/Husband-dumps-wife-online-message-worlds-divorce-Facebook.html

--------------------------------------------------
Keretan rumah tangga juga terjadi di kalangan rakyat Malaysia. Setelah 14 tahun mendirikan rumah tangga, kemudian isteri meyertai facebook dan mula berjumpa kembali teman2 lama. Bermula dengan sembang kosong di facebook dan sebok melayan kawan lelakinya yang kini sudah menjadi suami orang, kini galak bergayut di telefon pula!!

http://www.hmetro.com.my/articles/ds31/Article/

Pada mulanya dia mencari rakan lama dari zaman sekolahnya. Selepas berjaya menemui beberapa orang, dia berhubungan dengan mereka. Yang saya tak suka, kawannya bukan hanya perempuan, sebaliknya ramai juga lelaki.

Saya tidak suka dia bersembang dengan rakan lelakinya biarpun hanya melalui Facebook. Pernah saya menyindirnya dengan memberi contoh kejadian negatif yang berlaku pada masa ini jika terlalu asyik bersembang melalui Internet, tapi katanya saya cemburu.

Dia langsung tidak memikirkan perasaan saya sebagai suami. Baginya, apa yang dia lakukan tidak menyalahi hukum agama. Saya pula berpendapat saya ada hak untuk curiga dan menghalangnya berbuat demikian kerana semua rakan lelakinya di Facebook sudah berkahwin.

Lebih mengecewakan, daripada bersembang melalui Internet, kini mereka galak pula berbual melalui telefon.

Jadi, saya bimbang jika selepas ini mereka merancang untuk berjumpa pula. Dia seolah-olah lupa kawan lelakinya juga sudah berkahwin. Kenapa dia suka sangat berbual dengan suami orang?

2. Melemahkan Generasi Muda Arab

Penelitian ini dilakukan oleh Islam Hijazi, sebuah badan peneliti di Fakulti Ilmu Pengetahuan Politik di Universiti Kaherah, Mesir, dan juga International Centre for Future and Strategic Study in Cairo.
Menurut Islam Hejazi di waktu ini ramai pengguna Facebook bertukar menjadi aktivis alam maya sahaja. Mereka tidak dapat menyatakan menyelesaikan dan memahami permasalahan dunia yang sebenar.
Sebagai contoh, Ketika berlaku apa-apa kejadian ke atas umat Islam, mereka hanya cukup dengan membuat sepanduk, kecaman, atau kumpulan-kumpulan di wall Facebook, dan seterusnya, mereka merasa aman tentang kewajiban yang lain. Tiada tindakan susulan yang dapat mereka laksanakan. Dalam arti lain, para penguna Facebook di negara Arab yang berusia muda hidup dalam dunia yang penuh kepalsuan. (sa/dlhyt)

3. Penghapusan akaun PRO ISLAM dan JIHAD

Pihak Pengurusan Facebook dengan semena-mena menghapus akaun milik Syaikh 'Aidh al Qarni tanpa memberikan alasan apapun tentang penghapusan akaun beliau.

Pihak Pengurusan Facebook tidak menjawab soalan yang bertubi-tubi yang ditanyakan oleh pembela dan peminat Dr. Sheikh Aidh al Qarni. Mereka memadam akaun Dr. Sheikh Aidh al Qarni tanpa sebarang alasan yang jelas.

Selain itu, pihak Facebook juga telah banyak memadam akaun yang lancang menyuarakan Islam dan Jihad di Internet. Salah satunya adalah group Cyber Jihad Community yang dibuat oleh Muhammad Jibriel Abdul Rahman yang juga merupakan pimpinan dari Ar Rahmah Media.

Walau bagaimana pun setiap group yang mati akan diganti baru oleh ahli-ahli komuniti yang lain. Yang ingin dinyatakan di sini, mengapa banyak group yang mempunyai unsur pornografi dan lain-lain tidak ditutup??

Sumber: http://ajaibbenar.blogspot.com/2010/02/kisah-di-sebalik-facebook-yang-perlu.html