Have an account?

Wednesday, August 20, 2008

Bahagia =)

Assalamualaikum wbt. (12.50 pm)

Alhamdulillah, selamat juga ana tiba ke bumi bertuah ana, Kelantan Darul Naim, Bandaraya Islam. Alhamdulillah. Walaupun ana balik bercuti lewat, tiket bas habis, so terpaksa transit ke Shah Alam dlu- 17 hb malam baru ana naik bas ke Kelantan. Alhamdulillah, pagi Isnin, ana tiba di rumah Syurga ana =)
Alhamdulillah.
Em...nampaknya, cuti seminggu ni, ana dapat rasa sedikit kebahagiaan =) –ceewah- kenapa lah agaknya ye???

First2 skali, kerana , ayahanda ana dah berhenti kerja –jual and hantar surat khabar ke rumah2 and kilang2- alhamdulillah, dah hilang satu kerisauan ana. Alhamdulillah. Bangsal yang kat Tanjung Mas tu dah jual kat orang, memang totally abah bebas dari unsur2 surat khabar hehe...Cuma disadvantege dia, kami kena belajar mula membeli surat khabar la –sebab, sebelum ni, baca free je =)
Xpe la, giliran orang lain pula yang dapat rezeki dari penjualan akhbar =)
Em...sekarang abah dah boleh r
ehat kat rumah jer. Alhamdulillah. Tapi, ni bukan kebahagiaan ana yang utama. Ni yang utama...
Pagi2...ana dapat dengar sepasang suami isteri mengaji al-Quran. SubhanaALLAH. subhanaALLAH. subhanALLAH. ALLAH hu akbar...memang touching bila ana dengar tu pagi2. subhanALLAH. Pagi ana jadi sungguh indah. Mungkin sebelum ni, kerana kekangan masa, abah xsempat nak mengaji, sekarang, alhamdulillah, dengan kuasa ALLAH yang telah mengilhamkan abah ana untuk membaca kalamullah, ana pun boleh tumpang rasa kebahagian itu. subhanALLAH. =)

Arghhh.... seronoknyeeeee =)

Em...ALLAH hu akbar, rupanya, inilah hadiah yang ALLAH simpankan untuk ana (mungkin) sebabnya, sem ni, ana asyik duk sedih jer huhu =)

(saje je, nak tumpang gak skit tentang perasaan ana, sorry =p)
Em....alangkah indahnya hidup ini. SubhanaALLAH, sungguh cantik apa yang ALLAH dah aturkan dalam hidup kita kan? ALLAH HU AKBAR. Alhamdulillah, abah ana sempat menjengah ke usia 64 tahun, ALLAH memberi peluang kepada abah ana untuk hidup selama itu. Kita sekarang ni, 22 tahun, agak2, sempat tak ke umur 60 tahun ke atas?? Entah la, ana pun xberani nak jamian ana boleh hidup waima sesaat lagi (mengucap jap...) Em....tadi ana ade terbaca Surah Asy-Syura’ ayat 17

“ Dan tahukah kamu, boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat?”

Em...bila tengok balik ayat ni, agak2, sempat ke umur nak melewati 60 tahun??? Hohoho...kalau macam tu...takkan lah masih ade dialog2 lawak macam ni

” ala...relek la, muda ni sekali jer, masa ni la aku nak cuba semua, dah tua sek-sok, aku taubat la...”

Hohoho...ni saje je ana tulis ni, sekadar nak muasabah diri ana, manalah tahu, kot2 suatu hari, ALLAH nak uji apa yang ana dah tulis ni, dengan adanya blog ni, sedikit sebanyak dapat la jugak jadi peringatan tuk diri ana yang amat dhoif ni. InsyaALLAH, semoga kita semua dapat sesuatu. Ana langsung xpandai nak berdakwah, tapi, itu bukan alasan bagi diri ana untuk lepas tangan jer. Dengan sedikit akal yang ALLAH pinjamkan, ana nak cuba sehabis daya, semoga, jika jasad ana telah terkubur, dan ALLAH tanya ana, apa sumbangan ana pada agama ana, sekurang-kurangnya, jari2 ana ni dapat menjawabnya (TAPI, dengan syarat, kita buat ni mesti IKHLAS) insyaALLAH. (InsyaALLAH...takut nak cakap pasal ikhlas ni, keikhlasan ibarat seekor semut kecil hitam, berjalan di atas batu hitam, di malam yang pekat hitam, dan kita pulak pakai spek hitam =p)

Ana seorang yang sangat jahil, hanya dengan ilmu dari ALLAH lah, ana mampu nak taip ni, kalau nak harapkan jasad ana yang jahil ni, xde apa yang mampu ana kongsikan. Maafkan ana jika ade tersilap dalam pemilihan perkataan.

Wasalam.

Nak letak gambar kenangan tempat jual akhbar kat Tanjung Mas. Maklumlah, dah jadi milik

orang lain dah skrg. Ni la sumber rezeki kali 7 beradik. Kat sini gak la kami adik beradik keje (maybe sebb tu pandai Math sikit2+ membaca) alhamdulillah.

Bangsal ni kat tepi jalan jer. kat Traffic light kat ABIM, Tanjung Mas.

Serba dhoif n antik

Bangsalnya dhoif je (+ sepah hehe), tapi banyak pengalaman ana kat sini. =) Dari sekolah renda h dah keje ngan abah, jual surat khabar. dlu, zaman kecik2, malu gak (ish ish ish), tapi skrg, bangga, xsangka, bangsal ni boleh bagi anak-anak abah n ma masuk U. SubhanALLAH. Alhamdulillah. ALLAH hu akbar.

Teringat la, masa kecik2 suka makan cekedis =). lat sebelah tu kedai kopi..bayangkan, kami kena hidu asap rokok sepanjang hari...sesak nafas beb. I HATE SMOKERS!!! Nak bunuh orang ke?? =)


19 Ogos 2008
1315 pm

0 Respon: