Have an account?

Monday, March 9, 2009

Manusia dan Agama


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita untuk menikmati nikmat kurniaanya. Alhamdulillah.
Em...dulu, selalu ade orang cakap, nikmat terbesar yang kita miliki adalah ISLAM. Dulu, ana masih tertanya-tanya, kenapalah ISLAM tu sebagai nikmat yang terbesar, bukannya nyawa, kudrat, harta dll kerana semua benda itu juga kita boleh gunakan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH. Kenapa ISLAM yang menjadi nikmat terbesar...kenapa??? em..tak berani nak tanya masa tu....pendam je la....
Alhamdulillah, rupanya ALLAH SWT nak bagi jawapan kat ana melalui pengalaman. ALLAH ‘hantarkan’ ana praktikal di SMK Jalan Pasir Puteh, (terlalu ramai Cina di sekeliling ana) ada sebabnya. Em... apa kaitannya dengan nikmat terbesar tu?? Sabar2...baca slow-slow.
Em...ana perhatikan, diorang ni macam bebas sikit. Dengan sedikit perasaan ingin tahu yang ALLAH ilhamkan dalam hati ana, maka ana pun mulakanlah investigation. Tak berani nak tanya orang2 dewasa, ana cuma tanya students ana jer.
‘You Win, kamu xkisah ek pompuan sentuh kamu? Takpe ek pompuan sentuh ngan laki?’
Pelik student tu bila ana tanya..hehe..memang laa....mana ade orang pernah tanya dia soalan macam tu...kalu ana jadi budak tu pun pelik gak... Ana boleh jadi nak tanya tu sebab ada sorang pelajar ppuan kelas ana ni...selamber jer dia g main2 pukul si You Win ni. You Win ni budak baik (skema kata orang)
‘apa cikgu kamu tanya??’
Em...maksud cikgu, agama kamu takde larang ke kamu sentuh antara lelaki dan perempuan?’
‘ Agama? Agama? Apa tu cikgu?’
‘agama...agama..kamu agama apa? Buddha? Kristian?’
‘Ooo...tak tahulah cikgu’
‘Ibubapa kamu tak pernah bagitahu kat kamu ke?
‘em... takde lah cikgu’
‘.......’
Tak terkata ana...tak tahu nak cakap apa dah....terkesima!!!
Camtu ek...dah 14 tahun, masih tak tahu tentang agama sendiri... nasib baik la You Wing tu budak baik... sekurang-kurangnya dia takde buat jahat. Em... terfikir sejenak...patutlah budak2 Cina sini ‘nakal2’, rupanya mungkin sebab mereka tak tahu agama mereka. Ana yakin, mana-mana agama mengkehendaki setiap penganutnya untuk melakukan kebaikkan dan menjauhi kejahatan...tapi, kalu dah tak tahu tentang agama sendiri, tentulah takde beza bagi mereka, mana baik, mana buruk. Ai....
ALHAMDULILLAH AKU ISLAM.....
Kisah ke dua pula tentang kenapa ISLAM itu nikmat terbesar bagi kita....
Weekend lepas (semalam la, 8 Mac 2009), ana kuar ke Ipoh Parade dengan kawan2...ajatnya nak ‘kenal’ main bowling (=p) tapi, ditakdirkan haritu ade tournement lak. Ade sekolah dah tempah. So, pukul 1330 baru boleh nak main. Jam baru pukul 1030am, tak larat la nak tunggu jer. So, kami pun pergi makan n jalan2 dalam supermarket tu.
Dalam pada jalan2 tu....rasanya..mata ni dah makin berkarat dengan karat2 dosa... pakaian orang2 sana (mostly Chinese) sangat menjolok mata. AstaghfirALLAH hal azim. Tak tau nak cakap apa..pandang mana2 pun seksi..waima patung pakaian pun!!!....gulp..ana yang ppuan tengok pun rasa tak selesa...kalu lelaki yang tengok...tak tahu la apa yang mereka pikir. Ish ish ish....takutlah.... =(
Terlintas di fikiran ana sejenak (ilham dari ALLAH), bertapa bersyukurnya aku jadi orang ISLAM. ISLAM dah mewajibkan setiap penganutnya untuk menutup aurat. Rupanya, tutup aurat ni bukan sesuatu yang mengongkong wanita, tetapi untuk menaikkan maruahnya. ALLAH HU AKBAR...betapa ALLAH sayang kat kaum WANITA ni. ALLAH tak mahu kaum wanita ISLAM dilihat rendah martabatnya....ALLAH HU AKBAR. Betapa besar nikmat ISLAM itu.
SUBHANALLAH ya ALLAH, sungguh hebat Engkau mentarbiah hambaMU. Engkau memberiku pengajaran melalui pengalaman.
Mungkin, jika ana tidak praktikal di sini, ana masih tak tahu, apa untungnya kita memeluk ISLAM (selain tuk mendiami syurgaNYA)...rupanya, segala peraturan ALLAH, bukan untukNYA, tapi untuk diri kita sendiri...semua peraturan itu sesuai dengan fitrah kita sebagai manusia.
Cuba fikir secara logik jap....kenapa orang yang baik (tak kisahla agama apa pun), mereka tidak akan pakai seksi?? Kenapa?? Nak contoh? Tengok tak cerita Betty, Maritza Perez... mana-mana drama Melayu skali pun...untuk watak yang baik, tentu pengarahnya akan meletakkan si pelakon tu untuk pakai dengan sopan, tapi, jika watak tu watak antogonis (jahat), si pelakon akan bertukar jadi seksi. Em....kat situ dah jelas, bahawa apa yang ISLAM dah tetapkan itu, rupanya untuk membentuk hambaNYA dengan imej baik.
ALLAH HU AKBAR...tak tahu nak cakap apa dah....terlalu bersyukur dengan nikmat ISLAM yang ALLAH kurniakan. Semoga ALLAH kurniakan juga nikmat ini tuk manusia lain. Aminn....

0 Respon: