Have an account?

Sunday, February 13, 2011

Say No To Date Before Nikah!!!



Assalamualaikum adik2 semua. Em...mesti kita semua dah biasa dengar hari valentine kan? Pastu, mesti cewek adik2 akan bagi hadiah kan pada hari tu? EM..pelik betul akak, adakah cewek adik2 hanya sayang adik pada hari tu saja? Alahai..kalau begitu kesian lah. Cewek yang sebenar adalah orang yang SELALU, SENTIASA menyayangi adik2, TIDAK KIRA MASA. Oleh itu, adik2, JANGAN KITA MERAIKAN hari valentine ni ya. Langsung TIDAK BERFAEDAH, malahan, boleh bawa BERDOSA juga, sebab kita sambut perayaan KRISTIAN. Semoga ALLAH lindungi akidah kita semua dan juga yang paling utama, IMAN kita TERPELIHARA, insyaALLAH.

Friday, January 28, 2011

Tidur


Assalamualaikum wbt.
Em...tidur sangat bagus untuk recharge semula tenaga kita. Namun, ada juga tidur yang TIDAK DIGALAKKAN DALAM ISLAM
1. Tidur lepas ASAR
- orang kata, kalau tidur lepas Asar, akan jadi 3 suku. Agaknya betul la kot, sebabnya, bila sedar ja dari tidur lepas Asar, rasa macam MALAS ja, ASYIK NAK MARAH, otak macam x berapa betul. Jadi BINGUNG

2. Tidur Lepas SUBUH
- Rezeki akan susah nak dapat. Tapi, betul juga, kalau kita bangun jam 9 pagi, kawan kita dah selesai HABISKAN sarapan, maka, disitu terbukti bahawa REZEKI kita untuk bersarapan dah tiada. HA...siapa suruh tidur lepas SUBUH? Padanlah dengan muka tu kan? (Toin....kena batang hidung sendiri)

3. Tidur Semasa Kuliah
- Ni pun x bagus. Ada ka patut, orang nak bagi Ilmu, dia boleh tidur. Nampak sangat yang kita ni x hormat pada guru tu. Tapi kan, bukan nak salahkan orang tu, sebab semua ni kerja SYAITAN, dia yang buat kita mengantuk masa kuliah. Tup-tup habis kuliah ja, terus badan rasa SEGAR. Pelik kan? ish....jahatnya syaitan laknatullah ni.

4. Tidur Sebagai Hobi.
- Ada juga orang y jadikan tidur sebagai hobi. Bila ada saja masa lapang, terus tidur. Kadang-kadang tu, tak lapang pun mahu tidur...ishh.... apa ruginya? Mama kawan x geram dengan orang macam ni, asyik di katil saja, kita mahu bincag apa2 pun xboleh, sebab dia tengah 'mati kecil' =(

Dalam melarang, ISLAM pun ada bagi panduan tentang tidur (Best kan ISLAM ni, sebab memang sempurna, bukan hanya tahu melarang ja, ada juga TIDUR YANG DIBOLEHKAN, malah, boleh dapat pahala lagi. WaH...I LOVE ALLAH, I LOVE ISLAM )

1. Tidur Semasa Penattt Betul
- Kita digalakkan tidur sebab kalau x tidur, boleh memudaratkan kesihatan. Malah, ia akan ganggu cara kita berfikir. Sebab tu la, tengah malam masa mengantuk xboleh buat miting, sebab keputusan tu xkan jadi sempurna.

2. Tidur Sebelum Zohor
- Bagus untuk recharge tenaga. Hebat kan, tidur masa ni akan dapat pahala sunat. Tujuan tidur waktu ini supaya kita mudah untuk TERJAGA di KALA DINIHARI. Kenapa nak berjaga dinihari? Ala..tahu la kan....kan kita nak ber'dating' dengan ALLAH =)

InsyaALLAH, sedikit peringatan untuk DIRI SENDIRI dan juga sesiapa yang TERBACA.
Semoga segala perkara yang baik, dapat kita amalkan semaksianya. InsyaALLAH
i Love u sayang (suamiku)


Di kala hujan,
Bilik
Sandakan, Sabah
8.44 am (29 Januari 2011)

Saturday, December 11, 2010

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

(10 Muharram , bersamaan Khamis, 16 Dis 2010 )

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke
dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam
hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di
syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka
sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekahkepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat: 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana
Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan
rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah
berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat: 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura
empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca
Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa
ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura
kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah
dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada
Yang Lain-Lain.

Wednesday, October 20, 2010

MUDAHNYA MENGELUH, SUKARNYA BERSYUKUR~

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"
SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)

Sunday, October 17, 2010

Kehebatan Perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih

"Can you press for me level 7... Please," Pinta seorang kiwi (orang New Zealand), semasa kami berada di dalam lif di perpustakaan universiti.


"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.

"Cheers!" Dia membalas.


Dalam satu kejadian lain,

"Excuse me, can you take that for me. Please.." Pinta seorang makcik.

"Which one? This one?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.

"Yup. Thank you so much, my love!" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil 'love'!Sweet lah makcik ni~


Saya bukanlah seorang yang terlalu 'alert', tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga saya menangkap setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, saya berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.

*****

Dalam situasi lain, dengan latar masyarakat yang berbeza.


"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.

Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.

"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad rumah dikeluarkan, pintu dibuka.

Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.


"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.

"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.

"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"

"Kita selalu perasan jugak, kiwi-kiwi kat sini, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."


Ego kah diri, sebab tak mahu 'diarah'? Bukan. Cuma, merasakan bahawa perkataan yang keluar itu memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan si pengeluar perkataan tersebut.


Bukankah tujuannya mahu meminta 'tolong'? Tidak terlalu berat atau susah rasanya untuk menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.


Bukankah perkataan 'tolong' itu juga menunjukkan rasa rendah diri. Rendah diri kerana diri sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, kita bertindak untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain.


Manusia, tiada yang sempurna, malah manusia perlu untuk hidup dalam komuniti supaya setiap kelemahan yang ada di dalam diri individu mampu ditampung oleh individu yang lain.

"Eh, dah lah nak minta tolong orang. Kemudian nak mengarah pula." Detik dia di dalam hati apabila diminta untuk 'tolong' mengambilkan sesuatu. Sedangkan bukanlah dia sedang di'arah' pun, cuma struktur ayat yang keluar menyebabkan dia rasa seperti sedang diarah. Sedangkan, kalau difikir kan pun, tiadalah kawan itu mahu 'mengarah' pun.


Lagi teruk keadaannya apabila permintaan telah dipenuhi, 'terima kasih' tidak dilafazkan.

Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu. Kadang-kadang yang membantu tidaklah mengharapkan sangat perkataan tersebut, tetapi, bukankah itu adab?


Orang berbudi, kita berbahasa..kan?


Tahun lepas banyak turning point kepada diri. Salah satunya adalah insiden yang berlaku semasa perjalanan ke universiti, dengan menaiki bas.

Rakan saya membayar tambang bas kepada pakcik pemandu. Dikatakannya, "University."Seperti biasa, mukanya sentiasa tersenyum, sambil tangan menghulur syiling bernilai NZD1.50. Pakcik tersebut berkata, "Sorry?" Sambil air mukanya berubah. Rakan saya mengulang perkataan yang sama, "University." Pakcik tersebut,"Again?"

Ketika itu saya sudah mulai rasa pelik. Di dalam hati, "Eh, teruk sangat ke slang kitorang sampaikan sebut 'university' pun pakcik tu tak dapat nak identify?"

Rakan saya menyebut lagi, "University." Air mukanya tetap tidak berubah, tetap tersenyum. Kemudian, pakcik itu menyebut, "Rude!" Raut mukanya seperti marah, sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh rakan tersebut.

Sepanjang dalam perjalanan ke universiti, kami berfikir, kenapa pakcik tersebut marah? Apa yang kami buat?

Lantas, Allah SWT datangkan pengajarannya. Rakan saya berkata, "Mesti sebab kita tak guna perkataan 'please'.

Kalau tak, takkan lah pakcik tu kata 'rude!' tiba-tiba."

Astaghfirullahal'azim. Saya terdiam, memandang ke luar tingkap, sambil berfikir. Berfikir dan bersyukur diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Hati terdetik, "Mereka ni ada nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan seharian, bukanlah mereka Islam pun. Tetapi, mereka tahu dan amalkan nilai dan adab."

Allahu akbar~ Terima kasih kepada pakcik pemandu bas yang telah 'mengajar' kami nilai dan adab. Hati terasa lembut, tiada langsung rasa mahu marah kerana perkataan "Rude!" yang dikeluarkan.


Marah tiada, tapi terkejut. Langsung, bersyukur kepada Allah SWT yang mahu kami tahu dan belajar tentang erti hidup. Erti hidup yang sebenarnya perlu kepada adab dan nilai hormat kepada orang sekeliling yang telah memberi khidmat dan bantuan.


Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta!


Manners are not born with us, they are acquired.

Friday, July 23, 2010

Mana Nak Mengadu?

Em...td saya telefon awak..awak angkat phone-gembira sekejap saya- dapat dengar suara awak pun buat saya gembira. Niat saya telepon awak, sebab saya nak berkongsi masalah saya...SAYA RASA XSEDAP HATI...
Em...tapi, mungkin waktu saya telepon awak tu..masa yang agak tidak tepat, sebab pada masa tu, TOK IMAM pun sedang panggil awak...jadi...mana yang lebih aula?
Berkat kebijaksanaan awak, maka awak memilih untuk ke surau (hebat awak, sebab tu saya suka awak), tapi, dalam hati kecil saya, ada sedikit RASA SEDIH, sebab saya xsempat nak berkongsi masalah saya – kenapa saya rasa xsedap hati tu-sempat bagitahu mukaddimah saja.... apa pun, saya KAGUM pada awak =) Terima kasih ALLAH....
=) =(
Dalam gembira pun ada sedikit duka (Ish...syaitan lah yang cucuk ni....)
Em.... dalam SEDIKIT kesedihan, terlintas sesuatu yang BESAR di kepala.. Terlintas di fikiran, rupanya....
Aku TERLUPA untuk berkongsi masalah dengan KEKASIH UTAMA ku....
Em... jahat betul saya ni... boleh terlupa pada KEKASIH SEGALA KEKASIH. ALLAH hu akbar...em... mungkin dengan peristiwa ‘sedih sikit’ tadi, barulah tersingkap satu ke’LUPA’an kita kepada KEKASIH SEJATI kita. Em....
Em....cinta kita kepada kekasih dunia, kekadang telah mengambil sedikit CINTA kita kepada kekasih SEBENAR.
Adanya kekasih dunia...
- menjadi tempat untuk kita BERKONGSI MASALAH
- tempat untuk kita mencurahkan RASA CINTA
- tempat kita MINTA PERTOLONGAN
-tempat kita MELUANGKAN MASA BERSAMA
Banyak lagi lah, segalanya seronok, buatlah apa saja, asalkan dengan ORANG YANG KITA CINTAI, akan SERONOK dan MEMBAHAGIAKAN.
Dan, ditakdirkan ALLAH, pada suatu hari, kita ‘kehilangan’nya sekejap. Em.....terus rasa tak best. Tapi, hakikatnya, itulah peluang untuk bersama KEKASIH yang lebih AGUNG.
Awak,
Walaupun tadi saya xdapat bercakap panjang dengan awak, tetapi, ALHAMDULILLAH pada ALLAH, sebab bagi saya peluang untuk SEDAR, saya ada TEMPAT LAIN UNTUK MENGADU. Terima kasih juga pada awak, sebab bagi saya peluang itu. (Hakikatnya, ALLAH yang atur, kan?? Hebat ALLAH kan?? SubhanaALLAH, i LOVE ALLAH)
Awak, gembiranya saya dengan awak. Walaupun kalau ikutkan hati saya, saya ingin SENTIASA DENGAN AWAK, tp kita xdapat sentiasa bersama. Memang kadang-kadang rasa sedih, tapi, rupanya, ALLAH ada hadiah juga untuk perpisahan jauh kita ni. Rupanya, ALLAH nak bagi kita ruang..supaya, walaupaun saya ni sayang bangat pada awak, tapi, ALLAH masih mahu sedarkan kita, bahawa, ALLAH itu LEBIH LAYAK dan BUTUH untuk DISAYANGI, DICINTAI, DIKASIHI, lebih dari hambaNYA. Hebat tarbiah ALLAH ni kan, awak?
Em.. awak, rupanya, ini hikmah kita tinggal jauh2. Supayanya, kita dapat DUA CINTA. Arghh....seronoknya saya dengan CINTA ini, sungguh terharu dengan 2 KASIH SAYANG yang saya terima dari orang yang menyayangi saya (awak) dan juga dari Yang MAHA PENYAYANG ( ALLAH). subhanALLAH.
Awak, rupanya, TIADAnya ruang untuk saya /awak mengadu pada awak/saya, itu sebenarnya adalah ‘PELUANG’ untuk saya/awak untuk mengadu pada ALLAH. Cantiknya peraturan ALLAH kan??
Ya ALLAH, aku sangat MENYAYANGI MU, dan sanagt SYUKUR ya ALLAH, sebab aku juga MENYAYANGI nya (dengan izinmu). Semoga aku dapat menyambung kasih sayang dan cinta ini sehingga ke SYURGA Mu ya ALLAH. Ingin sekali aku bertemu denganMu ya ALLAH, ketika aku bersama-sama dengannya di dalam SYURGA MU. Amiin...
( rendah dirinya untuk berdoa sebegini, malu kerana rasa xlayak, tetapi AKU MAHU ya ALLAH.....)


Hamba kepingin Syurga dari ‘Tuan’nya
Bumi Sandakan, Sabah.
23072010
2028

Wednesday, July 21, 2010

Waiting For Ramadhan

Assalamualaikum wbt sahabat sekalian. Lama benar x bersua kan? Malu nya...bila lama kita x buat@jumpa dengan “sesuatu”, maka kita akan jadi KAKU sikit untuk emmulakannay kembali.
Em..apa khabar semua? Harap2nya semuanya sihat2 ja. Lama sungguh ana x mencoret. Dalam tempoh tidak mencoret itu, banyak juga perkara telah berlaku. Sekadar pemberitahuan, ana terlah BERKAHWIN dalam tempoh ‘herbenasi’ ana. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan. ALHAMDULILLAH, sayang ALLAH...
Nak cerita tentang apa? Terlalu banyak yang hendak dikongsikan, sampaikan TAK TERcerita...(sedihnya bunyi....)
Em..... sekarang kita dah di bulan SYAABAN, cepat sungguh masa berlalu...lepas SYAABAN, RAMADHAN. ALLAH hu akbar...cepatnya... SUDAH HABIS GANTI PUASA? Cepat2 ganti.
Esok sudah 10 Syaaban, ada lebih kurang 20 hari lagi...ya ALLAH, izinkan aku ketemu dengan RAMADHAN pada kali ini......


Hamba Menunggu Ramadhan
9 Syaaban 1430
1809