Bismillah hirrohmairrahim
Assalamualaikum wbt
Today is 25 mei 2008, 22.15pm. alhamdulillah, ALLAH masih pinjamkan akal ini. subhanaALLAH. Alhamdulillah. ALLAH hu akbar.
Baca suratkhabar ari ni, bahagian surat pembaca, ada yang meluahkan perasaan dia. Dia seorang mualaf.
Em...sedihnya. sedih baca surat yang dia kirimkan. Banyak masalah yang dihadapi oleh mualaf ni rupanya. Sebenarnya, ana memang pernah dengar, tapi, biasalah, sebagai makhluk yang sangat daif, hanya ingat masa tu jer. Bila dah lama-lama, lupa balik. Alhamdulillah, sebab kali ni, ALLAH wakilkan hamba ALLAH yang mualaf ni-untuk sedarkan ana balik-untuk ana lebih bersyukur dengan nikmat iman yang ALLAH telah kurniakan. subhanaALLAH.
Ana berasa amat sayu bila baca luahan mualaf tu. Dia dah memeluk Islam. Dan, seperti kebanyakkan mualaf yang lain, kebanyakkan mereka akan mula terpinggir daripada masyarakat sekeliling mereka. Sebenarnya, banyak masalah lain ynag mereka hadapi, bukan sahajar tekanan daripada keluarga, bahkan ditempat kerja, masyarakat sekeliling, malah, lebih teruk, tekanan daripada golongan Islam tu sendiri. ALLAH hu akbar.
Ana rasa bersalah pada mereka semua ni. ALLAH hu akbar, apa sumbangan ana untuk mereka?ALLAH hu akbar, Engkau Maha Besar. ALLAH hu Akbar. Jika difikirkan kembali, alangkeh beruntungnya diri ini, dilahirkan dalam Islam. Keluar je dari rahim, kita terus diazankan (bagi lelaki) atau diiqomatkan Ibagi perempuan). Kalimah pertama yang didengari oleh individu yang bergelar Islam adalah kalimah yang Membesarkan dan mengesakan Tuhannya. subhanaALLAH.
Alangkah beruntungnya kita semua, langsung tiada dugaan dan cabaran untuk melakukan peribadatan kita kepada Tuhan Yang Esa. Langsung xde halangan. Tapi....biasalah, kita sebagai manusia. Tidak pandai untuk menghargai apa yang didapati dengan mudah. Kekadang, ada segelintir daripada kita yang tidak mahu melakukan ibadat itu-sedangkan langsung tiada halangan-tapi, bagi sesetengah golongan pula, mereka amat ingin melakukan ibadat, tetapi menerima tentangan yang Maha dasyat. ALLAH hu akbar.
Sedih memikirkan hal ini. Ana tidak mengata tuk sesiapa, ini sekadar peringatan buat diri yang selalu lalai (Ya ALLAH, lindungilah kami). ALLAH hu akbar.
Sahabatku, jom kita luangkan sedikit masa tuk merenung nasib saudara baru kita. Jika ada golongan ini disekeliling kita, adakah kita menyumbangkan sesuatu untuk mereka? Kekadang ana sedih dengan diri ana, apa sumbangan ana kepada agama ana? Umur dah hampir suku abad, bebila masa jer akan dipanggil menghadap Yang Esa, namun, terdapatkah sesuatu yang telah ana sumbangkan untuk agama ana?
ALLAH hu akbar. Malunya untuk mengadap Yang Esa, diri adalah penganut Islam, namun tidak lakukan sesuatu untuk Islam.
Alamak, dah jauh merewang. Sebenarnya masih tentang mualaf. Alhamdulillah, ALLAH beri peluang kepada ana tuk lebih memahami hal ini, sebabnya, pada pukul 7pm td, dalam ntv7 ada siarkan tentang masalah mualaf jugak. Masalahnya mengenai golongan mualaf yang telah kembali kepada agama asal mereka- dengan kata lainnya, mereka telah murtad!!!
Kenapa hal ini boleh terjadi??? (dalam rancangan tu cakap) sebabnya, orang Islam sendiri yang tidak menolong golongan mualaf ini. Mereka teraba-raba setelah memeluk Islam. Maklumlah, orang sekeliling mereka semua telah memulau mereka. Malahan, orang Islam sendiri tidak mahu menolong mereka. Sebab itulah mereka tidak mempunyai hala tuju, so, mahu tak mahu, mereka pun akan kembali kepada agama asal mereka. YA ALLAH, sedihnya.
Sebenarnya, itu bukan atas kehendak hati mereka, tapi mereka terpaksa. ALLAH telah mengurniakan nikmat iman kepada mereka, tapi, kita -umat Islam yang lain- tidak menolong mereka untuk menyuburkan iman itu. Wahai saudaraku yang telah lama Islam, tidakkah anda berasa bersalah dalam hal ini? ALLAH hu akbar, ana berasa amat bersalah. Kita semua seolah-olah telah menolak saudara kita kembali ke neraka (masyaALLAH, maafkan ana jika bahasa ana salah, astaghfirALLAH hal azim).
Apa yang ana mampu lakukan untuk menolong saudara2 baru ana? ALLAH hu akbar, walaupun diri ini juga masih belum arif tentang agama, tapi, hati ini amat berharap agar dapat menyumbang sesuatu untuk agama yang tercinta ini.
Wahai saudara baruku,
ana tahu perasaan ana. Keadaan sekarang langsung tidak menyebelahi kalian, tapi, kalian jangan berputus asa. ALLAh telah kurniakan nikmat terBESAR bagi anda semua. Sesungguhnya, tiada nikmat yang paling besar selain nikmat iman. Walaupaun kalian tidak mempunyai apa-apa di dunia, tapi, yakinlah bahawa ALLAH sentiasa bersama kalian. YA ALLAH, bantulah hambaMU yang telah Engkai pilih ini YA ALLAH.
Saudara baruku,
Jangan berputus asa, sesesungguhnya kalian amat beruntung berbanding dengan rakan-rakan lain yang selalu mengeji kalian. Tetapkan pendirian kalian dalam Islam. Kalian jangan khuatir, kerana, kami semua sebagai umat Islam, kita semua adalah bersaudara. Persaudaraan Islam melangkaui usia, rupa, bangsa dan apa sahaja, kerana matlamat kita semua dalah sama, iaitu untuk mengabdikan diri HANYA kepada Yang Maha Esa.
Saudara baruku,
Ana sebagai hamba yang sangat daif, langsung tidak mampu membuat sesuatu untuk membantu kalian. Hanya doa yang mampu dipanjatkan. Semoga ALLAH tetapkan hati kalian untuk terus dalam agama yang lurus ini. Kalian jangan bersedih dengan dugaan ini, kerana bahagia akan muncul jua, kalaupun tidak di dunia, di akhirat itu adalh pasti. Itu adalah janji ALLAH. Tahniah buat kalian kerana telah menjadi pilihan ALLAH untuk berada dalam agamaNYA.
Buat saudara seIslam yang telah lama memeluk Islam.
Ayuh kita ubahkan persepsi kita terhadap golongan mualaf ini. Jangan pinggiri mereka, tetapi hampirilah mereka. Mereka ibarat seolah kanak-kanak kecil yang kehilangan arah. Islam telah mengajar kita menjadi insan yang sempurna, jangan jatuhkan maruah Islam dengan kelakuan kita. Islam itu amat indah, oleh itu, jadilah penganut Islam yang indah akhlaknya (pesanan buat diri sendiri). Jangan jauhi golongan muallaf, ayuh kita lakukan anjakan ini. Bimbing mereka untuk menjadi umat Islam yang sejati. Syurga itu bukan milik kita sahaja, tapi milik seluruh umat Islam. Adalh berdosa jika kita biarkan saudara kita sesat sehingga ke neraka (astaghfirALLAH hal azim, maafkan bahasa ana yang tidak sesuai ini).
Cuba tanya, apa sumbangan kita untuk Islam?? Fikirkan sendiri, kerana hanya kita yang mempunyai jawapannya (dan juga ALLAH). Wallah hu alam.
Maafkan ana jika ana ada tersalah dalam penggunaan perkataan, sesungguhnya ana amat daif, dan amat2 memerlukan sokongan dari saudara seIslam sekalian, alhamdulillah kerana ALLAH masih izinkan untuk berada dalam agamaNYA. YA ALLAH, kekalkanlah hatiku untuk terus bersamaMU.
Wasalam.
Now 22.56pm...