Salam,lama betul x jumpa kan?em… sb busy+payah nak cari internet+ sibuk cek buku pelajar….haha…semua tu alasan ja kan? Em….boleh sebenarnya bah, Cuma….em..mungkin ada sesuatu halangan..dengan kata lain, halangannya adalah MALAS haha…..
Maaf ya…laa betul x menulis. Menulis hanya jika ada peristiwa. Em…s, arini ada peristiwa lah ye?
Ya bah!!
Em….di sabah, lebih spesiik, di SMK Merpati, Sandakan Sabah, sy diamanahkan utk menjadi guru kelas 4.4, kalau mengikut kata cikgu2 lama, 4.4 tu..boleh tahan masalahnya, maklumlah, kelas terakhir tuk tingkatan 4.
Mula2 dapat list mana pelajar,agak terkejut sebab mengikut nama yang diberi, pelajar saya 54 orang!!! Wah...satu kelas 54 orang!!!! Uh...ramainya anakku...
Kemudian masuk lah ke kelas...memang sangat ramai...rasanya...sepanjang hidup saya..paling ramai yang pernah saya jumpa..lebih kurang 44/45 orang ja....tp di sini...anakku seramai 54 orang!!! Alhamdulillah =)
Dalam kelas memang sangat ramai...kerusi n meja mmg x cukup. Sampai ke hari ni (18 Jan 2010), masih ada pelajar yang tidak cukup meja... maaf ya pelajarku....i love u
Selang sehari selepas hari pertama, tambah 2 pelajar lagi. Kes istimewa!!! Sebabnya dua orang ni xtidak ambil PMR....dan dibenarkan untuk menyambung ke tingkatan 4 (sebab pekeliling kata, pelajar WAJIB belajar sehingga tingkatan 5).
Rudy Roberto
Salah seorang dari 2 orang tu. Cikgu2 senior dah mula warning..jaga2, sebab pelajar ni x berminat nak belajar. Masa tingkatan tiga, awal2 tahun saja datang, lepas tu GHAIB!!
Em....xpa....dugaan....
Sekarang, hampir 3 minggu mengajar di SMK Merpati....nampaknya saya sayang pada semua pelajar saya...walaupun mereka agak bising...but, they still hormat pada cikgu. Perihal Rudy....sepanjang hampir 3 minggu mengajar...nampaknhya dia cepat tangkap..otaknya pick up...tapi..kenapa dia x amik PMR ya???
Em...atas sifat inquiry (ingin tahu) yang tinggi, maka, saya pun pasang niat tuk jumpa Rudy masa rehat nanti.
‘Rudy, kejap lagi, cikgu nak jumpa kamu ya...kamu pergi makan dulu, kemudian datang jumpa cikgu kat bilik guru.’
‘baik cikgu’
Wah..Rudy..baiknya kamu...cikgu x nampak lagi....mana perangai negatif kamu yang cikgu2 senior cakap pada cikgu....aduss la Rudy...cikgu memang seronok tengok kamu belajar =)
Selesai mengajar, saya ke bilik guru. Ada cikgu lain cakap, ada parents nak jumpa saya, guru kelas 4.4. jadi, saya pun ke tempat menunggu. Lepas tanya, rupanya, kakak itu adalah kakaknya si Rudy. Kebetulan pula harini dia datang. Kenapa datang?
Rupanya, si Rudy bagitahu sama dia, suruh datang ambil keputusan PMR dari guru kelas!! Alamak Rudy....kenapa tipu keluargamu???? =(
Lepas sikit penerangan, kakak tu pun paham,bahawa adiknya dah menipunya...em..nampak marah betul dia...saya?? em....nak jumpa Rudy...
Rudy pun datang tempat saya.
‘Rudy...tahu apa yang berlaku...dah jumpa orang kat luar tu?’
‘Em,,dah cikgu...’
‘Kenapa Rudy tipu keluarga Rudy?’
‘Takut la cikgu..nanti saya kena hentam sama beliau (bapak)’
‘Em...dia pukul kamu dengan apa?’
‘Dengan kayu cikgu....penyapu...’
‘Wah...sakit la ye...kamu nangis x?’
‘x la....’
Em...kenapa Rudy x nak sekolah?’
Em...ntah la cikgu...sebab selalu ada cikgu yang perli aku...’
Em....diam ja saya...kesian sama Rudy. Siapa salah dalam hal ni?
Argh Rudy..cikgu nak tolong kamu...yang penting, kamu kena tolong diri kamu.
Cikgu sayang kamu Rudy.
Psst : Hari ni baru ku tahu bahawa Rudy Roberto adalah muslim. Nampak dia baca doa tadi....