Have an account?

Sunday, December 6, 2009

Saja Saja

Assalamualaikum...lama sungguh x mencoret sesuatu. Alhamdulillah, diizinkan harini tuk ke CC (pitis pun x dop skrg..walaupun di Kelantan musim banjir, tp m\poketku masih dlam musim keirng kontang hoho)
Nak tulis Keluarga Harapan la...kenapa tiba2 ni...hehe..saja..sebab ramai sahabat dah berkahwin...

-Perkahwinan maknanya mulalah terbentuknya EMPAYAR BARU bagi seseorang individu. dengan berkahwin, seseorang berpeluang untuk menjadi RAJA dan MENTERI dalam kerajaan nya..wah..hebat bunyinya kan?
EMPAYAR BARU, maka, sistem pemerintahan pun, TOTALLY akan bergantung kepada raja dan menterinya. Bestnya...maka, kija ibu bapanya berfiikrah ISLAM, INSYAALLLAH, rakyatnya yang bakal lahir pun...tidak akan jauh dari fikrah itu. InsyaALLAH.

-untuk wujudkan empayar baru tu..sebolehnya tidak mahu mendapat ganggu/pengaruh dari luar..maknanya, sebolehnya Si Raja dan Menterinya yang mewujudkan segala peraturan di EMPAYARnya, kalau nak dari luar....boleh...tapi, untuk penambahbaikkan la...bukannay untuk menggubal dasar....

sambungan..di lain masa..sebab x brapa best nk menaip di cc ni. insyaALLAH. ok, jumpa lagi. wasalam

Sunday, November 8, 2009

Sabah Part 1: Ku di Awan Biru =)

27 hb Oktober merupakan detik bersejarah buat penulis, sebab buat pertama kalinya, dia naik kapal terbang!! Hehe....subhanALLAH, memang TERHARU masa pertama kali naik.
PENGALAMAN TERBANG
Mula2 kapal terbang tu memecut dengan lajuuuuuuu..sangat laju..dan..tiba2 rasa macam terapung.....ALLAH HU AKBAR....(telinga mula berdengung, tuk atasi, sila telan air liur =))
Ntah la..mungkin kerana penulis ni jakun kot..memang terharu sangat masa mula2 kapal terbang tu mula terapung di udara. SubhanALLAH, sungguh hebat ALLAH yang menciptakan manusia yang mampu mencipta kapal terbang ni. ALLAH, Engkau MAHA HEBAT!!
Tiba-tiba terlintas di fikiran penulis, bagaimana agaknya Israk Mikraj dulu berlaku kepada Rasulllah saw? Bagaimana agaknya Buraq tu ye? Bagaimana lajunya? Dengan laju kapal terbang ini pun penulis dah terharu..bagaimana pula agaknya laju si Buraq tu...em...apa la agaknya perasaan Rasulullah masa tu?? Begitu sukar rupanya nak membawa Islam ni.....
Once mula terapung, dah xde rasa apa2 dah. Cuma dalam fikiran, asyik terkenang kepada kebesaran ALLAH. Sangat Hebat. Alhamdulillah, ALLAH bagi peluang ini. TERHARU...TERHARU....=)
Alhamdulillah, selamat sampai KKIA, Kota Kinabalu International Airport.

Sabah Part 2 : Keadaan di sekolah

Wednesday, September 30, 2009

Abah
Assalamualaikum abah. Macam mana abah di sana? Rindunya saya pada abah. Sudah lama kita berpisah ye bah? Sekarag 30 September, 14 Oktober nanti, cukuplah 4 bulan kita berpisah.

Abah.....
Abah, kalau abah nak tahu, semua ‘benda-benda’ yang abah buat, semuanya setia pada abah. Adus...tak sangka kan? Betapa hebat ALLAH...ALLAH curahkan kasih sayangnya, bukan hanya pada manusia dan haiwan yang ada naluri, tetapi juga pada ‘alat-alat’ yang pada pandangan zahir kita, langsung xde apa2 perasaan. Tetapi, ALLAH sungguh hebat.

Abah,
Mula-mula sekali, pasal kereta abah.
Yo yang mula2 tengok, dia tengok, tarikh matinya road tax pada 14 Jun 2009!!! Jatuh sama dengan hari berpisahnya jasad dan roh abah. ALLAH hu akbar...ALLAH hu akbar...ALLAH hu akbar...
Sekarang, kereta abah langsung x digunakan...maafkan saya abah, sebab xpandai nk bawa kereta...ada lesen...tp xleh bawa juga...........=( maafkan saya abah.......... saya langsung x leh nak tolong bawa ma pergi mana-mana...macam yang abah buat pada ma dlu...maafkan saya...... xsempat saya nak belajar ngan abah dlu.....maafkan saya abah..........

Satu persatu barang abah ‘ikut’ abah. Betapa setia dia pada tuannya. Cuba tengok ‘gerhe’ yang abah buat ni. Dlu selalu je ma n abah duk atas gerhe ni...tambah2 bila anak2 semua duk jauh2 dari rumah, atas gerhe ni la ma n abah duk berbual, sambil2 buat kerja masing-masing (ma suka tanam pokok, abah suka repair apa2 alat dia)........ sekarang, makin hari, makin uzur gerhe tu..... anai-anai dah mula makan gerhe tu abah.... kenapa masa abah ada...anai-anai xde? Pelik saya....... mungkin juga gerhe tu sendiri yang benarkan anai-anai makan dia...sebab dia nk ‘ikut’ tuannya.... sedihnya saya bah, sebab saya x mampu nak buat apa2........
Lagi.... tangga kayu abah..yang sellau abah guna tuk kait pauh...sekarang, nasib dia pun sama..dia dah dimakan anai-anai... =( sekali lagi...saya x mampu nak buat apa2.. maafkan saya abah..........tapi, pernah, kelmarin, Yo nak kait pauh, dia pun letak kat bawah pokok pauh tu...kemudian, saya tengok, KERENGGA MAKNA ANAI-ANAI tu..subhanaALLAH. rupanya ada cari tuk kawal anai- anai tu....=) tapi, tangga tu memang dah uzur abah, sebab salah satu tangga nya dah patah masa Yo naik...=( Argh..maafkan saya abah, sebab saya tak tahu camne nak baiki tangga tu...=(

Abah,
Pasal enjin air pun...sama...abah pernah ajar saya tuk baiki, camne nak buat kalau air x naik...abah ajar, buka kat satu ruang tu, kemudian, kita masukkan air kat situ...saya pernah buka kat satu ruang tu abah....tapi...tiba-tiba air memancut dengan laju...abih basah.....rupanya saya x g tutup suis enjin tu...adus..betapa xde guna saya ni kan abah?? Maafkan saya........=(

Motor kesayangan abah yang begitu banyak jasa pada abah..sekarang...pun sama macam nasib kereta abah...xde sapa nk guna....sombong betul saya ni kan abah?? Xnak guna motor Honda 50 abah tu...ish......maaf la abah...tapi, yang paling sedih..moto tu dah makin mereput...dah mula berkarat bah....
maafkan saya.......saya ingat lagi abah, denagn moto itulah, abah buat sara kami semua...bawa surat khabar...dan g hantar..rumah ke rumah.....dengan moto itulah juga, abah anta kami adik beradik ke sekolah (siap bonceng 3 orang lagi)...abah...maafkan saya...sebab saya x pandai nak jaga motor abah. Sekarang, saya hanya naik motor EX5 tu je ke mana-mana..doakan saya abah, semoga saya selamat di jalanan....=(

Lepas satu..satu bah....alat2 pertukangan abah pun...satu persatu mula berkarat..
sebab xde orang guna...hebat ALLAH kan? ALLAH yang aturkan semua ni...terlintas di fikiran saya, bahwa mungkin alat-alat ini juga ber’perasaan’. Sebab dia siapa yang nak gunakan dia, maka dia pun mula memakan dirinya sendiri..sebab dia sedih....xde siap nak gunakan dia...arghhhh...........abah...maafkan saya.....

Abah...abah...
Tak terhitung kalau saya nk senaraikan semua yang berlaku dalam rumah ni pabila abah dah tinggalkan kami....seluruh ‘jasad’ dalam rumah ni merasai kehilangan abah....semuanya abah, baik yang bernyawa, mahupun yang tidak...aduss....semua yang saya dah tulis kat atas tu..semua apsal ‘barang2’ yang tak bernyawa...mereka pun turut bersedih...em.....ma pula camne??? Tentu lebih2 lagi kan, abah?
Tapi, ALLAH MAHA KAYA abah, sebab, DIA juga hadiahkan sesuatu untuk kami....ALHAMDULILLAH, sebab ALLAH hadiahkan kemanisan ketika bersamaNYA. ALHAMDULILLAH ya ALLAH.

YA ALLAH, SEMOGA ENGKAU TEMPATKAN ABAHKU DI KALANAGN HAMBA-MU YANG BERIMAN DAN SOLEH......
Abah,

Malu saya...saya tahu..doa anak2 yang soleh dapat menyelamatkan ibu bapanya yang telah meninggal..tapi...sekali lagi saya mohon ampun abah...sebab saya belum dapat jadi macam tu.....aduss....tapi saya janji abah...saya nak berusaha ke arah itu. Ya ALLAH....


30 september 2009
1103 am

Thursday, September 24, 2009

Sekitar Majlis Mesra Eidul Fitri

Pendaftaran tetamu.


Sesi Forum


Ketibaan Tok Guru


Amanat dari Tok Guru kesayangan anak2 klate


Penyampaian cenderamata buat ahli panel forum


Ramainya yang berebut nak ambil gambar tok guru


Make kenye tok...=)


Telatah anak2 klate kita..jemput makan ye


InsyaALLAH tahun depan jumpa lagi =)

Sunday, September 13, 2009

Sambutan Eidul Fitri buat Semua Mahasiswa Kelantan 1430H


Sila klik untuk besarkan

Jemput datang beramai2

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5380992494492659778" />
Sila klik untuk besarkan

Friday, September 11, 2009

Day Planner

Salam. kongsikan Day Planner ni.......valid sepanjang masa. Boleh la kalian paste dalam word, then tarik2 bagi panjang..(buat landscape lah)...then, print, then potostate banyak2..boleh guna sokmo2.Tulis je bulan berapa2... InsyaALLAH, MERANCANG untuk ESOK, supaya hidup lebih TERANCANG. =)




InsyaALLAH,akan datang, ana kongsikan sesuatu yang lain pula....=) insyaALLAH.
Wasalam.

Wednesday, September 2, 2009

Oh Adikku Sayang

Salam. Em…baru balik pasar malam. Sedihnya dengan apa yang mata ni pandangan. Sedih sungguh tengok pemandangan di pasar malam.
Apa yang sedihnya??
Em…tengok adik2 kita zaman sekarang ni..sedihnya….kenapa la puteri-puteriku sayang tu….kenapa pakai baju yang kecik2?? Sedihnya…..maaf la, bukan niat ana nak jatuhkan airmuka kaum ana sendiri….tapi memang sedih. Sedih..sebab adik2 ni seolah dalam ketidaktahuan bahawa apa yang mereka pakai tu x betul….xbetul dari sudut agama. Kenapa adik xtahu?? Sedihnya kak…
Beberapa kerat jer yang boleh dikatakan mengikut piawaian Islam. Argh…kenapa susah sangat nak ikut apa yang digariskan?? Kenapa susah? Hish..betapa halus jarum si Yahudi tu, diorang cipta baju yang kecik2, then membuatkan pemakaian langsung xrasa bersalah bila pakai tu..arghh geram!!!!
Lagi sedih…tumpang bersedih pada kaum Adam...sebab xpasal2 mereka dapat dosa free. Maklumlah, pandang ke mana2 pun..semuanya aurat terbuka. Tadi, masa beli nasi kerabu, adik tu dari sekolah Arab kot (pakai kopiah)..sian kat dia, (nak beli nasik tuk berbuka bekalih) sebab adik yang menjual nasik tu pun x tutup aurat...aii....maaf ye dik(adik lelaki), akak mohon maaf bagi kesalahan kaum akak ni (Hawa).
Bagi yang seronok tengok aurat pula...em...lelaki zaman sekarang ni tak perlu nak hendap/ skodeng tengah2 malam dah...sebab sekarang ni tepi jalan pun dah boleh lihat macam2 pemandangan dah. Aii...malu la adik ppuanku sayang....
Kalu ikutkan hati...nak je letak gambar fanomena pemakaian sekarang ni...tp seganlah..sebab tu satu kaum ngan ana...lagipun...aurat ni sama jer....kalau tengok..dapat dosa..ana xmau pembaca llaki blog ni (koya...kalau ada lah...=)) tiba2 dapat dosa pula bila menziarah kat sini.
Em...tadi duk cite pasal adik ppuan jer..sekarang nk cite perihal adik lelaki plop. Em...agak terkejut gak kat pasar malam di rumahku ni...ada seorang adik lelaki..yang rambutnya ala-ala TROJAN n bewarna kuning. Ditelinganya ada subang la pulak...argh..terkejutnya..di kawasan umahku ada orang macam ni..di bumi bertuah Kelantan??? Sedihnya!!!! =(
Em...sekarang..masuk bab paling penting........
Sekadar ingin membicarakan...apa pula PERANAN diri sendiri ni yang SEDAR tentnag masalah sosial yang berlaku ni. Apa yang patut kita buat? Hanya berdiam diri je ke? Hanya melihat dengan pandangan sinis...dan akhirnya marah2 dalam blog, bahawa x suka fanomena ni? Gtu je?
Em....kita biasa dengan hadis Rasulullah SAW bahawa apabila kita melihat kemungkaran, ada 3 tahap IMAN seseorang itu untuk mencegahnya.
1. Melalui tangannya, yakni kuasanya
2. Melalui lidahnya, yakni kata2
3. Melalui hatinya, yakni tidak suka/membenci perlakuannya.
Dalam ketiga2 method tu, sesungguhnya yang ke tiga itu adalah selemah2 iman. Aduss...sampai bila kita ingin berada dalam takuk SERENDAH-RENDAH IMAN?
ALANGKAH RUGINYA, jika kita telah dikurniakan oleh ALLAH dengan sedikit KELEBIHAN DALAM ISLAM, tetapi kita TIDAK BOLEH KONGSIKAN dengan oarang awam yang lain....alahai.............
Apa bezanya kita ada dan tiada? Jika kedua-dua nya (ada dan tiada) pun mendatangkan hasil yang sama, iaitu ORANG AWAM TIDAK MENDAPAT FAEDAH dengan KEHADIRAN/KEWUJUDAN kita? Em............fikirkan sejenak. Adakah kita berfungsi untuk masyarakat kita? Kalau kita tiada, adakah itu akan menjejas kan sesiapa?
Em...kalau jawapannya TIDAK...em...nampaknya, kita x wujud pun xpe lah..kan??
em...sebenarnya sedih gak nak membincnagkan hal ni..sebab ana sendiri pun dah cuba tanya soalan tu buat diri ana...dan jawapannya..(ana rasalah) ialah TIDAK. Ketiadaan atau kewujudan ana mungkin tidak disedari @ diperlukan oleh sesiapa..............sedihnya dengar jawapan macam t...........ARGHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Em... sampai bila nak menjerit jer..kalau xde sebarang tindakan, takde guna la Neo oiii............
Em.........betul3...tp apa yang mampu ana lakukan??
Fikir....fikir....fikir....
Daya imaginasi yang ALLAH kurniakan untuk ana, alhamdulillah, agak unik. Ana boleh imaginasikan/khayalkan/ bahasa klate kita panggil KOYA, pelbagai benda.
DAN...ana juga ada KOYA kan penyelesaian masalah ni...Cuma xtau..samada dapat di realisasikan atau x.............
1. Buat flyers n edarkan pada pembeli kat pasar malam tuh.

- Bukan mustahil, tapi agak sukar nak buat..apa halangannya...PERASAAN MALU. Ishhhhhhhhhhhhhh...................=(
2. Buat program kat surau kat umah...contohnya KEM SOLAT ker........

-pun xmustahil...Cuma...xtau nk rujuk sapo.....hohoho
3. Kuliah Mingguan tuk semua penduduk sini
-ajaklah mana2 ustaz tuk bagi kuliah sikit, sebelum tu..boleh buat soalt sunat dlu, (cthnya soalt sunat dhuha ke)
Em....semua yang disenaraikan...............TIDAK mustahil tuk dilakukan kan???
Em...........halangan terbesar tuk buat, adalah DIRI sendiri....
Sama2 usahakan tuk laksanakannya ye??
Oh Neo....be brave. Nothing to be scared. I know u can. Please.....................insyaALLAH

Friday, August 28, 2009

kEring

Assalamualaikum wbt. Terlalu lama x mencoretkan sesuatu dalam ni. Hanya sering berkunjung ke blog2 lain yang ada link jer. Sedar x sedar..dah menjengah ke bulan Ramadahan rupanya kita ni yer. Perbanyakkan bersyukur kerana masih mampu merasainya.
RAsanya...pada tahun ni paling banyak kematian yang berlaku....bila pula giliran kita? Bersediakah kita? Arghhh...tak termampu nak menjawabnya..........
Dalam kadang2 tersedar dengan bantuan ALLAH, kita masih lagi boleh leka dengan kehidupan seharian. Dunia ni terlalu banyak mainan.........so many thing can be played yang mana...semestinya akan melalaikan kita........


YA ALLAH.AMPUNKAN DOSA-DOSA KAMI ATAS KELALAIAN KAMI

Thursday, July 2, 2009

Assalamualaikum wbt.
Kali ni xtau nak bagi tajuk apa...sekadar nak kongsikan pengalaman setiap pagi jumaat sekarang ni.

ni la setiap hari...susun pinggan2 yg guna tuk ngatik semalam punyer... walaupun penat..tp seronok...sebab aktivi2 macam ni....boleh mengeratkan silaturrahim antara kami adik beradik... =)


Gambar last ngan arwah abah...sebelum dia masuk wad yag last...

Sunday, June 14, 2009

Abah






Salam. Pertama2 nya, syukran jazilan khotiron buat semua sahabiah2 yang mengucapkan takziah buat ana sekeluarga. Mohon maaf sebab xsempat nak reply mesej antunna semua. Syukran jazilan sekali lagi. Izinkan ana nak cerita sikit tentang abah ana (-maaf sebab selit sikit)
Arwah sakit usus kanser, sejak awal Februari 2009, dah kencing berdarah (xtau kronik tahap ke brapa dah...air kencing dah macam darah).Lepas tu ulang alik masuk wad, sampailah dah bosan duk wad, cuba brubat cara kampung lak.
Air tawar...tepung tawar...air ubat...gamat...semua dah masuk dalam perut abah...but, seems no changes. Arwah makin murung dan makin mudah letih. He only look happy when he with his grandchilds =) (selingan jap) Alhamdulillah, ada juga rasa gembira buatnya =)
Em...ditakdirkan ALLAH, nk cuba berubat dengan MADU pula..as-sawda. bagus Doktor kat farmasi tu...dia nasihatkan, sebelum makan ubat tu...kena pasang 3 niat:
1) niat fisabillah...nak lawan orang/produk kafir
2) Niat nak ikut sunnah.
3) barulah niat untuk sembuhkan penyakit. ALLAH hu akbar....cantik sungguh niat2 tu...
Sebelum tido makan madu tu....jam 4 pagi tu...arwah meninggalkan kami semua. Mungkin ini yang ALLAH dah aturkan...'permudahkan urusan...' tak nak susahkan/seksa abah lama2...ALLAH hu akbar...
Syukur pada ALLAH....
Syukran buat sahabat2

Keterangan gambar (padankan sendiri la ek =)
1. cucu abah...aisya suffiya, 6 tahun...xde gigi =)
2. cucu abah gak, alia jasmin
3. abah
4. abah, abang, alia jasmin...hepi abah =)
5. Air kencing abah...boleh konfius dengan darah
6. masuk bilik bedah...nk masukkan kamera dalm usus

Friday, June 12, 2009

Islam Untuk Semua

Assalamualaikum wbt.
Lama sungguh x meluangkan masa bersendirian dengan Si Hitam. Sekarang, Si Hitam dah x jadi milik peribadi, tapi, seolah-olah dah ‘diwakafkan’…..dan lebih menyedihkan, sebab dah dicemari dengan download-download lagu..yang langsung tidak selari dengan jiwa pemilik Si Hitam ni....em....
Apa nk diluahkan kali ni.....tajuk kali ni...Islam Untuk Semua. Rasa-rasa macam pernah dengar x?? Em...lebih kurang ( atau sama dengan) moto PAS kan?? Em... ana x nak masukkan unsur politik dalam blog ni ( sebab ana pun x pandai nak komen banyak), cuma, phase ni sungguh menarik untuk dibincangkan bersama. InsyaALLAH.
“Islam untuk semua”
Apa maksudnya?? Maksudnya...semua orang berhak untuk mendapatkan, memahami, mendalami, mengamalkan (dan macam2 lagi perkataan) pasal Islam. SEMUA ORANG. Jadi, apa yang ana nak bincnagkan??
Ana cuma nak mengupas sedikit perkara. Sahabat ana ada bagi mesej kat ana
”anti pun kena sampaikanlah perintah ALLAH kepada ......, ....., dan semo sebab perintah tersebut bukan hanya untuk kita..., kan?”
Nasihat ni memang buat ana terfikir....betapa teruknya diri sendiri ni...terlalu pentingkan diri sendiri...kedekut...tamak....
Kenapa??
Sebabnya, segala ilmu yang ALLAH pinjamkan langsung tidak dikongsikan dengan orang lain. Tahu tentang hukum hakam ALLAH, tapi tak disebarkan.....tahu tentang apa yang ALLAH suruh, apa yang ALLAH larang...tapi x bagitau kat orang lain.... pentingkan diri sendiri..sebab hanya nak selamatkan diri sorang jer daripada azab NERAKA ALLAH...kedekut...sebab xmau kongsikan SYURGA ALLAH yang Maha indah tu....dan tamak sebab nak masuk Surga sorang diri.....
Teruknya.....................
ISLAM untuk semua....ISLAM untuk semua...ISLAM untuk semua....sedarlah...jangan terlalu sombong dengan ilmu, hidayah yang ALLAH pinjamkan...bila-bila masa ALLAH boleh tarik balik.... selagimana ALLAH masih pinjamkan...kongsikanlah...biar semua dapat manfaatnya....please....
Takut kan?? Takut nak suarakan perkara yang benar.... takut nak tunjuk perkara yang baik2. Takut nak cakap benda2 baik...takut kalau2 ada yang kata kita ni ’koya baik’. Perasan, nak menunjuk....macam2 lagilah istilah..yang padahal...itu adalah rekaan sendiri...ilham dari syaitan laknatullah, untuk mengelakkan kita daripada sebarkan keindahan, hukum2 ISLAM.
Em....mulia sangatkah kita, lebih mulia dari pada RASULULLAH kah kita???? Sehinggakan RASUL, manusia paling MULIA tu...menerima lebih banyak ujian daripada kita.....fikirkanlah...sedarlah siapa diri tu.....


12 June 2009
2201 pm

Saturday, May 2, 2009

Takut - tulisan dlu, xsempat post

“Sedihnya…..”
“mei sei aa??” (ada apa hal?)
“Takutnye….kenapa bila saya buat sesuatu, akan jadi salah? Huhuhu”
“Contoh?”
“Tadi ada ambil gambar ngan pelajar, masa balik sekolah. Then, semua pelajar balik. Sy lambat skit sebab nak kemas barang. Pastu, only one boy with me. Then, I took his photo.
Suddenly, Mrs Tham coming….she wants to lock the door. She looked what I was doing with that boy!!!! Habislah….”
………………….
Em….pernah tak alami situasi macam cikgu tu? Bila orang lain buat, tak salah (ambil gambar x salah kan?). tapi, bila time you, ia jadi salah. Pernah??
Rasanya, ramai yang pernah alaminya….kita rasa sangat takut bila ada orang tengok kita buat salah…sangat takut kan?? Jika Mrs Tham tu takde masa tu…tentu kita tak rasa apa2 kan? Sebab, pada pandangan kita, apa ynang kita buat tu…tak salah (betul). Tapi, bila ada orang lain tengok, kita rasa bersalah plop. Sei la… (habislah..)
“Apa la agaknya pandangan Mrs Tham tu nanti ek??”
………………………………
Actually, we are too worried with people’s view towards us. Sometimes, we cannot make a decision either what we are doing is right or wrong, just because people’s view. kita terlalu takut, kan? Em… betul3
Sekarang ana ada perasaan tu..tak tau nk luah kat mana, so, I just paste here. I don’t care either people read or not, what I know, I need to share it….so sad….
Camne nak pujuk diri ye? Masih tak jumpa penyelesaian, semoga ALLAH kurniakan hati yang tenang untuk hambaNYA ini. astaghfiraALLAH hal azim….mungkin dah banyak sangat dosa ana…jadi ALLAH ingin jadikan ujian ini sebagai ‘alat’ tuk mentarbiah diri. AstaghfirALLAH hal azim…. AstaghfirALLAH hal azim….. AstaghfirALLAH hal azim…….

Tulisan lepas yang xsempat pos - VOTING @ kampus

tulisan masa duk UPSI lagi ni. post juga la =p
Voting…. Voting…. @ UPSI

Bismillah hirrohmanirrahim…
Assalamualaikum wbt sebagai pembuka bicara. Lama sungguh ana xsempat nak luangkan masa untuk menarikan jejari ana di atas ‘Si Hitam’ untuk mencoretkan sesuatu untuk My Blog. Assif jiddan.
Minggu ni memang menguji ketahanan ana sebagai seorang mahasiswa. Banyak betul tanggungjawab yang ana ‘ter’pikul minggu ni. As a student, like others, kita tak terlepas daripada senarai tugasan (assignment). Minggu lepas, tugasan microteaching memang menguji kesabaran. With group of 5, we are given a task to teach Science that contain all phase in Constructivism. Pening palo kaklos nak pikir. Sepanjang minggu, asyik buat discussion jer. Memang xsempat nak buat benda lain huhu. Stat ngan ari Rabu (Isnin n Selasa kelas penuh), mula diskus dari pukul 10am sampai la zohor, then, dapat mesej lak, ade taklimat KPM kat Auditorium pukul 230 pm. So, semua pakat g sana lak. Malam esk dah microteaching....huhuh...xpe, taklimat KPM pun penting gak...kena g nih...
Huhuh....taklimat KPM –wahhhhhh!!! - kebarangkalian pemegang biasiswa KPM untuk ke Sabah n Sarawak AMAT CERAH huhuh =) tak tahu la tu berita baik atau tak...tapi, memang berminat nak g sana, Cuma....tentang safety la agak runsing la skit. (em....xkisah la, ALLAH bersamaku)
Keesokkannya, kelas kul 8 am lak. Memang xsempat nak prepare apa2 tuk kelas, sebab penat sangat. Then lepas kelas, kul 10, sambung lak discusion kat libraray. Malam ni dah nak present micro teaching. Langsung xnampak flow lagi....
Bermulalah sesi perkampungan di library UPSI dari pukul 10 pagi sampaila ke petang – 6 petang!!. ALLAH HU AKBAR, lama sungguh. Malam ni dah nak present!!
Memang kalut habis. G kalut2 print kat luar, then beli makanan (dari pagi x makan), then, terus g singgah surau tuk tunggu azan maghrib. Alhamdulillah, semua ok masa tu...
Makan dengan cepat2, then terus g kat kelas, buat apa yang patut tuk presentation jap lagi. Memang berdebar habis. ALLAH HU AKBAR....xsuka bila tak well prepared like this!! Memang everything is kalut!!
Alhamdulillah, dah lepas presentation. Alhamdulillah sangat2, walaupun hancus...tapi...ok la. Dr Ong kata, paling rendah tuk presentation malam ni, dapat A-. Kira ok la tu. InsyaALLAH.
Satu lagi masalah timbul. Kelas kami malam tu abih kul 1130 malam. Dari kelas nak sampai ke tempat tunggu bus, punya la jauh. Jalan bukan main lajuuu... dalam perjalanan, nampak angkatan Jundullah (=)) sedang berkerja –naikkan banner tuk pilihanraya kampus. Masa tu hampir pukul 12 malam. Hebat sungguh tentera Jundullah ni =) tahniah sahabatku!! ALLAH bersama kalian....
Em...dah sampai stsen bus nak balik kolej...NO BUS!!!
Mana la ade bus. We miss the last bus!!!.camne ni?? Aduuss... alhamdulillah, skali lagi ALLAH tolong... Dr Ong tawarkan kami tuk naik kereta dia. So, kami 4 orang pun, tanpa malu2 terus naik hehe..alhamdulillah.
Em...dalam kepala masih duk fikir tentang tentera2 Jundullah tu....alamak, ana xtolong pe2 pun... =(
Em...sampai kolej dah hampir 0030 am. Lewat sungguh. Em...nampaknya, kat kolej masih belum kena aura Pilihan Raya Kampus -PRK- lagi coz xde lagi poster2 tuk calon MPP.
Esok nak buat apa ek?? Micro teaching Biologi dah setel, tinggal yg Math jer belum. Em...
‘nEo, esk kita g amik gamba kat BSB ek. Kenangan tuk kita sem tujuh. Group kita la...’
Wahh...tawaran yang bagus. ‘ok’.
Esoknye, kul 1100am, ana g BSB tuk amik gambar kami. Alhamdulillah, ade juga gamba kenangan dengan sahabat-sahabat yang tersayang.
Selesai sesi bergambar, dapat lagi tawaran yang bagus –tolong calon undi lak- potong2 kad nama, sebab dah nak edar arini (Jumaat). Sabtu dan Ahad dah cuti, so kena cepat2 siapkan... so, bermula lah sesi ana bersama Jundullah =) alhamdulillah kerana diberi peluang ini.
Seharian kat kampus. Pukul 600 ptg baru balik kolej. Singgah kafe jap g beli nasik.
Selesai makan, solat n solat, tetiba dengar pengumuman
“Malam ini akan diadakan sidang Calon MPP membentangkan Menifesto mereka. Semua pelajar dijemput untuk hadir ke foyer untuk mengikuti perbentangan ini.”
Wahhhh....bolehla kita jalankan tugas. At least bagi-bagikan kad nama calon kita....
Kena g ni....
Awalnya, semua keadaan terkawal...tetiba...jadi hilang kawalan. Cikgu-cikgu UPSI seolah2 dah lupa siapa diri mereka –yang mereka ini adalah GURU!- perangai langsung xmencerminkan bahawa mereka ini adalah guru.



....Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan mendapat kemenangan.
Al Qasas ayat 37

Ujian

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersua lagi kita. Lama sungguh ana tak luangkan masa tuk bersama ‘My Blog’. Assif jika ada yang tertunggu-tunggu (ada ke =p, xpe la, syok sendiri hehe...).
Em...SubhanALLAH, Maha Suci ALLAH, ALLAH hu akbar, ALLAH Maha Besar, syukur kepada ALLAH, kerana dengan sifat Rahman RahimNya, ana berjaya tamatkan pengajian ana. Alhamdulillah. Alhamdulillah, Alhamdulillah =)
Maka, tamatlah hidup ana bergelar murid, pelajar, mahasiswa, dll. Tamatlah sudah segala ujian berbentuk peperiksaan ‘pen dan kertas’. Selamat tinggal semua kenangan itu =)
Sungguh, ana dah tamat ujian yang dikendalikan oleh manusia, tapi, macamana pula dengan ujian yang dikendalikan oleh ‘Tuan Manusia’? em... kalau ujian itu, sampai mati pun kita takkan tamat daripada menghadapi ujian itu, sehinggalah ‘si Pencabut Nyawa’ datang bertamu.
Em...ujian...ujian terbesar buat masa ni...ujian terpisah dengan sahabat2. Selama lebih 3 bulan ni (bulan 8 insyaALLAH konvo-boleh jumpa kawan jap masa tu), semuanya bergantung pada kekuatan iman dalam dada. Pada masa ini, segala yang kita tahu tentang agama, akan diuji oleh ALLAH, untuk dinilai samada kita ni benar2 beramal atau tak dengan ilmu yang kita perolehi. ALLAH hu akbar, jika berjaya diatasi, alhamdulillah =), jika kandas, nauzubillah =(
Ujian pertama, macam yang ana dah tulis sebelum ni. (tajuk Rumah Vs Kolej) – ujian dari sudut amalan, contohnya tahajjud, solat sunat, puasa sunat, pemakaian, dan pelbagai lagi. Em...ujian agak berat juga untuk dihadapi seorang diri, sebab budaya di rumah x sama dengan budaya di kolej. Masa praktikum pun dah kantoi,jarang puasa sunat (sekali @ dua jer....astaghfirALLAH hal azim) =/
Ujian kedua dari segi pengetahuan ilmu agama. Bila ada masalah berkait dengan ilmu @ hukum hakam, macamana nak hadapi. Tapi, kalau ujian macam ni, insyaALLAH, xde la berat sangat, sebabnya, alhamdulillah, zaman sekarang ada telepon. Jadi, jika ada masalah, boleh ‘helo’ dengan kawan, tanya dia. insyaALLAH...dipermudahkan ALLAH untuk mendapat jawapannya.
Ujian ketiga dari sudut hati. Huhuhu....yang ni palingggggg sukar. Sebab kita tak nampak. Orang lain pun takleh nak nampak. ALLAH hu akbar. Orang lain xnampak bahawa hati kita ni dah berubah. Klu ujian pertama tadi, mungkin kita boleh tengok dari luar, tapi, kalu ujian hati ni, tak de siapa pun sedar, bahkan, kadang-kadang empunya badan pun xtahu. ALLAH hu akbar, berat sungguh. Contoh ujian hati....perkara biasa la, yang dialami golongan manusia seusia ana –masalah cinta, pasangan dan sewaktu dengannya. Em...bila dah sorang2, terlupa nak bezakan cinta dan CINTA. Em....semoga ALLAH izinkan hati ni dan semua hati2 manusia lain untuk menjaga kesuciannya hanya pada YANG BERHAK!!! (alhamdulillah, setakat ni xdop suka kat sesapa lagi..XMAU....XMAU..XMAU)
Em....nk kupas ujian ketiga skit. Panduan jer la tuk sesiapa yang nk baca (sebenarnay tuk peringatan diri sendiri-bagi peringatan masa masih ingat, kalu dah lupa, boleh baca balik kat sini). Hati....hati...kena hati-hati dengan hati ni.....=) sebenarnyarnya, ana nk coret kat sini, lebih kepada WARNING kepada sesiapa yang nak mulakannya...
‘ KEPADA SESIAPA YANG BELUM CUKUP DUIT UNTUK KAWIN, JANGAN BAGITAU LAGI KAT PASANGAN ANDA. ITU AMAT MENGGANGGU FIKIRAN SI DIA. SANGGUPKAH ANDA MENGANGGUNG DOSA, KERANA MENGGANGGU FIKIRAN DIA DARIPADA HANYA MENGINGATI ALLAH KEPADA MENGINGATI ALLAH DAN ANDA? SANGGUP? KALAU SANGGUP, SILAKAN.
HEBAT SANGATKAH ANDA, UNTUK MENCALAR CINTA SI DIA PADA ALLAH YANG 100% ITU, MENJADI KURANG –HANYA KERANA KEHADIRAN ANDA? HEBAT SANGATKAH ANDA?? MOHON AMBIL PERHATIAN.
DIA BUKANNYA MALAIKAT YANG TIDAK BERNAFSU, TAPI DIA ADALAH MANUSIA. SE ALIM, SE WARAK MANA PUN DIA, DIA TETAP MANUSIA YANG BERNAFSU, BERNAFSU DAN BERAKAL UNTUK MEMIKIRKAN ANDA. KASIHANILAH DIA. MOHON PADA ANDA SEMUA. TOLONG HORMATI DIA UNTUK JALANKAN TUGASNYA SEBAGAI HAMBA ALLAH, diulangi, HAMBA KEPADA ALLAH, HANYA KEPADA ALLAH!!! HANYA PADA ALLAH, BUKAN ALLAH DAN ANDA!!!
MOHON KERJASA SEMUA “
SAYANGI DIRI, SAYANGI DIA, DAN PALING PENTING, SAYANGI ALLAH, TAKUTI NERAKA-NYA

1 mei 2009, 18.16pm
(tgh malam ni, 23 tahun lepas, ibuku dalam bilik bersalin bersamaku =))

Thursday, March 19, 2009

BAHANA FRIENDSTER

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, berpijak lagi ana di bumi bertuah KELANTAN. Alhamdulillah, dah hampir seminggu dah rupanya, esok dah kena balik Ipoh balik....em...kejap je rasanya.
Em...betul2 xleh lupa, keluar KB dengan sahabiah2 UPSI, dah lama tak jumpa. Syukran jazilan sebab sudi jemput ana. NASUHA, ROSNAH, KHAIRUL BARIYAH, NURUL EZZAH.
Sekarang ni nak cite satu peristiwa dalam bas masa ana nak balik rumah. Bas penuh masa ana naik, so, terpaksalah pergi sampai ke belakang tuk duduk. Di takdirkan , kawasan tu ada sepasang pasangan budak sekolah. Ai...macam main2 cuit2 n sentuh jer....biaq betul.
Ana tgk ade sorang makhluk ALLAH kawasan tu dah macam xselesa dengan perlakuan dua sejoli tu. Memang ana pun geram tgk, sentuh2 lak..(tapi xtau la kot2 dah kawin ker...muda?) entah la...husno dzon.
‘lembut tangan dia..ore kasar’
Bilang si lelaki pada si perempuan. Si perempuan biar jer si lelaki tu main2 tangan dia..ish
Tiba2 orang sebelah lelaki tu turun dari bas. Maka se lelaki tu pun enjaklah, dan, dia pun ajak ppuan tu sekali, duk rapat dengan dia, jauhi penumpang lain..ish ish ish. Maybe dia rasa xbest kot, ade ornag tengok dia.
Alhamdulillah sebab ppuan yang duk sebelah ppuan (kkasih dia tu) tarik baju ppuan (kkasih dia)tu, so, adik tu pun xjadi la berganjak mhampiri lelaki tu. Selamat...
Em...nampaknya, ppuan sebelah adik tu mula nk tarik perhatian dia, nampak macam baut2 bercakap dengan dia (supaya adik tu xberganjak) Syabas kat ppuan tu.
Ana tumpang2 dengar jer, rupanya adik tu n llaki tu...hari ni FIRST DATE diorng. Diorang kenal dalam FRIENDSTER...si lelaki Form 5 sekolah kat Kuantan, si perempaun Form 5 kat Kelantan.
FIRST DATE?? Em...Dah boleh sentuh!!! Alamak dik..... =( sedih sungguh dengar. Nape boleh dah bagi sentuh dik???
“saya pun tak pernah buat macam ni kak, tak pernah sentuh, dan bagi sentuh”
Adik..adik...dah tu...awatnya hang bagi sekarang?? Aiii...jangan buat mudah sangat....
Tak tau nk koemn apa..memang ana tergamam dan terkejut dengan apa yang ana dengar. Sekarang ni..dah sampai tahap macam ni rupanya adik kita ni...teruknya..belajar kat mana semua ni..ai..apalah yang ana boleh lakukan tuk selamatkan keadaan ni...em..
Dari FRIENDSTER, kenal2 jumpa kat KOTA BHARU, then, sampailah boleh SENTUH2, seterusnya?? Wallah hu alam, semoga ALLAH lindungi semua makhluk ciptaanNYA.
Em....dah jelas kan...macamana golonagn Barat ni nak rosakkan orang ISLAM, hanya dengan FRIENDSTER jer..ana pun sebenarnya ada freindster, tapi, banyak juga kebaikkan, ade jer membe2 yang ISLAMIK...semua ni bergantung pada MESIN PENAPIS kita, kalu kita tapis dengan IMAN, maka, yang baik lah yng kita dapat, tapi, kalu kita tapis dengan NAFSU, maka yang agak bernafsu la yang kita dapat.
Wahai adik2 ku sayang....gunalah akal yang ALLAH kurniakan untuk kalian, hanya MANUSIA yang ada akal, makhluk lain xde...jangan abaikan akal itu...sebab kita berbeza dengan makhluk lain...kita adalah ISTIMEWA!!

Monday, March 9, 2009

Manusia dan Agama


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita untuk menikmati nikmat kurniaanya. Alhamdulillah.
Em...dulu, selalu ade orang cakap, nikmat terbesar yang kita miliki adalah ISLAM. Dulu, ana masih tertanya-tanya, kenapalah ISLAM tu sebagai nikmat yang terbesar, bukannya nyawa, kudrat, harta dll kerana semua benda itu juga kita boleh gunakan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH. Kenapa ISLAM yang menjadi nikmat terbesar...kenapa??? em..tak berani nak tanya masa tu....pendam je la....
Alhamdulillah, rupanya ALLAH SWT nak bagi jawapan kat ana melalui pengalaman. ALLAH ‘hantarkan’ ana praktikal di SMK Jalan Pasir Puteh, (terlalu ramai Cina di sekeliling ana) ada sebabnya. Em... apa kaitannya dengan nikmat terbesar tu?? Sabar2...baca slow-slow.
Em...ana perhatikan, diorang ni macam bebas sikit. Dengan sedikit perasaan ingin tahu yang ALLAH ilhamkan dalam hati ana, maka ana pun mulakanlah investigation. Tak berani nak tanya orang2 dewasa, ana cuma tanya students ana jer.
‘You Win, kamu xkisah ek pompuan sentuh kamu? Takpe ek pompuan sentuh ngan laki?’
Pelik student tu bila ana tanya..hehe..memang laa....mana ade orang pernah tanya dia soalan macam tu...kalu ana jadi budak tu pun pelik gak... Ana boleh jadi nak tanya tu sebab ada sorang pelajar ppuan kelas ana ni...selamber jer dia g main2 pukul si You Win ni. You Win ni budak baik (skema kata orang)
‘apa cikgu kamu tanya??’
Em...maksud cikgu, agama kamu takde larang ke kamu sentuh antara lelaki dan perempuan?’
‘ Agama? Agama? Apa tu cikgu?’
‘agama...agama..kamu agama apa? Buddha? Kristian?’
‘Ooo...tak tahulah cikgu’
‘Ibubapa kamu tak pernah bagitahu kat kamu ke?
‘em... takde lah cikgu’
‘.......’
Tak terkata ana...tak tahu nak cakap apa dah....terkesima!!!
Camtu ek...dah 14 tahun, masih tak tahu tentang agama sendiri... nasib baik la You Wing tu budak baik... sekurang-kurangnya dia takde buat jahat. Em... terfikir sejenak...patutlah budak2 Cina sini ‘nakal2’, rupanya mungkin sebab mereka tak tahu agama mereka. Ana yakin, mana-mana agama mengkehendaki setiap penganutnya untuk melakukan kebaikkan dan menjauhi kejahatan...tapi, kalu dah tak tahu tentang agama sendiri, tentulah takde beza bagi mereka, mana baik, mana buruk. Ai....
ALHAMDULILLAH AKU ISLAM.....
Kisah ke dua pula tentang kenapa ISLAM itu nikmat terbesar bagi kita....
Weekend lepas (semalam la, 8 Mac 2009), ana kuar ke Ipoh Parade dengan kawan2...ajatnya nak ‘kenal’ main bowling (=p) tapi, ditakdirkan haritu ade tournement lak. Ade sekolah dah tempah. So, pukul 1330 baru boleh nak main. Jam baru pukul 1030am, tak larat la nak tunggu jer. So, kami pun pergi makan n jalan2 dalam supermarket tu.
Dalam pada jalan2 tu....rasanya..mata ni dah makin berkarat dengan karat2 dosa... pakaian orang2 sana (mostly Chinese) sangat menjolok mata. AstaghfirALLAH hal azim. Tak tau nak cakap apa..pandang mana2 pun seksi..waima patung pakaian pun!!!....gulp..ana yang ppuan tengok pun rasa tak selesa...kalu lelaki yang tengok...tak tahu la apa yang mereka pikir. Ish ish ish....takutlah.... =(
Terlintas di fikiran ana sejenak (ilham dari ALLAH), bertapa bersyukurnya aku jadi orang ISLAM. ISLAM dah mewajibkan setiap penganutnya untuk menutup aurat. Rupanya, tutup aurat ni bukan sesuatu yang mengongkong wanita, tetapi untuk menaikkan maruahnya. ALLAH HU AKBAR...betapa ALLAH sayang kat kaum WANITA ni. ALLAH tak mahu kaum wanita ISLAM dilihat rendah martabatnya....ALLAH HU AKBAR. Betapa besar nikmat ISLAM itu.
SUBHANALLAH ya ALLAH, sungguh hebat Engkau mentarbiah hambaMU. Engkau memberiku pengajaran melalui pengalaman.
Mungkin, jika ana tidak praktikal di sini, ana masih tak tahu, apa untungnya kita memeluk ISLAM (selain tuk mendiami syurgaNYA)...rupanya, segala peraturan ALLAH, bukan untukNYA, tapi untuk diri kita sendiri...semua peraturan itu sesuai dengan fitrah kita sebagai manusia.
Cuba fikir secara logik jap....kenapa orang yang baik (tak kisahla agama apa pun), mereka tidak akan pakai seksi?? Kenapa?? Nak contoh? Tengok tak cerita Betty, Maritza Perez... mana-mana drama Melayu skali pun...untuk watak yang baik, tentu pengarahnya akan meletakkan si pelakon tu untuk pakai dengan sopan, tapi, jika watak tu watak antogonis (jahat), si pelakon akan bertukar jadi seksi. Em....kat situ dah jelas, bahawa apa yang ISLAM dah tetapkan itu, rupanya untuk membentuk hambaNYA dengan imej baik.
ALLAH HU AKBAR...tak tahu nak cakap apa dah....terlalu bersyukur dengan nikmat ISLAM yang ALLAH kurniakan. Semoga ALLAH kurniakan juga nikmat ini tuk manusia lain. Aminn....

Friday, February 20, 2009

Jaga 7 Sunnah Rasulullah SAW

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

InsyaALLAH kita boleh lakukannya. Syukran tuk ero82 sbb panjangkan emel ni tuk ana.

Wednesday, February 11, 2009

CIkgu….Nikmat Negatif

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, semua nikmat ALLAH masih kita rasai. SubhanALLAH, betapa ALLAH Maha Pemurah, walaupun kita terus menerus melakukan dosa kepadaNYA (nauzubillah, astaghfirALLAH hal azim), namun ALLAH tidak pernah menarik nikmat yang dikurniakan untuk kita. Jadi...kita sebagai makhluk yang langsung takde apa2 ni.....masih layakkah untuk berlagak sombong dengan segala ‘benda’ yang kononnya kita rasa, ‘benda’ itu adalah kita punya (lupa bahawa itu adalah dari ALLAH)? Fikirlah sendiri.
Nikmat....nikmat bukan sahaja dalam bentuk yang positif, benda2 yang negatif yang berlaku pada kita juga adalah nikmat yang ALLAH kurniakan. subhnaALLAH, sungguh hebat ALLAH mentarbiah hambaNYA.
Ana masih terfikir2..tertanya2..... kenapa ALLAH takdirkan ana untuk berada di sekolah ini... (sekadar untuk memujuk diri tentang kenapa praktikal kat sekolah ramai Cina..susah nak mengajar)... akhirnya, hanya daripada muasabah kita memperolehi jawapan (dengan bantuan ilham daripada ALLAH SWT.)
ALLAH HU AKBAR..ALLAH HU AKBAR...ALLAH HU AKBAR...
Perkara2 negatif (otak kita tafsirkan itu sebagai negatif) sebenarnya terkandung banyak hikmah. Ana terfikir2, kenapalah susah sangat nak mengajar kat sekolah ni. Tanya cikgu2 senior, camne nak mengajar kat sekolah ni...rata2 cikgu bagi respon, suruh jadi garang skit!!
Susahnya..camne nak garangkan diri ni....dan, guru pembimbing ana juga komen, bahawa ana ni nampak xberkeyakinan masa mengajar. Argh...banyak lagi xmantap ana ni... =(
Em....jadi, dengan sedikit akal yang ALLAH hadiahkan, ana buat muasabah...sebenarnya, hikmah kenapa ALLAH takdirkan ana berada di sekolah ni..adalah kerana...untuk ana mantapkan lagi diri ana..tambah keyakinan diri...biar nampak yakin skit.
Wah...banyak betul kelemahan yang dapat ana detect daripada sedikit situasi ana ni (mengajar kat skul cina) SubhanaALLAH...Engkau Maha Hebat. Dengan hanya sedikit pengalaman praktikal selama 3 minggu, ALLAH dah bantu ana untuk mencari kelemahan diri. Dan, setelah kita dah tahu kelemahan diri, of course kita akan cuba untuk membaikinya...insyaALLAH (biiznillah).
Tengok, betapa ALLAH ni Maha Baik (betul ke perkataan yang ana guna? astaghfirALLAH hal azim jika salah)..bantu kita tuk kenalpasti mana kekurangan kita. Dan DIA kurniakan akal pula untuk kita, untuk fikir macamana nak atasi masalah kita tu.
Ok kalian semua, syukran jazilan sebab sudi luangkan masa. Minta diri dlu. Harap dapat sesuatu dari MyBlog ini (segalanya dari ALLAH yang MAHA SEMPURNA) sebab itu sahajalah niat ana menulis ni..untuk sama2 MENYEMAI CINTA UNTUK CINTAI ALLAH.
1705pm, 7 Februari 2009.

Guru Oh Guru – Lesson Plan

Assalamualaikum wbt
Lama sungguh ana xmencoret sesuatu tuk My Blog ni. Rindu tak terkata untuk meluahkan sesuatu pada si Hitam and antunna semua. Terlalu banyak perkara yang ana pendamkan-subhanALLAH, sungguh hebat Pencipta kita, DIA dapat menjadikan manusia ni- yang pada asasnya, kita lihat, binaannya sama, yakni dari tulang, isi, dan kulit, tapi, hakikatnya, setiap kita adalah berbeza. Pengalaman-pengalaman yang ALLAH dah aturkan untuk setiap hambaNYA sungguh unik. YA ALLAH, ENGKAU TERLALU ISTIMEWA YA ALLAH.....ALLAH HU AKBAR....SUBHANALLAH....aku insan yang sungguh hina ni teramat ingin untuk bertemu denganMU YA ALLAH...ALLAH HU AKBAR.
Semalam hari pertama persekolahan setelah seminggu bercuti-Tahun Baru Cina-. Em..bermulalah kehidupan sebagai seorang guru...
Kat sini bukan nk cerita tentang guru..tapi tentang lesson plan yang perlu kami- guru-guru praktikal- siapkan sebelum masuk ke kelas. Kami kena fikir tentang rancangan mengajar, macamana nak jadikan sesuatu pembelajaran itu menarik, pelajar tak boring, dan yang paling penting, pelajar dapat faham apa yang kami ajar. Lesson plan ni kena buat sebelum masuk ke kelas.
Bila fikir balik, alangkah bagusnya jika kita pun buat lesson plan tuk diri kita sendiri. Maknanya kita dah rancang, apa yang akan kita lakukan -sekurang-kurangnya untuk esok hari-. Em...tentu hidup kita akan terancang molek, kan? Em...
Lebih molek lagi jika kita dah siap2 merancang untuk setahun kemuadian, 2 tahun lagi, 3 tahun lagi...dan sebagainya....ALLAH HU AKBAR...
Teringat tentang Fahri dalam cerita Ayat-Ayat Cinta. Dia dah siap merancnag hidup dia untuk sepuluh tahun akan datang...siap selitkan semua perkara yang ingin dia capai dalam tempoh masa tu.. dan ana dapat perhatikan, bahawa ALLAH akan tloong kita untuk mencapai semua perkara yang kita impikan –selagimana perkara itu bagus dan boleh menaikkan ISLAM (insyaALLAH).
Ana sekadar hanya tau cakap saja, hakikatnya, ana sendiri xde perancangan tuk hidup ana sendiri....ana xpandai untuk membuat perancangan, dan...xberfikiran jauh... suka sangat bila perkara tu berlaku jer... sebab, bagi ana semua tu ALLAH dah atukran (betul ke fikir macam ni =? ) em...arap sangat ana dapat buat perancangan hidup tuk diri ana, seahun lagi dapat apa, nak kejar apa..target jadi guru macamana..aaa.....tapi xpandai nak buat perancangan...macamana la agaknya nak buat perancangan ni.... aiii.... =) kena belajar la sayang....
Wasalam.

Laishei

25 Januari 2009 23.01 pm

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dah dua minggu rupanya ana bergelar ‘laushei’ kat SMK Jalan Pasir Puteh, Ipoh. Banyak betul perkara yang ana dapa belajar (fikir positif em..) Boleh belajar tentang budaya orang Cina, tahu camne budak2 Cina ni... cara bergaul diorang, cara belajar, cara bergurau... yang penting skali...bahasa diorang... boleh cakap Cina la ana xlama lagi hehe =)

Selama ana duk Kota Bharu...yang ana biasa denagr tentang budak Cian ni...semua positif2... “Best Student”, “pandai Matematik”, “rajin”, “tepati masa”, “ skema” dll...banyak tul perkara positif tentang diorang yang ana dengar. Tapi, sekarang....bila dah mengajar kat sekolah Cina ni...baru tau camne diorang sebenarnya. Ana xberminat nak rendahkan mana2 kaum, @ ceritakan keburukan mereka (sebab kita pun xsuka kalu orang duk cakap keburukan kita, kan?) em...Cuma, nak gtau...padahal kita semua manusia ni sama jer.

Sekarang ana dah ada kekuatan tuk menafikan jika ada pelajar Melayu yg cakap ‘ala...dia tu memang logik la pandai Math, sebab dia tu cina’ xleh terima akal...dia tu pandai sebab dia berusaha...jika tak berusaha..sesiapa pun..hasilnya tetap akan sama juga... langsung xde kaitan dengan genetik Cina pun...kalu ade pun...sikit sangat je peratusannya.

Bergelar cikgu kat sekolah Cina ni memang mencabar. Tapi, alhamdulillah, raka2 banyak membantu..tolong ingatkan...bahawa ALLAH tidak akan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Jadi, maknanya... ana dan rakan2 ana ditempatkan di sekolah ramai cina ni..kerana kami mampu untuk menghadapinya..insyaALLAH. Ya ALLAH, kami yakin dengan la yukallifullah....

Wednesday, January 28, 2009

Wanita Solehah


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

from http://nurjeehan.wordpress.com

Thursday, January 8, 2009

Be a Teacher???

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, ALLAH izinkan lagi untuk ana bersama dengan My Blog. Alhamdulillah dan terima kasih kepada sesiapa yang masih sudi tuk baca ana yang ana taip ni.
Em..tahun baru...bermakna mulalah kehidupan yang baru..lembaran lama yang tak elok..kita tinggalkan jauh2...semoga ia dapat menjadi panduan tuk kita tuk tahun baru ni plop, insyaALLAH.
Tahun baru ana..banyak hal kena fikir tahun ni...perihal praktikum...hal diri...keluarga..etc.
Rabu lepas dah g Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh. Terkejut gak, 80% Cina, 10% Melayu, dan 10% India..huhu...nampaknya kena blaja bahasa Cina la hehe...Positif nEo...positif... insyaALLAH. ALLAH akan bantu hambaNYA yang amat daif ni...yang penting...ikhlaskan niat tuk sebarkan ilmu ( ana kena ajar math Form 2 and Sivik/ Moral).

Perihal kehidupan jugop...em..macam nak ade perubahan besar jer...tapi, waALLAH hu alam la...sebab semuanya ALLAH yang aturkan...kita semua sebagai 'pelakon' kena ikut jer apa yang "Pengarah" dah aturkan...ALLAH hu akbar.. Arap2 dapat kesudahan yang baik...insyaALLAH.

Mohon kalian semua pakat doakan tuk saudara kita di Palestine nuh..ana tak brapa tahu sangat pasal ni...sahabat2 jer duk mesej..suruh baca Surah Al Fath (kemenangan)..apa yang mampu kita berikan..ALLAH hu akbar...kita serba kekurangan..hanya doa dari jauh mampu kita sampaikan...Ya ALLAH, semoga Engkau selamatkan saudara kami di bumi PalestineSekian dlu..insyaALLAH kita jumpa lagi. em..tadi bru dapat berita. sahabat ana kena rompak..ALLAH hu akbar..banyak lak musibah..tapi..semua tu kita kena fikir positif. insyaALLAH, kalian semua positif.
Semakin banyak kita diuji...itu tandanya ALLAH sayang pada kita, insyaALLAH.

Wasalam.



.