Have an account?

Saturday, August 30, 2008

Seminar Perubatan Islam by Ustaz Sharhan

Bismillahirrohmanirrahim

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, ALLAH izinkan lagi untuk terus berada dalam agamaNYA

dan terus tertarik pada agamaNYA. Alhamdulillah, semalam, ALLAH juga telah izinkan ana untuk hadiri satu seminar tentang perubatan Islam yang dkelolakan oleh Ustaz Sharhan Shafie Al-Tobibbi. Alhamdulillah sangat2, sebab ALLAH bukakan pintu hati ana untuk pergi ke sana. Banyak betul ilmu ALLAH yang ana perolehi.


Antaranya:
1-
macammana nak ubati orang yang kena histeria
2-
macamana nak pagari diri kita daripada gangguan syaitan dan jin
3-
macamana nak buat air penawar
4-
macamana nak ubati orang yang terkena ‘gila babi’
5-
em..tanda2 kita kena sihir
6-
mimpi2 yang menunjukkan tanda kita ni kena ganggu oleh makhluk halus
7-
dan...yang paling best, ustaz tunjukkan beberapa rakaman ketika beliau mengubati pesakitanya. Masa ni, ana boleh tgk la, camne jin ni.. (nak tahu lanjut, sila chat ngan ana hehe)

Dari rakaman tu, satu yang ana perasan. Jin/setan ni, diorang takut kat ALLAH rupanya. Buktinya, masa ustaz tu buat perjanjian dengan jin/setan, supaya jangan masuk lagi dalam badan pesakit tu, ustaz guna lebih kurang ayat macam ni

aku berjanji, dengan nama ALLAH, aku tidak akan masuk lagi ke dalam badan ---nama---. Jika aku mungkiri janji, aku akan menerima azab yang amat dasyat dari ALLAH”

Lebih kurang gtu la perjanjian tu. Em...kalu kita tengok perjanjian tu (dilafazkan oleh jin yang ade dlm badan pesakit..takut tul masa tgk tu huhu) em...seolah2 jin ni takut nagn azab ALLAH (memang pun). Pastu, ana cuba relate kan dengan kejadian manusia... em...adakah sejahat2 manusia ni, dia pun takut kat ALLAH?? (wallah hu alam, sebaba ana xtau) tapi, kalu kita lihat pada kes2 yang berlaku sekarang ni (bunuh membunuh tu macam mainan jer), seolah2, manusia ni x sedar dengan ke’dasyat’an azab ALLAH tu...
Wallah hu alam. Ana pun xtahu.
Apa2 pun,itu sekadar sedikit persoalan yang ana cuba tinggalkan untuk kita sama2 fikirkan =) sekian saje. Selamat berpuasa ana ucapkan. Semoga kita semoa tergolong dalam golongan ynag tidak sabar untuk menerima kedatangan “Karnival Ibadah” ni.
Semalam, ahli Rakan Surau surau AL-Falah bertungkus lumus nak siapkan banner tuk sambutan ihya’ Ramadhan. Alhamdulillah, sapa sangka, dengan bantuan ALLAH, kami semua berjaya siapkan 2 banner semalam walaupun kami ni langsung xdop bakat hehe (otak budak math hehe). Balik pun dah lewat semalam. Pagi ni ade gotong royong tuk sambutan ihya Ramadhan. Alhamdulillah, walaupun sibuk ngan assingnment n test (coming soon) tapi ALLAH izinkan juga jasad yang serba xde apa2 ni untuk sama2 membantu huhu. Alhamdulillah
Ok, syukran jazilan sebab meluangkan masa utk membaca. insyaALLAH, kita jumpa lagi. Wasalam.

Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan, "Ya Allah, tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:: Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri; Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang di sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Bayangkan, yang berdoa ialah Malaikat dan yang meng-Aminkan ialah Rasulullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat...Oleh itu, saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengajakan mahupun yang sengaja. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna, insyaAllah...

31 Ogos 2008
8.28 am

0 Respon: