Have an account?

Thursday, July 17, 2008

Mualaf

Bismillah hirrohmairrahim

Assalamualaikum wbt

Today is 25 mei 2008, 22.15pm. alhamdulillah, ALLAH masih pinjamkan akal ini. subhanaALLAH. Alhamdulillah. ALLAH hu akbar.

Baca suratkhabar ari ni, bahagian surat pembaca, ada yang meluahkan perasaan dia. Dia seorang mualaf.

Em...sedihnya. sedih baca surat yang dia kirimkan. Banyak masalah yang dihadapi oleh mualaf ni rupanya. Sebenarnya, ana memang pernah dengar, tapi, biasalah, sebagai makhluk yang sangat daif, hanya ingat masa tu jer. Bila dah lama-lama, lupa balik. Alhamdulillah, sebab kali ni, ALLAH wakilkan hamba ALLAH yang mualaf ni-untuk sedarkan ana balik-untuk ana lebih bersyukur dengan nikmat iman yang ALLAH telah kurniakan. subhanaALLAH.

Ana berasa amat sayu bila baca luahan mualaf tu. Dia dah memeluk Islam. Dan, seperti kebanyakkan mualaf yang lain, kebanyakkan mereka akan mula terpinggir daripada masyarakat sekeliling mereka. Sebenarnya, banyak masalah lain ynag mereka hadapi, bukan sahajar tekanan daripada keluarga, bahkan ditempat kerja, masyarakat sekeliling, malah, lebih teruk, tekanan daripada golongan Islam tu sendiri. ALLAH hu akbar.

Ana rasa bersalah pada mereka semua ni. ALLAH hu akbar, apa sumbangan ana untuk mereka?ALLAH hu akbar, Engkau Maha Besar. ALLAH hu Akbar. Jika difikirkan kembali, alangkeh beruntungnya diri ini, dilahirkan dalam Islam. Keluar je dari rahim, kita terus diazankan (bagi lelaki) atau diiqomatkan Ibagi perempuan). Kalimah pertama yang didengari oleh individu yang bergelar Islam adalah kalimah yang Membesarkan dan mengesakan Tuhannya. subhanaALLAH.

Alangkah beruntungnya kita semua, langsung tiada dugaan dan cabaran untuk melakukan peribadatan kita kepada Tuhan Yang Esa. Langsung xde halangan. Tapi....biasalah, kita sebagai manusia. Tidak pandai untuk menghargai apa yang didapati dengan mudah. Kekadang, ada segelintir daripada kita yang tidak mahu melakukan ibadat itu-sedangkan langsung tiada halangan-tapi, bagi sesetengah golongan pula, mereka amat ingin melakukan ibadat, tetapi menerima tentangan yang Maha dasyat. ALLAH hu akbar.

Sedih memikirkan hal ini. Ana tidak mengata tuk sesiapa, ini sekadar peringatan buat diri yang selalu lalai (Ya ALLAH, lindungilah kami). ALLAH hu akbar.

Sahabatku, jom kita luangkan sedikit masa tuk merenung nasib saudara baru kita. Jika ada golongan ini disekeliling kita, adakah kita menyumbangkan sesuatu untuk mereka? Kekadang ana sedih dengan diri ana, apa sumbangan ana kepada agama ana? Umur dah hampir suku abad, bebila masa jer akan dipanggil menghadap Yang Esa, namun, terdapatkah sesuatu yang telah ana sumbangkan untuk agama ana?

ALLAH hu akbar. Malunya untuk mengadap Yang Esa, diri adalah penganut Islam, namun tidak lakukan sesuatu untuk Islam.

Alamak, dah jauh merewang. Sebenarnya masih tentang mualaf. Alhamdulillah, ALLAH beri peluang kepada ana tuk lebih memahami hal ini, sebabnya, pada pukul 7pm td, dalam ntv7 ada siarkan tentang masalah mualaf jugak. Masalahnya mengenai golongan mualaf yang telah kembali kepada agama asal mereka- dengan kata lainnya, mereka telah murtad!!!

Kenapa hal ini boleh terjadi??? (dalam rancangan tu cakap) sebabnya, orang Islam sendiri yang tidak menolong golongan mualaf ini. Mereka teraba-raba setelah memeluk Islam. Maklumlah, orang sekeliling mereka semua telah memulau mereka. Malahan, orang Islam sendiri tidak mahu menolong mereka. Sebab itulah mereka tidak mempunyai hala tuju, so, mahu tak mahu, mereka pun akan kembali kepada agama asal mereka. YA ALLAH, sedihnya.

Sebenarnya, itu bukan atas kehendak hati mereka, tapi mereka terpaksa. ALLAH telah mengurniakan nikmat iman kepada mereka, tapi, kita -umat Islam yang lain- tidak menolong mereka untuk menyuburkan iman itu. Wahai saudaraku yang telah lama Islam, tidakkah anda berasa bersalah dalam hal ini? ALLAH hu akbar, ana berasa amat bersalah. Kita semua seolah-olah telah menolak saudara kita kembali ke neraka (masyaALLAH, maafkan ana jika bahasa ana salah, astaghfirALLAH hal azim).

Apa yang ana mampu lakukan untuk menolong saudara2 baru ana? ALLAH hu akbar, walaupun diri ini juga masih belum arif tentang agama, tapi, hati ini amat berharap agar dapat menyumbang sesuatu untuk agama yang tercinta ini.

Wahai saudara baruku,

ana tahu perasaan ana. Keadaan sekarang langsung tidak menyebelahi kalian, tapi, kalian jangan berputus asa. ALLAh telah kurniakan nikmat terBESAR bagi anda semua. Sesungguhnya, tiada nikmat yang paling besar selain nikmat iman. Walaupaun kalian tidak mempunyai apa-apa di dunia, tapi, yakinlah bahawa ALLAH sentiasa bersama kalian. YA ALLAH, bantulah hambaMU yang telah Engkai pilih ini YA ALLAH.

Saudara baruku,

Jangan berputus asa, sesesungguhnya kalian amat beruntung berbanding dengan rakan-rakan lain yang selalu mengeji kalian. Tetapkan pendirian kalian dalam Islam. Kalian jangan khuatir, kerana, kami semua sebagai umat Islam, kita semua adalah bersaudara. Persaudaraan Islam melangkaui usia, rupa, bangsa dan apa sahaja, kerana matlamat kita semua dalah sama, iaitu untuk mengabdikan diri HANYA kepada Yang Maha Esa.

Saudara baruku,

Ana sebagai hamba yang sangat daif, langsung tidak mampu membuat sesuatu untuk membantu kalian. Hanya doa yang mampu dipanjatkan. Semoga ALLAH tetapkan hati kalian untuk terus dalam agama yang lurus ini. Kalian jangan bersedih dengan dugaan ini, kerana bahagia akan muncul jua, kalaupun tidak di dunia, di akhirat itu adalh pasti. Itu adalah janji ALLAH. Tahniah buat kalian kerana telah menjadi pilihan ALLAH untuk berada dalam agamaNYA.

Buat saudara seIslam yang telah lama memeluk Islam.

Ayuh kita ubahkan persepsi kita terhadap golongan mualaf ini. Jangan pinggiri mereka, tetapi hampirilah mereka. Mereka ibarat seolah kanak-kanak kecil yang kehilangan arah. Islam telah mengajar kita menjadi insan yang sempurna, jangan jatuhkan maruah Islam dengan kelakuan kita. Islam itu amat indah, oleh itu, jadilah penganut Islam yang indah akhlaknya (pesanan buat diri sendiri). Jangan jauhi golongan muallaf, ayuh kita lakukan anjakan ini. Bimbing mereka untuk menjadi umat Islam yang sejati. Syurga itu bukan milik kita sahaja, tapi milik seluruh umat Islam. Adalh berdosa jika kita biarkan saudara kita sesat sehingga ke neraka (astaghfirALLAH hal azim, maafkan bahasa ana yang tidak sesuai ini).

Cuba tanya, apa sumbangan kita untuk Islam?? Fikirkan sendiri, kerana hanya kita yang mempunyai jawapannya (dan juga ALLAH). Wallah hu alam.

Maafkan ana jika ana ada tersalah dalam penggunaan perkataan, sesungguhnya ana amat daif, dan amat2 memerlukan sokongan dari saudara seIslam sekalian, alhamdulillah kerana ALLAH masih izinkan untuk berada dalam agamaNYA. YA ALLAH, kekalkanlah hatiku untuk terus bersamaMU.

Wasalam.

Now 22.56pm...

Wednesday, July 16, 2008

Seminar Kimia

Assalamualaikum wbt.

Today-26 Mei 2008- 16.17 pm. My world is become like my diary hehe. So sorry if u dont like to read this. I juz want to share my world to all of u. If anyone do not want to read, iam really sorry, and u may leave my world. So sorry for that.

Em...dah hampir dua minggu cuti balik kampung. Alhamdulillah, pelbagai pengalaman dah dialami. Alhamdulillah ya ALLAH kerana beri aku pengalaman ini. Em...sepaptutnya pagi ni sambung g blaja kete, tapi, jam 6.48 am, tetiba ade satu panggilan telepon. Siapa ek?? No phone yang naik. Denagn suara yang masih serak, ana pun angkat la phone tu. Rupanya cikgu Kamariah yang call. Wah cikgu, awlnya call saya!! =)

Rupanya pagi ni cikgu buat seminar menjawab pepriksaan Kimia. Cikgu nak ajak ex-student dia mai jaga student-konon macam feci la-. Ala cikgu, ari ni ade bengkel motosikal la cikgu huhuh....camne ni???

Kompius tul...tapi kasian kat cikgu, xde orang nak tolong. Em..demi cikgu tersayang, aku korbankan bengkel motoku huhu...sedih gak, sebab nak kejar masa ni. Nak buat lesen L cepat2 huhu. Takpe2222 i redha hehe. Relek neo...relek, buat sedikit pengorbanan tuk cikgu. Em...

So, pepagi tu, ana tumpang kakak ana pergilah ke Sekolah Menengah Pengkalan Chepa 2. Wah, semangat tul ana, sampai awal daripada cikgu huhu. Sambil2 tnggu cikgu, sempat gak sekodeng skit, camne suasana sekolah ana dlu. Em....macam pelik jer suasana sekolah sekarang....

Sekeliling sekolah banyak buat pagar besi!! Apa tu??? Rupanya tuk elakkan pelajar daripada ponteng!! Wah cikgu....teruknya, sampaikan kena buat macam penjara huhu...camne la cabaran ana nak jadi cikgu nanti. insyaALLAH, jika dipanjangkan umur, ROS 2 nanti ana akan ke sekolah ni balik selama 2 minggu, ade mengajar gak la sikit2. wah....dengan pelajar macam ni???

Relek2 neo, u can do it

Debar gak la. Ana bukannya pandai nak kontrol kelas huhu. Ambung kes seminar Kimia. Alhamdulillah sebab Zuraida pun datang gak. At least, takde la ana malu sengsorang. Then, half hour afterwords, Sufian and Hazazi came along. Malunyeee...

Who are them?? They are my classmate during our school hour.

Em..kenapa ana malu sangat???

Sebenarnya, sejak dah hampir 5 tahun meninggalkan alam persekolahan, banyak perubahan yang telah berlaku, baik dari segi sikap, malah juga penampilan. Ade sesetengah orang tak boleh nak terima perubahan kita. And, tadi, penampilan pertama kali ana dengan budak kelas lelaki ana. And, macam respon reramai, ramai yang terkejut-sebab ana makin brutal hehe- aduh, macam2 gelaran dapat. Tapi takpe, i redha =)

SubhanALLAH, tapi, memang tak sangka, ALLAH amat menjaga ana. ALLAH hu akbar. SubhanaALLAH, siapa sangka, ana langsung tak terasa hati dengan cakap2 diorang. SubhanALLAH, bukan ana yang mampu mengawal perasaan ana tu, tetapi ALLAH yang telah menjaga ana. SubhanALLAH. Alhamdulillah Ya ALLAH. =)

Bila difikirkan kembali tentang diri ini, ALLAH hu akbar, langsung tidak percaya. ALLAH hu akbar. ALLAH Maha Besar. SubhanaALLAH, tanpa ALLAH, rasanya diri ini langsung tidak mampu nak menghadapi semua ni. Masya ALLAH...

Buat sahabat2 yang mengalami pengalaman yang sama, jangan mudah berputus asa dengan kritikan orang sekeliling kita, just ignore it. Kata-kata mereka tidak mampu membawa kita ke neraka, yang penting adalah kehendak hati kita sendiri. Sekali ALLAH telah memberi hidayah kepada kita, jangan tangguhkan. Hidayah itu adalah nikmat terbesar, sama juga buat saudara baru kita.

So, to all my sahabat, jangan mudah putus asa ek, biarlah kita keseorangan didunia ni, asalkan kita tidak keseorangan di akhirat kelak, insyaALLAH.

Sekian dlu, wasalam. Maafkan ana yang hina ni jika ade tersilap dalam kalam. Wasalam.

16.42 pm...

Kenapa Saya Berubah???

Cinta…cinta boleh mengubah dan berubah.
Ramai yang bertanya, kenapa sy berubah?

Kenapa saya berubah?
Kenapa saya berubah?
Em…susah nak jawab
Tapi, bila difikirkan semula, kenapa saya berubah…maybe.. because of love
Haha…buat lucu plop…em… let me think

Cinta…hoho…semua mesti pernah rasai apa tu cinta, no matter with who, seseorang tu tentu pernah mengalami perasaan, at least suka kat seseorang.

Hohoho….malu nk buka kisah hidup, tapi ni sekadar ingin berkongsi sesuatu, semoga ia bermanfaat kepada sesiapa yang mengalami nasib yang sama….

Em…maybe pada tahun 2002 @ 2003 when I was in Form 4 or 5, I was admire on one guy…masyaALLAH, malunya mengaku ni – xde maksud apa2, itu cuma zaman kanak2, langsung xmempengaruhi perasaan pada zaman sekarang-
Em….nape minat kat dia ek??
Em…

Biasalah, zaman kekanak dlu2, bila ade je classmate yang agak memcapap skit (guy) –in anything, education, leader, and others- mulalah ramai yang minat. Aduss…nampaknya, saya pun xterkecuali –hahaha lucu plop- sori dess, ni zaman2 dlu- langsung xberbekas pada zaman sekarang!!

Em….boleh dikatakan dia tu lengkap satu pakej, good student, good son, good looking (hehe) and good slave for ALLAH (maybe, insyaALLAH). Em…walaupun saya pada masa tu jahil lagi, hoho..tapi, still minat kat budak yang warak gak (setakat yang mampu la) hehe (koya sih).
Em…tapi….
Alhamdulillah, sebab ALLAH kurniakan akal yang waras tuk saya. Saya yang kuat koya ni (koya boleh berkawan dengan dia) tetiba ALLAH kurniakan perasaan rendah diri yang amat sangat dalam diri ni

Adus…layak ke saya tuk dia??? Huhu…may be in education, kami setaraf, tapi, in religion? Fuh, bak langit dengan bumi!!!

Saya masa tu jahil amat (xsanggup nak cite kejahilan diri), tapi, berkat sikap yang suka koya ni ( salah satu keburukan diri), koya boleh berkawan dengan dia, ALLAH kirimkan bersama perasaan rendah diri.

Rendah diri mengenangkan, diri ni langsung xlayak tuk dia –jika dibandingkan dalam bab agama- huhu

SubhanaALLAH, =)

Pelik kan??? Tapi, jika ALLAH ingin membalikkan hati insan, sekelip mata dia boleh mengubahnya. Tapi, masa tu, saya belum 100% berubah jadi baik lg, -Cuma solat cukup jer la- (aduss…jahilnya…Form 5 baru nak solat cukup!!!! masyaALLAH !!) ALLAH hu akbar!!!

Tapi, alhamdulillah kan??? Sekurang-kurangnya, ALLAH tak tarik nyawa ana masa tu. SubhanaALLAH, Alhamdulillah.

Dah malu banyak ni….tapi nak sambung lg cerita =) kalau rajin, teruskan pembacaan anda =P

Em….ditakdirkan ALLAH, ALLAH menjaga perasaan ini. ALLAH xizinkan sy kenal rapat dengan dia (Alhamdulillah). Cuma sekadar admire senyap2 jer –tapi, kesannya besar bangat- berjaya menjadikan ana solat dengan cukup bilangannya (malu….) subhanaALLAH.

Em….xtahulah apa pandangan kalian tentang ana ( xkisah pun, sebab kita sama2 makhluk ALLAH =)) Em…

Hampir 3 tahun memendam perasaan, dan, dalam tempoh tu jugaklah, semakin banyak ana koya pasal dia ( =P masyaALLAH), semakin dekat ana kepada ALLAH (alhamdulillah) –psstt : we never know about our feeling for each other, and I don’t want he know that!!! Nauzubillah

Alhamdulillah sangat kepada ALLAH …..=)

Tahun 2005, sekali lagi ALLAH uji perasaan ana dengan mahluk yang bergelar lelaki (gatai hang ni ek neo =p ) sori2222, it doesn’t mean yang sy menggatal, ni semua ketentuan ALLAH.

Dalam tempoh 2 tahun saya kenal dia, xpernah sekalipun kami bersua muka. I don’t know him, and so do him. Kami langsung xtahu apa2 pasal diri masing2, cuma mesej berperihalkan agama yang menjadi tali silaturahim kami. SubhanaALLAH, masa ni betul2 menguji keimanan saya sebagai seorang hamba daripada kaum Hawa…

Masakan tidak, dia mengumpan saya dengan ilmu agama hehe, takkanlah kita nak tolak, ade orang yang sanggup mengajar kita (hoho….ni pemikiran saya disaat tu). Istilah mengumpan, bukan bermaksud dia tu xbaik, sebenarnya, nak bagitahu bahawa saya yang tertarik (tuk berkawan dengannya) kerana ilmu agamanya. Ye lah, masa tu kita baru nak berubah, tetiba, bak pucuk dicita, ulam mendatang, ade orang yang sudi tawarkan diri tuk ajar...=)

SubhanALLAH, banyak betul ilmu yang dia curahkan….maafkan saya jika terlalu memujinya, tapi, itulah hakikatnya. Dia menyedarkan saya betapa hinanya saya sebagai makhluk ALLAH. I am nothing without ALLAH. subhanaALLAH, mana sy nak dapat seorang kawan yang sanggup mengajar saya, betapa hinanya saya ni?? Kebanyakkan teman sekeliling, suka memuji, lantaran itu, kita semakin lupa diri, dan akhirnya, mula riak dengan kejayaan yang dikurniakan Ilahi. ALLAH hu akbar!!

SubhanALLAH…
SubhanALLAH…
SubhanALLAH…

Semakin kenal dia, semakin saya mengenal siapa Tuhan saya

Dan, semakin saya kenal siapa Tuhan saya, semakin saya cintakan Tuhan saya
Dan, lantaran itu, semakin saya cintakan Tuhan saya, semakin jauh saya dengan dia

Kenapa??

Sebabnya, saya takut jika ALLAH marah denagn apa yang saya lakukan ni!!
MATLAMAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA
Matlamat saya- ingin tambahkan ilmu tentang agama saya (sesuatu yang bagus –halal), tapi..

Cara saya- bermesej dengan lelaki!!! Sesuatu yang boleh mengundang kepada fitnah dan zina hati (nauzubillah min zalik). Adakah itu sesuatu yang halal?? Kalian fikirkan sendiri.

MasyaALLAH, masa tu, memang fikiran amat bercelaru. Keliru mana satu yang patut di utamakan. Saya ingin mengenal ALLAH dengan lebih dekat (he can guide me), tapi, saya tak sanggup melakukan dosa!! Kelirunyaaaaaaaaa

Lagipun, masa tu, hubungan kami dah hampir setahun –dengan langsung xkenal siapa diri masing2, hanya nama yang menjadi bukti bahawa kami ni kenal, yang lain langsung xtahu apa2.

Masa dah hampir setahun kenal, rasanya, kalian boleh agak, apa yang akan berlaku –perhubungan antara lelaki dan perempuan- em….

Em….zina hati….argh, susah betul nak detect zina hati ni – samada kita dah dijangkitinya ataupun belum-, so, langkah terbaik, baik saya elak!!!

Sedih, sapa cakap xsedih =)

Tapi…SubhanaALLAH, macam yang saya cakap tadi, dia dah mengajar saya untuk mengenal ALLAH, mengenal dan mencintai ALLAH =)

Oleh itu, perpisahan kami tidak mengundang perasaan yang terlampau sedih, sebabnya, kami sama2 kenal ALLAH, dan yakin, semua ini adalah ketentuan dari ALLAH.

Dan, sekali lagi, alasan untuk saya berubah adalah kerana disebabkan CINTA….tapi, kali ni, cinta yang sebenar2nya cinta (semoga ALLAH kekalkan perasaan ini sehingga ke hujung nyawa, insyaALLAH, amin) =) malu nak terangkan dengan lebih lanjut, kalian paham2 sendirilah ye =)

Cinta yang amat indah, bak Rabiatul Hadawiyah (diri yang hina ni langsung xlayak nak dibandingkan dengan tokoh wanita itu, tp, itulah cinta yang ingin dicari)….huhuhu, tak mampu nak ungkapkan perasaan ini, biarlah ia menjadi rahsia antara seorang hamba dengan Khaliknya =)

Jika difikirkan kembali kisah hidup ana (yang langsung xseberapa ni), banyak hikmah yang dapat ana selongkari. =) em… selama 3 tahun minat kat classmate, tapi ALLAH langsung xizinkan dia berkenalan dengan mesra denga saya =)

Selama 2 tahun main2 mesej dengan dia (cikgu), em…­yes, dia pernah approach, tapi setelah ALLAH kurniakan pemahaman saya terhadap Tuhan saya. Maka, diri ni dah agak kuat tuk menolak (tolak pun kerana ALLAH, istiqarah tidak menemukan kami) dan redha dengan ketentuan ALLAH. Dia sekarang dah berbahagia dengan isteri yang telah dihadiahkan oleh ALLAH buatnya (melalui istiqarah juga). SubnahALLAH.

‘Cikgu, saya xpernah menyesal kenal cikgu. Semoga ALLAH tidak hadiahkan dosa selama mana saya kenal cikgu. Cikgu cintakan ALLAH, sebab tu ALLAH hadiahkan isteri yang tercinta buat cikgu. Itu bukti ALLAH sayangkan cikgu. Alangkah indahnya cikgu!!’

Em...nampaknya, semua perubahan hidup saya adalah kerana cinta (pada dasarnya). Walaupun pelakonnya lain2, tapi, asasnya still sama, yakni cinta. Individu yang saya nyatakan di atas hanyalah sekadar ‘pelakon’ yang ALLAH aturkan, pelakon yang diilhamkan oleh ALLAH, semata2 kerana ingin mengubah seorang hamba yang dalam kejahilan, untuk mengenal Tuhannya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH kerana telah memilih aku yang langsung tidak punyai apa2 ini. ‘Pelakon2’ ini tiada apa2, just like me, just like u, hanya ALLAH yang mampu menilai. Walaupun agak sedih (kerana adanya perpisahan, tapi, Alhamdulillah kerana perpisahan itu diganti dengan sesuatu yang Maha Hebat ). ALLAH HU AKBAR!!!

So, buat kalian yang ingin bercinta, carilah cinta yang boleh membawa kepada kebaikan. Cinta itu fitrah buat manusia SAHAJA. Makhluk lain juga berpasangan (ayam, kucing, ikan dll) tapi, kita, manusia, ALLAH kurniakan perasaan cinta. Kenapa?? Kerana kita ni istimewa. Kita ada akal. Itulah beza kita dengan makhluk ALLAH yang lain. Oleh itu, jangan tidak menggunakan keistimewaan ini dengan sebaiknya. Alangkah indahnya jika kita dapat melakukan sesuatu yang kita suka (bersama dengan orang yang dicintai) dan pada masa yang sama, kita dikurniakan pahala oleh ALLAH. SubhanALLAH. (klu x paham, baca novel Ayat-Ayat Cinta =))

Em...Ingin tahu sama ada cinta kita itu diredahai atau tidak? Cuba renungkan diri kita, adakah semakin cinta kita kepada si dia, semakin dekat kita kepada ALLAH atau sebaiknya?? Only u got the answer. =)

Wasalam.



1.40 am
1 julai 2008

Dah Dua Minggu Rupanya...

Assalamualaikum

Alhamdulillah, ALLAH masih bagi peluang tuk membuat sedikit catatan kali ni. Em...dah hampir dua minggu kat UPSI, rsnya jiwa ni macam bocor jer. Makin kosong jiwa....arghh...xsuka perasaan macam ni.

Semua benda dah berubah....too much different thing happend. Kekadanag jiwa kecil ni xmampu gak nak tahan...aduiii...

Tapi, alhamdulillah, ade juga benda yang tak berubah. Alhamdulillah, sebab ALLAH masih izinkan makhluk hina ni untuk terus mengunjungi rumahNYA. Alhamdulillah.

Takpe lah kalau xde sesiapa yang sanggup yang temani kita, asalkan kita punyai waktu yang cukup untuk menemani ALLAH (means punyai waktu utk mengunjungi rumahNYA).

Alhamdulillah, ari Ahad malam Isnin, ade budak tabligh mai bagi nasihat sikit2-takpe la, at least ade gak insan yang sanggup memberi nasihat, tak kisah la siapa dia tu. Ari Isnin lak, kelas sampai kul 7. azan maghrib baru sampai umah. Memang komporm xsempat nak g surau. Smayang kat umah je la. Selesai solat tu, tetiba denagr sesuatu dari surau... rupanya malam ni ade kulaih maghrib. Alhamdulillah, rezeki lagi malam ni, ade pengisian. Malam tu kuliah tentang pembahagian harta secara hukum Faraid. Alhamdulillah la, walaupun kita ni xde harta, tapi, at least, dengan dengar ceramah ni, tahu la juga sikit2.

Alhamdulillah, nampaknya, macamna la agaknya cara ALLAH nk hilangkan kesunyian hambaNYA, ye lah, hambaNYA terlalu lemah, sampaikan nak hilangkan kesunyian sendiri pun xmampu. Oleh itu, ALLAH dah aturkan segalanya dengan sempurna, supaya insan lemah ni dapat alihkan perhatiannya daripada hanya memikirkan hal dirinya saja.

Em...banyak perkara nak di kongsikan, tapi, tak tahu nak gtau sape. Takpe lah, cukuplah ALLAH bagiku....

16 julai 2008

6.00 pm

Friday, July 11, 2008

Seminggu kat UPSI

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, dah seminggu kehidupan sebagai mahasiswa ni bersambung balik. Setelah hampir dua bulan berada di umah, akhirnya bermulalah kembalik kehidupan di UPSI. Alhamdulillah.

Em...permulaan sem ni agak menyedihkan. Sebabnya, surat yang kami hantar tuk tinggal serumah xlulus...adusss....sedihnya. em...semo saing2 dah berpecah...argh...sem tujuh pun macam ni???? Oh no....

Then, barang2 pun banyak yang hilang...arhhh...=) Umah baru sem ni lak, xleh internet, huhuhu...internet la sumber pengisisan yang terbanyak buat ana. Bukan nak kata internet is everything, but, withuot internet, camne nak bersama ngan kalian semo...hehe...

View from window of my new room

Dan..yang paling sedih (agak la), my soulmate dah pindah ke luar. subhanaALLAH =(

Mungkin ade hikmah terbesar yang tersembunyi di sebaliknya, insyaALLAH...

Em..ALLAH tu Maha Adil. Dalam sedikit kesedihan ana, ALLAh turut tidak lpa untuk menyelitkan sedikit kebahagian dalam diri ni. Alhamdulillah, sebab kemasukkan kali ni dalam Kolej Aminuddin Balik, adalah daripada kos pendidikan Islam. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya, mata ni cerah sikit, tengok pemandangan para ustaz n ustazah yang ramai..hehehe...alhamdulillah

Em...kat surau pun dah bertambah ahli jemaahnya. Alhamdulillah. Em...mungkin itulah sedikit kegembiraan yang ALLAH kirimkan tuk hati yang lara ni...ceewah...

Koya sungguh neo ni..koya baik...piiiiirahh =p

Em...tu je kot, sebagai permulaan bagi sem baru ni. Xde banyak sangat yang ndak dicoretkan. Asg dah mula bertimbun2, biasalah, lumrah belajar. Nak siapkan report ROS lagi. Alamdulillah tesis dah setel semo. Alhamdulillah.

Em...sampai sini je la kot. insyaALLAH, ade kelapangan, ana tulis balik. insyaALLAH. Ok dlu, wasalam.

Monday, June 23, 2008

Balik Kampung

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, tanggal 9 Mei 2008, bsamaan dgn hari jumaat, ana dan kawan bertolak pulang ke kampong-Kelantan-Bandaraya Islamik-kebanggaanku. Alhamdulillah, semoga bertolak pada ari jumaat ni, ALLAH lindungi perjalanan kami.

Tepat jam 9 malam, bas dah ade. Alhamdulillah, kali ni bas tepat gak la. Biasanya, bas cata ni selalu lewat-huhu-hamba penumpang setia bas cata-senang, terus ke kolej.

Em...tapi, biasa la, bas ni g amik dlu penumpang2 lain kat kampus, kolej2 lain. Dan, dalam kul 10 mlm gak la baru bas ni bergerak keluar dari Tanjung Malim. Alhamdulillah, perjalanan lancar.

Em...tapi agak lewat la sampai, sebab banyak kali tukar driver.kejap2 brenti, huhu. Paling sedih....

Jam 5.30 pagi, ana sedar, baru duk Jeli (maaf klu silap, xigt flow Klate nis =p). Adus, lambat lagi la nak sampai KB, dalam 2 jam lagi. Em...bas sambung gerak, and ana sambung tido....

Sedar2, dah jam 6.30 pagi, masyaALLAH, xsolat subuh lagi. Camne ni??? Argh... kawan sebelah pun dah mula cemas. Alhamdulillah, ana teringat ceramah yang ana dengar masa Kuliah Muslimat aritu, ustazah tu kata, kalau bas tak berhenti, solat lah dalam bas tu. Sebagai tanda kita hormati waktu solat. Bila dah sampai destinasi kita, qada balik. Em...jadi ana pun solat la dalam bas. Selebihnya, ana tawakkal pada ALLAh. Emmang rasa bersalah sangat. masyaALLAH.

Em...kawan sebelah ana xsolat lagi. Dia pun beranikan diri, suruh pakcik bas tu brenti. Tahu apa jawapan pakcik tu???

‘Ala, tadi xbagitau awal-awal’

Macam marah lak. Kesian kat kawan ana tu. YA ALLAH pakcik, pakcik sendiri pun xsolat ker??

Ana dah tahu jawapan pakcik tu, sebab tu ana xgtau dia, tapi, alhamdulillah, sahabat ana ni berani. At least she try. Ana ni xkuat sangat, sebab memng dah byk pengalaman macam ni. Aiii...pakcik..pakcik...pakcik xsolat ker????

Kesian kat kawan ana tu, seolah2 pakcik tu marahkan dia jer, padahal dalam bas tu, bukan dia sorang yang nak solat (ana dah solat dalm bas tadi). Last2, ana suruh dia solah dalam bus jugak. Sekurang2 nya dia dah cuba gtau pakcik tu. Tahniah Wan.

Em...kul wape sampai KB??

Pukul 7.30 pagi!!

Ai...camne la sahabat2 lain? Camne diorang solat? ALLAH hu akbar, maafkan ana....

Em...tamat pasal bas, sambung peristiwa dengan abangku lak.

Tunggu punya tunggu, dalam kul 8.15 pagi baru dia datang. Huhu. Salah ana, sebab ana x gtau tempat ana tunggu dia dengan jelas (oh, KB, aku belum mengenalimu hehe). Sori my bro...

My first view in Kelantan, my beloved state.


Dengan barangku yang banyak bangat ni-ibarat balik terus-ye la, cuti 2 bulan beb, 1 beg besar, 1 beg kecil, 1 beg Si Hitam, 1 beg kecil, hoho camne nak muat dengan sebuah MOTOSIKAL??? Aiiya...

Hasil kreativiti kami, berjaya gak motor tu digerakkan-walaupun lebihan muatan, alhamdulillah pagi lagi, kalu dah tengah hari, mungkin kena tahan polis, sebab lebih muatan haha. Aduss, kurasa ibarat telur di hujung tanduk, almaklumlah, xpegang pe pe pun. Both of my hand holding by beg huhuh...

Tapi, alhamdulillah, sebab ALLAH swt memang jaga kami. Alhamdulillah.

Wah...cabaran bermula, sebab my bro xikut laluan biasa. Rupanya dia nk g beli nasik berlauk. Aduss. My superb mum ni memang terbaik. Nak suruh anak dia makan dlu. ALLAH hu akbar. Alhamdulillah. So, kami pun lalu la jalan yang jauh....

Gerai nasik berlauk yang menjadi tumpuan ramai...kat Baung. My bro doesnt appear in the picture.

Bila dah siap beli nasik blauk, tetiba....

Argh...tayar pancit sih!!! ALLAH HU AKBAR =) sabar-sabar....

Then, what my bro decide to do???

Oh tidak!!! My bro decide to...tolak the moto haha... oh my bro....

Wah my bro...memang tabik sama u la. ALLAH hu akbar..

Memang xsangka abangku sanggup tolak motor. ALLAH hu akbar. Maafkanku abangku sebab menyusahkan kamu.

Tapi, memang tabik sama abangku, sebab, langsung xmembebel huhu... Memang tanpa was-was my bro nak tolak moto tu...langsung xmerungut!!!

Memang berbeza antara llaki and ppuan. Wah...kurasa, kalau ana dengan ppuan sekarang ni, tentu banyak sangat merungut-ana la tu- ALLAH hu akbar.

Em...walaupun penat dr naik bas pun xilang lagi, tapi, alhamdulillah, ana bersyukur sangat, sebab bagi ana peluang ni. Alhamdulillah. Alhamdulillah YA ALLAH, kerana memberi peluang untukku belajar erti sabar. Alhamdulillah. Thank you my bro.

ALLAH hu akbar. ALLAH Maha Besar. Maha Besar dalam mengatur segalaNYA. Letih itu milikNYA. Walaupuan ana letih, tapi, jalan kaki selama 45 minit langsung tidak memenatkan ana. Alhamdulillah YA ALLAH.

Alhamdulillah juga, sebab, melalui pengalaman ni, ana dapat lihat jenis2 manusia. Alhamdulillah, sebab ade juga orang yang nak menghulurkan bantuan, tapi...huhuhu, diorang nak tolong hantar ana!! Hohoho, terima kasih, ana amat hargai, tapi, xpelah, takkanlah ana nak tinggalkan my bro sorang2 tolak moto??-walaupun ana xtolak motor tu, tapi, at least my bro ade teman- xde la malu sesorang. Huhu..lagipun..takkanlah ana nak naik motor ngan LELAKI?? Oh no.... tapi, memang jutaan terima kasih ana hulurkan kerana sudi menghulurkan bantuan. Yang xhulur bantuan?? Ade gak, takpe, mungkin depa sibuk =)


Alhamdulillah, sampai gak kat stesen minyak. Cuba la isi angin sikit2. Walaupun dah tahu, xde la bagi harapan sangat, tapi...cuba gak.

Em,,,lepa isi angin, xsampai lima minit dah pancit balik. Xpo la bro, dah memang takdir, nak suruh kita excersice lebih pagi ni huhu

Akhirnya....

Kelihatan dari jauh, sayup2 melambai daun ‘pauh’ hehe...argh... Rumahku... Syurgaku... Akhirnya, alhamdulillah, tiba juga ana ke rumah. Alhamdulillah. Alhamdulillah YA ALLAH. Alhamdulillah.

SubhanaALLAH, memang langsung xsangka, ana berjaya juga jalan kaki+bawa barangku yang amat banyak bangat ku. subhanALLAH ya ALLAH.

Em..banyak bangat pengalaman/pengajaran yang diperolehi pagi ni.

Bermula dengan xbrenti solat subuh –solat dalam bus- my bro xjumpa cari ana masa nak mai amik- beli nasik blauk-tayar pancit-orang tolong-orang xtolong-

Wah..memang banyak pengalaman first day sampai Kelantan. ALLAH hu akbar.

Em..seterusnya, cabaran ana tuk tinggl di rumah selama 2 bulan, macamana agaknya??

Ya ALLAh, semoga percutianku ini semakin mendekatkan ku kepadaMU. InsyaALLAH. Aku mendambakanMU ya ALLAH.

Amik Lesen

Assalamualaikum wbt. Hari ni 18 Mei 2008, bersamaan hari Ahad. Alhamdulillah, ALLAH masih pinjamkan nyawa. Em...dah seminggu kat umah ni. Alhamdulillah, ade gak beberapa perubahan yang dah ana buat.

Alhamdulillah, ari Rabu lepas ( 14 mei 2008), ana daftar tuk amik lesen. Tapi sedih gak, sebab kena g sendiri. Sabtu, 17 mei, dengar Kuliah KPP, then ari selasa amik test komputer. Alhamdulillah, sebab semau berjalan lancar. Lepas amik amali 3 jam, dapat L huhu yahooo

Alamak!!! Lupa la plop pasal motosikal, camne ni... ajat nak amik both lesen, senang kalu nk g memana ngan moto..huhu...ruginya masa. Jeling-jeling gak kat orang blaja moto, adus, terdedahnyee =P malu la nanti, semua pakat kelih, dah la kita ni lain dari yang lain hohoho

Tapi...kli x amik sekarang, eln kali pun macam ni gak. Argh, biaq pi la diorang nak kelih pun, aku peduli apa. Yeh, ikut moto hidup –Malu biar bertempat- hoho, kalu nak diiktkan rasa malu, sampai bila aku nak amik lesen. Tempat belaja ni, sampai bebila pun akan macam ni jer-dia xkan ubah jadi tempat tertutup nyer la, ataupun asingkan antara lelaki n pompuan-takkan punyer lah. So, tak nak tak, kena amik gak. Tapi.... arghhhhh malu sih...=(

Nak wat camne??? Arghhh dah la kita ni lain sikit ngan orang lain, nanti semua pakat nak kelih kat kita hoho.

Poyo la ko ni, takdenye orang nak kelih ko. Orang lain lagi cun la huhu....

Bukan masalah cun tak cun la, tapi...masalahnya, seorang ppuan, terdedah kepada lelaki hahahah

Abih tu? Ko nak wat camne??

Emm..cam yang gtau tadi la, abaikan sekeliling. Malu pun, dalam sebluan ni jer (YA ALLAH, semoga segalanya berjalan lancar.)

Aku korban sedikit perasaan malu ni hohoho, arapnya berbaloi la

Mengarut la ko ni neo. Memangla malu tu bagus, tapi, biarlah bertempat. Bukan ko sorang jer yang blaja kat situ, tehn yang lain lelaki. Ade gak la puan lain. Relek la bro...

Hohoho...baiklah boss

Semoga ALLAH melindungi aku dari mata2 syaitan huhu...semoga aku tidak dilihat oleh pandangan nafsu ;p (nak jadi wanita solehah- tidak memandang lelaki, and lelaki tidak memandangnya- wahhhh besaq tul cita-cita) koya + poyo tul hehe

Pepe lah, ni sekadar cakap2 kosong antara aku and diri sendiri. One of my way to get motivation. Dont be shy to do this to ur self. Spend some time to ur self. Bercakaplah dengan diri sendiri, nak arapkan kawan, bukannya dia selalu nagn kita, lagipun, takkanlah memnajang nak ganggu dia, sia dia beb. Klu kita pun-taknak di ganggu memanjang kan?-

Em...saje je ni, guna bahasa pun sempoi jer. Maaf ek klu ade kasar bahasa. Thakns for reading, jangan lupa, bercakaplah dengan diri anda-sebab anda adalah kaunselor terHEBAT diri anda =) peace.

Wasalam.

25 mei 2008

23.12 pm