Have an account?

Friday, February 20, 2009

Jaga 7 Sunnah Rasulullah SAW

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

InsyaALLAH kita boleh lakukannya. Syukran tuk ero82 sbb panjangkan emel ni tuk ana.

Wednesday, February 11, 2009

CIkgu….Nikmat Negatif

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, semua nikmat ALLAH masih kita rasai. SubhanALLAH, betapa ALLAH Maha Pemurah, walaupun kita terus menerus melakukan dosa kepadaNYA (nauzubillah, astaghfirALLAH hal azim), namun ALLAH tidak pernah menarik nikmat yang dikurniakan untuk kita. Jadi...kita sebagai makhluk yang langsung takde apa2 ni.....masih layakkah untuk berlagak sombong dengan segala ‘benda’ yang kononnya kita rasa, ‘benda’ itu adalah kita punya (lupa bahawa itu adalah dari ALLAH)? Fikirlah sendiri.
Nikmat....nikmat bukan sahaja dalam bentuk yang positif, benda2 yang negatif yang berlaku pada kita juga adalah nikmat yang ALLAH kurniakan. subhnaALLAH, sungguh hebat ALLAH mentarbiah hambaNYA.
Ana masih terfikir2..tertanya2..... kenapa ALLAH takdirkan ana untuk berada di sekolah ini... (sekadar untuk memujuk diri tentang kenapa praktikal kat sekolah ramai Cina..susah nak mengajar)... akhirnya, hanya daripada muasabah kita memperolehi jawapan (dengan bantuan ilham daripada ALLAH SWT.)
ALLAH HU AKBAR..ALLAH HU AKBAR...ALLAH HU AKBAR...
Perkara2 negatif (otak kita tafsirkan itu sebagai negatif) sebenarnya terkandung banyak hikmah. Ana terfikir2, kenapalah susah sangat nak mengajar kat sekolah ni. Tanya cikgu2 senior, camne nak mengajar kat sekolah ni...rata2 cikgu bagi respon, suruh jadi garang skit!!
Susahnya..camne nak garangkan diri ni....dan, guru pembimbing ana juga komen, bahawa ana ni nampak xberkeyakinan masa mengajar. Argh...banyak lagi xmantap ana ni... =(
Em....jadi, dengan sedikit akal yang ALLAH hadiahkan, ana buat muasabah...sebenarnya, hikmah kenapa ALLAH takdirkan ana berada di sekolah ni..adalah kerana...untuk ana mantapkan lagi diri ana..tambah keyakinan diri...biar nampak yakin skit.
Wah...banyak betul kelemahan yang dapat ana detect daripada sedikit situasi ana ni (mengajar kat skul cina) SubhanaALLAH...Engkau Maha Hebat. Dengan hanya sedikit pengalaman praktikal selama 3 minggu, ALLAH dah bantu ana untuk mencari kelemahan diri. Dan, setelah kita dah tahu kelemahan diri, of course kita akan cuba untuk membaikinya...insyaALLAH (biiznillah).
Tengok, betapa ALLAH ni Maha Baik (betul ke perkataan yang ana guna? astaghfirALLAH hal azim jika salah)..bantu kita tuk kenalpasti mana kekurangan kita. Dan DIA kurniakan akal pula untuk kita, untuk fikir macamana nak atasi masalah kita tu.
Ok kalian semua, syukran jazilan sebab sudi luangkan masa. Minta diri dlu. Harap dapat sesuatu dari MyBlog ini (segalanya dari ALLAH yang MAHA SEMPURNA) sebab itu sahajalah niat ana menulis ni..untuk sama2 MENYEMAI CINTA UNTUK CINTAI ALLAH.
1705pm, 7 Februari 2009.

Guru Oh Guru – Lesson Plan

Assalamualaikum wbt
Lama sungguh ana xmencoret sesuatu tuk My Blog ni. Rindu tak terkata untuk meluahkan sesuatu pada si Hitam and antunna semua. Terlalu banyak perkara yang ana pendamkan-subhanALLAH, sungguh hebat Pencipta kita, DIA dapat menjadikan manusia ni- yang pada asasnya, kita lihat, binaannya sama, yakni dari tulang, isi, dan kulit, tapi, hakikatnya, setiap kita adalah berbeza. Pengalaman-pengalaman yang ALLAH dah aturkan untuk setiap hambaNYA sungguh unik. YA ALLAH, ENGKAU TERLALU ISTIMEWA YA ALLAH.....ALLAH HU AKBAR....SUBHANALLAH....aku insan yang sungguh hina ni teramat ingin untuk bertemu denganMU YA ALLAH...ALLAH HU AKBAR.
Semalam hari pertama persekolahan setelah seminggu bercuti-Tahun Baru Cina-. Em..bermulalah kehidupan sebagai seorang guru...
Kat sini bukan nk cerita tentang guru..tapi tentang lesson plan yang perlu kami- guru-guru praktikal- siapkan sebelum masuk ke kelas. Kami kena fikir tentang rancangan mengajar, macamana nak jadikan sesuatu pembelajaran itu menarik, pelajar tak boring, dan yang paling penting, pelajar dapat faham apa yang kami ajar. Lesson plan ni kena buat sebelum masuk ke kelas.
Bila fikir balik, alangkah bagusnya jika kita pun buat lesson plan tuk diri kita sendiri. Maknanya kita dah rancang, apa yang akan kita lakukan -sekurang-kurangnya untuk esok hari-. Em...tentu hidup kita akan terancang molek, kan? Em...
Lebih molek lagi jika kita dah siap2 merancang untuk setahun kemuadian, 2 tahun lagi, 3 tahun lagi...dan sebagainya....ALLAH HU AKBAR...
Teringat tentang Fahri dalam cerita Ayat-Ayat Cinta. Dia dah siap merancnag hidup dia untuk sepuluh tahun akan datang...siap selitkan semua perkara yang ingin dia capai dalam tempoh masa tu.. dan ana dapat perhatikan, bahawa ALLAH akan tloong kita untuk mencapai semua perkara yang kita impikan –selagimana perkara itu bagus dan boleh menaikkan ISLAM (insyaALLAH).
Ana sekadar hanya tau cakap saja, hakikatnya, ana sendiri xde perancangan tuk hidup ana sendiri....ana xpandai untuk membuat perancangan, dan...xberfikiran jauh... suka sangat bila perkara tu berlaku jer... sebab, bagi ana semua tu ALLAH dah atukran (betul ke fikir macam ni =? ) em...arap sangat ana dapat buat perancangan hidup tuk diri ana, seahun lagi dapat apa, nak kejar apa..target jadi guru macamana..aaa.....tapi xpandai nak buat perancangan...macamana la agaknya nak buat perancangan ni.... aiii.... =) kena belajar la sayang....
Wasalam.

Laishei

25 Januari 2009 23.01 pm

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dah dua minggu rupanya ana bergelar ‘laushei’ kat SMK Jalan Pasir Puteh, Ipoh. Banyak betul perkara yang ana dapa belajar (fikir positif em..) Boleh belajar tentang budaya orang Cina, tahu camne budak2 Cina ni... cara bergaul diorang, cara belajar, cara bergurau... yang penting skali...bahasa diorang... boleh cakap Cina la ana xlama lagi hehe =)

Selama ana duk Kota Bharu...yang ana biasa denagr tentang budak Cian ni...semua positif2... “Best Student”, “pandai Matematik”, “rajin”, “tepati masa”, “ skema” dll...banyak tul perkara positif tentang diorang yang ana dengar. Tapi, sekarang....bila dah mengajar kat sekolah Cina ni...baru tau camne diorang sebenarnya. Ana xberminat nak rendahkan mana2 kaum, @ ceritakan keburukan mereka (sebab kita pun xsuka kalu orang duk cakap keburukan kita, kan?) em...Cuma, nak gtau...padahal kita semua manusia ni sama jer.

Sekarang ana dah ada kekuatan tuk menafikan jika ada pelajar Melayu yg cakap ‘ala...dia tu memang logik la pandai Math, sebab dia tu cina’ xleh terima akal...dia tu pandai sebab dia berusaha...jika tak berusaha..sesiapa pun..hasilnya tetap akan sama juga... langsung xde kaitan dengan genetik Cina pun...kalu ade pun...sikit sangat je peratusannya.

Bergelar cikgu kat sekolah Cina ni memang mencabar. Tapi, alhamdulillah, raka2 banyak membantu..tolong ingatkan...bahawa ALLAH tidak akan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Jadi, maknanya... ana dan rakan2 ana ditempatkan di sekolah ramai cina ni..kerana kami mampu untuk menghadapinya..insyaALLAH. Ya ALLAH, kami yakin dengan la yukallifullah....