Have an account?

Tuesday, September 23, 2008

Kenapa??

Kenapa?
Kenapa la perempuan ni suka sangat menjerit

Sakit telinga la woii

Duk jerit2
Macam orang xsihat jer
Geram tau
Dah la tengah ade masalah jiwa
Makin la sikap jahat (diri sendiri tu nak menjelma)

Aiii...geram tau tak!!!

Lagi satu,
Kenapa la perempuan suka pakai baju adik dia??
Geram sungguh
Xmalu ke??
Dah terbalik sekarang ni
Golongan lelaki plop yang jadi malu bila TERpandang perempuan macam tu

Aduss
Yang lagi teruk, perempuan lain pula yang tumpang malu

Ish ish ish
Xtau nak kata ape dah la
Memang geram tul
Dalam bulan2 puasa ni
Dugaan ana makin kuat
Nampaknya ALLAH nak uji lebih la ni

(uji kesabaran ana) sekarang ni, seems like tewas, tengok la, bahasa yang ana guna, kasar bangat – sebab geram sangat ish ish ish
Buat semua perempuan2 yang amat ana hormati, tolonglah jaga maruah kalian. Kalau kalian
sendiri yang xjaga, agak2..orang lain nak tolong jagakan ke? Entah la, hanya enti yang ada jawapannya. Jangan nak bagi nampak murah sangat, sebab kalian tu bukan murah!! Ana hargai kejadian enti sebagai perempuan, tapi, minta sangat, tolong jaga tingkah laku enti. Malu tau tak!!
Jadilah seperti berlian yang terjaga di satu bungkusan yang tertutup –bukan di meja pameran- ramai sekarang ni, nak jadi berlian di meja pameran –hanya ada perkataan

- JANGAN SENTUH –

Jadi, tengok boleh la, dah tu, berlian tu pulak terdedah ish ish ish
Jadilah seperti berlian yang tersimpan kemas dalam peti yang tertutup, barulah orang TERUJA nak MEMILIKINYA, ko guano? =)
Kalian dah besar2, dah boleh pikir sendiri, dan..dah boleh buat keputusan samada nak jadi berlian yang sangat bernilai yang disimpan rapi dalam bungkusan ataupun hanya belian kelas biasa-biasa, yang dipamerkan di meja pameran, sesiapa pun boleh tengok. Orang yang xnak beli pun dah tahu, macam mana berlian tu.
Fikirlah dengan akal yang sihat, yang mengEsakan ALLAH swt.
Wasalam.

Friday, September 19, 2008

Untuk kesekian kalinya, saya buat lagi….

Assalamualaikum wbt.

Dipermulaan kalam, jutaan kemaafan saya mohon buat semua insan yang mengenali, tak kira lah, samada mengenali jasad ini atau tak , ataupun sekadar tulisan dr jasad ini. Hakikatnya, yang nyata, semuanya adalah berasal dari akal jasad ini, yang diilhamkan oleh ALLAH kepada jasad ini.
AstaghfirALLAH hal azim. Tiada perkataan yang mampu ana ukirkan disini, untuk menunjukkan bahawa ana sangat mengesal, sedih, dan .....no words....atas kelancangan ana dalam menegur kalian. MasyaALLAH. Sudikah kalian memaafkan ana??
Bila kita sendirian, semua benda adalah betul bagi kita. Apa yang kita buat, kita rasa, itulah yang paling betul. Tapi, bila kita dah bercampur dengan masyarakat, mulalah kelihatan kekurangan diri kita. Masa tu, jika akal kita dapat mengakui kesalahan kita, alhamdulillah, tapi, agak malang jika kita masih berkeras dan mengatakan bahawa apa yang kita buat tu betul. Alangkah malangnya.....
Kenapa malang??
Sebabnya....dengan perlakuan kita sebegitu, orang sekeliling kita akan mula meninggalkan kita, sorang demi sorang. Alangkah malangnya....
Apabila dah tinggal keseorang, kita akan mula bermuasabah balik diri kita, mana silap kita. Dan, sekali lagi, beruntunglah sesiapa yang dapat menjumpai kekurangan dia tu (asyik nak betul jer) dan, sekali lagi, alangkah malang jika dia masih berdegil, bahawa apa yang dia buat tu adalah betul....aii
Em...mana agaknya ketegori diri kita?? Susah nak cermin diri ni sebenarnya. Sebab itulah pentingnya wujud persahabatan. Kerana, hanya sahabat yang dapat menjadi cermin bagi diri kita.
Kita xleh nak tengok cermin sorang2. contoh la, katakan kita rasa, cantik betul bila pakai baju warna merah, kain warna hijau, tudung warna kuning. Memang la xsalah pakai macam tu, asalkan tutup aurat, lagipun, tu semua warna kegemaran kita. Bila tengiok cermin pun, rasa cantik jer, sebabnya..tu semua warna kegemaran kita. Tetiba, datang kwan kita, komen tentnag penampilan kita.dia pun bagi la hujah2 yang bernas, dan, akhirnya, kita pun sedar, rupanya, pakaian kita tu xsesuai langsung. Malah, boleh bagi malu jer. Aaaa...tu la analoginya, kawan ni sebagai cermin. (paham? insyaALLAH, paham)
Cuma, sebenarnya, yang penting skali, adakah kita dapat terima komen sahabat kita tu?
Yang tu kena tanya diri sendiri. Tepuk dada, tanya iman.
Rasanya, diri ana ni ketegori yang xleh nak terima...huhuhu.... kenapa agaknya begitu? Sebab, bagi ana, selagimana benda tu xmelanggar syarak, rasanya xsalah untuk ana buat (hohoho ni selain contoh pasal baju tu la, ni pasal prinsip, pegangan etc) Bagi ana, selagi mana xsalah, xsalah rasanya kalau ana nak tegakkan prinsip itu.
Neo...neo...betul ke macam tu? Boleh ke macam tu???

:-?? Xtahu...............................................
Aku yang amat degil ni tetap berfikir bahawa apa yang aku buat tu, xde salahnya. Tapi, kenapa ade rasa sedih??? Tentu ade maknanya tu...ALLAH xkan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, waima perasaan sedih!!!
Salah ke jika ana menegur kesalahan orang lain?

Em...xsalah neo, Cuma pendekatan yang enti gunakan tu yang xsesuai. Enti terlalu tegas.
Tapi, jika kita nak buat amar maaruf nahi mungkar, mana boleh main2, benda ni serius, kalu main2, dia xkan dengar la nasihat kita!!!
Neo...nak buat seseuatu tu, cuba contohi Rasulullah. Baginda tu Qudwah Hasanah, contoh yang terbaik. Enti ingat x satu kisah ni. Ade seorang pengemis buta tepi jalan. Dia dapat makan hanya dengan memburuk-burukan Rasulullah. Selepas dia burukkan Rasulullah, orang akan bagi sedekah kat dia. Ditakdirkan suatu hari, ade arang sedekahkan makanan untuk pengemis tu. Si pemberi sedekah itu sungguh lembut. Dia menyuapkan pengemis buta tu dengan lemah lembut, malah, dia tolong kunyahkan makanan sebelum dia suapkan kepada pengemis buta tu. Pengemis buta tu pun suka dengan layanan Si Pemberi sedekah itu. Dan, pada masa yang sama, si pengemis buta tu terus memburuk-burukkan Rasulullah, kerana, dengan kat-kata itulah dia dapat makan.
Setiap hari, si pemberi sedekah itu datang dan menyuapkan si pengemis buta tu. Setiap hari..dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang, dan, pengemis tu, setiap hari juga...terus memburukkan Rasululah di depan pemberi sedekah tu.
Pada suatu hari, pemberi sedekah itu x datang kepada pengemis buta tu. Pengemis tu mula rasa gusar. Keesokannya, datanglah si pemberi sedekah tu. Tapi, pada kali ni, cara suapannya berbeza dengan sebelumnya. Kali ni lebih kasar!!!
Lalu, si pengemis buta tu pun berkata

“ siapa kamu?? Kamu bukan si pemberi sedekah yang selalu menyuapku. Dia begitu lemah lembut, sedangkan kamu amat kasar. dia mengunyahkan makanan untukku, sedangkan kamu tidak. Siapa kamu????”

Tegas si pengemis buta tu.
Tetiba penegmis buta tu denagr suara teresak-esak. Rupanya orang yang menyuapkannya itu mengangis. Lalu dia berkata

“wahai pengemis buta, masakan sama layanan aku terhadapmu denagn orang yang dulu, kerana, orang yang menyuapkanmu dulu itu adalah Rasulullah. Namun, alangkah sedihnya, kerana sekarang baginda telah wafat...”

Alangkah terkejutnya si pengemis tu. Rupanya, orang yang menyuapkannya selama ini dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut itu, adalah individu yang sellau dikutuknya!!
Lantaran itu, terus pengemis buta itu memeluk Islam.
Dapat x moral of story neo?dengan akhlak yang terbaik je, Rasulullah mampu ajak orang masuk Islam, bukannya hanya dengan kata2. dan, yang paling hebat, penegmis yang buta tu pun boleh rasa ketinggian akhlak Rasulullah!!!

Em....subhanALLAH, dapatkan ana jadi macam tu??? masyaALLAH, malu sungguh ana dengan diri ana. AstaghfirALLAH hal azim, hebat sangatkah ana ni sehinggakan nak berdakwah pun guna cara kasar? Sedangkan Rasulullah, insan pilihan, malah, juga Kekasih ALLAH, tidak memilih untuk menggunakan ketegasan!!! AstaghfirALLAH hal azim.
Otak saya xleh nak pikir dah....sayang tegur dengan kasar sebab saya sayangkan awk. Saya xnak awk buat kesalahan tu...xnak awk terus bergelumang dengan dosa. Saya sayang awk!!

Memanglah neo, tapi, awk kena blaja cara nak berdakwah. Takleh la tegur kasar macam tu...kalau awk buat mcm tu, orang xnak dekat dengan awk. Bila dah xde orang nak dekat dengan awk...macammana awak nak berdakwah lagi??? Pikirlah wahai entiku sayang
Salah ke apa yang saya buat tu??
Saya cuma nak dia buat apa yang tu, selari dengan Islam.

Neo, bagi sedikit masa untuk dia berubah. Sampai bila awak nak bertegas. Sampaikan kawan2 semua lari. Tu pun dah salah. Awak mencetuskan sesuatu yang boleh memutuskan ukhwah. Awak hidup di dunia, kena jaga juag hubungan Hablunminannas awk. Please neo....
Adakah ini bermaksud, saya xleh nak tegur kawan2 saya? Cammana dengan tanggungjawab untuk buat amar maaruf nahi mungkar? Nak serah kat sapa? Takkanlah saya nak lepas tangan jer???
Bukan macam tu neo, memang tugas amar maaruf nahi mungkar tu adalah tanggungjawab setiap muslim yang faham, tapi, nak buat tu...awak kena ada kaedah2nya la. Xleh la nak pakai otak awak jer.
So, apa patut saya buat sekarang? Hanya diamkan diri? Biarkan dia terus melakukan kesalahan? Then, bila kat akhirat, dia boleh nak salahkan saya, sebab tak tegur dia masa kat dunia dlu. Macamtu?
Neo!!! please wake up!! open ur eye..mata hati awak. Saya bukan nak laang awak buat amar maaruf nahi mungkar tu, saya cuma nak awak belajar cara2 nak menegur. Tu je. Tanpa awak sedar neo, kelakuan awak tu, menyebabkan orang xnak dekat dengan Islam. Seolah-olah Islam ini adalah paksaan. Dan, dengan ini, secara tidak langsung, awak jadi contoh yang buruk buat Islam tu sendiri!!!!
masyaALLAH...teruknya!!! Taknak! Taknak! Taknak! Saya taknak roskakkan Imej Islam. Rasulullah susah payah nak sebarkan Islam, mana boleh saya nak rosakkan Islam. MasyaALLAH. Keliru saya. Tapi, alhamdulillah, saya dah sedar sesuatu. Terima kasih banyak wahai jiwa ku. Alhamdulillah kerana ALLAH izinkan kamu untuk berinteraksi dengan saya, bukan si Nafsu. ALLAH hu akbar. Semoga ALLAH mengampuni dosa2 saya.
Yang paling penting, awak kena minta maaf dengan orang yang pernah guris hati dia. Tolong ek....minta maaf dengan mereka...please..
InsyaALLAH. Saya taknak apa2 kat dunia ni, Cuma nak ALLAH jer. Saya xnak lakukan sesuatu yang menjauhkan ALLAh dari saya. insyaALLAH, saya akan buat. Syukran jazilan khotiron wahai jiwa yang menjadi tempat terimanya ilham dari ALLAH

4.19 pm
19/9/2008

Thursday, September 18, 2008

Perlumbaan


Bismillah hirrohmanirrahim

Kita semua diibaratkan berada dalam satu garisan perlumbaan. Semua dilepaskan pada garisan yang sama (perut ibu) dan akan berakhir pada garisan yang sama juga (tanah perkuburan). Setiap individu telah diberikan tempoh perlumbaan yang dan laluan masing-masing (telah ditentukan Jodoh, Ajal, Mati, Hidup, Rezeki
Alangkah ruginya bagi sesiapa yang tersesat kerana limit masa akan memusnahkannya.
Namun, bagi sesiapa yang tersesat, tapi, tersedar akan dirinya yang telah tersesat itu, cepat-cepatlah berusaha untuk kembali ke pangkal jalan. Jangan tangguh-tangguh lagi, kerana kita semua ni dah kesuntukkan masa. Cepatlah kembali ke pangkal jalan.
Walaupun masa amat singkat, namun, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita berputus asa. Teruskan usaha untuk terus kembali ke jalan yang benar. Jika kamu tidak mampu untuk melaluinya seorang diri, cubalah cari pasangan atau sahabat2 yang mampu tunjukkan jalan yang benar itu.
Dan, jika dalam perjalanan kamu, kamu terserempak dengan seseorang yang juga turut tersesat seperti kamu, ajaklah dia bersama-sama untuk kembali ke pangkal jalan. Jalan yang indah bukan untuk dinikmati seorang, tapi setiap orang berhak untuk merasainya. Semoga kita semua berhenti diperhentian yang sama, sesungguhnya perhentian itu MAHA INDAH. SubhanALLAH.

Thursday, September 11, 2008

Suka Sungguh

=)
Alhamdulillah. Bahagia ari ni..sebab tadi ade member cakap, dia suka baca blog ni =) alhamdulillah sangat2. xsangka plop My Blog ni ade peminat hehe.

Alhamdulillah. Sebenarnya, xkisah la, ade peminat ke tak..yang penting sebenarnya, hasrat/maksud ana menulis ni..tercapai. em… camne nak tahu tercapai ke x?
Em..ana xleh nak bagi skema jawapannya, Cuma, yang boleh kita lakukan, antunna semua rujuk perasaan antunna semua, selepas baca My Blog ni. Ade beza tak? Ade apa2 perubahan x? Ade rasa pe2 x? em..kalau ade perubahan, alhamdulillah, maknanya, maksud tulisan ana tu tercapai la. Tapi, kalau macam xde rasa beza pe2, maknanya, ana ni kena banyak lagi asah skil penulisan ana (ceewahh) =)

Sebabnya, ana sendiri pun baaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnyyyyyyyyaaaaaaakkkkk lagiiiiiii yang kena baiki. Pe2pun,
alhamdulillah,
syukran jazilan,
thank you very much,
shei shei,
arigato,
kap kun kap,
…..
Em…apa lagi
Apa-apa lah, dalam bahasa apa2 pun, ana mengucapkan jutaaaaaan terima kasih kerana sudi melawat My Blog ni. Semoga kita dapat sedikit sebanyak input darinya, kerana, semua ini adalah dari ALLAH, ALLAH mewakilkan jari ana untuk menaipkannya di sini. Mungkin, sape tahu, satu hari nanti, jari antunna semua pula diwakilkan oleh ALLAH untuk menyebarkan keindahan Islam. InsyaALLAH. Syukrna jazilan khotiron skali lagi. Wasalam.
Syukran Ain =)

Tuesday, September 9, 2008

Bingung

Assalamualaikum wbt.
Lama tul tak menulis...pasal orang lain hehe... kebelakangan ni duk ‘jiwa’ sorang jer =)
Em..sebenarnya ana ade satu isu nak dikongsikan dan difikirkan bersama. Em...minggu lepas, ana pulang ke Kelantan. Masa dalam bas, ana ade ternampak satu pasangan yang duduk bersebelahan dalam bas tu....=(
(.... busy body ana ni ek ) =(
Tapi, memang ikhlas ana cakap, ana sedih sangat dengan benda ni...arghh....
Banyak persoalan yang berlegar dalam otak ana masa lihat benda tu...
1. Kenapa benda ni boleh berlaku??
2. Perempuan tu x malu ke duduk sebelah lelaki?
3. Kenapa perempuan tu sanggup duduk sebelah lelaki tu??
4. Kenapa perempuan tu duduk rapat/bersandar dengan lelaki tu??
5. Perempuan tu xkisah ke duduk sebelah lelaki tu??
6. Perempuan tu suka ek duduk sebelah lelaki tu??
7. Perempuan tu xkisah ke ade orang tengok apa yang dia buat tu??
Em...banyak macam kenapa la yang berlegar dalam kepala otak ana...=(

(kolot tul budak ni)

Now 8 september 2008 (23.12 pm, baru balik dr lab ganti)...sambungan....
Em...sambung dengan kes bingung ni.
Perempuan... perempuan
Kehidupan ana kat UPSI ni, memang dikelilingi ramai perempuan. Kat mana-mana, perempuan akan
concur keadaan tu.
Nak naik bus, kami ramai
Nak beli makanan/barang, kami yang ramai
Nak berebut beli tiket bus uk raya, kami yang ramai
...
Banyak lagilah. Alhamdulillah, ana selesa dengan keadaan ni (maaf yer wahai lelaki sekalian =). Tapi....
Tapi, bila dah berlebihan ni, lain pula jadinya. Perasaan malu tu dah makin kurang la plop. Ana bingung dengan masalah malu ni. Sekarang ni, kes,
Perempuan pula yang tegur lelaki.
Perempuan pula nak buat cakap dengan lelaki.
Perempuan pula yang nak tarik perhatian lelaki.
Itulah keadaan yang ana dapat lihat sekarang dengan penglihatan yang ALLAH kurniakan untuk ana ni. Aiii...duhai kaum perempuan yang aku sayangi....
Nape boleh jadi macam ni??? Sedih sungguh.
Kekadang tu, nampak sangat, perempuan tu yang nak tarik perhatian. Cakap kuat2, gelak kuat2, apa ni... xmalu ke???? Huhuhu
Ana nak cakap banyak pun, ana sendiri pun macam tu jugak. Sekadar renungan untuk kita bersama. Sama-samalah kita jaga diri kita. Sampai bila hidup i nak tarik perhatian manusia? Sampai bila?
Apalah sangat yang manusia dapat beri kalau kita dapat tarik perhatian dia? Apa?

Xde apa pun sangat. Paling koman pun, kita dapat buat dia lihat kita jer. Selebihnya??? Kome pikirlah sendiri (ibarat kata Nabil)

Yang negative (dan agak teruk juga) yang dapat ana lihat kesan dari perlakuan perempuan sekarang ni, bahaya gak. Bila lelaki dah mula pandang perempuan tu...agak2 nya, lelaki tu sekadar lihat je ke? Xde pikir pe2? Wallah hu alam.

Kalau lelaki yang kuat imannya, mungkin dia akan pikir

“ish pompuan ni, xmalu langsung, cakap kuat2”

Kalau lelaki yang agak kurang sikit imannya, mungkin ini plop yang dia pikir

“ fuh, pompuan ni...cakap...suara manja habis, boleh jadi geng nih”

Wallah hu alam. Ana pun xtau pemikiran lelaki ni. Sebab ana xkenal diorang. Tapi, rasanya tak mustahil mereka pikir macam tu.
Sebenarnya, ade masih ade perkata lain yang ana bingung tentang perempaun ni. Tentang pemakaian mereka, ana pun bingung dengan pemakaian mereka.

Ana bingung, apa sebenarnya motif kita berpakaian?

Untuk apa?
Untuk bergaya?
Untuk kelihatan cantik dimata umum?
Untuk menarik perhatian?
Untuk tunjuk fesyen terbaru?
Untuk riak? (nauzubillah min zalik)
@ untuk memenuhi kehendak agama,yakni untuk emnutup aurat??
Xtau..xtau apa yang difikirkan oleh mereka2 ni.
Kekadanag, kesian kat kaum Adam. Mereka xboleh nak lihat eseorang perempuan tu untuk pandangan yang kedua, sebab itu adalah panahan syaitan. Tapi, kekadang, pakain perempuan tu sendiri (yang agak pelik dan menarik perhatain), menyebabkan, tanpa sedar, mata sang lelaki tu untuk menjeling untuk kali yang kedua tanpa ada tempoh expirednya (sehingga hilang di mata si perempuan tu) ish...ish....ish

Sapa yang patut dipersalahkan dalam hal ni? Siapa?
Em... xtahu. Korang pikirlah sendiri.
Bingung...bingung dengan perempuan.

  • Mereka xnak diganggu, tetapi mereka menggangu.
  • Mereka tidak mahu dipandang dengan pandangan syaitan, tapi pakaian mereka tu ibarat tempat yang panah tu nak ditujukan (ala....bulatan yang orang nak tembak tu...tumpuan tuk panah itu ditujukan)
  • Kekadang bingung gak, perempuan marah bila lelaki menghimpit perempuan semasa nak berebut naik bus, tapi, ade perempuan yang sanggup ‘dihimpit’ oleh lelaki, asalkan dia dapat naik bus..ish..ish..ish..kononya guna istilah “lady first
  • Em...bingung sangat gak, bila ade perempuan yangs sanggup MENEPUK bahu lelaki, kononnya untuk tunjuk yang dia tu geng kamceng. Alasannya,
“ala, kan ke ni berlapik”

Em... dah xtau nak tulis apa lagi yang bingung tu, sangat banyak sangat.
Maafkan ana wahai perempuan sekalian. Antunna semua dah besar2, ranya dah boleh fikir, mana baik, mana buruk. ALLAH dah bagi kurniaan kecerdasan akal yang besar untuk antunna semua, sebab tu antunna semua boleh masuk UPSI.
Alangkah sayangnya jika antunna xdapat nak jaga diri antunna. Sebenarnya, diri antunna sangat bernilai. Jangan murahkan diri antunna semua dengan perkara2 yang membuatkan ana bingung tu. Antunna semua adalah berlian yang sangat mahal. ALLAH telah meletakkan antunna semua di tempat yang sungguh tinggi, tapi, antunna pula nak rendahkan diri antunna. Sayanglah macam tu...berlian yang sangat berharga, tidak dipamerkan dengan sewenang-wenangnya. Ia disimpan, bukan sahaja dalam kotak kaca, bahkan, kalau boleh, dalam kotak yang tertutup sepenuhnya..barulah orang ade inquri (sifat ingin tahu) yang amat tinggi untuk memiliki berlian yang tersembunyi itu. subhanALLAH....

Em...kalau boleh, janji ek...sesiapa yang baca ni...cuba ubah pelan2. bukannya ana nak suruh anti jadi zuhud sangat, cuma, cukuplah sekadar jaga diri anti. Arghh...sayangla kalu anti yang sungguh cantik dan ayu ni, berperangai dengan perangai seperti yang ana bingungkan tu...sayang sungguh..rugi la =) rugi suami anti...=) gurau je

Em...maaf sangat2 jika perkataan ana salah. astaghfirALLAH hal azim. Ana ni banyak lagi kekurangan dalam diri, sekadar satu makhluk ALLAH yang serba kekurangan. Maafkan ana atas segalanya.

Wasalam.

23.55pm

Monday, September 1, 2008

ALLAH sayang aku

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, ALLAH izinkan kita menikmati kedatangan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Alhamdulillah. Sekarang jam 6.35 ptg, beberapa detik lagi nak berbuka. Alhamdulillah, lps berbuka, means, sehari dah berlalu...hanya tinggal baki 29 hari saja tinggal untuk kita mengisi ruang Ramadhan ni.

Em..sebenarnya, tajuk tu, sekadar satu muasabah buat diri ana dan sesiapa yang membaca ni. Sebenarnya, statement ni, milik semua orang, Cuma, kekadang akibat kejahilan kita, kita xsedar benda ni. ALLAH HU AKBAR.

Ana suka betul lihat balik peristiwa yang berlaku. Cuba kita renung apa yang kita dah rancangkan, dan, adakah semua tu terlaksana? Em...kalau terlaksana, alhamdulillah, tapi, kalau tak terlaksana, janganlah bersedih. Sebenarnya, ALLAH juga mempunyai rancanganNYA yang tersendiri. Kita kena ingat, manusia merancang, ALLAH jua merancang, namun, yang pasti, rancangan ALLAH itu Maha sempurna.

Tadi, ana nyaris terlepas bus nak balik ke kolej. Fuh..klu terlepas bus tu...xsempat la nak berbuka gamaknya. Dalam sedih tu, ana pujuk diri ana, ade hikmah terbesar yang ALLAH cuba sembunyikan dari ana. Dan, ahamdulillah, rupanya bus tu berhenti di tgh jalan. subhanaALLAH. Maka sempatlah ana naik bus tu huhu...

Nampak cerita dia simple je kan??? Tapi, kalau kita tak relatekan dengan ALLAH, tentu kita duk cakap

“nasib baik bus berhenti”.

Tapi, kalau kita related dengan ALLAH, perkataan yang akan keluar dari bibir kita adalah

“SubhanALLAH, Alhamdulillah”

subhanALLAH, peristiwa yang amat2222 simple, tapi boleh mmebuatkan kita terfikir, bahawa ALLAH sangat menyayangi hambaNYA. SubhanaALLAH YA ALLAH. ALHMADULILLAH.

Memang nak ter’suka’ plop bila fikir. ALLAH HU AKBAR, betapa ALLAH MAHA PEMURAH, DIA nak kita sebut namaNYA, so, kita pun akan dapat pahala. Bayangkan jika bus tu ade xgerak jer, and ana pun dapat naik cam biasa, tentu kalimah ALLAH, ana x sebut =)

Saje je ni. Sekadar bacaan ringan, ana tahu, kalian sangat bagus dr ana. Alhamdulillah.

Em... dah hampir berbuka (7.06 pm). Selamat berbuka. Maaf segalanya.

ALLAH sayang aku

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, ALLAH izinkan kita menikmati kedatangan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Alhamdulillah. Sekarang jam 6.35 ptg, beberapa detik lagi nak berbuka. Alhamdulillah, lps berbuka, means, sehari dah berlalu...hanya tinggal baki 29 hari saja tinggal untuk kita mengisi ruang Ramadhan ni.

Em..sebenarnya, tajuk tu, sekadar satu muasabah buat diri ana dan sesiapa yang membaca ni. Sebenarnya, statement ni, milik semua orang, Cuma, kekadang akibat kejahilan kita, kita xsedar benda ni. ALLAH HU AKBAR.

Ana suka betul lihat balik peristiwa yang berlaku. Cuba kita renung apa yang kita dah rancangkan, dan, adakah semua tu terlaksana? Em...kalau terlaksana, alhamdulillah, tapi, kalau tak terlaksana, janganlah bersedih. Sebenarnya, ALLAH juga mempunyai rancanganNYA yang tersendiri. Kita kena ingat, manusia merancang, ALLAH jua merancang, namun, yang pasti, rancangan ALLAH itu Maha sempurna.

Tadi, ana nyaris terlepas bus nak balik ke kolej. Fuh..klu terlepas bus tu...xsempat la nak berbuka gamaknya. Dalam sedih tu, ana pujuk diri ana, ade hikmah terbesar yang ALLAH cuba sembunyikan dari ana. Dan, ahamdulillah, rupanya bus tu berhenti di tgh jalan. subhanaALLAH. Maka sempatlah ana naik bus tu huhu...

Nampak cerita dia simple je kan??? Tapi, kalau kita tak relatekan dengan ALLAH, tentu kita duk cakap

“nasib baik bus berhenti”.

Tapi, kalau kita related dengan ALLAH, perkataan yang akan keluar dari bibir kita adalah

“SubhanALLAH, Alhamdulillah”

subhanALLAH, peristiwa yang amat2222 simple, tapi boleh mmebuatkan kita terfikir, bahawa ALLAH sangat menyayangi hambaNYA. SubhanaALLAH YA ALLAH. ALHMADULILLAH.

Memang nak ter’suka’ plop bila fikir. ALLAH HU AKBAR, betapa ALLAH MAHA PEMURAH, DIA nak kita sebut namaNYA, so, kita pun akan dapat pahala. Bayangkan jika bus tu ade xgerak jer, and ana pun dapat naik cam biasa, tentu kalimah ALLAH, ana x sebut =)

Saje je ni. Sekadar bacaan ringan, ana tahu, kalian sangat bagus dr ana. Alhamdulillah.

Em... dah hampir berbuka (7.06 pm). Selamat berbuka. Maaf segalanya.