Bismillah hirrohmanirrahim
Alangkah ruginya bagi sesiapa yang tersesat kerana limit masa akan memusnahkannya.
Walaupun masa amat singkat, namun, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita berputus asa. Teruskan usaha untuk terus kembali ke jalan yang benar. Jika kamu tidak mampu untuk melaluinya seorang diri, cubalah cari pasangan atau sahabat2 yang mampu tunjukkan jalan yang benar itu.
Dan, jika dalam perjalanan kamu, kamu terserempak dengan seseorang yang juga turut tersesat seperti kamu, ajaklah dia bersama-sama untuk kembali ke pangkal jalan. Jalan yang indah bukan untuk dinikmati seorang, tapi setiap orang berhak untuk merasainya. Semoga kita semua berhenti diperhentian yang sama, sesungguhnya perhentian itu MAHA INDAH. SubhanALLAH.
0 Respon:
Post a Comment