Have an account?

Wednesday, July 16, 2008

Kenapa Saya Berubah???

Cinta…cinta boleh mengubah dan berubah.
Ramai yang bertanya, kenapa sy berubah?

Kenapa saya berubah?
Kenapa saya berubah?
Em…susah nak jawab
Tapi, bila difikirkan semula, kenapa saya berubah…maybe.. because of love
Haha…buat lucu plop…em… let me think

Cinta…hoho…semua mesti pernah rasai apa tu cinta, no matter with who, seseorang tu tentu pernah mengalami perasaan, at least suka kat seseorang.

Hohoho….malu nk buka kisah hidup, tapi ni sekadar ingin berkongsi sesuatu, semoga ia bermanfaat kepada sesiapa yang mengalami nasib yang sama….

Em…maybe pada tahun 2002 @ 2003 when I was in Form 4 or 5, I was admire on one guy…masyaALLAH, malunya mengaku ni – xde maksud apa2, itu cuma zaman kanak2, langsung xmempengaruhi perasaan pada zaman sekarang-
Em….nape minat kat dia ek??
Em…

Biasalah, zaman kekanak dlu2, bila ade je classmate yang agak memcapap skit (guy) –in anything, education, leader, and others- mulalah ramai yang minat. Aduss…nampaknya, saya pun xterkecuali –hahaha lucu plop- sori dess, ni zaman2 dlu- langsung xberbekas pada zaman sekarang!!

Em….boleh dikatakan dia tu lengkap satu pakej, good student, good son, good looking (hehe) and good slave for ALLAH (maybe, insyaALLAH). Em…walaupun saya pada masa tu jahil lagi, hoho..tapi, still minat kat budak yang warak gak (setakat yang mampu la) hehe (koya sih).
Em…tapi….
Alhamdulillah, sebab ALLAH kurniakan akal yang waras tuk saya. Saya yang kuat koya ni (koya boleh berkawan dengan dia) tetiba ALLAH kurniakan perasaan rendah diri yang amat sangat dalam diri ni

Adus…layak ke saya tuk dia??? Huhu…may be in education, kami setaraf, tapi, in religion? Fuh, bak langit dengan bumi!!!

Saya masa tu jahil amat (xsanggup nak cite kejahilan diri), tapi, berkat sikap yang suka koya ni ( salah satu keburukan diri), koya boleh berkawan dengan dia, ALLAH kirimkan bersama perasaan rendah diri.

Rendah diri mengenangkan, diri ni langsung xlayak tuk dia –jika dibandingkan dalam bab agama- huhu

SubhanaALLAH, =)

Pelik kan??? Tapi, jika ALLAH ingin membalikkan hati insan, sekelip mata dia boleh mengubahnya. Tapi, masa tu, saya belum 100% berubah jadi baik lg, -Cuma solat cukup jer la- (aduss…jahilnya…Form 5 baru nak solat cukup!!!! masyaALLAH !!) ALLAH hu akbar!!!

Tapi, alhamdulillah kan??? Sekurang-kurangnya, ALLAH tak tarik nyawa ana masa tu. SubhanaALLAH, Alhamdulillah.

Dah malu banyak ni….tapi nak sambung lg cerita =) kalau rajin, teruskan pembacaan anda =P

Em….ditakdirkan ALLAH, ALLAH menjaga perasaan ini. ALLAH xizinkan sy kenal rapat dengan dia (Alhamdulillah). Cuma sekadar admire senyap2 jer –tapi, kesannya besar bangat- berjaya menjadikan ana solat dengan cukup bilangannya (malu….) subhanaALLAH.

Em….xtahulah apa pandangan kalian tentang ana ( xkisah pun, sebab kita sama2 makhluk ALLAH =)) Em…

Hampir 3 tahun memendam perasaan, dan, dalam tempoh tu jugaklah, semakin banyak ana koya pasal dia ( =P masyaALLAH), semakin dekat ana kepada ALLAH (alhamdulillah) –psstt : we never know about our feeling for each other, and I don’t want he know that!!! Nauzubillah

Alhamdulillah sangat kepada ALLAH …..=)

Tahun 2005, sekali lagi ALLAH uji perasaan ana dengan mahluk yang bergelar lelaki (gatai hang ni ek neo =p ) sori2222, it doesn’t mean yang sy menggatal, ni semua ketentuan ALLAH.

Dalam tempoh 2 tahun saya kenal dia, xpernah sekalipun kami bersua muka. I don’t know him, and so do him. Kami langsung xtahu apa2 pasal diri masing2, cuma mesej berperihalkan agama yang menjadi tali silaturahim kami. SubhanaALLAH, masa ni betul2 menguji keimanan saya sebagai seorang hamba daripada kaum Hawa…

Masakan tidak, dia mengumpan saya dengan ilmu agama hehe, takkanlah kita nak tolak, ade orang yang sanggup mengajar kita (hoho….ni pemikiran saya disaat tu). Istilah mengumpan, bukan bermaksud dia tu xbaik, sebenarnya, nak bagitahu bahawa saya yang tertarik (tuk berkawan dengannya) kerana ilmu agamanya. Ye lah, masa tu kita baru nak berubah, tetiba, bak pucuk dicita, ulam mendatang, ade orang yang sudi tawarkan diri tuk ajar...=)

SubhanALLAH, banyak betul ilmu yang dia curahkan….maafkan saya jika terlalu memujinya, tapi, itulah hakikatnya. Dia menyedarkan saya betapa hinanya saya sebagai makhluk ALLAH. I am nothing without ALLAH. subhanaALLAH, mana sy nak dapat seorang kawan yang sanggup mengajar saya, betapa hinanya saya ni?? Kebanyakkan teman sekeliling, suka memuji, lantaran itu, kita semakin lupa diri, dan akhirnya, mula riak dengan kejayaan yang dikurniakan Ilahi. ALLAH hu akbar!!

SubhanALLAH…
SubhanALLAH…
SubhanALLAH…

Semakin kenal dia, semakin saya mengenal siapa Tuhan saya

Dan, semakin saya kenal siapa Tuhan saya, semakin saya cintakan Tuhan saya
Dan, lantaran itu, semakin saya cintakan Tuhan saya, semakin jauh saya dengan dia

Kenapa??

Sebabnya, saya takut jika ALLAH marah denagn apa yang saya lakukan ni!!
MATLAMAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA
Matlamat saya- ingin tambahkan ilmu tentang agama saya (sesuatu yang bagus –halal), tapi..

Cara saya- bermesej dengan lelaki!!! Sesuatu yang boleh mengundang kepada fitnah dan zina hati (nauzubillah min zalik). Adakah itu sesuatu yang halal?? Kalian fikirkan sendiri.

MasyaALLAH, masa tu, memang fikiran amat bercelaru. Keliru mana satu yang patut di utamakan. Saya ingin mengenal ALLAH dengan lebih dekat (he can guide me), tapi, saya tak sanggup melakukan dosa!! Kelirunyaaaaaaaaa

Lagipun, masa tu, hubungan kami dah hampir setahun –dengan langsung xkenal siapa diri masing2, hanya nama yang menjadi bukti bahawa kami ni kenal, yang lain langsung xtahu apa2.

Masa dah hampir setahun kenal, rasanya, kalian boleh agak, apa yang akan berlaku –perhubungan antara lelaki dan perempuan- em….

Em….zina hati….argh, susah betul nak detect zina hati ni – samada kita dah dijangkitinya ataupun belum-, so, langkah terbaik, baik saya elak!!!

Sedih, sapa cakap xsedih =)

Tapi…SubhanaALLAH, macam yang saya cakap tadi, dia dah mengajar saya untuk mengenal ALLAH, mengenal dan mencintai ALLAH =)

Oleh itu, perpisahan kami tidak mengundang perasaan yang terlampau sedih, sebabnya, kami sama2 kenal ALLAH, dan yakin, semua ini adalah ketentuan dari ALLAH.

Dan, sekali lagi, alasan untuk saya berubah adalah kerana disebabkan CINTA….tapi, kali ni, cinta yang sebenar2nya cinta (semoga ALLAH kekalkan perasaan ini sehingga ke hujung nyawa, insyaALLAH, amin) =) malu nak terangkan dengan lebih lanjut, kalian paham2 sendirilah ye =)

Cinta yang amat indah, bak Rabiatul Hadawiyah (diri yang hina ni langsung xlayak nak dibandingkan dengan tokoh wanita itu, tp, itulah cinta yang ingin dicari)….huhuhu, tak mampu nak ungkapkan perasaan ini, biarlah ia menjadi rahsia antara seorang hamba dengan Khaliknya =)

Jika difikirkan kembali kisah hidup ana (yang langsung xseberapa ni), banyak hikmah yang dapat ana selongkari. =) em… selama 3 tahun minat kat classmate, tapi ALLAH langsung xizinkan dia berkenalan dengan mesra denga saya =)

Selama 2 tahun main2 mesej dengan dia (cikgu), em…­yes, dia pernah approach, tapi setelah ALLAH kurniakan pemahaman saya terhadap Tuhan saya. Maka, diri ni dah agak kuat tuk menolak (tolak pun kerana ALLAH, istiqarah tidak menemukan kami) dan redha dengan ketentuan ALLAH. Dia sekarang dah berbahagia dengan isteri yang telah dihadiahkan oleh ALLAH buatnya (melalui istiqarah juga). SubnahALLAH.

‘Cikgu, saya xpernah menyesal kenal cikgu. Semoga ALLAH tidak hadiahkan dosa selama mana saya kenal cikgu. Cikgu cintakan ALLAH, sebab tu ALLAH hadiahkan isteri yang tercinta buat cikgu. Itu bukti ALLAH sayangkan cikgu. Alangkah indahnya cikgu!!’

Em...nampaknya, semua perubahan hidup saya adalah kerana cinta (pada dasarnya). Walaupun pelakonnya lain2, tapi, asasnya still sama, yakni cinta. Individu yang saya nyatakan di atas hanyalah sekadar ‘pelakon’ yang ALLAH aturkan, pelakon yang diilhamkan oleh ALLAH, semata2 kerana ingin mengubah seorang hamba yang dalam kejahilan, untuk mengenal Tuhannya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH kerana telah memilih aku yang langsung tidak punyai apa2 ini. ‘Pelakon2’ ini tiada apa2, just like me, just like u, hanya ALLAH yang mampu menilai. Walaupun agak sedih (kerana adanya perpisahan, tapi, Alhamdulillah kerana perpisahan itu diganti dengan sesuatu yang Maha Hebat ). ALLAH HU AKBAR!!!

So, buat kalian yang ingin bercinta, carilah cinta yang boleh membawa kepada kebaikan. Cinta itu fitrah buat manusia SAHAJA. Makhluk lain juga berpasangan (ayam, kucing, ikan dll) tapi, kita, manusia, ALLAH kurniakan perasaan cinta. Kenapa?? Kerana kita ni istimewa. Kita ada akal. Itulah beza kita dengan makhluk ALLAH yang lain. Oleh itu, jangan tidak menggunakan keistimewaan ini dengan sebaiknya. Alangkah indahnya jika kita dapat melakukan sesuatu yang kita suka (bersama dengan orang yang dicintai) dan pada masa yang sama, kita dikurniakan pahala oleh ALLAH. SubhanALLAH. (klu x paham, baca novel Ayat-Ayat Cinta =))

Em...Ingin tahu sama ada cinta kita itu diredahai atau tidak? Cuba renungkan diri kita, adakah semakin cinta kita kepada si dia, semakin dekat kita kepada ALLAH atau sebaiknya?? Only u got the answer. =)

Wasalam.



1.40 am
1 julai 2008

0 Respon: