Have an account?

Tuesday, April 29, 2008

Rasulullah SAW

Assalamualaikum wbt.
Sekarang pukul 7.50 am. Wah, awal2 pagi dah mngadap ‘Si Hitam’ (nama buah hatiku, laptopku hehe). Em…exam tinggal satu paper lg. insyaALLAH, 6hb ni. Ya ALLAH, semoga segalanya lancar. Amin. (lancar camne??maksudnya, insyaALLAH, semoga ALLAH terus istiqamahkan hati ana tuk study huhu).
Em…pagi-pagi ni, nak komen pasal apa ek?? Em…pagi tadi hujan lebat. Wah…sekarang ni mmg musim hujan kat Proton City ni. Em, alhamdulillah gak, walaupun hujan, still ALLAH bukakan jalan utk berjemaah ke surau. (alhamdulillah). Em…cita asal ni, bukan nak perasan ana g surau, Cuma nak cakap, bahawa ALALH dah aturkan segala ni dengan indah sekali. Alhamdulillah. Di sebabkan hujan, maka, ana pun xterus balik dr surau huhu. Alhamdulillah, ALLAH takdirkan ana tuk dengar bacaan sirah pagi ni. (biasanya bacaan hadis2, alhamdulillah, turn pagi ni pasal sirah,Alhamdulillah).
Em…pasal apa ek Sirah pagi ni?? Em, arini menceritakan tentang kecintaan para sahabat-sahabat terhadap Nabi junjungan kita, Muhammad SAW. SubhanaALLAH, sungguh tinggi kecintaan mereka kpd RAsulullah. Em..kisah2 yang dibacakan kebanyakkan tentang sahabat2 yang kena siksa sebab xsanggup keluar dari Islam/ sebab xmahu menukarkan diri mereka dengan RAsulullah. Si kafir ade cakap

“Jika engkau sanggup serahkan Muhammad kepada kami, kami akan serahkan 50 ekor unta kepada kamu.”

Wah…sahabatku, 50 ekor unta pada masa tu, sama ngan 50 buah kete marcedes!! (ustaz ade gtau). Wah wah wah. Em…kalaulah iman sahabat2 ni xkuat, tentu mudah-mudah jer mereka akan terima tawaran ni. MasyaALLAH.

Tapi, tulah bezanya sahabat dlu ngan kita sekarang ni. Mereka semua sungguh hebat, sebab tu dengan mentah-mentah jer mereka menolak tawaran itu. MasyaALLAH, sungguh hebat para sahabat Rasulullah (ALLAH HU AKBAR, Rasulullah tentu lebih hebat, sebab baginda berjaya menanamkan keimanan yang begitu tebal dlm diri sahabat2nya. Jom selawat jap..) ALLAH HU AKBAR.
Em...sambung. kalian tahu apa yang sahabat tu jawab bila terima tawaran tu??
“ Janganlah engkau mbuat tawaran sebegitu kerana aku tidak akan sanggup mnyerahkan Rasulullah. Jangankan utk menyiksa Rasulullah, malah, sebatang DURI pun aku tidak sanggup ia melukakan Rasulullah.”
(maaf sangat2 sbb ana xingat dengan sepenuhnya ayat dia, masyaALLAH, tapi, maksudnya lebih kurang camtu la)
ALLAH HU AKBAR, mmang tinggi kecintaan sahabat kepada Rasulullah. Em...mai terfikir dalam diri, macam mana pula ana sendiri. Em...sampai ke tahap macam sahabat2?
ALLAH HU AKBAR. MasyaALLAH, malu sungguh menjadi umat Rasulullah...

Oh...aku ingin menjadi Muslim all the time....

wake up!!

wake Up!!

wake up!!

Em...(otak jahat ni nampak kesalahan orang lain huhu) em...sekadar renungan sikit. Ana terpikir tentang keadaan umat akhir zaman ni. Tahap mana cinta kita kpd Rasulullah?? Sampaikan dlu, pernah ade kontroversi, secara langsung ade rancangan TV tu, mnyiarkan ore org Islam yang terang2 melukakan hati Rasulullah. masyaALLAH. Sedihnya hati ni, sampai hati dia boleh mnghina isteri Rasulullah Siti Khadijah. Em...Rasulullah sangat mnyayangi Khadijah, sampaikan bila Saidatina Aisyah jeles ngan Khadijah, Rasulullah boleh balas balik dgan bsabda (sekali lagi minta hamba minta maaf sebab hamba x jumpa ayat penuh..astaghfirALLAH hal azim. insyaALLAH, jika ana jumpa, ana akan edit balik.)

“Jangan sekali-kali engkau dengki kepada Khadijah. Dia bersamaku disaat seluruh orang memulauku, dia menyerahkan seluruh hartanya untuk Islam disaat Islam mula berkembang. Hanya dengannya aku mempunyai zuriat”

Em...terdiam terus Aisyah bila Rasulullah cakap macam tu. ALLAH HU AKBAR. Rasulullah sangat sayangkan Siti Khadijah, sampaikan semasa kewafatan Siti Khadijah, tahun tu digelar tahun kesedihan buat Rasulullah. Rasulullah sedih sampaikan hanya ALLAH yang mampu nk pujuk Rasulullah (by peristiwa isra’ mikraj). ALLAH HU AKBAR. Em...kita di akhir zaman ni, senang2 jer nak hina insan yang Rasulullah sayangi. ALLAH HU AKBAR, betapa sedih Rasulullah jika dia masih ada. MasyaALLAH. Malunya ana, bukan bermakna ana nak lihat keburukan orang je, tapi pada diri ana sendiri. Sedih ngan diri sendiri.

Em..ustaz ade bagitau, keadaan sekarang ni -banyak berlaku perkara-perkara yang mlibatkan Rasulullah (penghinaan)- sebenarnya, ALLAH dah aturkan, supaya, kita umat akhir zaman ni, kembali mengingati Rasulullah. Kembali mngingati, sirah-sirah Rasulullah. Em...ALLAH nk kembalikan ingatan itu dengan mengilhamkan kaum kafir untuk menghina Rasulullah. Dlu kecoh dengan karikatur Rasulullah. Dan sekarang tentang filem Fitna yang mnghina Islam plop. Adusss, sedihnya hati ni. YA ALLAH, kenapa Engkau ingin kembalikan ingatan kami kepada Rasulullah dengan cara ini? Dengan cara yang negatif?? Hanya Engkau yang Maha Mengetahui YA Robbi.

Sedih, sebab teruknya manusia zaman sekarang (ana la), sampaikan ALLAH kena ‘buat sesuatu’ supaya kita xlupa kepada Rasulullah (means, kita ni dalam golongan yang hampir lupa kpd Rasulullah la) masyaALLAH. Maafkan ana jika ade perkataan yang salah ana gunakan. Sesungguhnya, segala yang berlaku, ALLAH Maha Mengetahui, Dia Maha Merancang. ALLAH HU AKBAR.

Sebut pasal Filem Fitna, UPSI pun buat demo gak, nak tunjuk bantahan. Selingan je la ni, ana selitkan gak masa peristiwa tu. Em, ni sikit gambo yang sempat ana kandid kan. Alhamdulillah ramai gak cikgu-cikgu yang berani meluahkan kemarahan dan bantahan terhadap kaum kafir ni. Alhamdulillah..






Em...lps sorang-sorang keluar bagi pandangan terhadap Fitna. Alhamdulillah. Tahniah saudar2 seIslamku.






Em...tandatangan tanda boikot barangan Belanda, Sakit hati pada Belanda. YA ALLAH, bantulah kami dalam menegakkan Islam.

ALLAH hu akbar.
ALLAH HU AKBAR
ALLAH HU AKBAR

em..dah kering idea. Smbil2 menulis blog, sambil layan chatting. Alhamdulillah, kenal org baru pg ni. Huhu, hantu chat sungguh. InsyaALLAH, guna tuk kebaikan. Sekarang 9.55am. Lama sungguh mngadap Si Hitam. Ok dlu, sampai sini jer. Maaf semua salah silap. Semoga ALLAH mengampuni diri hamba yang amat hina ini. Wasalam.

0 Respon: