Have an account?

Friday, August 28, 2009

kEring

Assalamualaikum wbt. Terlalu lama x mencoretkan sesuatu dalam ni. Hanya sering berkunjung ke blog2 lain yang ada link jer. Sedar x sedar..dah menjengah ke bulan Ramadahan rupanya kita ni yer. Perbanyakkan bersyukur kerana masih mampu merasainya.
RAsanya...pada tahun ni paling banyak kematian yang berlaku....bila pula giliran kita? Bersediakah kita? Arghhh...tak termampu nak menjawabnya..........
Dalam kadang2 tersedar dengan bantuan ALLAH, kita masih lagi boleh leka dengan kehidupan seharian. Dunia ni terlalu banyak mainan.........so many thing can be played yang mana...semestinya akan melalaikan kita........


YA ALLAH.AMPUNKAN DOSA-DOSA KAMI ATAS KELALAIAN KAMI

Thursday, July 2, 2009

Assalamualaikum wbt.
Kali ni xtau nak bagi tajuk apa...sekadar nak kongsikan pengalaman setiap pagi jumaat sekarang ni.

ni la setiap hari...susun pinggan2 yg guna tuk ngatik semalam punyer... walaupun penat..tp seronok...sebab aktivi2 macam ni....boleh mengeratkan silaturrahim antara kami adik beradik... =)


Gambar last ngan arwah abah...sebelum dia masuk wad yag last...

Sunday, June 14, 2009

Abah






Salam. Pertama2 nya, syukran jazilan khotiron buat semua sahabiah2 yang mengucapkan takziah buat ana sekeluarga. Mohon maaf sebab xsempat nak reply mesej antunna semua. Syukran jazilan sekali lagi. Izinkan ana nak cerita sikit tentang abah ana (-maaf sebab selit sikit)
Arwah sakit usus kanser, sejak awal Februari 2009, dah kencing berdarah (xtau kronik tahap ke brapa dah...air kencing dah macam darah).Lepas tu ulang alik masuk wad, sampailah dah bosan duk wad, cuba brubat cara kampung lak.
Air tawar...tepung tawar...air ubat...gamat...semua dah masuk dalam perut abah...but, seems no changes. Arwah makin murung dan makin mudah letih. He only look happy when he with his grandchilds =) (selingan jap) Alhamdulillah, ada juga rasa gembira buatnya =)
Em...ditakdirkan ALLAH, nk cuba berubat dengan MADU pula..as-sawda. bagus Doktor kat farmasi tu...dia nasihatkan, sebelum makan ubat tu...kena pasang 3 niat:
1) niat fisabillah...nak lawan orang/produk kafir
2) Niat nak ikut sunnah.
3) barulah niat untuk sembuhkan penyakit. ALLAH hu akbar....cantik sungguh niat2 tu...
Sebelum tido makan madu tu....jam 4 pagi tu...arwah meninggalkan kami semua. Mungkin ini yang ALLAH dah aturkan...'permudahkan urusan...' tak nak susahkan/seksa abah lama2...ALLAH hu akbar...
Syukur pada ALLAH....
Syukran buat sahabat2

Keterangan gambar (padankan sendiri la ek =)
1. cucu abah...aisya suffiya, 6 tahun...xde gigi =)
2. cucu abah gak, alia jasmin
3. abah
4. abah, abang, alia jasmin...hepi abah =)
5. Air kencing abah...boleh konfius dengan darah
6. masuk bilik bedah...nk masukkan kamera dalm usus

Friday, June 12, 2009

Islam Untuk Semua

Assalamualaikum wbt.
Lama sungguh x meluangkan masa bersendirian dengan Si Hitam. Sekarang, Si Hitam dah x jadi milik peribadi, tapi, seolah-olah dah ‘diwakafkan’…..dan lebih menyedihkan, sebab dah dicemari dengan download-download lagu..yang langsung tidak selari dengan jiwa pemilik Si Hitam ni....em....
Apa nk diluahkan kali ni.....tajuk kali ni...Islam Untuk Semua. Rasa-rasa macam pernah dengar x?? Em...lebih kurang ( atau sama dengan) moto PAS kan?? Em... ana x nak masukkan unsur politik dalam blog ni ( sebab ana pun x pandai nak komen banyak), cuma, phase ni sungguh menarik untuk dibincangkan bersama. InsyaALLAH.
“Islam untuk semua”
Apa maksudnya?? Maksudnya...semua orang berhak untuk mendapatkan, memahami, mendalami, mengamalkan (dan macam2 lagi perkataan) pasal Islam. SEMUA ORANG. Jadi, apa yang ana nak bincnagkan??
Ana cuma nak mengupas sedikit perkara. Sahabat ana ada bagi mesej kat ana
”anti pun kena sampaikanlah perintah ALLAH kepada ......, ....., dan semo sebab perintah tersebut bukan hanya untuk kita..., kan?”
Nasihat ni memang buat ana terfikir....betapa teruknya diri sendiri ni...terlalu pentingkan diri sendiri...kedekut...tamak....
Kenapa??
Sebabnya, segala ilmu yang ALLAH pinjamkan langsung tidak dikongsikan dengan orang lain. Tahu tentang hukum hakam ALLAH, tapi tak disebarkan.....tahu tentang apa yang ALLAH suruh, apa yang ALLAH larang...tapi x bagitau kat orang lain.... pentingkan diri sendiri..sebab hanya nak selamatkan diri sorang jer daripada azab NERAKA ALLAH...kedekut...sebab xmau kongsikan SYURGA ALLAH yang Maha indah tu....dan tamak sebab nak masuk Surga sorang diri.....
Teruknya.....................
ISLAM untuk semua....ISLAM untuk semua...ISLAM untuk semua....sedarlah...jangan terlalu sombong dengan ilmu, hidayah yang ALLAH pinjamkan...bila-bila masa ALLAH boleh tarik balik.... selagimana ALLAH masih pinjamkan...kongsikanlah...biar semua dapat manfaatnya....please....
Takut kan?? Takut nak suarakan perkara yang benar.... takut nak tunjuk perkara yang baik2. Takut nak cakap benda2 baik...takut kalau2 ada yang kata kita ni ’koya baik’. Perasan, nak menunjuk....macam2 lagilah istilah..yang padahal...itu adalah rekaan sendiri...ilham dari syaitan laknatullah, untuk mengelakkan kita daripada sebarkan keindahan, hukum2 ISLAM.
Em....mulia sangatkah kita, lebih mulia dari pada RASULULLAH kah kita???? Sehinggakan RASUL, manusia paling MULIA tu...menerima lebih banyak ujian daripada kita.....fikirkanlah...sedarlah siapa diri tu.....


12 June 2009
2201 pm

Saturday, May 2, 2009

Takut - tulisan dlu, xsempat post

“Sedihnya…..”
“mei sei aa??” (ada apa hal?)
“Takutnye….kenapa bila saya buat sesuatu, akan jadi salah? Huhuhu”
“Contoh?”
“Tadi ada ambil gambar ngan pelajar, masa balik sekolah. Then, semua pelajar balik. Sy lambat skit sebab nak kemas barang. Pastu, only one boy with me. Then, I took his photo.
Suddenly, Mrs Tham coming….she wants to lock the door. She looked what I was doing with that boy!!!! Habislah….”
………………….
Em….pernah tak alami situasi macam cikgu tu? Bila orang lain buat, tak salah (ambil gambar x salah kan?). tapi, bila time you, ia jadi salah. Pernah??
Rasanya, ramai yang pernah alaminya….kita rasa sangat takut bila ada orang tengok kita buat salah…sangat takut kan?? Jika Mrs Tham tu takde masa tu…tentu kita tak rasa apa2 kan? Sebab, pada pandangan kita, apa ynang kita buat tu…tak salah (betul). Tapi, bila ada orang lain tengok, kita rasa bersalah plop. Sei la… (habislah..)
“Apa la agaknya pandangan Mrs Tham tu nanti ek??”
………………………………
Actually, we are too worried with people’s view towards us. Sometimes, we cannot make a decision either what we are doing is right or wrong, just because people’s view. kita terlalu takut, kan? Em… betul3
Sekarang ana ada perasaan tu..tak tau nk luah kat mana, so, I just paste here. I don’t care either people read or not, what I know, I need to share it….so sad….
Camne nak pujuk diri ye? Masih tak jumpa penyelesaian, semoga ALLAH kurniakan hati yang tenang untuk hambaNYA ini. astaghfiraALLAH hal azim….mungkin dah banyak sangat dosa ana…jadi ALLAH ingin jadikan ujian ini sebagai ‘alat’ tuk mentarbiah diri. AstaghfirALLAH hal azim…. AstaghfirALLAH hal azim….. AstaghfirALLAH hal azim…….

Tulisan lepas yang xsempat pos - VOTING @ kampus

tulisan masa duk UPSI lagi ni. post juga la =p
Voting…. Voting…. @ UPSI

Bismillah hirrohmanirrahim…
Assalamualaikum wbt sebagai pembuka bicara. Lama sungguh ana xsempat nak luangkan masa untuk menarikan jejari ana di atas ‘Si Hitam’ untuk mencoretkan sesuatu untuk My Blog. Assif jiddan.
Minggu ni memang menguji ketahanan ana sebagai seorang mahasiswa. Banyak betul tanggungjawab yang ana ‘ter’pikul minggu ni. As a student, like others, kita tak terlepas daripada senarai tugasan (assignment). Minggu lepas, tugasan microteaching memang menguji kesabaran. With group of 5, we are given a task to teach Science that contain all phase in Constructivism. Pening palo kaklos nak pikir. Sepanjang minggu, asyik buat discussion jer. Memang xsempat nak buat benda lain huhu. Stat ngan ari Rabu (Isnin n Selasa kelas penuh), mula diskus dari pukul 10am sampai la zohor, then, dapat mesej lak, ade taklimat KPM kat Auditorium pukul 230 pm. So, semua pakat g sana lak. Malam esk dah microteaching....huhuh...xpe, taklimat KPM pun penting gak...kena g nih...
Huhuh....taklimat KPM –wahhhhhh!!! - kebarangkalian pemegang biasiswa KPM untuk ke Sabah n Sarawak AMAT CERAH huhuh =) tak tahu la tu berita baik atau tak...tapi, memang berminat nak g sana, Cuma....tentang safety la agak runsing la skit. (em....xkisah la, ALLAH bersamaku)
Keesokkannya, kelas kul 8 am lak. Memang xsempat nak prepare apa2 tuk kelas, sebab penat sangat. Then lepas kelas, kul 10, sambung lak discusion kat libraray. Malam ni dah nak present micro teaching. Langsung xnampak flow lagi....
Bermulalah sesi perkampungan di library UPSI dari pukul 10 pagi sampaila ke petang – 6 petang!!. ALLAH HU AKBAR, lama sungguh. Malam ni dah nak present!!
Memang kalut habis. G kalut2 print kat luar, then beli makanan (dari pagi x makan), then, terus g singgah surau tuk tunggu azan maghrib. Alhamdulillah, semua ok masa tu...
Makan dengan cepat2, then terus g kat kelas, buat apa yang patut tuk presentation jap lagi. Memang berdebar habis. ALLAH HU AKBAR....xsuka bila tak well prepared like this!! Memang everything is kalut!!
Alhamdulillah, dah lepas presentation. Alhamdulillah sangat2, walaupun hancus...tapi...ok la. Dr Ong kata, paling rendah tuk presentation malam ni, dapat A-. Kira ok la tu. InsyaALLAH.
Satu lagi masalah timbul. Kelas kami malam tu abih kul 1130 malam. Dari kelas nak sampai ke tempat tunggu bus, punya la jauh. Jalan bukan main lajuuu... dalam perjalanan, nampak angkatan Jundullah (=)) sedang berkerja –naikkan banner tuk pilihanraya kampus. Masa tu hampir pukul 12 malam. Hebat sungguh tentera Jundullah ni =) tahniah sahabatku!! ALLAH bersama kalian....
Em...dah sampai stsen bus nak balik kolej...NO BUS!!!
Mana la ade bus. We miss the last bus!!!.camne ni?? Aduuss... alhamdulillah, skali lagi ALLAH tolong... Dr Ong tawarkan kami tuk naik kereta dia. So, kami 4 orang pun, tanpa malu2 terus naik hehe..alhamdulillah.
Em...dalam kepala masih duk fikir tentang tentera2 Jundullah tu....alamak, ana xtolong pe2 pun... =(
Em...sampai kolej dah hampir 0030 am. Lewat sungguh. Em...nampaknya, kat kolej masih belum kena aura Pilihan Raya Kampus -PRK- lagi coz xde lagi poster2 tuk calon MPP.
Esok nak buat apa ek?? Micro teaching Biologi dah setel, tinggal yg Math jer belum. Em...
‘nEo, esk kita g amik gamba kat BSB ek. Kenangan tuk kita sem tujuh. Group kita la...’
Wahh...tawaran yang bagus. ‘ok’.
Esoknye, kul 1100am, ana g BSB tuk amik gambar kami. Alhamdulillah, ade juga gamba kenangan dengan sahabat-sahabat yang tersayang.
Selesai sesi bergambar, dapat lagi tawaran yang bagus –tolong calon undi lak- potong2 kad nama, sebab dah nak edar arini (Jumaat). Sabtu dan Ahad dah cuti, so kena cepat2 siapkan... so, bermula lah sesi ana bersama Jundullah =) alhamdulillah kerana diberi peluang ini.
Seharian kat kampus. Pukul 600 ptg baru balik kolej. Singgah kafe jap g beli nasik.
Selesai makan, solat n solat, tetiba dengar pengumuman
“Malam ini akan diadakan sidang Calon MPP membentangkan Menifesto mereka. Semua pelajar dijemput untuk hadir ke foyer untuk mengikuti perbentangan ini.”
Wahhhh....bolehla kita jalankan tugas. At least bagi-bagikan kad nama calon kita....
Kena g ni....
Awalnya, semua keadaan terkawal...tetiba...jadi hilang kawalan. Cikgu-cikgu UPSI seolah2 dah lupa siapa diri mereka –yang mereka ini adalah GURU!- perangai langsung xmencerminkan bahawa mereka ini adalah guru.



....Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan mendapat kemenangan.
Al Qasas ayat 37

Ujian

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersua lagi kita. Lama sungguh ana tak luangkan masa tuk bersama ‘My Blog’. Assif jika ada yang tertunggu-tunggu (ada ke =p, xpe la, syok sendiri hehe...).
Em...SubhanALLAH, Maha Suci ALLAH, ALLAH hu akbar, ALLAH Maha Besar, syukur kepada ALLAH, kerana dengan sifat Rahman RahimNya, ana berjaya tamatkan pengajian ana. Alhamdulillah. Alhamdulillah, Alhamdulillah =)
Maka, tamatlah hidup ana bergelar murid, pelajar, mahasiswa, dll. Tamatlah sudah segala ujian berbentuk peperiksaan ‘pen dan kertas’. Selamat tinggal semua kenangan itu =)
Sungguh, ana dah tamat ujian yang dikendalikan oleh manusia, tapi, macamana pula dengan ujian yang dikendalikan oleh ‘Tuan Manusia’? em... kalau ujian itu, sampai mati pun kita takkan tamat daripada menghadapi ujian itu, sehinggalah ‘si Pencabut Nyawa’ datang bertamu.
Em...ujian...ujian terbesar buat masa ni...ujian terpisah dengan sahabat2. Selama lebih 3 bulan ni (bulan 8 insyaALLAH konvo-boleh jumpa kawan jap masa tu), semuanya bergantung pada kekuatan iman dalam dada. Pada masa ini, segala yang kita tahu tentang agama, akan diuji oleh ALLAH, untuk dinilai samada kita ni benar2 beramal atau tak dengan ilmu yang kita perolehi. ALLAH hu akbar, jika berjaya diatasi, alhamdulillah =), jika kandas, nauzubillah =(
Ujian pertama, macam yang ana dah tulis sebelum ni. (tajuk Rumah Vs Kolej) – ujian dari sudut amalan, contohnya tahajjud, solat sunat, puasa sunat, pemakaian, dan pelbagai lagi. Em...ujian agak berat juga untuk dihadapi seorang diri, sebab budaya di rumah x sama dengan budaya di kolej. Masa praktikum pun dah kantoi,jarang puasa sunat (sekali @ dua jer....astaghfirALLAH hal azim) =/
Ujian kedua dari segi pengetahuan ilmu agama. Bila ada masalah berkait dengan ilmu @ hukum hakam, macamana nak hadapi. Tapi, kalau ujian macam ni, insyaALLAH, xde la berat sangat, sebabnya, alhamdulillah, zaman sekarang ada telepon. Jadi, jika ada masalah, boleh ‘helo’ dengan kawan, tanya dia. insyaALLAH...dipermudahkan ALLAH untuk mendapat jawapannya.
Ujian ketiga dari sudut hati. Huhuhu....yang ni palingggggg sukar. Sebab kita tak nampak. Orang lain pun takleh nak nampak. ALLAH hu akbar. Orang lain xnampak bahawa hati kita ni dah berubah. Klu ujian pertama tadi, mungkin kita boleh tengok dari luar, tapi, kalu ujian hati ni, tak de siapa pun sedar, bahkan, kadang-kadang empunya badan pun xtahu. ALLAH hu akbar, berat sungguh. Contoh ujian hati....perkara biasa la, yang dialami golongan manusia seusia ana –masalah cinta, pasangan dan sewaktu dengannya. Em...bila dah sorang2, terlupa nak bezakan cinta dan CINTA. Em....semoga ALLAH izinkan hati ni dan semua hati2 manusia lain untuk menjaga kesuciannya hanya pada YANG BERHAK!!! (alhamdulillah, setakat ni xdop suka kat sesapa lagi..XMAU....XMAU..XMAU)
Em....nk kupas ujian ketiga skit. Panduan jer la tuk sesiapa yang nk baca (sebenarnay tuk peringatan diri sendiri-bagi peringatan masa masih ingat, kalu dah lupa, boleh baca balik kat sini). Hati....hati...kena hati-hati dengan hati ni.....=) sebenarnyarnya, ana nk coret kat sini, lebih kepada WARNING kepada sesiapa yang nak mulakannya...
‘ KEPADA SESIAPA YANG BELUM CUKUP DUIT UNTUK KAWIN, JANGAN BAGITAU LAGI KAT PASANGAN ANDA. ITU AMAT MENGGANGGU FIKIRAN SI DIA. SANGGUPKAH ANDA MENGANGGUNG DOSA, KERANA MENGGANGGU FIKIRAN DIA DARIPADA HANYA MENGINGATI ALLAH KEPADA MENGINGATI ALLAH DAN ANDA? SANGGUP? KALAU SANGGUP, SILAKAN.
HEBAT SANGATKAH ANDA, UNTUK MENCALAR CINTA SI DIA PADA ALLAH YANG 100% ITU, MENJADI KURANG –HANYA KERANA KEHADIRAN ANDA? HEBAT SANGATKAH ANDA?? MOHON AMBIL PERHATIAN.
DIA BUKANNYA MALAIKAT YANG TIDAK BERNAFSU, TAPI DIA ADALAH MANUSIA. SE ALIM, SE WARAK MANA PUN DIA, DIA TETAP MANUSIA YANG BERNAFSU, BERNAFSU DAN BERAKAL UNTUK MEMIKIRKAN ANDA. KASIHANILAH DIA. MOHON PADA ANDA SEMUA. TOLONG HORMATI DIA UNTUK JALANKAN TUGASNYA SEBAGAI HAMBA ALLAH, diulangi, HAMBA KEPADA ALLAH, HANYA KEPADA ALLAH!!! HANYA PADA ALLAH, BUKAN ALLAH DAN ANDA!!!
MOHON KERJASA SEMUA “
SAYANGI DIRI, SAYANGI DIA, DAN PALING PENTING, SAYANGI ALLAH, TAKUTI NERAKA-NYA

1 mei 2009, 18.16pm
(tgh malam ni, 23 tahun lepas, ibuku dalam bilik bersalin bersamaku =))