Have an account?

Monday, February 22, 2010

Keseronokkan MENIPU CIKGU

Salam. Peliknya tajuk kan? Ana yang nak menuisnya lagiiiiii pelik. Ntah kenapa, pelajar di sini semacam seronok betul bila dapat TIPU cikgu!!!
Pelikkan bunyi nya??
Sepanjang hampir 2 bulan di sini, dah beberapa kes yang cikgu (ana) kena tipu. Memang sedih bangat, kenapa pelajarku tegar menipu cikgu. SEDIHNYA!!!!!
Dari sebesar2 kes, hinggalah ke sekecil2 kes, tegar sekali kamu menipu cikgu. Apa yang kamu dapat bila kamu berjaya menipu cikgu?? Boleh perasan ek? Bajet hebat la, sebab dah berjaya kenakan cikgu.
PELIK
Kenapa?? Kenapa???
Bukannya benda besar pun yang nak ditipunya, sehinggakan TARIKH LAHIR untuk di buat birthday corner pun nak tipu cikgu??? Melampau nya......!!!....
Apa bangga nya dapat tipu cikgu??? Cikgu masih x jumpa jawapannya.
Arghhh...adakah cikgu ni terlalu lurus, maka, seronok lah kamu kenakan cikgu......
SEDIHNYA CIKGU......

Sekarang, saat ini, cikgu tengah tunggu pelajar. Dia cakap nak suruh cikgu ajar dia matematik. Cikgu dah cakap, jam 1.15 cikgu nak pulang. Dari jam 12.45 cikgu menunggu di kantin ni. Mana batang hdungnya??????? HAMPEH PUNYA BUDAK!!!!!!!!!
Macamana berkat hidup kalau kerjanya hanya menipu ckgu je...cikgu benar2 terasa hati ni!!!!
Semoga ALLAH bukakan pintu hati pelajar ku.....



Ramai-ramai tolong aminkan.....

Tuesday, February 16, 2010

Warna- Warni Pelajarku.


Yunus Bersama raketnya...

Kelas tambahan 4.3-alahai...ramainya datang....

ni pula pelajar 4.5 (kelas cikgu sendiri la ni) terkejut tengok anak2 ku...macam bukan pelajar bah ...

Azizul Hakim n Adrian-rupanya dah tubuhkan gruop shuffle sendiri dengan kawan2 sekolah. Ajatnya nk letak video shuffle diorang..tapi berat la pulop. Xpe la.
ok, itu je warna warni SMK Merpati. Semoga ketemu lg. Wasalam


For More Photoes of Sabah, visit my friendster =)

Sunday, February 14, 2010

Sakit.. Pedih... Aww

Sakitnya mulut, ada ulser dalam mulut. Nak makan pun x da selera, nak bercakap pun malas, Alhamdulillah tagan masih boleh menaip hehe…sekurangnya…boleh juga bercakap….
Pedih…. Pedih…. Macamana la nk ubati ni…
Em…. Terfikir sejenak…. Kesakitan boleh menghapuskan dosa2 kecil kan? Em…Alhamdulillah juga kerana ditimpa sedikit kesakitan ketika ini. ( berkali2 ganda lebih bagus, jika nak di bandingkan jika terkena balasan di Akhirat, nauzubillah)
Pedih… pedih…
Kena sikit pun dah mengeluh….hohoho… (tapi memang pedih kan?)
Kongsikan sikit apa yang jumpa di internet ni..


Bukan mulut penulis ni!!!

Saya terbaca Kelat tanya petua kalau sakit ulser mulut ( mata ikan atau lompangan ). Saya pasti ramai orang akan mengalami sakit ini sekurang² sekali dalam hidup. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun teramatlah sakit dan pedih ( nak makan pun tak der selera ) ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.

Selalunya tanda² penyakit ini adalah bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah. Rasa sakit terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

Sebab² ulser mulut terjadi tidak diketahui dengan jelas tetapi sering juga terjadi kerana kecederaan di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam atau air yang terlalu panas.

Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk menghilangkan kesakitan akibat ulser mulut antaranya jangan makan makanan yang terlalu pedas, minuman berasid, guna antiseptik untuk berkumur, minum air dengan banyak , letakkan ketulan air di tempat yang sakit dan letak gel untuk ulser – Bonjela.

Petua Saya : Cubit sekeping asam keping, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit ( macam masak meggie je ni ) bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan.

Amaran : Petua ini tidak berkesan sekiranya anda menelan asam keping tersebut seperti anda menelan pil penahan sakit!

Sunday, February 7, 2010

Edisi Maulidurrasul : KISAH KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

KISAH KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW


Pada pertengahan abad ke-6 Masehi, Aminah binti Wahab dengan Abdullah bin Abdul Muthalib melangsungkan pernikahan. Keduanya keturunan Kabilah Quraisy (suku bangsa yang terpandang di Makkah).Tidak berapa lama Aminah hamil. Ketika usia kandungan Aminah mencapai 6 bulan, Abdullah pergi berdagang. Dalam perjalanan tiba-tiba Abdullah sakit. Kemudian Abdullah wafat, ketika dalam perjalanan menuju Makkah.

Pada hari Senin, 12 Rabiul Awal bertepatan dengan tanggal 20 April 570 Masehi. Aminah melahirkan seorang bayi laki-laki. Saat bayi itu lahir, kota Makkah diserang oleh segerombolan pasukan gajah yang dipimpin oleh Raja Abrahah. Abrahah adalah tokoh pemuka agama Nasrani. Dia mendirikan gereja yang sangat megah di Yaman. Akan tetapi dia kecewa, karena masyarakat Arab lebih suka berziarah ke Ka’bah dari pada mengunjungi gereja di Yaman.Kemudian Abrahah sangat marah dan memimpin pasukan bergajah untuk menghancurkan Ka’bah. Akan tetapi Allah melindungi Ka’bah. Subhannalllah kemudia ada burung-burung Ababil untuk melontarkan bara api kea rah pasukan gajah tersebut. Abrahah dan pasukannya hancur. Peristiwa ini terdapat dalam Al-Qur’an Surat Al-Fiil.

Ayah Aminah adalh Abdul Muthalib. Ia sangat gembira dan membawa cucunya dekat Ka’bah sesuai dengan petunjuk dari Allah. Kemudian cucunya itu diberi nama Muhammad atau Ahmad.Kerana air susunya hanya keluar beberapa hari saja, maka Aminah terpaksa membawa bayinya kepada orang yang dapat menyusui bayi orang lain, dengan diberi imbalan. Menyusukan bayi kepada orang lain adalah kebiasaan orang Arab sejak dulu hingga kini. Muhammad SAW disusui oleh Halimah As-Sa’diyah.Halimah sangat terkejut. Ternyata kehadiran Muhhammad membawa berkat bagi keluarganya. Sebelumnya ternak kambingnya kurus-kurus dan sulit berkembang biak. Namun dengan kedatangan Muhammad, kambingnya menjadi gemuk dan berkembang biak secara pesat, hingga mencapai ratusan ekor.

Setelah mengasuh selama 4 tahun, kemudian Halimah mengembalikannya kepada Aminah. Pada usia 6 tahun, Aminah mengajak Muhammad berziarah ke makam bapaknya, ‘Abdullah’, yang letaknya tidak jauh dari Yasrib (Madinah). Akan tetapi, ketika dalam perjalanan pulang, Aminah jatuh sakit. Aminah dibimbing oleh Barakah, pembantu setia Aminah.Hari ke hari penyakit Aminah makin parah. Dalam kondisi mendekap Muhammad, Aminah meninggal. Senja bergetar, semesta berduka. Muhmmad yang masih berusia 6 tahun telah menjadi yatim piatu.

Kemudian Muhammad diasuh oleh kakeknya,’Abdul Muthalib’. Beliau berusia 80 tahun. Saat itu Abdul Muthalib telah memeluk agama Tauhid yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim As. Baru 2 tahun diasuk kakeknya, kemudian kakaknya juga meninggal. Sebelum meninggal beliau berpesan kepada anaknya agar Muhammad diasuh oleh pamannya yang bernama Abu Thalib. Abu Thalib termasuk orang yang kurang mampu.

Oleh kerana itu Muhammad tidak ingin terlalu membebani pamannya. Muhammad bekerja menggembala kambing milik orang Makkah. Imbalan dari menggembalakan kambing, Muhammad berikan kepada Abu Thalib. Abu Thalib sangat terharu, karena sejak kecil Muhammad sudah mampu berdikari.


SELALU BERSELAWAT DAN AMALKAN SUNNAH NABI SAW


Sumber :
Hakim.Arief. 2004.Mutiara Kisah 25 Nabi dan Rasul.Bandung: Marja.

BULAN INI BULAN CINTA

Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.

Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.


Setiap Hari adalah Hari Kekasih

Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.

sumber :http://mppkebajikan.blogspot.com/

Thursday, February 4, 2010

Panorama SMK Merpati


Aktivi Ko Kurikulum Sekolah---Main Batu Seremban-Unit Indoor Game-


Sensitif

Salam,. Masasangat singkat untuk mencoret, kelas jam 10, sekarang 0921am. em...perasan sikit harini,pelajar sabah ni sensitif huhu...tadi guna la contoh yang tak elok untuk pelajar, sebut la nama sorang pelajar...rupanya benda tu sensitip hohohoo...aduss.....cikgu kena tackle balik budak ni...kesiannya dia....cikgu ni pun satu....guna contoh yang tak elok pada budah...dah merajuk dia...maaf kan cikgu ya....cikgu akan tackle balik kamu jap lag =) insyaALLAH. Cikgu minta maaf ya...jangan merajuk. jumpa jap lagi =)


Senyumlah.