Selamat Hari Guru
Tanggal 16 Mei datang lagi, jika sebelum ni aku cuma mengucapkan kepada cikgu2 aku, sekarang tibalah masa, aku pula yang menerima ucapan. X percaya langsung.
Em... sepanjang hampir 6 bulan jadi cikgu, sungguh terasa tekanannya. Bukan tekanan dengan kerja (saja) tapi juga terkanan memikirkan macamana nak MENDIDIK, bukan hanya MENGAJAR.
MENGAJAR – objektifnya untuk melahirkan manusia yang BERILMU PENGETAHUAN, PANDAI FIKIR UNTUK SELAMATKAN DIRI DARI KESUSAHAN. (xkisah jalan yang betul atau salah)
MENDIDIK – objektifnya untuk hasilkan manusia yang berkualiti, BERAGAMA, BERADAB, MENGHORMATI ORANG LAIN, TAHU MENGHARGAI, SAYANG PADA DIRI, yang paling penting, SEDAR DIRI, siapa ‘aku’ ni. (aku cuma hamba yang HINA)
Dalam Solusi keluaran sulung pun ada bincangkan prkara ini
‘ Mengajar – dengan memberitahu, memahamkan, dan menyampaikan’
‘Mendidik – dengan mengajak, mendorong, membimbing, dan memantau...’
-Ustaz Phrol Mohd Juoi
Mana satu kategori aku? Ya ALLAH..jika diikutkan kemahuan, semestinya lah mahu menjadi PENDIDIK, tapi, sudah layak ke? Em... semoga aku mampu ya ALLAH
(Bukan aku)
‘ Pendidik adalah golongan yang paling dekat dengan tugas para RASUL’
Pst: hebat kan Nabi kita, Muhammad SAW, PENDIDIK TERULUNG, sebab sampai sekarang ilmunya (ajaran+sunnahnya) masih digunapakai sehingga ke harini) ALLAH HU AKBAR
Cikgu yang masih bercita-cita
Rumah sewa,
0734am
16 Mei 2010
‘SELAMAT HARI GURU’
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
0 Respon:
Post a Comment